Mata Hati - Ibrah penting dalam perkongsian kali ini.
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan lagi untuk mencoret sesuatu di teratak saya ini.
Sungguh, masa yang ada berlalu dengan begitu pantas – Justeru, kitalah yang mencorakan kualiti masa kita.
Berkaitan soalan cerna minda yang saya kongsikan minggu lepas, [ Soalan di sini ] Alhamdulillah terima kasih kepada yang sudi berkongsi pandangan, idea, cetusan dan coretan kalian. Baiklah, saat ini kita lihat dan amati jawapan bagi soalan ini. Semoga bermanfaat.
Sebelum itu, saya ingin nyatakan bahawa soalan ini adalah soalan yang pernah dikemukan oleh Abu Umar kepada adik saya dan rakan-rakannya. Dan, dia telah perpanjangkan soalan ini kepada saya untuk perkongsian.
Jawapannya :
Kebanyakan orang akan membuat keputusan untuk mengorbankan seorang kanak-kanak demi menyelamatkan sekumpulan kanak-kanak (ramai). Ini adalah keputusan yang dikira paling wajar diambil, paling rasional, emosional dan bermoral. Ini adalah perkara yang sering berlaku, masyarakat akan lebih cenderung kepada nilai majoriti berbanding nilai minoriti, walaupun kadang-kadang pendapat minoriti mungkin lebih menghampiri kebenaran.
Oleh itu, untuk membuat keputusan yang tepat, beberapa perkara perlu diberi pertimbangan:
(1) Kanak-kanak yang bermain sendirian telah mengambil keputusan yg betul iaitu bermain di landasan yg tidak lagi digunakan kerana disitu dia akan lebih selamat. Jadi, kenapa dia yang telah membuat keputusan yg betul perlu dikorbankan kerana kecuaian pihak yg lain.
(2) Sekumpulan kanak-kanak yang bermain dilandasan yang masih beroperasi menyedari hakikat bahaya yang mungkin terjadi. Oleh itu, mereka akan lebih berwaspada dan peka dengan bunyi atau kehadiran kereta api . Mereka akan lari ke tempat lain jika mereka mendengar bunyi kereta api yg begitu hampir.
(3) Kanak-kanak yg bermain sendirian di landasan yang tidak lagi berfungsi tidak akan pernah menyangka bahawa kereta api akan melalui landasan tempat di abermain. Oleh itu, walaupun bunyi kereta api sudah begitu hampir, dia tidak akan mengambil apa-apa tindakan menyelamatkan diri.
(4) Landasan yg tidak lagi beroperasi sudah lama tidak digunakan lagi itu mungkin terlalu uzur untuk menanggung berat kereta api yg bakal lalu di atasnya. Kesannya, kemungkinan kereta api yang penuh dengan penumpang itu akn terbalik dan menyebabkan korban yg lebih ramai.
Inilah pertimbangan-pertimbangan yang harus kita lihat dan amati dalam soalan cerna minda kali ini. Saya sendiri tidak terfikir sehingga ke tahap ini, walaupun ianya kelihatan simple dan mudah sahaja.
Hakikatnya, beginilah kehidupan kita. Setiap hari kita akan membuat keputusan sama ada berskala kecil atau besar. Dalam membuat keputusan, terdapat pertimbangan-pertimbangan yang harus kita lakukan dengan sebaiknya. Harus diingat, setiap pertimbangan itu bukan sahaja dinilai menggunakan minda atau akal semata-mata tetapi juga harus dilihat dengan mata hati.
Sedarilah - setiap keputusan yang kita buat – yang bertanggungjawabnya ialah diri kita sendiri. Pendek kata : Kita bertanggungjawab dengan setiap keputusan yang kita lakukan!
Wallahu’alam.
BroHamzah
6 Disember 2011.
Muhasabah Diri, Setelah Diuji
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
konklusinya kita takyah amik apa2 tindakan la kan?
sbb:
1.kanak2 y main kat landasan y aktif already/should be aware y bila2 ja ketapi akan datang..(sense of awareness y tggi)
2.kanak y main kat landasan y tak aktif tu dah buat tindakan y betul dgn bermain di tempat y tak bahaya.sekirany kita mengubah situasi tersebut maka secara tak langsung kita dah ubah keadaan tempat tu..
cuma perlu amik pengajaran supaya tak bermain di landasan ketapi je la..
ye ke camtu?
:)
membuka minda. terima kasih
unexcpected.malu pada diri sendiri x dapat perah otak sampai ke tahap tu. terima kasih banyak2 untuk perbincangan ni.
Ismi Ammar
Kita bertanggungjawab dengan setiap tindakan kita.^^
BroHamzah
i-Sya
Semoga bermanfaat.
BroHamzah
My Heart
Semoga ia bermanfaat buat diri kita semua.
BroHamzah
Post a Comment