Qurratul 'Aini - Cahaya Mata Kurniaan Ilahi

Thursday, January 12, 2012


Qurratul ‘Aini – Cahaya Mata Kurniaan Ilahi

Bismillahirahmanirahim.

(1). Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. – Zaujati (Isteri saya) selamat melahirkan anak sulung kami - srikandi mujahidah - pada jam 11.13 malam, Rabu 11 Januari 2012 di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ) atau lebih famousnya Hospital Kota Bharu.

(2). Kini, kedua-duanya sihat, stabil dan sejahtera. Kami benar-benar rasa bersyukur kepada Allah SWT atas kurniaan dan anugerah Ilahi ini. MasyaAllah – tidak tergambar perasaan. Hanya mampu tersenyum dan berwajah-wajah ceria penuh berseri!

(3). Kian terasa amanah dan tanggungjawab daripada Ilahi yang harus kami pikul. Amanah ini adalah amanah yang semesti kami - ambil dengan penuh kesedaran, berjiwa penuh tanggungjawab dan merasai hakikat ubudiyah ini dengan sejelas-jelasnya.

(4). Nama puteri sulung kami ini, secara rasminya akan dikongsikan kepada sahabat-sahabat, rakan-rakan dan teman-teman dalam tempoh 7 hari mendatang. Cadangannya sudah ada. InsyaAllah. Tetapi, jika ingin memberikan cadangan amat-amat dialu-alukan.^^. Tetapi dengan satu syarat. – Harus bermula dengan huruf A dan M bagi gandingan 2 nama & makna yang baik, islamik dan bererti.

(5). Gambar srikandi kami – buat masa ini, kami tidak dapat kongsikan buat tatapan sahabat handai. Kerana, putri sulung kami yang tercintai ini masih dalam penjagaan rapi doktor untuk rawatan selanjutnya. ( Gambar tidak boleh diambil).

(6). Kami hajatkan perkongsian, tunjuk ajar dan panduan daripada sahabat-sahabat pembaca sekalian tentang dunia “keibubapaan” dan tips penjagaan anak. Jika punyai pengalaman, ilmu dan pengetahuan – sudi-sudilah kongsikannya. Kami sangat berbesar hati.

(7). Kami memohon doa dan solat hajat daripada kalian semua agar Allah SWT sentiasa memberikan kemudahan, kelancaran dan bantuan dalam setiap urusan kami. InsyaAllah, kepada Allah SWT jualah kita bergantung dan berharap.

Sekian,

BroHamzah & Zaujah
12 Januari 2012
Hospital Kota Bharu, Kelantan

25 comments:

Nabil Jamil January 12, 2012 at 6:58 AM  

Tahniah abg ali.

Nama yg start huruf A dan M?

"Ainul Mardhiah"
Wallahu'alam

NooR AzLen BinTi HaRoN January 12, 2012 at 7:03 AM  

Assalammualaikum

Tahniah buat ustaz Ali dan isteri.

Nurul Iman "Yakinlah Allah Kan Ada ^^," January 12, 2012 at 7:08 AM  

nama anak2 saya semua a-m
aiyani mawardah
azizah munawwarah
ahmad muzamill
marwan mubasyir..
aufa khairunnisa(ni je len)

seindah nama adalah yg membawa kepada pembinaan peribadi yg baik melalui panggilan namanya.. xde yg nak diberi..rasanya bro hamzah lebih mengetahui tentangnya.tahniah syeikh

Nur Hafizah January 12, 2012 at 7:10 AM  

Tahniah,tahniah,tahniah! :)

Anonymous,  January 12, 2012 at 7:13 AM  

Afnan Mawaddah
- Norman A. Saad

Anonymous,  January 12, 2012 at 3:16 PM  

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..Tahniah^^

~Aneesa Muneera~
Affectionate,Brillant & bright

aku.hamba.abdi January 12, 2012 at 9:39 PM  

nah ut brohamzah dan zaujah

http://umairzulkefli.blogspot.com/2011/12/bait-ad-duat-persiapan-bakal-abi.html

kura2 January 12, 2012 at 11:11 PM  

assalamualaikum akh ali n k.yam...

mabruk ats kelahiran srikandi baru pnyambung generasi, semoga dirinya sehebat abi dan umminya.. :)
M itu pasti Mukhlisah bukan?

Apa2 pun, smoga kehidupan kalian skeluarga smakin bercahaya dan diredhai-Nya...insyaAllah.

Nur Islah January 13, 2012 at 4:53 AM  

Tahniah buat saudara dan isteri

BroHamzah January 13, 2012 at 6:55 AM  

Nabil Jamil

Syukran, Sedap nama tu. Betul ka itu nama bidadari syurga?

BroHamzah

BroHamzah January 13, 2012 at 6:56 AM  

Noor Azlen Bt Haron

Alhamdulillah, syukran atas ucapannya.

BroHamzah

BroHamzah January 13, 2012 at 6:57 AM  

nadya solahuddin

Alhamdulillah, banyakanya anak saudara. Alhamdulillah, sedap & penuh makna nama-nama mereka.

InsyaAllah, semoga Allah SWT berikan ilham nama yang baik.

BroHamzah

BroHamzah January 13, 2012 at 6:59 AM  

Nur Hafizah, Norman A Said & Aneesa Muneera

Alhamdulillah, syukran!

Brohamzah

BroHamzah January 13, 2012 at 7:01 AM  

adysur & aku hamba abadi

Syukran. Dan, alhamdulillah perkongsian yang sangat berguna.

BroHamzah

BroHamzah January 13, 2012 at 7:02 AM  

Huraiyah

Alhamdulillah, syukran. Nantikan namanya - selepas 7 hari nanti.

BroHamzah

Anonymous,  January 13, 2012 at 5:32 PM  

insya Allah..

..'Ainul Mardhiah
.. Aliya Maisarah
..'Ainul Mursyida

musafir kehidupan January 14, 2012 at 12:04 PM  

Alhamdulillah..
Semoga si kecil itu menjadi sehebat ayah dan ibunya untuk menjadi penerus generasi penegak Islam.

Masa baca tadi, tetiba terfikir nama "Ainul Mardhiah".
Hanya mencadangkan ya Bro..

Tahniah buat Bro&sis yang dikagumi...
Semoga Allah merahmati Bro sekeluarga .

Unknown January 15, 2012 at 1:57 AM  

salam ustaz. Tahniah. Saya tak dapat nak cadangkan nama buat si comel itu, sebab saya memang fail bab memikirkan nama orang. hehe

apapun, moga bertambah ahli keluarga, tambah juga semangat dan kelestarian perjuangan.

Tahniah!

asma,  January 15, 2012 at 3:17 AM  

salam..

ni nama pena sahabat saya

Arifah Mardhiyyah ^^

mabruk akh dan kak Maryam

Anonymous,  January 15, 2012 at 6:32 AM  

Mabruk k.yam n abg ali.. Cdgn nama.. Maizatul Asrar..

Anonymous,  January 15, 2012 at 12:15 PM  

Mabruk ..masyaAllah may Allah bless both of you...+ the baby also . InsyaAllah =)
cdgn ana pula..Aishahtur Mukhlisah..

apa2 pun namanya kelak, insyaAllah mudah2an anak kecil itu menjadi seorang yang solehah..amin...^^

BroHamzah January 18, 2012 at 12:18 AM  

Anonymous & Musafir Kehidupan

Syukran atas cadangan namanya.
Alhamdulillah

BroHamzah

BroHamzah January 18, 2012 at 12:20 AM  

iqbalsyarie

Syukran atas ucapan. Tidak mengapa. Doakan agar anak kami ini menjadi anak yang solehah.InsyaAllah

BroHamzah

BroHamzah January 18, 2012 at 12:20 AM  

asma & anonymous

Syukran atas cadangan. Alhamdulillah.
BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP