Catatan Pasca LL4G

Monday, June 14, 2010

Bersama Peserta Konvoi LL4G seusai sesi Siaran Langsung " Palestin Kami Bersamamu", Angkasapuri RTM Kuala Lumpur


Catatan Kehidupan – LL4G
Oleh BroHamzah

Alhamdulillah, akhirnya Allah SWT memberi kesempatan kepada saya untuk terus berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan yang ada di sini. Mungkin kali ini, hanya catatan ringan dan bersahaja. Semoga ia mendapat ganjaran dan keredhaan Allah SWT.

Pasca LL4G

Seminggu dua ini, kita masih hangat memperkatakan tentang satu peristiwa yang sangat besar kesannya kepada dunia pembebasan rakyat Palestin dan pendedahan kezaliman Zionis Israel Laknatullah. Misi Lifeline4Gaza telah berjaya membuka mata dunia dengan lebih luas akan suatu hakikat yang telah lama disembunyikan dan kini, seluruh dunia semakin berani untuk bertindak lebih tegas dan bersatu padu untuk “menyingkir”kan sebuah keganasan dan kezaliman Zionis Israel dari peta dunia.

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana sempat menghadiri perkongsian roadshow LL4G yang diadakan baru-baru ini di Pulau Pinang dan Kelantan. Di Masjid Batu Uban, Pulau Pinang saya sempat bersama Ustaz Al Hami Hussein dan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian sempat mendengar secara live ( tanpa suntingan dan edit) perkongsian pengalaman oleh Ketua Misi LL4G , Tuan Haji Noorazaman Shamsudin berkaitan Isu Palestin dan luahan hatinya berkaitan peristiwa yang sangat meninggalkan kesan dalam hidupnya. ( Serangan Tentera Israel Terhadap Freedom Flotila Mavi Marmara).




Demostrasi Perhimpunan Soladiriti Ummat Untuk Palestin I 4 Jun 2010 I Kedutaan Amerika

Bagi saya, bukannya keseronokan dan keasyikan mendengar cerita dan kisah mereka yang pernah menjadi tahanan tentera yang paling zalim di dunia, tetapi sikap kepekaan dan kepedulian mereka terhadap permasalahan Palestin. Inilah syuur yang dikongsikan oleh para peserta konvoi dan saya benar-benar dapat merasai mesej yang ingin disampaikan oleh kedua-dua individu yang terpilih ini.

Demostrasi Mengutuk Tindakan Israel

Perhimpunan menyatakan pendirian kita secara bersepadu, bersatu dan lantang adalah salah satu kaedah untuk mengegaskan sokongan dan dokongan kita kepada Palestin. Namun ia tidak cukup sekadar itu. Peperangan Nafas Panjang harus terus digerakan. Proses penyediaan generasi mukmin muslim untuk masa hadapan harus digerakan dan diteruskan. Pengabaian perkara ini, bermakna kita sedang melakukan sesuatu yang bersifat perancangan jangka pendek. Perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan terhadap proses pendidikan generasi muda harus diutamakan.


Kita harus bangkitkan semangat kita menentang Zionis Israel!

Inilah yang menjadi core business kita saat ini. Dakwah dan tarbiyah perlu dipraktikan dengan membumikan ia dalam sistem kehidupan. Bukan hanya diwar-warkan sekadar dibibir dan dihebah-hebahkan tanpa asas dan amal yang nyata. Tarbiyah atau pendidikan ini menjadi agenda utama pergerakan dari dahulu sehingga kini dan akan terus menjadi agenda utama hingga ke akhirnya.

“ Tapi, cakap senang lah. Bukan mudah nak buat kerja-kerja ini,” Cetus seorang teman.

“ Jika senang, ia bukan jalan dakwah dan tarbiyah. Kerana kesusahan dan kepayahan itu adalah warna-warna yang akan menghiasi perjalanan ini. Ada kalanya, kita akan ditusuk duri dan perlu melaluinya dengan membayar dengan sebuah harga yang sangat mahal. Harga sebuah pengorbanan..” Seorang lagi sahabat berkata-kata dengan tenang tetapi penuh dengan mesej yang tajam.


Doa itu kekuatan kita

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP