Hati terluka dengan noda-noda, dosa-dosa dan maksiat, banyak mengotori hati ini.
Bicara Cinta
Dengan Cinta, terjadilah kesatuan
Dengan Cinta, tersebarlah kedamaian
Dengan Cinta, terciptalah perpaduan
Dengan Cinta, terhembuslah kebahagiaan
Berkata Ibnu Qayyim al-Jauziyah : " Siapa yang mahu hatinya bersih, hendaklah dia lebih mementingkan Allah SWT dari nafsunya."
Semenjak dua menjak ini, mendapat berita – perkongsian cerita, pertanyaan, luahan dan juga pelbagai sudut perkhabaran yang membuatkan saya memikirkan sesuatu. Kekadang, sukar juga untuk melelapkan mata.
Kisah-kisah teman-teman, adik-adik dan kenalan yang dikenali yang mempermudahkan soal pergaulan antara lain jantina sama ada di dunia offline mahupun dunia online - bahasa-bahasa bicara sama ada di SMS, Facebook, dan jua di blog yang terlalu diringan-ringankan tanpa asbab nilai sebuah “urusan”.
Sms tanpa urusan, berfacebooking tanpa urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah sesuatu perkara yang harus kita amati dan lihat sedalam-dalam. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan? Memetik salah satu, tulisan daripada Kak Fatimah Syarha -
“Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.”
Menerima juga, teguran, dorongan serta saranan agar hal ini dibangkitkan dan diketengahkan. Saya memikirkan – bagaimanakah hendak menyampaikan kepada mereka-mereka ini dengan baik, hikmah dan penuh didikan serta dalam biah ruh ukhuwah yang terbaik. Jika dahulu, bersama mereka saya dapat duduk bersama – face to face -,bergurau sederhana dengan ceria, berbicara dari hati ke hati, melihat respon secara real – namun, dunia maya yang membataskan ini kekadangan menyukarkan bicara hati ke hati.
Tambahan, - adik-adik kini sedang bercuti, jauh batasan sempadan geografi dan sebagainya.
Tulisan, kita mampu dinilai dan dibaca – daripada pelbagai sudut dan persepsi. Mungkin, saya maksudkan lain – maka adik-adik, teman-teman, rakan-rakan dan sahabat pembaca memahaminya dari sudut yang lain. Saya adukan kepada murabbi. Tersenyum beliau, lalu bicara mulai berbutir :
“ Akhi, hati ini milik Allah SWT. Mengadu, berdoa dan luahkanlah kepada-Nya dahulu. Usaha-usaha kita adalah asbab ke arah itu. Teruskan mendidik diri dan hati sendiri sekuat-kuatnya. Pelihara hubunganmu dengan Allah SWT. Mungkin, kerana dosa-dosa kita, kelalaian kita, kealpaan kita, kelemahan kita dan keaiban kita – nasihat dan didikan kita tidak menembusi hati mereka. Dan – ingatlah, Allah SWT jualah yang memberikan manusia itu kesedaran dan kefahaman!.”
Kerana itu, dalam soal hati atau permasalahan melibatkan hal-hal sebegini – agak sukar untuk saya kongsikan lebih mendalam kerana saya tidak kemampuan untuk memberikan sesuatu yang jelas kerana ia memerlukan ilmu, kefahaman dan kesedaran yang mendalam daripada para alim ulama, murabbi dan mereka-mereka yang berhak.
Justeru, bagi mereka-mereka yang sering bertanya - di emel, inbox mesej mahupun FB atau di SMS - saya lebih suka kita bersemuka, bertentangan mata dan saling berkongsi dari hati ke hati. Namun, jika menulis itu adalah sebahagian daripada permulaannya – inilah yang termampu kita lakukan.
Jika ada pandangan dari sidang sahabat pembaca, saya alu-alukan.
Sukarnya melelapkan mata,
BroHamzah
Pengkalan Chepa, Kota Bharu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
[Tersentuh]
.............
Apabila diri terus menerus melakukan dosa, terasa seperti ada tembok yang besar di antara hati kita dengan Allah..melakukan tahajjud sekalipun terasa seperti kosong. susahnya nak mengalir air mata di hadapnNya dek kerana dosa yang membelenggu diri.
di peringkat remaja,sememangnya isu C.I.N.T.A ini amat popular dan sering diperkatakan. tetapi semua tidak mampu menafsir erti C.I.N.T.A dgn sebaiknya. jika dicuba untuk mendescribekn definisinya, pasti akan tersasar bg yg tidak mengerti.
"Isu Cinta adalah isu untuk mendapatkan Keampunan Allah.."
[Bicara Hati Mujahidah]
wallahua'alam
Salam,
Syukran ya ustaz dengan perkongsian ini.
Sangat3 berguna untuk diri saya.
Moga Allah sentiasa mengampunkan dosa2 yang membuatkan hati kadang2 tidak tenang.
Wallahu'alam.
jzkallah ust 'Ali...prkngsian ini sdah mnyntuh hti2 yg msih Dia syg. Mmbuatkn diri kmbli brmhasabah...ikhtilat, suatu yg slalu dpndng ringan dn mdah oleh muda mudi hri ini. Saya jg kdg2 kliru...tp, ykin bhwa yg halal tlah jelas dn yg hram jg tlh jelas. Akn ttpi, d antranya ada prkara yg syubhah yg mmrlukn kpd pnlitian yg sbnr dn dlm...mhon ust 'Ali bicara ttg ikhtilat jka ada kluangan...jzkallah skali lg...^^
Nur Mayamin
Sama-samalah kita membina dan membentuk kekuatan untuk mendekati dan menyayangi Allah SWT sepanjang masa. Jiwa mukmin itu sentiasa dan selalu subur dengan mengingati Allah SWT.
Justeru, kitalah yang bertanggungjawab terhadap diri kita, hati kita & iman kita.
BroHamzah
Wafa Zinnirah92
Wassalam,
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada kita.InsyaAllah
BroHamzah
Fathi Ridhuan
Syukran, semoga Allah SWT berikan kekuatan untuk berkongsi dengan keterbatasan ilmu, pengetahuan dan hikmah daripada Allah SWT.
BroHamzah
pernah jugak berlaku perkara mcm nie..
nyamuk2 ikhtilat sntiasa mhinggapi diri..
byk kali tersedar..
krna diri ini Alhmdulillah cpt tersedar tp respondnya lambat..
kdg2 bila nk terang balik dkt org 2..
saya byk kali kna fikir , teragak2 n nk ckp ke x...
sbb yg mcj2 2 adalh org yg paham bab ikhtilat n lebih arif pada diri ini...
apabila pluahan n peneguran sudah blaku
pasti org 2 automatik mlarikan diri...
kdg2 org 2 x sedar tindakannya kdg2 nya myakitkan hati kita balik..
bukan saya nk kata saya nie bagus ataupn bt baik d hdapan dia..
tpi saya nk mjaga ikhtilat 2 sendiri
dan jujurnya saya syg dkt org2 2...
sbb 2 saya xnk mereka mnerpa ke kmurkaan Allah kerana saya..
biar la sya kdg2 mgalami sakit rindu pn dgn kata2 smgt mereka dulu(hiasan syaitan)
janji saya xbwa masuk mereka ke dlm kmurkaan Allah...
Alhmdulillah post ini seakan2 memahami hati ini
~nurkenikmatan~
Alhamdulilah... terima kasih atas perkongsian. sangat tersentuh. diri sendiri cuba menjaga, tapi tak tahu bagaimana untuk menerangkan pada orang lain, sampai kadangkala diri sendiri pun terjerumus sekali.. (T_T)
-hamba Allah-
Salam. Minggu lepas baru sahaja bertanyakan pada sahabat saya apakah sebenarnya maksud menjaga batasan SEBENARNYA. Still samar samar dan alhamdulillah akhirnya sudah faham konsep URUSAN tu sedalamnya. Dulu, saya ingatkan, menjaga batsan hanyalah pada tidak keluar berdua duaan dan menjaga aurat luaran dan suara. Tapi, sebenarnya lebih luas dari itu. Terima kasih.
Anonymous aka nurkenikmatan
Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kekuatan untuk kembali kepada Allah SWT.InsyaAllah.
Kekuatan kita pada keimanan, kepasrahan, pergantungan dan keyakinan kepada Allah SWT.
Dahulukan kecintaan yang hakiki, insyaAllah kita akan merasai manisnya kehidupan walaupun diuji.
BroHamzah
Anonymous aka Hamba Allah
" Taqwa" itu ialah kita sangat-sangat berhati-hati dalam meniti kehidupan.
Semoga itulah yang kita utamakan dalam kehidupan ini.
BroHamzah
Anonoymous
Semoga yang mimpin kita adalah Allah SWT. InsyaALlah, sama-sama kita pertenguhkan kekuatan diri dan hati.
BroHamzah
salam alaik.
ana hndk tanya.
IKHTILAT itu maksudnya pergaulan antara lelaki dan perempuan kan?
jadi ikhtilat yang betul tak mendatangkan murka Allah kan? maksud ana ikhtilat yang betul ialah ikhtilat yang menjaga syarak. kalau kita dalam satu team lelaki dan prempuan, kita terpaksa bergaul dgn laki dan prempuan. ini juga termasuk dalam IKHTILAT kan? ini yang slama ini ana faham.
tapi bila baca artikel ini, dan ustaz ada tulis ayat `nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya'
ayat itu bagaikan Istilah IKHTILAT itu mmg perkara yang menjurus kepada haram..ALlah tak redha dgn ikhtilat.
apa yang saya faham, berurusan dengan lain jantina, juga dipanggil IKHTILAT walau ia menjaga Syarak.
dan slalunya saya dan shbt2 saya akan menyebut 'ADA MASALAH DALAM IKHTILAT' bila seseorg itu melanggar syarak dalam ikhtilat itu.
jadi, istilah IKHTILAT itu adakah maksudnya pergaulan antara lelaki dan prempuan yang Allah tidak redha?
kalau pergaulan antara lelaki dan prempuan yang tidak melanggar syarak dipanggil apa? URUSAN? atau ada istilah lain?
maaf kalau mendatangkan kekeliruan. ana sendiri keliru dengan istilah IKHTILAT ini.
terpaksa juga bertanya kerana Allah izin ramai bertanya tentang IKHTILAT pada ana.
maaf.
yang keliru.
Anonymous
Walaikumusalam, MasyaAllah - saya mohon maaf andai tulisan ini membuat saudara/i keliru. Saya cuba membaca balik tulisan sahaja. Andai istilah-istilah mengelirukan saudara daripada fahaman yang benar, saya mohon maaf atas segala kelemahan, keaiban dan kekurangan diri.
Saya membaca semula tulisan itu :
Sms tanpa urusan, berfacebooking tanpa urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah sesuatu perkara yang harus kita amati dan lihat sedalam-dalam. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
Nyamuk-nyamuk ikhtilat itu merujuk kepada semua hal-hal diatas yang dilakukan tanpa urusan. Hal-hal kecil - merujuk kepada nyamuk bermakna kecil. Ia sekadar istilah yang cuba diketengahkan dengan analogi.
Afwan, jika ia mengeliru saudara/i - mohon maaf atas segala kekurangan saya yang tidak pandai, bijak dan arif dalam menjelaskan. Mohon saudara/i merujuk karangan ulama' yang lebih muktabar, alim & warak.
Syukran, atas pertanyaan ini.
Insan kerdil
BroHamzah
Post a Comment