Kenangan bersama : Gathering Sulung Team Langit Ilahi

Sunday, August 21, 2011


Langit Ilahi.Com
Gathering Sulung Langit Ilahi


Coretan ini saya mulakan dengan lafaz yang mulia, bismillah.

1. Setelah 8 bulan menggerakan Langit Ilahi secara maya dan online, akhirnya susunan Allah SWT yang mengizinkan team Langit Ilahi berkumpul secara bertentangan mata. Bertemu dalam ruh ukhuwah dan biah yang sangat harmoni.Alhamdulillah, hampir separuh ahli team dapat menghadirkan diri ke Perlis untuk tujuan itu. Sepanjang gathering dan mesyuarat sulung ini, kami duduk berbincang merencanakan halatuju Langit Ilahi secara serius, terancang dan lebih terarah.

2. Hasil brainstorming dan perbincangan hampir 5 jam, Alhamdulillah kami sama-sama melihat halatuju dan gerak kerja LI ini dengan lebih bersepadu dan buah fikiran sesama ahli team telah mencernakan idea-idea dan muafakat yang akan dijelmakan dalam bentuk realiti, berstrategi dan aktif dalam perlaksanaanya.

Projek LangitIlahi Store yang pertama. Baju Muslim dan Muslimat LI. Hampir 300 helaian yang ditempah oleh rakan-rakan online LI.Alhamdulillah. Suatu permulaan yang baik.

3. Hasil daripada pertemuan ini, insyaAllah LangitIlahi akan mempunyai empat komponen: LangitIlahi.Com (website), LangitIlahi Consultancy (Konsultansi), LangitIlahi Brotherhood (Kelab), dan LangitIlahi Store. Doakan kami agar perjalanan ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

4. LangitIlahi hanyalah jalan atau wasilah untuk kami berkongsi berkaitan keindahan dan kenikmatan Islam. Ia bukanlah matlamat utama dalam perjalanan hidup ini. Tugas ubudiyah sebagai hamba Allah SWT akan dilaksanakan melalui jalan-jalan yang diwujudkan melalui jalan dakwah dan tarbiyah selaras dengan tuntutan Islam itu sendiri.

5. LangitIlahi adalah salah satu medium alternatif yang akan memakmurkan lagi dunia alam maya dan online. Besar harapan saya agar di masa hadapan, akan wujud lebih banyak website sebegini. Bagi yang mempunyai blog atau apa jua wahana medium di alam internet, gunakanlah ia untuk sebaran kebaikan dan kebenaran. Inilah tanggungjawab kita yang besar sebagai hamba Allah SWT.

6. Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada sahabat-sahabat Team LangitIlahi kerana sentiasa bersemangat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam melaksanakan tugasan masing-masing. Inilah salah satu kekuatan team krewa LangitIlahi yang ada. Alhamdulillah. Semoga ukhuwah kita terjalin kerana-Nya terus mekar, subur dan harum mewangi.

Bersama-sama dengan sebahagian sahabat-sahabat team LangitIlahi. Majlis berbuka puasa LangitIlahi tajaan Hilal Asyraf.

7. Projek terdekat LangitIlahi ialah kolabarasi buku 4 penulis yang sedang giat diusahakan. Saya memohon kekuatan kepada Allah SWT agar sentiasa diluruskan niat dan diberikan kekuatan jiwa untuk bersama-sama menjayakan projek ini. InsyaAllah. Disamping program Muslim Super bersama LangitIlahi di UiTM Shah Alam selepas Hari Raya nanti. Semoga usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT.

8. Alhamdulillah, ruangan Himmah akan mempunyai seorang lain penulis baru yang akan bergandingan dengan saya. Saudara Afdholul Rahman Che Ani. Seorang yang sangat berbakat dalam penulisan. Boleh layari blog beliau ialah Penyejuk Jiwa :- Tarbiyah untuk perubahan.

9. Akhirnya, apa jua medium yang kita gunakan yang terpenting ialah kita menjadikannya sebagai alat untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Itulah yang utama dan tidak boleh diabaikan. Asas Ubudiyah inilah yang menjadi fokus dan agenda utama dalam mengerakan LangitIlahi.



BroHamzah
22 Ramadhan 1432 H
Pengkalan Chepa, Kota Bharu

12 comments:

ummu August 22, 2011 at 12:15 AM  

assalamualaikum akhi fid din
alhamdulillah,tahniah
sebagai bekas pelajar Matri
akak tumpang gembira
dengan perkembangan ini
menggunakan teknologi
untuk Ilahi.
wassalam

BroHamzah August 22, 2011 at 12:27 AM  

Ummu

Walaikumusalam,Akak.
Alhamdulillah, hanya usaha dan pergantungan kepada Allah SWT yang kami harapkan. Usaha ini hanyalah usaha yang kerdil berbanding usaha-usaha yang dilakukan oleh Rasulullah SAW,para sahabat, ulamak mutabar dan pejuang Islam.

Semoga ia diberkati oleh Allah SWT.
BroHamzah

NooR AzLen BinTi HaRoN August 22, 2011 at 12:32 AM  

aSsalammualaikum

tahniah buat semua team Langit Ilahi

Moga terus dalam perjuangan berkongsi keindahan dan kenikmatan ISLAM.

"buka lagi tak tempahan untuk baju muslimat LI??

BroHamzah August 22, 2011 at 12:36 AM  

Noor Azlen Bt Haron

Walaikumusalam, terima kasih atas coretan dan dokongan. Usaha-usaha ini hanyalah kerdil sahaja, namun ia tetap akan diteruskan sebagai sebahagian amalan yang digerakan.InsyaAllah.

Berkaitan, tempahan baju muslimat ia telah ditutup.Harap maklum. Mungkin akan dibuka selepas ini. Nantikan pengumuman di LangitIlahi.Com.

InsyaAllah.

BroHamzah

NooR AzLen BinTi HaRoN August 22, 2011 at 12:46 AM  

Assalamualaikum

syukran jazilan.

boleh ana tau serba sedikit pnubuhan LI?

punya impian juga dgn sahabat2 spt impian team LI utk berkongsi keindahan dan kenikmatan ISLAM.

BroHamzah August 22, 2011 at 1:02 AM  

Walaikumusalam,

Alhamdulillah. Sejarah penubuhan secara ringkas - LI diasaskan oleh Hilal Asyraf dan Ihsan sebagai moderator web. Jika tidak silap ia bermula 3 tahun yg lepas.Cuma, gadungan LI secara team bermula tahun ini 2011. InsyaAllah. Doakan perjalanan LI dipermudahkan oleh Allah SWT.

BroHamzah

Qawiem Khairi August 22, 2011 at 3:21 AM  

ya Allah.. bahagia sungguh,
bahagia yg amat sgt. melihat org yg ana kenal pergi sejauh ini. moga Allah merahmati team LI. Amin. =)

BroHamzah August 22, 2011 at 3:35 AM  

Pelaut Rabbani

Alhamdulillah, syukran. Didoakan juga buat anta.InsyaAllah.

BroHamzah

bintufadeen August 22, 2011 at 6:48 AM  

moga terus maju ke hadapan..
berbangga dengan usaha kalian.allahuakbar.

BroHamzah August 22, 2011 at 5:06 PM  

bintufadeen

Usaha ini, hanya usaha yg kerdil.Mengharapkan titipan doa-doa kalian buat kami semua.Kekuatan yang diharapkan ialah keikhlasan, kesungguhan dan daya istiqamahan dalam beramal kerana Allah SWT.

BroHamzah

cikNafiesaMansor August 24, 2011 at 8:12 PM  

subhanallah!
tahniah buat team LI yg telah melangkah sejauh ini, semoga diberkati segala usaha murni antum =)

BroHamzah August 24, 2011 at 9:16 PM  

cikNafiesa

Doakan, ia hanyalah permulaan.
Syukran

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP