Lukisan Hati
Masa
berlalu, tanpa kita sedari.
Masa yang
ada, berlalu di tepian sisi.
Adakala
membuatkan kita, tidak sedar akan hakikat ini.
MasyaAllah!
Waktu-waktu
yang ada terus berlari.
Yang tinggal
adalah baki-baki untuk digenggami.
Itulah masa-masa
yang ada bersama-sama hayat ini.
Saya
sentiasa singgah di teratak ini, - setiap kali “terjun” ke alam maya.
Persinggahan untuk mengambil teduhan dan melihat jejak yang saya tinggalkan sebelum-sebelum
ini. Bila diteliti sudah lama teratak ini sunyi tanpa jejak yang berkala
seperti selalu-selalunya. Apatah lagi, apabila Ramadhan al-Mubarak mulai
menjengah, saya fikir bahawa tentunya punyai masa terluang yang agak “banyak” untuk dimanfaat kelak.
Rupa-rupanya
tanggapan saya itu meleset sama sekali. Ramadhan al-Mubarak 1433 H benar-benar
“menguji” hamba ini dengan pelbagai kisah, rupa dan cerita. Masa itu berlalu bagaikan panahan kilat. Sedar-sedar saya sudah dipenghujung
Ramadhan. Fasa akhir, - semester akhir dan waktu-waktu berbaki yang ada – membawa
satu tamparan kepada diri saya.
Saya bimbang
tertutupnya buku Ramadhan al-Mubarak : Tercatat di nota kesimpulan akhirnya
ialah kalimah : GAGAL.
Gagal, yang
merugikan dan mencelakannya saya.
Jika berlalu
Ramadhan ini, saya masih ditakuk lama – alangkah malangnya diri ini. Amal tidak
bertambah, ibadah tidak berbekas dan tiada apa-apa kesan buat diri sendiri.
Perubahan tidak berlaku, sama sahaja seperti sebelum-sebelum ini. Roh membeku,
jiwa hambar dan hati keras. Lebih mengusarkan, ia lebih teruk daripada keadaan
sebelum ini. Perjalanan hidup ini masih panjang dan jauh. Kiranya, membuat
muhasabah sebelum berakhirnya Ramadhan buat diri ini, akan mencetuskan perasaan
untuk bangkit di penghujung perjuangan.
Saya
menerima satu tazkirah SMS mingguan daripada murabbi yang berbunyi :
-----
“
Jalan menuju Allah bukanlah jauhnya perjalanan kaki, namun ia adalah perjalanan
hati.” – Ibnu Jauzi. Marilah kita terus menerus bertaubat dan beristighfar
membersihkan hati sepanjang Ramadhan.
-----
Hati tersentuh.
Tentunya, murabbi menitipnya dengan harapan dan bingkisan ingatan kerana Allah
SWT buat saya. Keikhlasannya mendidik semenjak dahulu, banyak memberikan
pengaruh kepada kehidupan “tarbiyah” saya. Saya menatap sms pemberiannya dan
membalas dengan ucapan penghargaan dan terima kasih. Semoga Allah SWT
merahmatinya.
Saya
lakarkan semula perjalanan Ramadhan 1433
H – bermula minggu pertama, kedua, ketiga dan hingga minggu keempat. Fasa demi
fasa dilihat, diamati dan diteliti. Apa yang telah aku lakukan? Hati memaksa
saya jujur. Nafsu saya bergolak agar reserve
dan bertolak ansur. Hati berbolak balik. Apa yang aku telah manfaatkan? Apa
kelalaian aku yang telah ter- ter – terbuat
sama ada sedar atau tidak?
Waktu masih
berbaki, - saya mengasak hati dengan nukilan awal Ramadhan 1433 yang
berkali-kali saya baca, hayat dan telusuri. Saya akur. Inilah harapan saya. –
Andaikata Inilah Ramadhan Yang terakhir.
Andainya Ini Ramadhan Terakhir Buatku,
Kupohon kepada Ilahi agar segala kemanisan,
kelazatan dan keindahannya dapat ku kecapi dengan wajah yang berseri-seri lagi
penuh erti.
Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir,
Inginku penuhi siangnya dengan amalan yang
membersih hati
Inginku hiasi malamnya dengan amalan yang
menjernihkan sanubari
Andai inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
Hajatku, air mata ini benar-benar mengalir
dengan penuh kehangatan lantaran keinsafan atas segala dosa-dosa, kekhilafan
dan kesilapan yang lalu.
Andainya inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
Aku memohon kekuatan, rahmat, inayah dan taufiq daripada
Allah SWT agar Ramadhan ini adalah yang terbaik buatku.
Para ulama mengambarkan Ramadhan umpama titisan
air hujan. Bukan semua orang akan mendapat jumlah air rahmat yang sama. Iannya
bergantung kepada bekas tadahan yang kita sediakan. Sahabat pembaca sekalian,
marilah sama-sama kita sediakan tadahan hati seluas-luasnya untuk memperolehi
semaksima mungkin janji-janji Allah SWT dari Ramadhan.
Hanya hati yang bersih,jernih dan putih sahaja
mampu menerima jumlah air rahmat yang banyak daripada Ramadhan. Beruntunglah
bagi mereka-mereka yang melangkah kaki ke bulan Ramadhan dengan jiwa dan hati
yang bersih.
Mudahan kita semua tergolong dalam golongan
manusia yang benar-benar beruntung.
Andai inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
ingin aku menadah sebanyak mungkin rahmat dan keberkatannya dengan hati penuh
pengharapan, keimanan dan penghambaan.
Ya
Ilahi, Ya Rabbi –
Aku Hamba-Mu
yang hina. Aku Hamba-Mu yang lemah. Aku Hamba-Mu yang kerdil.
Andai
benar inilah Ramadhan Yang Terakhir Buatku,
Adakah
Pintu Keampunan Benar-benar Terbuka Untukku?
BroHamzah
Menjengah
Malam. Saat Sunyi Itu Ada Rasa Yang Berbeza
Bagi
Jiwa-jiwa Yang Mengerti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
ramai orang berkejarkan hidup didunia sekarang, walhal mati hanya sekali, maka- matilah dengan penuh makna, kerana hidup ada lagi di akhirat.
BERAKHIR SUDAH RAMADHAN, APA SAHAJA YANG KITA LAKUKAN... SALAM SYAWAL
Post a Comment