Cahaya Kehidupan Baru

Wednesday, December 28, 2011

Menggenggami cahaya itu bukan semudah yang diangan-angankan.
Ia cahaya buat jiwa yang lara.


Malam itu.

Malam yang hening, sejuk dan mendamaikan. Pertemuan mingguan yang sememangnya dinanti-nantikan bagi kami yang kekeringan, kegersangan dan dahagakan pengisian kerohanian.

Bekalan seminggu yang lalu telah kehabisan. Minggu ini, kami melangkah dengan kehadiran jiwa yang penuh pengharapan dan hajat yang besar. Hajat untuk menerima rawatan setelah terluka di medan tempur yang paling dahsyat di dunia. Iaitu pertarungan dengan hawa nafsu kami sendiri.

“Bismillahirahmanirahim..,” Murabbi memulakan muqadimmah pertemuan kami malam itu.

“ Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa’kan rasa syukur kepada Allah SWT kerana menitipkan keimanan kepada jiwa-jiwa kita.” Butiran mutiaranya mengamit rasa dan nurani kami.

“ Maha Suci Allah SWT yang mengizinkan kita untuk berada dalam suasana yang menyuburkan keimanan kita. Terasa ketenangan, kedamaian dan kenikmatan yang bersangatan.Dengan iman inilah, kita melalui hidup ini dengan perasaan yang berbeza. Seolah-olah, kita melalui kehidupan yang baru, lebih hidup dan bermakna.” Katanya dengan penuh perasaan. Kami tekun mendengar bicara pembukaan itu.

“ Mungkin, kehidupan kita berbeza sebelum ini. Sejujurnya, ana sangat-sangat sebak apabila menyebutkan tentang keimanan ini. Dahulunya, ana sudah merasai kehidupan di dalam kegelapan jahiliyah yang merosakan. Umpama, berada dalam longkang-longkang jahiliyah,” Tersedu murabbi seketika.

“ Kehidupan… kehidupan,” Tersekat-sekat sebutannya.

Murabbi menunduk pandangannya. Kelihatan air mata mengalir perlahan-lahan.

Kehidupan yang menjijikan, kotor dan tiada hubungan dengan Allah SWT. Ana mohon maaf, jika bicara ini agak sebegini. Tetapi inilah hakikat kehidupan. Antum lebih beruntung, kerana lahir daripada keluarga yang faham Islam, dan hajatkan Islam. Tetapi, ana telah melalui kepekatan suasana jahiliyah yang telah memutuskan hati ana dengan Allah SWT,” Sambungannya lagi dengan suara serak-serak basah.

“ Ana, sangat-sangat bersyukur atas kurniaan dan anugerah Allah SWT ini.”

“ Kerana itulah, ana sangat-sangat takut jika Allah SWT mencabut nikmat keimanan ini dalam hati ini. Ana ta..takut akhi,” Terdengar esakan lagi dalam tuturannya.

Kami semua terdiam. Ada tertunduk dan ada yang berusaha mengawal emosinya. Tersentuh jiwa dan hati-hati kami dengan bicara muqadimmah ini. Ya Allah, teguhkanlah hati-hati kami atas keimanan yang benar dan lorongkanlah jiwa-jiwa kami untuk sentiasa mendekati, menghampiri dan menyayangi-Mu.

“ Dengan keimanan inilah, jiwa-jiwa kita akan lebih merasai kenikmatan dan kemanisan kehidupan yang sebenar. Tatkala, manusia lain diuji dengan pelbagai ujian sehingga mereka tertekan, bimbang, tension dan resah – tetapi, kita ada tempat untuk bersandar, berharap dan bergantung.Ketika itu, kita sentiasa menyuburkan harapan kita terhadap-Nya.”

“ Kita ada Allah SWT. Dialah yang memberikan bantuan, pertolongan dan bantuan kepada kita. Tidak antum merasai semua ini?,” Ujar murabbi.

“ Suka ana mengambil kata-kata Prof Dr Yusof Al-Qardawi berkaitan keimanan, katanya :

“ Imanlah satu-satunya unsur yang dapat mencipta perubahan dalam bentuk jiwa manusia dan menjadikan manusia itu dalam bentuk yang baru, sehingga berubah pada pandangan hidup dan jalan hidup yang ditempuhnya.

“ Kita dimuliakan dengan iman. Iman itu memuliakan keinsanan dan kemanusiaan kita.”

“Allah SWT menganugerahi kita dengan nikmat Iman yang amat bernilai dan berharga dalam kehidupan kita. Dengan keimanan ini jiwa dan hati kita menjadi teguh dan sentiasa bergantung serta berhubung dengan Allah SWT.”

Murabbi mengamati wajah-wajah kami dengan senyuman yang diukir indah lalu bicara disambung lagi :

“Keimanan yang benar menjadikan perjalanan kehidupan kita seperti sebuah kisah cinta ; kesetiaan dan pengorbanan menukarkan ujian pahit menjadi kenangan manis, kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung menjadi ringan, keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar, kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan.”

“Inilah cahaya kehidupan baru yang disinari dengan keimanan, keyakinan dan kepasrahan kepada Allah SWT. Dan cahaya ini akan terus bersinar terang benderang di dalam jiwa - jika kita sentiasa membersihkan hati dan jiwa ini untuk sentiasa dekat, hampir, rindu, sayang dan cinta hanya sanya kepada-Nya.”

Dan, malam itu kami benar-benar tenggelam dengan cahaya itu.

Catatan Seorang Hamba

(1) Iman itu adalah percaya dan yakin kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Iman itu rasa cinta, rindu dan sayang kepada Allah SWT dan menjadikan saat-saat pertemuan dengannya satu saat kerinduan yang bersangatan. Iman itu terletak pada jiwa dan hati. Untuk rasai kemanisan beriman, bersih dan jagailah hati kita. Warnai kehidupan ini dengan keimanan dan keyakinan kepadaNya!!

(2) Hidup dengan keimanan – memberikan suatu kekuatan yang luar biasa. Ia penuh ketenangan, kedamaian, ketenteraman, kepasrahan dan kebergantungan yang sepenuh kepada Allah SWT. Walaupun diuji, kesabaran dan keteguhan tetap menjadi pakaian diri.


Muhasabah di Hujung Tahun 2011

“ Ternyata, kehidupan yang manis itu
hanyalah dengan cahaya keimanan.”

BroHamzah
Pengkalan Chepa, Kota Bharu
Kelantan



9 comments:

sherasan December 28, 2011 at 6:30 PM  

jzkk perkongsian yang bagus ini. menjadi murobbi yang berjiwa sufi bukan mudah. kerana kita membina manusia bukannya robot. mutarobbi itu amanah dariNya bukan bahan untuk dipuji.
Allah, moga kita semua terus beriman dengan sebenar-benar iman. Amiin.

p/s: mohon copy kata2 diatas.

BroHamzah December 28, 2011 at 7:26 PM  

umat Muhammad

Semoga bermanfaat.InsyaAllah.
Dipersilakan & syukran atas usahanya.

BroHamzah

kembarailahi December 28, 2011 at 9:27 PM  

Assalam....

Syukran atas perkongsian anta..Ana juga awl membaca sebak untuk meneruskan membaca artikel anta..syukran banyak2..

Di mana anta belajar?

http://kembarailahi.co.cc

Anonymous,  December 28, 2011 at 10:11 PM  

jzkallah ust 'Ali. Prkngsian yg mmbngkitkn muhasabah. Mrnung sbntr pd anugrah ini (iman)...ia adlh prubah. Yg lmah mnjd kuat. Yg sdih mnjd gmbira. Yg glisah mnjd tnang...smua adlh hsil drnya (iman)... http://pewarisislam.blogspot.com (post trbru~tiada satu pun mlik kta)...tgurlh andai silap ust 'Ali...nta murabbi ana yg dsayangi krnNya :-)

BroHamzah December 28, 2011 at 10:50 PM  

kembarailahi

Walaikumusalam, semoga bermanfaat. Sekadar perkongsian perasaan & jiwa.

Saya belajar di UTD.InsyaAllah.
BroHamzah

BroHamzah December 28, 2011 at 10:57 PM  

Fathi Ridhuan

Sama-sama, insyaALlah. Semoga Allah SWT rahmati anta.

BroHamzah

CHE ROSSLI January 1, 2012 at 8:05 AM  

Jom kita ambil cakna pasal mahasiswa pula di sini:
Masa untuk Perubahan

lowprof January 4, 2012 at 11:14 PM  

itulah makna islam adalah nikmat plg besar dan wajib kita jaga dengan sepenuh hati..

BroHamzah January 5, 2012 at 6:14 PM  

M.Hasyimi

MasyaAllah!

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP