Bersama Penulis Muda

Monday, July 12, 2010

Buku terbaru HA " Sinergi"



Bersama Penulis Muda

Oleh : BroHamzah

Alhamdulillah, pagi ini saya bersama dengan seorang penulis dan juga novelis muda yang sedang meningkat naik namanya di persada dunia penulisan tanah air Malaysia.

Hilal Asyraf, seorang pemuda yang mempunyai cita-cita yang tinggi dan sentiasa bersungguh-sungguh menyebarkan kebaikan dan kebenaran melalui medium penulisan.

Sembang-sembang dengannya banyak membuahkan idea dan buah fikiran dalam menjana gerak kerja yang sentiasa dinamik dan aktif.

Untuk beberapa hari ini, sempena kehadirannya ke Pantai Timur, kami telah menyusun beberapa program untuknya. Antaranya perkongsian Motivasi Tarbawi dan Bengkel Penulisan di beberapa tempat di sekitar Kota Bharu. Harapannya, ialah agar perkongsian ini akan menyebarluaskan lagi syuur untuk meluaskan dakwah kepada komuniti masyarakat sama ada melalui media penulisan, ceramah, internet dan sebagainya.

Penulisan

Saya teringat pesanan Ibnu Jauzy yang menyatakan bahawa : “ Sebaik-baik amalan yang ditinggalkan ialah menulis buku.”

Nah! Kita lihat dan kaji sejarah dan sirah ulama serta para salaf ramai yang menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi dan hebat.

Melalui apa mereka berkarya?

Hampir kesemuanya adalah melalui bidang penulisan. Karya mereka menjadi asset peninggalan yang sangat berharga buat diri mereka dan rujukan untuk ummat selepas mereka.

Justeru itu, berkaryalah dengan niat yang jelas dan terang agar ia menjadi bekalan nyata untuk ke akhirat sana.

Hilal Asyraf menasihati saya agar menjadikan bidang penulisan ini sebahagian daripada agenda penting dalam kehidupan dan gerak kerja dakwah.

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP