Menulis, ia adalah suatu seni yang didalamnya ada makna
dan perasaan cinta.
Menulis, seni yang menguatkan
Oleh : BroHamzah
“ Bagaimana abang menulis?,” Satu soalan yang kerap menghinggapi cuping telinga saya.
“ Sejak bila saudara memulakan hobi menulis di blog?,” Ini juga antara soalan yang biasa berkunjung di hadapan saya, sama ada di alam realiti atau di alam maya.
“ Kenapa, anta tidak bukukan penulisan anta?,” Satu lagi soalan yang kerap kunjung kepada saya.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Saya bersyukur kepada Allah SWT yang mengurniakan kepada saya individu-individu seperti mereka. Sentiasa memotivasikan saya, menginspirasikan semangat saya, bahkan sentiasa melorongkan saya kepada jalan-jalan kebaikan. Sekadar berkongsi berkaitan penulisan, menulis, dunia blog, blogger dan keseronokannya.
Kenapa menulis?
Soalan yang mudah tetapi sangat-sangat menarik untuk direnungi. Saya terbaca satu artikel penulisan isteri saya. Beliau mengambil satu kata-kata oleh Razib Ahmad, seorang penulis juga. Katanya :
“ Kita menulis – kebiasaanya – kerana dua sebab utama : pertamanya, untuk memenuhi kepuasan diri dan keduanya, untuk memperolehi tambahan pendapatan (wang).”
Mungkin, ya atau mungkin tidak. Saya tidak menafikan hakikat hal di atas. Namun, saya benar-benar tersentuh apabila isteri saya menulis sebab kepada dia menulis. Katanya :
“ Saya menulis kerana satu sahaja, iaitu cinta.”
Cinta kepada Allah SWT. Cinta kepada dakwah kebaikan serta kebenaran. Dan cinta kepada ummah – ingin mengajak mereka kepada Islam yang syumul, sempurna dan meneduhkan.
Terdiam seketika saya. Saat itu, saya merenungi balik diri saya. Kenapa saya menulis? Terdiam setika, selama ini kenapa aku menulis, untuk apa dan kenapa? Soalan itu bertubi-tubi menghujani akal fikiran saya. Ia memenuhi kolam hati saya, lantas saya berdayung mencari destinasi jawapan akan persoalan ini.
Menulis bagi saya ia bukannya hobi. Ya bukannya hobi mengisi masa lapang yang terluang atau tersisa. Bukan itu tujuan saya menulis. Bahkan telah saya letakan menulis itu sebahagian daripada kehidupan saya sendiri. Menulis bukan sekadar ingin memberitahu, menceritakan, mengisahkan atau bermain-main dengan susunan bahasa yang puitis atau indah. Saya benar-benar tertarik dengan ungkapan Ustaz Hasrizal Jamil – penulis laman web terkenal SaifulIslam.Com :
“Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU.”
Menulis dengan suatu arah, fokus dan sasaran yang jelas dan bermatlamat. Dunia penulisan dan penghasilan karya-karya yang hebat-hebat, berkualiti lagi bermutu telah mempertemukan saya dengan beberapa orang tokoh penulis yang sangat saya segani dan kagumi.
Saya benar-benar ingin mencontohi Syed Abul Ala Al-Maududi - merupakan seorang ‘alim, malah seorang pemikir Islam kontemporari yang terulung serta pengasas al-Jama’ah al-Islamiyyah di Benua India. Beliau banyak menulis buku-buku asas kefahaman Islam yang mudah, simple dan mampu difahami oleh kebanyakan orang. Dan membuatkan saya kagum ialah, beliau tidak pernah mengambil bayaran royalti jualan bukunya. Semuanya diserahkan kepada organisasi yang dipimpinnya untuk tujuan amal.
Namun sering kali emak saya berkomentar :
“ Sesetengah penulisan Ali sukar difahami, masih terdapat banyak perkara yang perlu dibaiki.” Saya menerima dengan senang hati. Berazam mencontohi penulisan yang bahasanya sederhana dan tinggi nilai intipati dan kandungannya.
Disamping itu, seorang lagi tokoh sasterawan Islam yang sangat dekat dihati saya iaitu As-Syahid Sayyid Qutb. Penulis buku Mua’alim Fil Tariq dan Tafsir Fizilalil Quran ( Di Bawah Naungan Al-Quran). Bahasanya, sentuhan literalnya, ketinggian kesasteraannya dan susunan puitis tulisannya : benar-benar indah! Kuat, mengugah, terkesan, berimpak dan sungguh mendalam.
“ Bahasa beliau mungkin tinggi bagi sesetengah orang, tetapi ia lain daripada lain. Beliau menulis melalui hati dan ia akan terkesan kepada hati dan menyentuh nurai bagi jiwa yang benar-benar hajatkan sesuatu daripadanya.” Pesan seorang murabbi berkaitan penulisan As-Sayyid Syed Qutb.
Seorang lagi, yang menjadi tokoh penulis yang saya benar-benar segani iaitu Dr Aid Abdullah Al-Qarni. Seorang Ulama Arab Saudi yang warak, alim dan soleh. Beliau juga merupakan penulis motivasi Islam yang terkenal lewat penulisan karya best sellernya iaitu La Tahzan. ( Janganlah bersedih!). Saya tersentuh membaca syair indah yang dikarangnya berkaitan penulisan :
Betapa pun kulukiskan keagungan-Mu dengan deretan huruf,
Kekudusan-Mu tetap meliputi semua arwah
Engkau tetap yang Maha Agung, sedang semua makna,
akan lebur, mencair, ditengah keagunganMu, wahai Rabbku.
Merekalah yang menjadi inspirasi buat saya dalam dunia penulisan ini. Saya berjinak-jinak dengan dunia blog sejak tahun 2005 lantaran ini berkongsi dengan sedikit pengalaman, pengetahuan dan ilmu yang ada. Namun melaluinya saya mendapat banyak perkara.
Menulis, ia adalah seni yang menguatkan
Suatu petang, semasa bermusafir dengan seorang sahabat saya – Abu Ridhuan kami bersembang-sembang tentang dunia penulisan.
“ Anta tahu, antara perkara yang ana dapat dengan menulis ini ialah ia akan memaksa ana untuk membaca. Untuk menulis kita perlu ada sesuatu, dan membaca adalah jalannya.” Kata beliau.
Ya. Saya sangat-sangat bersetuju dengan beliau. Melalui penulisan inilah, ia telah membuka lembaran minat, paksaan, perasaan dan keperluan untuk saya membaca. Secara tidak langsung dan tanpa sedar.
Dan, saya simpulkan buat kalian semua :
“ Menulis adalah merupakan suatu seni. Seni yang akan menguatkan kita. Malah, kesannya kepada kehidupan sangat-sangat besar dan mempengaruhi kehidupan kita.”
Baik, saya simpulkan kebaikan menulis daripada kaca mata saya :
(1) Menulis, ia adalah menjadi salah satu medan dalam beramal. Beramal soleh, sedarkah kita semua bahawa kebanyakan para rasul, nabi-nabi, pemimpin terdahulu,ulamak dan daie banyak menghasilkan penulisan dan karya. Rasulullah SAW mengutus surat kepada pembesar-pembesar menyeru untuk memeluk Islam. Ulama Islam – berkat kegigihan mereka berkarya, hari ini kita berkesempatan meneguh sebanyak mungkin ilmu hikmah yang sangat berharga daripada kecerdikan dan kebijaksanaan mereka.
(2) Menulis, ia memberikan suatu motivasi yang tinggi untuk kita merumuskan sesuatu ilmu yang kita perolehi. Untuk memahami suatu ilmu, kita perlu menulis, menganalisis dan merumuskannya. Ia adalah kaedah menuntut ilmu zaman berzaman. Tokoh cendiakawan silam, menjadikan menulis sebahagian daripada kehidupan mereka. Di mana-mana, membawa pen dan kertas. Ilham yang terlintas, dicatat di lembaran kertas dengan sebaiknya.
(3) Menulis, ia adalah wadah perkongsian ilmu yang sangat-sangat baik. Lihatlah, dengan penghasilan karya-karya hebat, kitab-kitab yang mashsyur dan lembaran-lembaran penulisan ulamak, cendiakawan, ilmuan, penyair, sasterawan, para alim serta tokoh akademik – kita akan mendapat seribu manfaat daripada nya.
(4) Menulis, melaluinya akan terhasillah buku-buku yang akan ditelaah, ditatap dan dibaca. Buku ia akan memberikan suatu pengalaman yang sangat mengasyikan. Ia adalah teman yang baik, khadam yang jujur, sahabat yang setia dan akan menemani kita saat suka, duka, gembira dan sedih. Buku, tulisan dan himpunan perkataan yang membawa maksud akan memberikan kekuatan.
(5) Menulis, ia adalah suatu seni yang boleh dipelajari, didalami dan ditekuni. “ Semua orang boleh menulis.” Kata seorang sahabat saya, Hilal Asyaf. Ya, saya bersetuju dengannya. Menulis, ia akan memberikan suatu kesan yang dalam kepada jiwa. Kita bebas, melakarkan pena di hujung tinta. Kita boleh mengerakan jari jemari di titian key board laptop dengan tenang tanpa apa jua sekatan dan halang. Jika anda sudah memasuki alam ini, rasailah keasyikannya.
(6) Menulis, ia menguatkan jiwa dan hati kita. Kenapa saya kata begitu? Menulis ia akan memberikan ketenangan, kedamaian dan menguatkan jiwa di saat hati dirundum kelaraan jiwa dan duka nestapa. Berapa ramai orang yang akan menyendiri lalu dicapai pena dan kertas atau buku lalui ia meluahkan segala apa yang terbuku di hati. Bahkan, saat itu juga – ia akan menyendiri membaca kalam Ilahi, buku-buku penguat nurani dan segala tulisan yang akan mempertingkatkan kekuatan di jiwa. Pernahkah anda melalui saat-saat sebegini?
(7) Menulis, ia akan memberika satu tolakan, paksaan dan dorongan yang kuat untuk kita membaca. Perlu membaca, ia adalah prasyarat untuk menghasilkan suatu gagasan fikiran melalui penulisan. Membaca membuat kita terisi dengan ilmu, pengetahuan, hikmah dan suluhan cahaya yang benar. Membaca buku tulisan ulama’ muktabar, penulis-penulis yang ikhlas dalam berkarya dan lembaran karya yang berkualiti, bermutu dan punyai nilai keintelektualan yang tinggi.
(8) Menulis, secara berterusan dan konsisten ia memberikan latihan untuk berdisiplin kepada kita semua. Setiap hari, kita boleh menulis, melakarkan, mencatat dan menaip apa sahaja yang terlintas dihati, berbekas di hati dan bermain-main di minda. Antara medium yang saya jadikan medan menulis ialah buku catatan harian, buku rancangan harian, kertas perancangan, blog, FB dan emel. Alhamdulillah, ia sangat bermanfaat.
(9) Menulis, ia mampu membentuk gelombang arus yang besar kesannya. Tulisan-tulisan yang berpengaruh dan meninggalkan impak kepada dunia telah membuktikan bahawa himpunan tinta yang asalnya terdiri daripada huruf-huruf dan gabungan ayat-ayat - mampu membangkitkan suatu gelombang perubahan kepada sejarah peradaban manusia.
Menulis akan menghasilkan tulisan. Tulisan inilah yang dinamakan sebagai karya. Syed Abu Ala Al-Maududi dalam risalahnya iaitu Kesusateraan Islam menjelaskan bahawa karya-karya Islam terbentuk kepada dua kumpulan iaitu karya-karya berbentuk hujjah (argumentative literarute) dan karya-karya yang memberikan rangsangan (motivative literature). Kesemua karya-karya ini menjurus kepada satu matlamat iaitu menyakinkan para pembaca bahawa Islam ialah Ad-Deen ( satu-satunya cara hidup yang sebenarnya).
Bagi saya, inilah penjelasan yang sanga-sangat jelas, nyata dan konkrit.
Dimensi baru dunia penulisan alaf baru : Dunia blog
Itulah boleh saya coretkan berkaitan hal ini, Alhamdulillah – kini saya jadikan medan berblog sebagai medium saya untuk menulis, memahirkan penggunaan bahasa, menyusun masa, menganalisis bahan bacaan , mencurahkan pandangan serta idea, berkongsi pengalaman serta pengetahuan yang kerdil dan – yang terpenting saya temui hajat saya dalam menulis- iaitu segala-galanya adalah medan untuk berubudiyah kepada Allah SWT. Saya pernah menulis tentang tips untuk menjadi blog sebagai amal soleh : [ Tips : Perinciannya di sini ]
Hajat saya, ialah semakin ramai yang menulis, berblog dan menyebarkan warna-warna kebaikan di dalam maya ini. Sebab apa? Hati saya sakit apabila melihat begitu membiak dan bercambah blog-blog yang berbau maksiat dan dosa ( bayangkan setiap hari blog porno, lucah, politik kotor, mencaci dan merosak bertambah jumlahnya dengan mendadak). Kerana itu, saya sangat-sangat menyarankan anda yang membaca perkongsian ini untuk : - Terjun ke medan menulis.
“ Eh, saya tidak berbakat!”
“ Saya tidak reti la menulis!,”
“ Saya? – Malas la, sibuk saya ini,”
Berhenti! – Mari kita beralih ke tulisan ini. Perkongsian daripada sahabat saya, Hilal Asyraf. Kamu boleh menulis sebenarnya. Kemudian, anda berikan jawapan, alasan dan komentar anda. (‘’,).
Hasrat, impian dan cita-cita
Impian saya, mahu melihat lebih banyak blogger-blogger Islamik di alam maya ini. Sekarang ini tidak ramai, sekitar ribuan sahaja. Sedangkan, jumlah blog dalam alam maya adalah melebihi jutaan blog dalam pelbagai bahasa, bentuk, tema dan fokus. Kita mahu ia menjadi gelombang yang dahsyat yang merebak ke seluruh dunia alam maya. Ya, blogger muslim profesional, blogger islamik dan blogger yang punyai keunikan yang tersendiri.
Agar mampu menghasilkan lebih banyak SaifulIslam.Com dan Zaharuddin.Net , membiaknya aura IluvIslam.Com, laman sesawang LangitIlahi.Com, bertambahnya portal-portal Islamik seperti Murabbi.Net, Halaqah.Net, al-Fikrah.Net dan sebagainya di dunia online ini.
“ Bukan dah banyak ke?,”
“ Cukup la tu,”
Saudara saudari, jika kalian membuka minda dan menerokai dunia alam maya tanpa batasan ini – ketahuilah di sana terdapat banyak laman-laman sesawang, portal-portal dan blog-blog musuh Islam yang sedang meracuni pemikiran remaja muslim di di seluruh dunia. Pelbagai rupa dan bentuk.
Hiburan yang melampau
Membudayakan hedonism (hidup bermewah)
Gambar-gambar, video-video tidak bermoral
Permainan Games
Blog-blog picisan yang merosak
Lawak yang tidak berfaedah
Dan bermacam-macam lagi
Ia bukan satu atau dua, ratusan bahkan jumlah mencecah kepada puluhan ribu. Mereka bergerak, merancang, menjana, merencana, melaksana, berstrategi dan menyuntik idealogi-idealogi selain daripada Islam dengan niat yang jahat.
Justeru, kita punyai peranan. Peranan, tanggungjawab dan amanah yang besar. Berbangga sebagai muslim bukan sekadar kita hebahkan, gembar-gemburkan dan war-warkan kepada dunia – kita memakai pakaian muslim, beribu berbapakan muslim dan memiliki rumah bercorak islamik.
Kita mampu melakukan sesuatu :
“ Membentuk arus gelombang kesedaran dan kebangkitan Islam.”
Jadi, bagaimana dengan anda? Apa keputusan anda? Ingin menyertai gagasan blogger muslim, blogger islamik dan blogger acuan Islam yang sebenar.
Keputusan di tangan anda. Kita mampu menjadikan medan penulisan ini umpama pedang yang menghunus. Merobek jahiliyah yang rakus merosakan keperibadian muslim muslimah di seluruh dunia dengan sebuah kesedaran dan kefahaman yang jernih.
Anda mampu mengubahkannya!
Keyakinan saya :
“Semua orang mampu dan boleh menulis.”
-----------------------------------------------------------
Nota :
Harapan saya agar isteri saya juga akan turut aktif dalam lapangan penulisan ini. Beliau sangat berpotensi, berbakat dan mempunyai gagasan fikiran yang sangat-sangat baik. Moga Allah SWT permudahkan.
BroHamzah
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim
23 Mei 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 comments:
pnulisan,~seni enyampaikn dakwah~..
pnat mata ana buat blogwalking,mcm2 nmpak,,menyakitkn
shairazi sharizan
Ya, itulah realiti.Kerana itu, perlu ada medium untuk mengurangkan dan mengubahkannya.
BroHamzah
alhamdulillah, sy trasa lbh brsemangat utk menulis entry di blog sy, blog2 islamik prlu diwujudkn dgn lbih byk utk mngatasi blog2 yg tidak baik n tidak brmoral.
mudah-mudahan sy diberi kesempatan & idea brnas utk istiqamah menulis atau lbh kerap lg ketika di nilam puri nnt.
Salam abg ali,
terima kasih,terima kasih, terima kasih.
semakin diperhalusi smakin bertambah seninya,
sungguh ia bukan mudah,
tetapi ia bukan masalah,
bercita-cita untuk berdiri sama tinggi juga dengan mereka yang disebutkan. ^^
~ lautan rabbani ~
menulis ni sangat perlukan juga mujahadah, mungkin akibat kita tak nampak apa-apa ganjaran duniawi, oleh sebab itu kita selalu putus asa. :)
teruskan menulis bro!
syeraho
Itulah harapan dan hajat saya. Perbanyakan blog-blog yang mendidik jiwa, hati dan nurani.
Sebarkan slogan-slogan dan syiar kebaikan di mana-mana. Teruskan usaha saudara/i.InsyaAllah, sinar cahayanya kian menyinari. Saya sangat-sangat yakin, insyaAllah
BroHamzah
pelaut Rabbani
Alhamdulillah, membina itu umpama mendaki gunung yang tinggi memuncak.
Bertatih berdikit-dikit, perlahan-lahan dalam memahirkan diri dalam seni penulisan ini.InsyaAllah, ia akan memberikan impak yang dalam.
Semoga Allah permudahkan anta.
Wassalam
BroHamzah
Muhammad Iqbal
Kerana itu, perlu ada tolakan dan asbab yang jelas untuk menulis. Perasaan yang kuat untuk berkongsi dan menyebarkan sedikit ilmu yang diperolehi dengan saluran dan jalan-jalan yang baik.
InsyaAllah
BroHamzah
subhanallah..bermuhasabah kembali ~
Perkongsian yang sangat jelas dan teliti, dan membangkitkan ruh semangat agar terus sebarkan kebaikan.
Syukran :)
Ariffah9
Semoga bermanfaat dan bebenar memberikan sesuatu kepada jiwa kita semua.
BroHamzah
Salam alaik.
Satu post yang membina untuk saya hadam. Terima kasih (=
Benar, nak menulis perlukan isi, kena banyak membaca. Bila terasa nak menulis, tapi tiada apa yang tertulis, menyoal pada diri, mungkin kerana dah lama tak membaca sesuatu untuk hati, utk jiwa.
syukran jazilan ustaz atas perkongsiannya, baru bermula terjun ke alam maya ini tahun ini,
masih banyak yang perlu dipelajari dalam memulakan langkah ini. masih hijau masih baru,
insyaAllah
moga mampu untuk terus istiqamah dan mampu menghasilkan penulisan yang mendidik jiwa satu masa nanti, insyaAllah amin~
Izzati Hashim
Wassalam,
Alhamdulillah, semoga ia memberikan sesuatu kepada saudari. Ya, untuk menulis kita perlu mempunyai kecintaan terhadap buku dan membaca. Sifir dan formula ini adalah sesuatu yang mesti untuk menjadi penulis dan ia akan melengkapkan lagi keseniaan dalam berkarya.
BroHamzah
hamba Ilahi
Tahniah, ia adalah satu medan ubudiyah dan medium dakwah yang sangat baik.
Semoga mampu menerokai bidang ini dengan kejelasan matlamat, kesungguhan yang tinggi, kejernihan kefahaman dan istiqamah sehingga ke akhirnya.
InsyaAllah
BroHamzah
betul3..saya setuju
Nur Dinah
Bergerak membumikannya.
BroHamzah
subhaanallah..
[teringat bicara HA mengatakan blog itu pun ada hak iaitu perlu diupdate selalu]
sebab tak selalu update,
kadang-kadang rasa mahu delete saja blog sebab tak punya cukup masa dan rasa diri ini tak punya cukup ilmu untuk berkongsi, tak punya cukup kekuatan untuk meneruskan perjalanan dlm dunia penulisan ini dan takut tak mampu laksanakan apa yg ditulis...
Alhamdulillah dan terima kasih atas entri ini,
ya, ia memang satu seni yg menguatkan
bila baca semula tulisan yg dulu-dulu terasa jiwa yg kering ini dibelai dan dipujuk dengan ilham dari Allah itu, disalurkan ke tangan kita utk menaip tulisan-tulisan itu
setuju dengan semua point yg diutarakan..
bahkan sangat sangat sangat sangat setuju dengan nota kaki itu =)
syumul
Syukran, benar inilah yang ingin saya kongsikan semoga ia memberikan suatu impak kepada semua.InsyaAllah.
Kita masih punyai upaya untuk melakukan banyak perkara. Mohon kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan.
Berkaitan nota kaki itu, itulah harapan seorang suami.
BroHamzah
masyaALLAH akh. sedang mujahadah menjalankan 'projek'.
alhamdulillah, sangat membantu. doakan ya.
menulis adalah surat jiwa kita pada Allah. Jika ikhlas akan mengalirkan iman dijiwa manusia dan jika sebaliknya akan kesatlah hati yg menulis. Sebab itu Imam malik pernah berkata," aku menulis ini seperti aku membuang sesuatu kedalam sumur ...' bermakna, itulah keikhlasan Imam malik hingga alKitab muwattha yg mengandungi 10 ribu hadith telah menjadi sumber rujukan ilmu fikh yg dimenfaatkan oleh ummah ini keana keikhlasannya. Menulislah dgn kreativiti, idea dan iman yang akan meluruhkan segala mazmumah manusia sehingga bilamana ummah membuka blog kita, mereka bukan nampak Bro Hamzah atau muharrikdaie tapi yang terlihat oleh mereka adalah Allah dan Allah dan merejam jiwa untuk syahid dijalanNya! :)
Firas Az-Zahra
Alhamdulillah, pohonlah kekuatan dan keteguhan daripada Sang Pencipta Yang Maha Kuasa.
Daripada-Nya, kita perolehi kekuatan yang luar biasa.
BroHamzah
muharrikdaie
Nasihat anta sangat berbekas di hati.
Syukran, syukran, syukran atas ingatan ini. MasyaAllah - keikhlasan dalam amal dan medan tinta harus diperhalusi sentiasa.
Syukran sekali lagi, akhi.
BroHamzah
ya, idea bernas para blogger boleh mencetuskan kesedaran apatah lagi bila diketahui penulis dikalangan pemuda. juga penulisan penuh hikmah dari yang lebih dewasa.rasa kemenangan islam tu semakin dekat bila baca tulisan mereka yang faham dan disentuh nilai tarbiyah. quote kata seorang kawan ni, bila kita menulis apa yang kita sudah alami, kesannya boleh menyentuh jiwa2. kerana pada hakikatnya, jiwa manusia itu sama apatah lagi tulisan yang membangkitkan iman.
moga islam ini akan terus gemilang dengan usaha kita yang kecil ini.
TAKBIR!!
alhanun Nur
Terima kasih, alhamdulillah. Semoga Allah redha setiap usaha kita ini.
BroHamzah
baru terdetik nak baca post ini,
terima kasih atas perkongsian yg menguatkan ini..
mr IQ
Semoga Allah redha dan meneguhkan kita semua.
BroHamzah
sering merasakan kebaikan nombor (6)
=)
yah! kita perlu melahirkan gelombang penulisan islamic ini. untuk merobek leluasa blog2 peribadi yg cukup untuk memalukan kita sbg islam..
ALLAH MAHA PENGASIH..terima kasih dgn hembusan kekuatan ini beohamzah. ALLAHUAKBAR. Allah menyeru umat dari pelbagai sumber..ini salah satu nya..
kasturi jiwa
Alhamdulillah, semoga Allah - memberikan kekuatan kepada kita.
BroHamzah
Post a Comment