Entri Khas : Talian Hayat Pelarian Somalia

Monday, August 22, 2011

Sumber : Utusan.Com

Entri khas ini dimulakan dengan lafaz mulia, Bismillah.
Semoga perkongsian ini memberikan kita semua sesuatu yang bermanfaat. Baca, hayatilah dan doakanlah agar kita semua dilindungi dan diredhai Allah SWT. Selamat membaca dengan jiwa yang sedar.

1. Seorang sahabat saya bertanya kepada saya baru-baru ini, kenapa tiba-tiba isu tentang Afrika dan Somalia sedang hebat diperkatakan oleh media massa dan orang ramai. Seingat saya, ia mula mendapat perhatian ramai pihak sebelum kita memasuki Ramadhan tahun ini. Kini, timur Afrika terutamanya Somalia sedang dilanda krisis kemarau yang terteruk dalam tempoh 60 tahun. Kesannya, ia memberikan impak yang besar kepada penduduk di sana, terutama di kawasan-kawasan Somalia dan Kenya.

2. Saya mengikuti berita-berita dari sana setiap hari, melawat beberapa laman web sumber berita dunia untuk mengetahui berita terkini daripada saya. Banyak info dan kisah-kisah yang menyentuh hati. Sebak dan terharu. Mereka sedang lalui sebuah kehidupan yang sangat perit. Bak kata pepatah melayu, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Tiada apa yang ingin saya coretkan, cuma sedikit perkongsian mengenai suasana saudara-saudara kita di bumi tandus Afrika Timur. Melihat dengan mata hati, menyelami penderitaan mereka agar "tergerak" jiwa untuk melakukan sesuatu.


Seorang kanak-kanak di sana, Mihag Gedi Farah, 7 bulan yang kekurangan zat makanan yang beratnya hanya 3.4 kg. Apa perasaan anda apabila menatap wajahnya?



Para wanita di sana sanggup meredah ribut pasir untuk mencari air. Bekalan untuk meneruskan kehidupan. Mereka mempertaruhkan nyawa untuk terus hidup.



Seorang pelarian Somalia, Kadija Ibrahim berumur 67 tahun duduk berehat di kem pelarian sambil merenung jauh memikir sesuatu. Merenung masa depan yang kelam. Itu mereka, bagaimanakah kita melihatnya? Melihat sebagai seorang saudara seIslam.



Bekalan air yang disediakan di kem pelarian Dadaab. Dengan populasi seramai 370,00 kem tersebut adalah antara kem yang terbesar di Afrika Timur. Namun ia hanya dapat menampung sejumlah 90,000 orang pelarian sahaja. Bayangkan?



Kaum ibu, sedang diperiksa kesihatan dan kadar nutrisi mereka di Lowdar Turkana, Kenya. Kesihatan mereka yang terjejas teruk akibat kemarau ini.



Lihat wajah adik ini, Luli Nunow 4 tahun. Dia sengsara, sakit dan menderita akibat daripada kekurangan zat makanan. Lihat pula adik-adik dan anak-anak kita di Malaysia ini, alhamdulillah. Bersyukurnya kita kepada Allah SWT.



Budak lelaki pelarian Somalia sedang mengutip ranting kayu api untuk dijadikan bahan bakar untuk tujuan memasak dan memanaskan badan di waktu malam.



Nenek warga emas ini sedang menanti dengan penuh kesabaran dan kecekalan. Menanti giliran untuk mendapatkan makanan di Lolkuta, Wajir.



Pemandangan di kem pelarian Dadaab, di Timur Kenya. Ini pemandangan sebuah kem yang terdiri daripada beratus-ratus khemah pelarian.




Seorang warga pelarian Somalian, Nado Mahad Abdilli sedang menyiapkan pondok untuk berteduh. Mereka berteduh dengan ranting-ranting dan dahan-dahan pokok yang boleh diambil sekitar mereka. Hidup perlu diteruskan!


Tin makanan yang telah digunakan yang merupakan bantuan dari USA. Kita harus hulurkan juga bantuan dari Malaysia.





Adik ini, sedang menunggu giliran untuk mendaftar di kem Dagahaley. Penantian dengan penuh kesabaran yang luar biasa.


Terbaring warga emas ini, Mohammed Osman 70 tahun dari Selatan Somalia.



Kesan kemarau yang dahsyat, lihatlah keadaan haiwan ternakanan.



Sheikh Yare Abdi memandikan mayat Aden Ibrahim 4 tahun untuk dikebumikan mengikut amalan tradisi orang Somalia



Abdirisak Mursal 3 tahun mendapat rawatan kerana kekurangan zat seimbang di Banadir hospital di Mogadishu sebulan yang lalu, 16 Julai 2011.



Rage Mohamed sedang memegang kayu untuk dijadikan tempat berteduh bersama-sama keluarganya di kem pelarian Dagahaley.



Pelarian Selatan Somalia sedang menerima makanan di Mogadishu pada 26 Julai 2011 yang lalu.




Seorang lelaki sedang menggali lubang untuk dijadikan tandas.


Gambar ini tersebar ke seluruh dunia. Aden Salad 2 tahun melihat ibunya ketika dimandikan di Sans Frontieres Hospital di Kem Dagahaley pada 11 Julai 2011



Tetapi, sujud kepada Ilahi walaupun kesusahan. Hasan Ali sedang solat di antara sempadan Kenya dan Somalia.


Anak kecil ini menanti menunggu untuk mendapatkan rawatan




Seorang lelaki sedang menguruskan unta beliau di Harfo, Somalia.


Pelarian menerima bantuan minyak masak dan bijirin bantuan daripada OIC. Apa itu OIC? Organization of Islamic Co-Operation.


Gambar ini menyentuh hati saya. Seorang doktor sedang memeriksa seorang kanak-kanak disamping ibunya. Wajah ibunya menanti dengan penuh harapan.



Namun, ketentuan Ilahi mengatasi segala-galanya. Itu saat terakhir beliau menatap wajah anaknya yang dicintai. Anaknya meninggal dunia di hadapan matanya sendiri di Banadir hospital di Mogadishu, pada 21 Julai 2011.


3. Kenapa saya kongsikan semua ini? Di Bulan Ramadhan ini, Allah SWT berikan suatu keinsafan dan didikan yang sangat luar biasa kepada kita semua. Merasai sesuatu yang akan memberikan kepekaan dan kesensitifan pada jiwa kita. Lihat dengan mata hati dan keimanan kita akan semua ini. Saban detik dan waktu, ramai kanak-kanak yang menghembuskan nafas terakhir mereka lantaran kekurangan makanan dan ada juga yang terkena pelbagai penyakit.

4. Kita di sini, sangat bertuah. Kehidupan yang dilimpahi nikmat yang banyak. Selesa, aman dan sentosa. Makanan yang banyak, sehingga selalunya akan berlaku pembaziran.Tidak percaya, lihatlah makanan-makanan yang kita buang ke dalam tong sampah. MasyaAllah, banyaknya ibrah yang saya dapat daripada semua ini. Apakah perasaan kita saat ini? Saat melihat semua gambar-gambar yang dipaparkan yang mempunyai 1000 pengertian buat kita.

5. Tergerakkah kita untuk melakukan sesuatu. Ketahuilah masih ramai lagi rakyat Malaysia, rakan-rakan dan masyarakat kita tidak mengetahui tentang perkara ini. Maka, seruan saya ayuh kita sebar-sebarkan ia kepada semua. Dan - ada yang bertanya? Apakah bentuk bantuan yang boleh disumbangkan?

6. Alhamdulillah, sungguh murni hati anda. Antara sumbangan yang boleh kita lakukan ialah dengan melalui sumbangan kewangan yang akan digunakan untuk membeli keperluan makanan dan kehidupan untuk mereka. Tetapi, bagaimanakah salurannya?

7. Saya mencadangkan salah satu saluran yang ada, melalui, projek Talian Hayat Untuk Pelarian Somalia yang diusahakan oleh sebuah badan NGO di Malaysia iaitu HALUAN. Sumbangan anda bolehlah disalurkan ke Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 14-023-01-002571-8 atas nama HALUAN. Atau untuk maklumat lanjut anda boleh ke sini dan sini.

Bersedekah dan berinfaq di bulan Ramadhan adalah suatu amalan yang sangat mulia. Bahkan ganjaran berganda-ganda berbanding bulan lain.Inilah peluang dan kesempatan yang tidak boleh kita abaikan.

Kredit sumber : sini . Dan banyak lagi gambar dan berita-berita terkini di sini.

12 comments:

ZuL-FaQaR August 22, 2011 at 7:12 PM  

Salam alaik, perkongsian yang bermanfaat..
ana cadangkan letakkan gambar poster misi tu..
wallahua'lam...

Poster:
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150291758444026&set=a.104170529025.93152.808919025&type=1&ref=nf

BroHamzah August 22, 2011 at 7:18 PM  

Zul-Faqar

Walaikumusalam, syukran atas cadangan anta. Ana dah linkkan ke gambar tersebut. Kesilapan teknikal. Tak dapat letak gambar.('',)
Hamba, budak kecil baru belajar sheikh.
Akan diperbaiki dimasa hadapan.

BroHamzah

Pena Derhaka August 22, 2011 at 7:32 PM  

terima kasih.... info yang sangat berguna.... terima kasih saudara.... .

BroHamzah August 22, 2011 at 7:36 PM  

PATRAQUE

Sama-sama, mohon dihebahkan seluas-luasnya. Moga kita termasuk dalam golongan yang akan mendapat rahmat Allah SWT.Membantu golongan yg memerlukan terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini.

BroHamzah

Yildirim Fateh August 22, 2011 at 10:05 PM  

kene hebah jugak nie,,,xleh duduk diam,,,

BroHamzah August 23, 2011 at 12:25 AM  

shairazi sharizan

Alhamdulillah, syukran. Hebahkan ia kepada sesiapa sahaja. Semoga Allah rahmati usaha anta.

BroHamzah

Raudhatul Nadwah August 23, 2011 at 3:23 PM  

Salam alaik.
Perkongsian yang menyentuh hati.
Akhi, ana mohon share.

BroHamzah August 23, 2011 at 5:33 PM  

Raudhatul Nadwah

Gambar-gambar diatas saya perpanjangkan dari sumber yang dinyatakan. Dipersilakan untuk sebaran. Semoga ia bermanfaat.InsyaAllah

BroHamzah

Unknown August 23, 2011 at 7:31 PM  

Salam akhi,, jazakallah.. Ana mohon share

BroHamzah August 23, 2011 at 8:23 PM  

wardatul mahfuzah

Wassalam, syukran atas usahanya.
BroHamzah

HilmiRazak August 23, 2011 at 9:40 PM  

"Entri Somalia terbaik Abad ini. Tahniah, terima kasih,Good Job brohamzah. Kalau boleh dimasukkan kedalam lagitilahi.com lagi melajukan keprihatinan."

BroHamzah August 23, 2011 at 11:03 PM  

Hilmi Razak,

Ia hanya dihebahkan melalui sumber yang pelbagai. Berkaitan LI, nanti Hilal akan buat. Ana dah maklumkan kepadanya.

Nantikan.InsyaAllah
BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP