3 Hari Bersama Hilal Asyraf, Ia sangat manis

Sunday, July 18, 2010

Hilal Asyraf dan Sahabatnya


3 Hari Bersama Hilal Asyraf, Ia sangat manis
Oleh : BroHamzah

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Selayaknya syukur saya panjatkan kepada Allah SWT, kerana sentiasa memberi pelbagai kenikmatan kepada hambaNya. Rasa kerdil terhadapNya sentiasa bermain-main di dalam jiwa dan hati ini. Maha Suci Allah SWT yang mengurniakan segala kenikmatan untuk seluruh manusia ini.

Kesempatan dan Peluang

Alhamdulillah. Minggu lepas, selama 3 hari saya diberi ruang dan peluang untuk bersama-sama dengan seorang sahabat saya, akhi Hilal Asyraf yang telah lama tidak saya ketemuinya secara bersemuka. 3 hari itu adalah 3 hari yang sangat istimewa dan saya dapat berkongsi banyak perkara dengannya.

Tahun 2002

Saya masih ingat lagi, tahun 2002. Satu peristiwa saya bersama seorang sahabat saya iaitu Amru Irfan semasa saya di MATRI. Ketika itu kami sedang membincangkan sesuatu yang sangat penting. Amru sedang mencari bakal pewaris dan pelapis untuk menggantikan untuk pertandingan syarahan peringkat negeri Perlis.

“ Nta, ada calon dah ke siapa yang akan ganti anta untuk masa hadapan nanti?,” Soal saya.

“ Dah ada. Itu.” Kata Amru kepada saya sambil menunjukan jari nya kepada suatu arah.

Kelihatan di suatu sudut seorang pelajar tingkatan satu sedang membaca Al-Quran dengan khusyuk.

“ Dia?,” Tanya saya.

“ Ya, apa pandangan anta?”, Amru melihat ke wajah saya.

“ Ana setuju, ana lihat pada adik tingkatan satu itu banyak potensinya. Tapi anta perlu bimbing dia untuk lebih maju dan berkeyakinan.” Saya lontaran pandangan.

“ Malah, ana tengok. Dia juga ada bakat kepimpinan dan akan menjadi seseorang yang penting dalam meneraju BPM nanti,” Tambah saya.

Siapakah adik tingkatan satu itu?

Dialah Hilal Asyraf.

Saya mengenali Hilal semenjak di berada di Tingkatan Satu lagi. Antara perkara yang paling menyerlah kepada Hilal ialah sikap kesungguhan dan keseriusan terhadap tarbiyah dan dakwah.Bermula saat itulah, saya dan Hilal berukhuwah dan membina ikatan persaudaraan kerana Allah SWT.

Kini, dia sudah dewasa

Hilal hari ini, adalah Hilal yang sudah dewasa, matang dan mempunyai kewibawaan.
Saya sebagai seorang sahabat dan juga teman perjuangannya, saya merasai satu perasaan yang sukar digambarkan. Jika dahulunya, saya adalah seorang abang yang selalu menjadi tempat Hilal perkongsian masalah, perasaan dan sebagainya kini, saya adalah sahabatnya yang bersama-sama berjuang untuk menghayati Islam di dalam kehidupan.

Cita-cita Hilal adalah cita-cita semua pejuang dan pendokong Islam

Dan, beliau memilih bidang penulisan ini sebagai medannya untuk memberi dan menyebar luaskan fahaman dan penghayatan Islam.

Syabas, akhi!

3 hari, peluang yang jarang diperolehi

Alhamdulillah, sejak 3 bulan yang lalu ketika Hilal memaklumkan bahawa dia akan pulang ke Malaysia, Saya telah berbincang dengannya untuk menyusun program untuknya di Pantai Timur. Dan Alhamdulillah, beliau memberi respon yang baik.

Banyak perkara yang kami kongsikan bersama. Dan antara kesimpulan yang saya boleh nyatakan Hilal adalah seorang pemuda yang mempunyai cita-cita yang sangat tinggi. Apa yang kita lihat pada Hilal pada hari ini, adalah hasil daripada sikapnya yang fokus, positif, bersungguh dan serius.

“ Dakwah ini kita kena jadikan ia sebagai satu keperluan bukannya suatu pekerjaan yang terpaksa dibuat.” Kongsi Hilal dengan saya.

Penulisan

Dalam tempoh setahun setengah, Hilal telah menghasilkan 7 buah buku. Ia sangat luar biasa. Saya tanya bagaimana beliau lakukan semua ini.

“ Pengurusan masa dan disiplin, abang Ali.” Jawab Hilal sambil tersenyum.

Sekarang ini, 6 ke 7 buah buku sedang diusahakan oleh Hilal. Banyak tu. Saya sempat mengikuti bengkel penulisan yang dikendalikan oleh Hilal di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri. Alhamdulillah, banyak input segar dan baru yang saya perolehi.

“ Menulis ini tidak perlukan bakat, tetapi MINAT.”

Ya. Itu suatu saranan yang sangat memotivasikan sesiapa sahaja yang mendengar buah perkongsian Hilal dalam bengkel tersebut.

Soalan cepu emas

Saya menanyakan satu soalan kepada Hilal secara peribadi.

“ Siapakah Hilal Asyraf 10 tahun lagi?,” Soalan berbentuk pertanyaan masa hadapan.

“ Manalah ana tahu, abang ali,” Jawab Hilal sambil ketawa.

Ia bukan sebarang soalan, tetapi soalan yang ingin saya ajukan itu ada mesej tersurat dan tersiratnya.

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP