Indahnya cinta berpaksikan wahyu

Thursday, August 18, 2011




" Cinta itu indah jika ia berpaksikan wahyu Allah"

Perkongsian ini dimulakan dengan lafaz bismillillah.

Saya kongsikan semula artikel cinta berpaksi wahyu dengan sedikit pembaikan dan penambahan berdasarkan beberapa siri forum Cinta berpaksikan wahyu yang sempat saya ikuti. Semoga bermanfaat.

Cinta itu adalah perasaan

Saya mulakan dengan mengambil ungkapan Ibnu Qayyim al-Jauziyah yang memberi satu sentuhan indah, sederhana dan bersahaja berkaitan erti dan makna cinta. Katanya :

“ Cinta adalah sesuatu yang suci, tenang, utuh dan mengasyik. Cinta adalah gelojak perasaan yang muncul apabila orang yang bercinta merasa amat rindu dan terkenang-kenangkan yang dicintainya.”

Itulah cinta, ramai tokoh dan ahli ulama memberi definisi dan makna cinta. Jika diteliti dan diamati, banyak definisi dan maksudnya. Tetapi, secara kesimpulannya ia adalah suatu perasaan dan cetusan rasa hati yang hadir dalam diri setiap insan.

Dalam membicarakan berkaitan cinta ini, semasa membentangkan ceramah pertama berkaitan Cinta dan Pengurusannya dalam meraih kebahagiaan, Tuan Haji Rosdi menyatakan antara rujukan yang beliau gunakan ialah Buku karya Ibnu Qayyim Jauziyah iaitu Raudhatul Muhibbin ( Taman-taman orang jatuh cinta).

Dan, dalam buku ini sahaja Ibnu Qayyim telah memberikan 50 definisi berkaitan cinta. Kata Tuan Haji Rosdi, beliau semakin kagum dengan tulisan-tulisan yang ditulis oleh ulama yang soleh ini dan Alhamdulillah, pencerahan dan huraiannya berkaitan cinta sangat teliti, menjernihkan dan menyejukan. Saya sendiri telah membelek-belek dan sempat melihat buku ini. [ Tebal buku ini ]

Dalam ceramahnya, beliau menjelaskan jenis-jenis cinta. Ia terbahagi kepada 4 iaitu, Cinta Ibadah ( Al-Hujurat (49 ) : 7), Cinta Syirik ( Al-Baqarah (2) : 165), Cinta Maksiat ( Al Fajr (89): 20) dan Cinta Manusiawi (Tabiat) ( Yusuf (12 ): 8)

Dan, kesimpulan yang dibuat ialah cinta manusiawi yang akan memberi kekuatan, keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT ialah cinta yang berada di dalam mainframe, kerangka dan bingkai utama cinta Ibadah.

Kata mudahnya, cinta yang didasari, ditunjangi oleh cinta Allah SWT. Iaitu Mahabatullah. Ia adalah pancaran, sumber, masdar dan punca kepada keaslian, ketulinan dan kejernihan cinta yang didambakan. Inilah fitrah yang sebenar yang perlu kita fahami dan hayati.

Cinta yang menguatkan bukan melalaikan

Cinta yang didambakan adalah cinta yang meransang perasaan, menaikan semangat perjuangan dan memberikan makna dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah SWT. Jika perkara sebaliknya berlaku, itu bukanlah cinta tetapi ia adalah nafsu.

Kehidupan tanpa cinta adalah kematian. Cinta umpama cahaya, tanpa suluhannya seseorang akan tersesat di dalam lautan kegelapan. Justeru, kita harus mempunyai ilmu berkaitan cinta ini. Jangan membutakan mata dan mata hati untuk mengetahui, mengenali dan mempelajari tentang cinta.

Sebenarnya apa yang saya utarakan ini adalah sebahagian daripada aspek perasaan manusia. Dalam jiwa manusia, terdapat 4 aspek perasaan yang menjadi fitrah manusia. Iaitu fitrah menjadikan Allah SWT sebagai tujuan dan tumpuan, perasaan cinta (al-hub), perasaan takut (al-khauf) dan kepergantungan. Dan perbincangan ini, akan cuba menyimbangi semua aspek ini agar ia selari dengan tuntutan deen Islam.


Cinta itu fitrah


Firman Allah SWT :

“ Orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah SWT.”

( Al-Baqarah (2) : 165)

Kata Ibnu Qayyim dalam Karya Radhatul Muhibbin menyatakan :

"Cinta itu mensucikan akal, menghilangkan kekhuatiran, memunculkan keberanian, mendorong berpenampilan rapi, membangkitkan selera makan, menjaga akhlak mulia, membangkitkan semangat, mengenakan wewangian, memperhatikan pergaulan yang baik, serta menjaga adab dan kepribadian. Tapi cinta juga merupakan ujian bagi orang-orang yang soleh dan cubaan bagi ahli ibadah."

Perasaan ini akan menyapa dan menyentuh sesiapa sahaja apabila tiba masa dan waktunya. Perasaan cinta manusiawi ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tidak kira sesiapa pun ia. Inilah fitrah manusia, sejajar dengan firman Allah SWT dalam Al-Quran :

“ Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu ; wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari segi emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik (syurga).”

( Ali Imran (3) : 14)

Ibrah daripada sirah, saya pernah berkongsi satu kisah yang diceritakan oleh Abdullah ibn Abbas.

“ Suatu ketika,” beliau berkongsi cerita,

“ Seorang wanita solat di belakang Rasulullah SAW. Dia seorang wanita yang sangat canti, secantik-cantik wanita. Demi Allah, kata Ibnu ‘Abbas bersaksi, “ Aku belum pernah melihat wanita secantik dia.” Wanita itu berada di saff terdepan di barisan wanita.

Kehadiran wanita itu menyebabkan sikap para sahabat berbelah bahagi dalam aspek menunaikan solat berjemaah. Ada sebahagian berupaya keras datang lebih awal dan mengambil tempat di saff awal agar tidak berkesempatan melihat wanita tersebut , agar hati tidak terganggu.

Tetapi, ada juga yang melambatkan sedikit kehadiran mereka, agar dapat berada di saff akhir di barisan lelaki, agar dapat curi-curi pandangan untuk melihatnya. Kisah ini kita ambil dari sudut, perasaan. Inilah fitrah perasaan yang wujud dalam hati manusia. Kisah ini diriwayatkan oleh para Imam pemilik Kitab Sunan yakni Abu Dawud, At Tirmidzi, An Nasai dan Ibnu Majah. Imam Al Hakim menshahihkannya menurut syarat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim.

Inilah sahabat Rasulullah. Inilah sahabat Rasulullah! Inilah mereka generasi terbaik!.

Ada di antara mereka juga yang mempunyai perasaan kecenderungan untuk tertarik, terpesona dan perasaan sehalus ini. Selalunya kita membayangkan mereka sangat baik, seperti malaikat. Tetapi ketahuilah, mereka tetap adalah manusia. Manusia yang mempunyai fitrahnya yang telah ditetapkan Allah SWT.

Satu kisah lagi yang ingin saya kongsikan, anak Baginda Rasulullah SAW iaitu Siti Fatimah pernah berkata kepada suaminya, Ali Bin Abi Talib :

“ Wahai Ali sesungguhnya sebelum berkahwin, ada seorang lelaki di Kota Mekah ini yang sangat aku kagumi,”

“ Jadi engkau menyesal berkahwin denganku?,” Soal Ali.

Lalu dengan penuh ketenangan sambil tersenyum kepada suaminya yang tercinta :

“ Tentu tidak, kerana lelaki itu adalah kamu..”

Anda pasti tersenyum membayangkan bagaimana reaksi wajah Ali Bin Talib saat mendengar pengakuan tulus daripada isterinya yang tercinta.

Siti Fatimah, telah mempunyai perasaan yang halus semasa zaman remaja terhadap Ali bin Abi Talib. Begitu juga dengan Saidina Ali. Perasaan yang unik itu sudah berputik sekian lama dihatinya, dan akhirnya ia zahirkan perasaan ini melalui jalan yang paling syara iaitu perkahwinan. MasyaAllah.

Saudara-saudari, dan sidang pembaca. Inilah perasaan fitrah anugerah Allah SWT, ia hadir menyapa dan menyentuh sesiapa sahaja.

Bahasa Cinta Manusiawi

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan bahawa cinta yang kita bicarakan di sini adalah tentang cinta yang suci, dari seorang lelaki yang suci, tidak menginginkan agama dan kesuciaan dirinya serta peribadinya menjadi rosak disebabkan cinta. Dia tidak mahu hubungan antara dirinya dengan Allah renggang, jauh dan tersirna.

Ibnu Hazm pun pernah berkata : “ Ramai dari para Khulafa Rasyidin dan para Imam yang bersih hatinya mengalami jatuh cinta.”

Inilah cinta orang-orang salaf dan para imam terhormat. Ungkapan seorang pemuda yang takut dan bertaqwa kepada Allah SWT dalam bisikan hatinya :

“ Sesungguhnya saya mencintainya kerana Allah dan saya ingin agar cinta ini menjadi cinta yang benar di hadapan Allah SWT.”

Untuk membingkaikan cintanya agar tetap suci seusai fitrahnya, lalu pemuda tersebut berusaha dan bersungguh-sungguhn untuk merealisasikan perasaan cintanya melalui cara yang diredhai ALLAH. Dan bingkai yang syara’ dan diberkati Allah itu adalah bingkai perkahwinan yang bersih, suci dan jernih!.

Seorang muslim mukmin dan muslimah mukminan tidak dilarang untuk saling mencintai. Mereka juga tidak dilarang untuk jatuh cinta. Hanya, Islam menyediakan penyaluran untuk bercinta melalui PERKAHWINAN.

Di bawah naungan perkahwinan, sepasang manusia diberi kebebasan untuk bercinta. Seorang lelaki menjadi seorang suami dan seorang perempuan menjadi seorang isteri. Melalu ikatan ini, terjalinlah perhubungan yang halal, suci dan mampu membuahkan barakah. Lantas tenteramlah hati, sempurnalah keinginan.

Perasaan ini adalah lambang kebesaran dan keagungan Allah SWT. Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud :

“ Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya antaramu rasa cinta dan kasih sayang..”

( Ar Rum (30 ):21)

Itulah, apa yang boleh saya simpulkan daripada apa yang saya perolehi dari seminar, perkongsian permusafiran bersama Tuan Haji Rosdi, dari bahan pembacaan sebagai persiapan untuk seminar ini. Ini merupakan perkongsian semampu saya, insyaAllah jika berkesempatan akan saya kongsikan lagi. Kerana di sana, masih banyak input-input baru yang saya perolehi. Nantikan InsyaAllah. Saya akhiri dengan kata-kata dibawa :

“Cinta merupakan cermin bagi seseorang yang sedang jatuh cinta untuk mengetahui watak dan kelemah-lembutan dirinya dalam citra kekasihnya. Kerana sebenarnya dia tidak jatuh cinta kecuali terhadap dirinya sendiri.”

Catatan ringkas :

1. Dalam siri jelajah Forum Cinta berpaksikan wahyu ini, insyaAllah di dalam perancangan ia akan dibuat secara berkala ke seluruh Malaysia. Bagi sesiapa yang berhajat untuk mengadakannya di tempat pengajian dan institusi anda – pihak kami sangat-sangat mengalu-alukannya sebagai wadah perkongsian ilmu. Boleh hubungi BroHamzah di emel brohamzah85@gmail.com.

2. Perancangan terdekat pada hujung tahun ini di utara dan pantai timur.InsyaAllah. Semoga Allah SWT permudahkan.

3. Ramadhan adalah saat yang indah menyuburkan cinta. Saya kongsikan sedikit perkongsian berkaitannya di website Langit Ilahi.Com. Anda dijemput untuk membacanya. Semoga ada manfaat untuk disharekan.

8 comments:

Anonymous,  August 18, 2011 at 8:20 PM  

salam brohamzah sy nk bertanya pdpt tntg perenggan nih

"Cinta yang didambakan adalah cinta yang meransang perasaan, menaikan semangat perjuangan dan memberikan makna dalam kehidupan sebagai seorang hamba Allah SWT. Jika perkara sebaliknya berlaku, itu bukanlah cinta tetapi ia adalah nafsu."

dipendekkan cerita, sy dulu adalah org yg lalai dn xkisah sgt psl agama, tp 1 hari sy tlh jatuh cinta (kalo bleh dipanggil cinta) pd seorg yg agak solehah, then sy pon teros gerakkan langkah mengorat mcm biasa org lain buat, mintak no tepon sms nak berkenalan dan erm seterosnyalah

unexpectedly, dia reject sy dgn ayat yg dimudahkan camnie "sy takot pd Allah" dn entah camna ayat tu sy rasa mcm petir mnusuk hati, dn sejak tu sy mula berfikir dan fikir dn fikir apa yg smpi menyebabkan dia kata mcm tu (ofcourse itu ptama kali sy jumpak ppuan yg mmg jaga pgaulan dgn llaki)

maka sy start aritu mula kembali mencari Allah, starting from zero, mcm org baru masok Islam, dan alhamdulillah lps mcm2 ujian, sy mula rasa apa tu cinta kpd Allah sy mula rasa betapa indahnya Islam nih sy mula rasa betapa manisnya Quran yg semua tu sy lalaikan spnjg 20 thn hidup, walaupun ofcourse sudah byk kali nafsu menewaskan sy dan sy masih ttp lagi berperang dgn nafsu...

the main question is, despite now knowing how i should suppose love Allah and Rasulullah (and no one else, especially perempuan), sy masih takleh lupakan si dia itu, sehebat mana sy cuba sekeras tu dia takmau hilang dr fikiran

apa pendapat brohamzah? adakah ini cinta atau nafsu, adakah ini benda yg betul atau salah, baik atau buruk, dan yg lbih penting, pada pendapat bro, apa yg patot saya lakukan?

BroHamzah August 18, 2011 at 9:02 PM  

Anonymous

Salam kembali, alhamdulillah. Syukran atas coretan dan perkongsian saudara.InsyaAllah saya akan kongsikan sedikit masa lagi.

Sekarang, persiapan untuk bermusafir ke utara. Moga terus mendekatkan diri dengan Allah SWT di bulan Ramadhan ini. InsyaAllah.

BroHamzah

Muhammad Imran Khairman August 18, 2011 at 11:54 PM  

Assalamualaikum..

salam Brohamzah saya ingin bertanya satu pandangan berkenaan hadis ini :-

Rasulullah s.a.w bersabda kpd seorang baginda bilakah akan tibanya kiamat,

" Apakah yg telah kamu sediakan untuknya?"

"Aku mencintai Allah dan RasulNya sepenuh jiwaku"

Rasulullah s.a.w. menjawab : "Maka kamu akan bersama dgn org yang kamu cintai di akhirat sana." [Hadis riwatyat Bukhari]

dlm erti kata lain yg saya faham, cinta ini bermaksud hendak bersama-sama dgn org yg kita cintai di akhirat kelak..

ini pandangan mata kasar saya yg masih cetek tahap ilmunya.. jadi apa pula kata saudara??

~p/s : mohon di share artikel ini..

BroHamzah August 19, 2011 at 12:08 AM  

Muhammad Imran Khairman

Salam kembali, alhamdulillah saudara seorang yg peka dan mencintai ilmu.

Berkaitan hal ini, saya akan merujuk kitab dan mereka yang sepatutnya dan akan cuba share di sini nanti.

InsyaAllah.

BroHamzah

BroHamzah August 20, 2011 at 11:49 PM  

Anonymous



Assalamualaikum wbt, Saudara.
Mohon maaf kerana baru dapat merespon pertanyaan saudara. Saya berikan sedikit pandangan Murabbi saya, Abu Munzir berkaitan hal yang ditanya ini.Semoga bermanfaat.

Pertama, sukar nak istiqamah dengan apa yg telah diketahui dalam Islam. Ini adalah kerana kita baru melalui fasa SEDAR. Umpama orang yang tidur, tiba2 terjaga atau digerak. Untuk mampu melaksanakan tuntutan2 Islam, khususnya, untuk mencintai Allah, kita perlu melalui aktiviti2 yang boleh membawa kita menuju MAHABATULLAH. Semasa melalui anak tangga ini banyak ujian, yang berpunca dari nafsu dan juga syaitan.

Perkara kedua adalah tidak dapat melupakan seseorang. Perasaan minat, cenderung, jatuh hati dan seterusnya cinta adalah sesuatu yang meninggalkan bekas terhadap hati kita. Daripada maklumat yang diberikan, ana rasa dia belumpun jatuh cinta kerana belum hubungan tetapi minat atau ketertarikan yang kuat. Sukar secara mutlak dikatakan nafsu tetapi tidak bersih dari nafsu. Ianya umpama luka, walaupun dah dibersihkan, dibubuh ubat luka tidak akan sembuh serta merta. Apa yang perlu dilakukan, terutama dalam Ramadhan ini adalah menyibukkan diri dengan ibadah: diperbanyakkan solat; membaca Al Qur'an, membaca buku tulisan ulamak mu'tabar dan banyakkan istighfar dan bertaubat. melalui aktiviti2 ibadah ini insyaAllah Allah akan segerakan kesembuhan hati tersebut.

Wallahu a'lam

Abu Munzir.

Semoga bermanfaat.
BroHamzah

Anonymous,  August 21, 2011 at 8:34 PM  

nice sharing

BroHamzah August 21, 2011 at 11:58 PM  

Anonymous

Alhamdulillah, semoga bermanfaat.InsyaAllah
BroHamzah

BroHamzah August 22, 2011 at 12:01 AM  

Muhammad Imran Khairman

Alhamdulillah, benar pandangan saudara. Kita akan dibangkitkan bersama-sama dengan orang yang kita kasihi dan cintai.InsyaAllah. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW itu sendiri.

Asas cinta didasari cinta kerana Allah SWT. Bagaimanakah cinta ini terlaksana? Ia perlu kembali kepada panduan-panduan yang digariskan di dalam Islam.InsyaAllah.

Cinta kepada Allah SWT akan membawa kita kebahagian dan keselamatan yang hakiki di akhirat kelak.InsyaAllah.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP