" Berfikir Itu Satu Pekerjaan Yang Sangat Besar Nilainya.
Belajar Mengurus Dengan Berfikir."
Ketika saya diminta untuk memegang
amanah menjadi PA, saya agak gusar. Mampukah aku? Bolehkah aku
melakukan kerja-kerja yang diberikan oleh bossku nanti? Susahkan
kerja ini untuk lelaki?
Pelbagai persoalan tiba di benak ini.
Setahu saya, kerja PA perlukan ketelitian, cermat, tangkas dan
perlukan seseorang yang energetik. Apatah lagi, boss saya adalah
seorang yang sangat sibuk. Jadualnya padat, penuh dengan mesyuarat,
pelbagai pertemuan, memberi talk, perkongsian ceramah, travel ke
pelbagai tempat dan memenuhi pelbagai jemputan majlis keraian di
peringkat negeri dan kebangsaan.
Kerja PA bukan calang-calang kerja.
Ramai yang memandang, ia kerja pengkeranian semata-mata. Dulu saya
juga beranggapan sedemikian. Tetapi, ternyata – saya silap. PA
adalah individu tempat seseorang boss sandarkan kepercayaan untuk
memudahkan segala kerja harian yang efesien, cepat dan tepat.
Jika dahulu, kerja PA adalah kerjaya
pengkhususan gender semata.- iaitu wanita. Kini, ia tidak lagi. Ramai
majikan terutama boss lelaki, menugaskan kerja-kerja sebegini kepada
lelaki atas pelbagai faktor dan keadaan. Fenomena ini semakin berubah
terutama di negara-negara Eropah serta Timur Tengah. Justeru, saya
mengambil cabaran ini dengan penuh tekad serta tanggungjawab. Ini
peluang saya untuk belajar dan menimba pengalaman yang banyak!
Sebelum memulakan kerja ini, saya
bertemu beberapa orang yang biasa denga tugasan dan kerjaya ini Saya
buat sedikit homework, assignment dan kajian untuk mendapat gambaran
secara menyeluruh kerjaya ini. Sekurangnya apabila melaksanakan tugas
ini saya tidak kekok dan yang penting saya selesa.
Saya bertemu dengan PA boss yang
sebelum saya, iaitu seorang perempuan. Beliau terkenal dengan
kepantasan, kecekapan serta sikap ramahnya dalam kerja seharian. Boss
saya sentiasa memuji kekemasan kerjanya. Sepanjang berurusan
dengannya, memang beliau sangat profesional dan sangat workholic.
Saya bertanya, berikan satu kata kunci
yang menggambarkan siapa seorang PA itu?
Beliau sedikit ketawa. Biasanya
orangnya ceria-ceria gitu. Gelak ketawa dengan celotehnya memang
tidak kering gusi.
“ Macam ini, Ali. PA ini satu sahaja.
Kena kuat ingatan!,” Katanya.
Hmm. Kuat ingatan. Maknanya, memori
kena kuat! Getus saya. Itulah gambaran pertama saya tentang seorang
PA. Aneh juga saya dibuatnya. Tetapi, tidak mengapa. Mungkin saya
boleh kot.
Apabila menjadi PA setelah beberapa
bulan, barulah saya tahu kenapa memori kuat itu sangat penting bagi
seorang PA. Bayangkan, ketika kita driver – boss telefon
bertanyakan masa serta programnya untuk bulan itu. Bayangkan, ketika
kita sedang makan – boss telefon minta masa penerbangan pergi dan
balik untuk trip hujung minggu. Bayangkan, sedang kita bermesyuarat –
boss bertanyakan tajuk dan isi penting penyampaian untuk konvesyen
kemanusiaan yang akan datang.
Jika semua perkara boss tanya. Jika
kita selalu cakap, tak ingat dan terlupa. Itu satu masalah. Dan, pada
beberapa bulan awal saya sangat sukar untuk menyesuaikan diri dengan
semua ini. Jadual boss saya padat, banyak, pelbagai dan penuh dengan
aneka urusan membuatkan saya terduduk diam. Walaupun, saya ada buku
khas catatan jadual harian majikan saya – keperluan untuk ingatan
segala jadual harian dengan rapi amat-amatlah penting.
Inilah cabaran kerjaya PA. Itu baru
sahaja permulaan. Dan, saya belajar untuk mengingat dan hafal dari
sebesar-besar perkara dan sekecil-kecil perkara. Dari sini, saya
belajar teknik “mengurus”.
Ada seninya bagi yang sukakan cabaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
salam ustaz..smg Allah permudahkan sgl urusan..belajar dari susah in shaa Allah senang kemudian..manage dlm semua perkara itu sgt penting. good luck...
Post a Comment