Debaran Kian Memuncak

Friday, May 28, 2010


Peserta Konvoi Lifeline4Gaza mendirikan solat yang diimami oleh Wakil dari Malaysia,Tuan Haji Noorazman Shamsudin


Mavi Marmara



Lifeline4Gaza Menerobos Tembok Kematian

Semenjak mengikut perkembangan satu projek kemanusiaan khusus untuk membantu rakyat Palestin iaitu Lifeline4Gaza, hati saya semakin berdebar-debar untuk mengetahui setiap berita terkini Konvoi Bantuan Palestin yang terbesar dalam sejarah dunia ini. Tujuan dan matlamat mereka sangat jelas iaitu ingin memasuki gaza dan menyerah segala bentuk bantuan yang disumbangkan dari seluruh dunia.





Tindakan Kita

Seharusnya, sebagai seorang muslim kita harus menyatakan sokongan kita kepada usaha ini. Segala bentuk bantuan harus kita jelmakan dan paling kecil sumbangan yang boleh dilakukan ialah menyebarluaskan berkaitan projek ini. Ia masih belum diketahui secara meluas oleh rakyat Malaysia. Anda boleh hebahkan melalui internet sama ada melalui lama sosial seperti facebook, twitter, email, blog atau website.








Doa kita dan solat hajat untuk mereka agar Allah SWT permudahkan segala usaha kebaikan ini. Semoga Allah SWT menyukarkan segala bentuk ancaman dan tindakan-tindakan kejam Israel untuk mengagalkan misi ini.

Saluran Berita serta perkembangan terkini

Layari

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP