Cita-cita Fantasi?
Wednesday, May 26, 2010
Oleh : BroHamzah
http://brohamzah.blogspot.com
Seorang mukmin yang memiliki jiwa yang besar, disanubari tumbuh cita-cita yang tinggi dan ia subur mekar untuk menggapainya. Keazamannya sentiasa diasak dan semangatnya juga selalu dibakar agar segala yang diimpikan akan diperolehi.
Jiwanya besar menyebabkan ia mengganggap sesuatu yang bersifat fana’ itu sangat kerdil, tidak gemar akan kehidupan dunia yang sementara, dan tidak tertarik kepada kehidupan kemewahan serta bersantai-santaian. Baginya, kesemua ini akan membunuh sifat jiwanya yang besar dan akan mencengkam segala harapannya yang menjulang tinggi.
Bagi pejuang mukmin ini, cita-citanya adalah sesuatu yang diidam-idamkan dan tidak akan berputus asa untuk meraihnya walaupun bagaimana rupa bentuk cabaran, dan ujian yang datang. Cita-citanya sangat tinggi, sempurna dan bersih.
Baginya, tiada istilah lelah, susah payah, sedih, penat, gelisah dan putus asa dalam diari kehidupannya. Cita-citanya adalah laksana cahaya yang selalu berkilauan, umpama taman bunga yang selalu menyebarkan haruman wangiannya, istana kukuh yang tersergam indah, sungai yang mengalir, buah yang sangat ranum, perhiasan yang indah di tempat yang abadi penuh kebahagiaan. Hanya di sanalah mata terasa nyaman, jiwa terasa tenang dan hati terasa damai.
Firman Allah SWT tentang penghuni syurga :
“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal, mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah darinya.”
Menerobos Mimpi dan Fantasi
Mukmin Sejati itu umpama seorang singa. Ia berani dan kehidupannya diwarnai dengan bait-bait perjuangan yang sentiasa hidup di jiwanya dan sentiasa mengalir di saluran darahnya.
Dunia adalah bangkai, sedangkan seekor singa tidak mungkin memakai bangkai. Ia tidak mempunyai keinginan yang membuak-buak terhadap dunia.
Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu’anhu, ia berkata :
“ Barangsiapa menghendaki akhirat ia akan menderita di dunia, dan barangsiapa yang menghendaki dunia ia akan menderita di akhirat. Hai kaum! Demi yang abadi, korbankanlah yang fana’.”
Seorang Murabbi pernah berkata :
Kami diam mendengar kata-katanya.
“ Mana mungkin untuk menjadi penghuni syurga, di dalam hati kita ada kecintaan dan tarikan kepada dunia.” Katanya meneruskan bicara.
“ Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita tanamkan cita-cita untuk mati di jalan Allah SWT kerana inilah short-cut untuk meraih syurga. Ana yakin semua di kalangan kita mengidamkan syurga Allah SWT. Dan untuk memperolehinya kita perlu melalui satu fasa lagi dalam kehidupan kita.”
“ Fasa yang ana maksudkan ini ialah FASA PENGORBANAN…”
0 comments:
Post a Comment