Fenomena Meng"sampah"kan Manusia

Sunday, August 15, 2010

Bayi kecil ini tidak berdosa, wahai pendosa!

Fenomena Meng”sampah”kan Manusia

Oleh : BroHamzah

Saya tidak pasti, adakah betul istilah atau ayat yang saya tulis diatas. Tetapi, hakikatnya budaya meng”sampah”kan manusia ini kian berleluasa di dalam komuniti masyarakat kita.

Saya tidak mahu tulisan saya ini dinukilkan secara beremosi. Sudah lama memendam rasa hati dan perasaan. Tetapi, hati ini bagaikan ditusuk-tusuk dan terhiris rasanya. Perasaan bercampur baur.

Ramadhan adalah bulan yang digambarkan sebagai bulan kerahmatan, keberkatan dan keampunan telah kunjung tiba. Bulan yang ditawarkan dengan segala bentuk kenikmatan dan pelbagai tawaran. Dan seharusnya Ramadhan itu adalah bulan yang dihiasi dengan kebaikan, amal soleh dan segala bentuk kesyukuran sama melalui lafaz mahupun tindakan.

Namun, bumi Malaysia kita lain pula jadinya. Saya rasa terkilan, sebak, kecewa, geram dan pelbagai perasaan yang bercampur baur. Hampir setiap hari di musim awal Ramadhan ini, terpapar di dada akhbar kes pembuangan bayi di pelbagai tempat. Di campak di merata tempat, di tempat pembuangan sampah dan tempat-tempat yang menjijikan dengan pelbagai keadaan. Janin bayi dalam keadaan cukup sifat dibuang tanpa belas kasihan dan seolah-olah itu adalah sampah. Bayi yang kecil tidak berdosa diperlakukan seperti sampah yang tiada harga diri dan dipandang keji serta kotor.

Saya baru melihat sebuah klip video nasyid “ Wajah Suci” dendangan kumpulan Mestika. Mengalir air mata di buatnya. “ Manusia durjana!!!!!!”, jeritan batin hati yang tiada siapa yang dengar.

Air mata dipendam, tersekat dikelopak mata.

Manusia kah kamu.

Adik kecil saya pernah bertanya, kenapa bayi kecil ini jadi macam ini? Binatang apa yang culik dia dari mak dia? Seorang kanak-kanak yang masih kecil beranggapan perbuatan macam ini adalah perbuatan binatang dan haiwan buas sahaja. Manusia tidak akan buat macam ini.

Tetapi, hakikatnya. Manusia yang tewas dengan nafsu dan manusia si pendosa lah yang melakukannya. Mereka berjaya melakukan sesuatu dosa dan terus dihukum untuk melakukan satu dosa yang seterusnya. Benarlah, dosa itu suatu bebanan. Saya yakin, mereka-mereka yang melakukan semua ini kini dihimpit bebanan dosa yang bersangatan. Jiwa mereka resah, rasa berdosa serta bersalah malah ia akan terus menghantui sepanjang hayat mereka.

Saya terdiam. Menganalisis keadaan semasa. Saya berfikir dan merenungi jauh apa yang berlaku. Ini adalah satu fenomena masyarakat jahiliyah. Masyarakat yang rosak, tenat dan semakin hilang nilai kemanusiaan. Kerja sebegini bermula dengan kerja-kerja tangan-tangan manusia.

Ia tidak dilakukan oleh haiwan ataupun binatang. Apabila semakin memikirkan perkara-perkara begini, saya semakin bimbang dan risau, inikah masyarakat yang ada disekeliling saya? Hidup bergelumangan dengan dosa, maksiat dan kerja-kerja tidak berperikemanusiaan.

Manusia beralasan.

“ Kami terlanjur, bang. Kami terpaksa melakukan semua ini.”

“ Kami sedar kami bersalah, kami tertewas dengan diri kami sendiri.”

“ Saya tahu ia merupakan dosa tetapi apakan daya, saya lemah iman.”




Ia semakin menjadi-jadi dan kamu seolah-olah seronok dengan perbuatan ini , wahai manusia durja

Titik tolak dan puncanya

Bagi saya, tiada istilah terlanjur. Tetapi berzina. Berzina ini bertahap-tahap. Bukannya berlaku semudah itu. Ia adalah barah yang kian bernanah parah dan kini ia membusuk menusuk hidung. Semua pihak telah menghidu kebusukan, kejelekan, kejijikan, kekotoran dan nanah kotor akibat perbuatan zina.

Budaya membuang bayi ini atau lebih kasar gamaknya ialah meng”sampah”kan manusia adalah akibat perbuatan zina. Kalau hubungan lelaki dan perempuan itu halal, sudah tentu tidak akan berlaku perbuatan yang amat kejam ini.

Kerana cinta palsu, nafsu binatang dan tewas dengan pujukan rayuan, akhirnya berlakunya kelahiran yang tidak dipinta serta mencalar maruah diri. Buntu mencari jalan pencarian, akhirnya perbuatan berupa “kebinatangan” ( walaupun binatang atau haiwan tidak melakukannya) dilakukan dengan keputusan : “ Campak, buang dan bunuh anak haram itu.”

Ia ada titik mulanya, dan maaf saya sebut jika ia bermula dengan satu perbuatan yang kini telah menjadi satu perkara biasa iaitu budaya couple.

Saya sangat anti kepada couple. Ia merosakan. Ia membinasakan dan Ia menjahanamkan anak-anak remaja pada hari ini. Hubungan lelaki perempuan jelas menunjukan kadar kerosakan yang sangat ketara kepada kita.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

( An Nur (24) : 30)

Proses memelihara diri perlu bermula dari diri kita. Menghindari diri daripada pergaulan bebas dan budaya couple yang haram ini harus bermula dengan diri kita semua. Dan kita juga perlu mengubahkan dan bertindak menghalangnya.

Gerakan anti Couple harus diperkasakan dengan sebaran kesedaran dan gerakan pendidikan yang lebih bersepadu.

Saya benci budaya couple kerana ia telah merosakan ramai adik-adik kenalan serta beberapa orang sahabat-sahabat saya. Saya benar-benar tidak dapat menerima budaya couple itu berlaku kepada ahli keluarga saya, dan kepada mereka-mereka yang saya kenal.

Kerana apa?

Kerana couple ini amalan mereka yang tertewas dan lemah imannya.

Couple juga menyemarakan lagi hubungan yang tidak bermoral dan rendah nilainya.

Couple tanpa hubungan nikah dan panduan syara adalah budaya yang kini semakin serius dan kesannya kini mulai menunjukan tahap kritikal dan harus dibendung sesegera mungkin.

Couple tanpa nikah. Menghancurkan keperibadian dan kemuliaan insan sehingga syaitan diagung-agungkan di dalam perhubungan keinsanan.

Couple itu adalah lambang manusia yang tidak bermaruah dan mudah dibawa oleh hawa nafsu yang tidak pernah puas dan selesa dengan kebaikan.

Couple itu budaya barat, yang kini cuba diislamkan dengan pelbagai bentuk dan rupa. MasyaAllah. Jauhi budaya ini kerana ia pintu kepada dosa-dosa yang lebih berat. Couple juga adalah muqadimmah kepada penzinaan.




Penyelesaian demi penyelesaian dikemukakan, namun adakah ia menyelesaikan pokok permasalahan

Jalan penyelesaian ; Perangi Zina dan Tingkatkan proses tarbiyah


Pelbagai kaedah, rawatan dan penyelesaian dibentangkan dipelbagai peringkat sama ada di forum-forum kebangsaan mahupun antara bangsa bagi menyelesaikan kemelut yang melanda ummah. Ada mencadangkan Baby Hatch, ada menyusulkan sekolah pelajar-pelajar hamil dan pelbagai lagi. Persoalannya, adakah ia menyelesaikan masalah.

Jawapannya sudah ada iaitu “back to the basic”. Jalannya telah dilaksanakan oleh baginda Rasulullah SAW. Pendekatan yang menyeluruh dan lengkap. Namun, peringkat perlaksanaannya masih samar-samar.

Ia bermula dengan proses pendidikan. Ya proses penanaman aqidah dalam diri, dan penyemaian nilai berkaitan dosa, pahala, syurga dan neraka. Dalam pendidikan perdana hari ini, tiada ada nilai ini. Semuanya menekankan soal material, pangkat, duit, kekayaan, kemewahan, dan segala bentuk keduniaan.

Tetapi siapa yang akan buat? Kita semua. Tidak usah menunding jari kepada siapa-siapa.

Kerajaan bertanggungjawab kerana mereka pemimpin.

Masyarakat bertanggungajawab kerana kita hidup dalam satu komuniti bersepadu

Guru-guru bertanggungjawab kerana ini soal pendidikan generasi harapan

Ibu bapa juga bertanggungjawab kerana ini soal anak-anak mereka

Rakan-rakan juga bertanggungjawab kerana ia menjadi soal bersama

Kaum kerabat juga bertanggungjawab kerana ia adalah hubungan saudara

Dan

Diri kita sendiri juga bertanggungjawab kerana kita akan dipersoal di akhirat kelak.

Laksanakan tugas kita, Amar Maruf Nahi Mungkar!

Anti- Couple

Perangi Zina

Ayuh kita membina iman sebagai benteng utuh diri

Marilah kita hidup dalam suasana Islam yang mendamaikan

Jauhi zina, insyaAllah hidup berkat dan selamat!


6 comments:

Cahaya gembira August 16, 2010 at 7:31 AM  

begitulah manusia pd masa kini yang sering hanyut dgan arus kemodenan n keduniaan semata-mata...hurm..
stuju dgn pndapat enta..anti-couple n sewaktu dgnnya tue..
"dalam dunia haiwan tiada manusia..tetapi dalam dunia manusia adanya haiwan"..kata2 yg diambil dri iklan..renungan tuk kiter semua ..insyaAllah...
moga sifat2 buruk itu dpt dihindarkan...

HBAB khair August 16, 2010 at 9:17 AM  

Assalamu'alaikum,

Salam ziarah. Sebenarnya terdetik perasaan yg sama apabila acap kali mendengar berita kes pembuangan bayi dan itu yang setakat kita tahu, yang kita tak tahu..

Apabila kes2 seperti ini bagaikan bah yang x berkesudahan, barulah ada yang membuka mata betapa relevannya 'amar makruf, nahi mungkar' kerana yg dicegah bukanlah hanya pada kemungkaran yg satu itu tetapi kepada pelbagai punca2 yang membawa masalah itu.

Tarbiyah dab dakwah perlu diperkasakan, 'amar makruf nahi mungkar' digiatkan. Mari sama2 memberi kesedaran buat muslim di msia ini, jangan saat murka Allah tiba baru mata hati tersedar.

Wallahu'alam.

BroHamzah August 16, 2010 at 5:34 PM  

To gotchaezat

Ini la hakikat yang ingin kita rasai bersama-sama. Seharusnya Ramadhan ini menjadi medan yang terbaik untuk kita buat segala sifat mazmumah dalam diri menuju taqwa.

Saya yakin dengan kehadiran Ramadhan ini mampu membentuk diri kita menjadi peribadi mukmin mutaqin dalam usaha membuang segala sifat-sifat yang seumpama binatang.

Wallahu'alam

BroHamzah August 16, 2010 at 5:37 PM  

to HBAB khair

Saya sangat setuju dengan pandangan saudara/i.
Dakwah dan tarbiyah harus diperkasakan dan inilah langkah yang dilaksanakan oleh baginda Rasulullah SAW dalam usaha memperbaiki dan mendidik masyarakat jahiliyah dahulu.

Rasulullah SAW menjadi contoh ikutan dan qudwah hasanah dalam segala hal dan aspek kehidupan.

(33:21) - Suri teladan yang terbaik.InsyaAllah

Wallahualam

Anonymous,  September 4, 2010 at 8:30 PM  

dari hamba ALLAH

salam..masalah sosial ni memang sangat membimbangkan..di mana letaknya iman kita sampai sanggup tega mengandungkan tetapi sanggup pula membuangnya. sebodoh atau sekejam2 binatang pun tahu menjaga anaknya sendiri. tak kiralah kaum apa, melayu khususnya, janganlah terpedaya terus dengan janji sehidup semati..perlu tetap pendirian dan tegas pada diri untuk membuat sesuatu yang jahat yang dilarang.ada akal bukan, waraslah sikit.fikir adakah tindakan aku ini baik atau tidak, jangan terlalu ikut hawa nafsu.insaf2lah selalu..ingatlah hukuman Allah itu sangat terlalu pedih seksaanNya. takut untuk berbuat kejahatan, berani untuk menyatakan kebenaran dan melakukan kebaikan..sentiasa beristighfar dan berselawat untuk ketenangan diri...

mencari_RedhaNya,  September 24, 2010 at 4:53 AM  

syukur,dikurniakan kesedaran semasa bulan Ramadhan,walau dulu couple dan tidak berjumpa,tapi kini bersyukur,tiada lagi hubungan yang dilarang itu,terus berusaha menguatkan diri untuk menjadi muslimah solehah, bina pendinding iman, kuatkan iman dan bergantung harap hanya padaMu ya Allah,amin~

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP