Inspirasi Ke Puncak

Tuesday, June 22, 2010


Mengejar Ke Puncak Jaya

Inspirasi Ke Puncak

Oleh : BroHamzah

Semasa di alam kampus lebih kurang 3 tahun dahulu, saya mengalami kemerosotan dalam syuur atau semangat untuk belajar. Semakin bertambah semester, semakin menjadi-jadi sifat kemalasan untuk hadiri kekelasan. Dan ini bertambah dengan perpindahan saya dari kolej kediaman ke “ rumah sewa atau lebih popular dengan istilah rumah bujang.

Saya sangat-sangat khuatir dan bimbang ini akan merencatkan proses pembelajaran dan usaha saya untuk menimba ilmu. Dan pada masa yang sama, saya risau sekiranya saya tidak dapat “maintain” keputusan peperiksaan saya pada tahap yang cemerlang. Saya adukan hal ini kepada pensyarah dan juga kenalan yang rapat.

“ Awak kena kuatkan keazaman dan kesungguhan belajar.”
“Tapi macamana?”
“ Lakukan sesuatu untuk tingkat motivasi.”
“ Macamana?”
“ Awak buatlah sesuatu..”
“ Saya?”
“ Ya”

Saya balik ke rumah, Dan saya merenung panjang. Dan akhirnya, Allah SWT ilhamkan suatu idea kepada saya. Setiap pagi, selepas solat subuh dan membaca Al-Quran, saya akan menghadap laptop dan saya mulakan hari saya dengan menulis perkara-perkara yang positif dan meningkatkan motivasi saya. Dan , Alhamdulillah perkara ini saya lakukan sehinggalah ke akhir semester.

Apa yang saya tulis dan taipkan itu saya masukan ke dalam blog saya setiap hari. Dan rupa-rupanya, inilah kekuatan yang saya dapat untuk atasi sikap MALAS itu. Hasil tulisan itu, saya kumpulkan dan namakan ia sebagai “ INSPIRASI KE PUNCAK.”

2 comments:

Unknown June 23, 2010 at 6:49 AM  

Kongsikanlah kepada kami koleksi anta tu..

** Munirah Nazihah ** June 23, 2010 at 9:24 PM  

tapi, bile dah masuk u dah xde mase nk update blog..hjt di hati nk sgt update blog, tp atas alasan byk lg keje lain yg perlu disiapkan especially assigment, maka tertangguh la hjt tu..
mcm mane pulak tu?

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP