'Aliyah Mukhlisah - Permata Hati Abi Wa Ummi

Wednesday, January 18, 2012


‘Aliyah Mukhlisah – Permata Hati Abi wa Ummi - Usia 1 hari.


11 Januari 2012

“ Abang.. Abang..” Terdengar suara zaujati memanggil menembusi lamunan lenaku.

Pagi itu hening. Seawal 4 pagi, zaujati mengejutkan saya, memaklumkan bahawa ada tanda-tanda bahawa beliau akan melahirkan anak kami.

Air ketuban telah keluar!

Terkejut saya. Jika mengikut due date – 3 minggu lagi. Dalam keadaan sebegitu, saya hubungi beberapa individu yang boleh dirujuk. Maka, cadangan mereka ialah – bahawa ke hospital sesegera mungkin.

Seusai Subuh, seawal 7 pagi kami berdua ke hospital Kota Bharu dengan harapan untuk mendapatkan kepastian status keadaan kandungan zaujati. Namun, tidak terlintas dalam hati - bahawa zaujati akan bersalin pada hari itu juga. Bahkan pagi itu, saya keluar dengan berpakaian kemas untuk ke pejabat. Berbaju kemeja kelabu tanpa kolar dan seluar slack hitam penuh gaya!
Masa berlalu dan terus berlalu.

Lama saya menanti di luar bilik menunggu, jam menunjukan jam 10.00 pagi. Saya gelisah lalu menghantar mesej kepada zaujati :

“ Lama lagi ka?”

“ Tak tau nak tanya siapa. Tadi, doktor kata tunggu keputusan. Macam doktor tengah cek fail. Doakan. Tidak mahu masuk wad.”

Lama, saya menanti. 20 minit kemudian, saya mesej sekali lagi.

“ Macamana?”

“ Ada 5 orang doktor di sini. Mereka tengah bincang. Mungkin kena scan!,”

Isteri saya memaklumkan bahawa, doktor ingin bertemu.

“ En Ali Irfan,…,” Doktor menyebut namaku.

Eh, macam cerpen pula perkongsian kali ini. Afwan, sekadar titipan ringkas sahaja. Tetapi itulah, detik-detik awal ketika berdebar menanti kelahiran cahaya mata. MasyaAllah – biar pun setelah seminggu berlalu, apa yang dilalui masih melekat dalam minda, hati dan ingatan saya. Kepenatan, keletihan, kelelahan dan pelbagai perasaan yang bercampur baur. Namun, Alhamdulillah – Allah SWT memudahkan segala urusan saya ketika itu.

Sujud syukur saya dengan kurniaan, pemberian dan anugerah Ilahi. Seorang putri sulung yang sihat, sejahtera dan tenang raut wajahnya. Setiap kali memandangnya, jiwa saya bahagia, tenteram dan damai. MasyaAllah.

“ Anakku…” Getus hati kecil saya. Saya tersenyum penuh kesyukuran.


Ahlan Wasahlan Ya Ameeratuna! ( Selamat datang, putri kami). Usia 4 hari ketika di dalam wad 4, Hospital Kota Bharu.


Penyejuk dan buah hati.

Kami sepakat untuk menamakan putri sulung kami ini dengan nama :

‘Aliyah Mukhlisah

Ia membawa makna seorang wanita yang mulia dan ikhlas. Nama ini sangat dekat di hati kami semasa tempoh zaujati mengandungkan anak kami ini lagi.

Besar harapan, agar ameeratuna ini menjadi seorang wanita solehah yang mulia akhlak serta keperibadiannya dan sentiasa ikhlas dalam setiap amalannya kerana Allah SWT.

Semoga Allah SWT berikan saya dan zaujati kekuatan untuk mendidik ,membesarkan dan memelihara amanah yang besar ini. InsyaAllah.


'Aliyah Mukhlisah di usia 6 hari - Terus membesar dan membesar.

Persiapan menjadi Abi wa Umi

Saya masih ingat ketika bersembang-sembang dengan murabbi beberapa hari setelah mengetahui bahawa zaujati telah mengandung. Bagaikan suatu nasihat dan amanat, murabbi berpesan :

“ Satu sahaja yang ingin ana pesankan kepada anta sebagai persiapan untuk menjadi seorang abi, : tingkatkan ibadah anta – wajib dan sunat !.”

“ Kuatkan dan pelihara hubungan hati dengan Allah SWT.”

“ Melaksanakan amanah ini bukan hanya dengan kudrat semata-mata tetapi kita perlu kepada munajat!.”

“ Kukuhkan jiwa dan hati dengan banyakan berdoa, berdoa dan menangis di hadapan Allah SWT!.”

Terdiam, saya. – Melihat diri, menilai hati dan mengkoreksi peribadi.

“ Ya Allah, kepada-Mu aku memohon kekuatan, petunjuk dan hidayah!.”

Catatan Seorang Hamba

(1). Alhamdulillah, hanya sanya kesyukuran ini dipanjatkan kepada Allah SWT atas segala kurniaan, anugerah dan pemberian ini. Cahaya mata adalah amanah yang harus dipelihara, dididik dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang, ruh perasaan dan didikan keimanan yang benar. Mudahan, kami dilorongkan oleh Allah SWT ke arah itu. Tidak upaya dan kudrat, melainkan Allah SWT!

(2). Tidak mudah mengalas tanggunggjawab sebagai abi dan ummi. Terbayang emak saya yang membesarkan saya dan 9 orang adik yang lain dengan penuh kesabaran, ketekunan dan kesungguhan. Perjalanan kami suami isteri – hanya titik mula sebuah perjalanan yang masih jauh. Jujurnya, mengalir air mata saya – melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri saya. Masya-Allah!

(3). Buat adik-adikku, melangkah ke alam perkahwinan ia menuntut banyak pengorbanan, kesungguhan, kepasrahan dan kecekalan jiwa. – Di alam ini, seharusnya kita perlu banyak membicarakan tentang tanggungjawab kita lebih banyak daripada hak-hak kita yang harus kita perolehi dan kecapi. Justeru, bertimbangkanlah dengan penuh kesedaran, tanggungjawab dan keyakinan dalam melangkah ke alam perkahwinan ini. InsyaAllah, kalian akan temui kemanisannya walaupun jalan-jalannya penuh berliku, mencabar dan banyak ujiannya.

(4). Tiga hari saya demam, selsema dan sakit badan. Mungkin, kejutan menjadi seorang abi.^^. Apapun, syukran Ya Allah – kerana memberikan pengalaman yang sangat berharga ini kepada hamba-Mu yang kerdil ini.

BroHamzah
Kampung Paya Batu,
Jalan Long Yunus, Kota Bharu
Kelantan

18 comments:

Dr Amira Atiqah January 18, 2012 at 7:40 PM  

Tahniah BroHamzah.

Moga anaknya dapat menjadi seorang puteri dan wanita yang bakal menjadi penggerak dunia bercorakkan Islam. InshaAllah.

ZuL-FaQaR January 18, 2012 at 7:49 PM  

Mabruk Abg Ali.

Molek namanye.. :)

Faris January 18, 2012 at 7:56 PM  

Moga istiqomah mendidiknya.

Anonymous,  January 18, 2012 at 9:24 PM  

mabruk abg 'Ali...^^

cntik namanya, sharum pribadinya...insyaAllah mga "dia" jg mnjdi qudwah utk gnrasi anak2 kami...

mg dlm rdhaanNya slalu...^^

Senyumlah Selapangnya January 19, 2012 at 12:50 AM  

Mabruk akhi wa ukht, Moga 'Aliyah Mukhlisah membesar sebagai seorang yang berperibadi tinggi , solehah dan muslehah, Insya-Allah

Barakallah'alaikum.

BroHamzah January 19, 2012 at 6:04 AM  

Amira Atiqah

Alhamdulillah, syukran atas ucapan saudara/i. Doakan kami sekeluarga selalu.InsyaAllah

BroHamzah

BroHamzah January 19, 2012 at 6:17 AM  

Zul-Faqar

Alhamdulillah, syukran sheikh.
BroHamzah

Nur January 19, 2012 at 6:18 AM  

Alhamdulillah.. Tahniah maryam n ali. Selamat menjadi abi dan umi yang penyayang..

“Semoga kamu diberkahi atas anak (`Aliyah Mukhlisah) yang dikurniakan, dan semoga kamu sentiasa bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakannya kepadamu.Semoga anak itu mencapai dewasa dan kamu mendapatkan bakti darinya..”

BroHamzah January 19, 2012 at 6:25 AM  

faris zengi

Semoga Allah SWT berikan kami kekuatan untuk mendidiknya dengan didikan TAUHID.

BroHamzah

BroHamzah January 19, 2012 at 6:31 AM  

Fathi Ridhuan

Alhamdulillah, syukran atas doa anta. Syukran sekali lagi. Semoga generasi mendatang lebih baik daripada kita semua.

Ameen.
BroHamzah

BroHamzah January 19, 2012 at 6:37 AM  

Senyumlah Selapang

Alhamdulillah, syukran dan terima kasih atas ucapannya. Doakan kami sekeluarga.

BroHamzzah

BroHamzah January 19, 2012 at 6:39 AM  

Nur

Syukran atas titipannya. Terharu.

Brohamzah

myilham.com January 19, 2012 at 12:51 PM  

salam

tahniah. mabruk atas kelahiran cahaya mata. moga2 dia membesar sebagai srikandi islam sejati, insyaAllah. cahaya mata sulung ana juga seorang srikandi :)

musafir kehidupan January 19, 2012 at 2:27 PM  

Salam, bro..
"Semoga Allah terus melimpahkan kurnia-Nya kepada kita semua" Indahnya hidup dalam kemanisan iman. Sangat yakin dengan "Islam akan kembali tegak di atas muka bumi ini" seperti yang dikatakan oleh Fathi Yakan. Inilah langkah awal, melahirkan generasi pelapis yang memahami Islam dengan hati, melaksanakannya dengan sepenuh hati. Bi iznillah..
Mubarak, bro..

BroHamzah January 19, 2012 at 5:18 PM  

myilham.com

Wassalam, syukran akhi.Dan syabas & tahniah juga kepada anta kerana dapat cahaya mata srikandi. Semoga ia menambahkan seri keluarga anta dan terus menerus berusaha untuk mendidiknya menjadi pewaris generasi mendatang.

BroHamzah

BroHamzah January 19, 2012 at 5:20 PM  

Musafir Kehidupan

Wassalam.

InsyaAllah, syukran atas titipan anta. InsyaAllah

BroHamzah

.:CahayaPetunjuk:. January 27, 2012 at 6:20 PM  

alhamdulillah, tahniah bro hamzah ^^

BroHamzah January 27, 2012 at 7:21 PM  

Cahaya Petunjuk

Alhamdulillah, syukran. Mohon doanya.
BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP