Facebook : kita menguasai atau dikuasai?

Monday, May 16, 2011

Facebook, sembang-sembang mengenainya.


Facebook : kita menguasai atau dikuasai?
Oleh : BroHamzah

“ Pasal Facebook lagi?,”
“ Tiada isu lain ka?,”
“ Lagi-lagi muka buku?,”

Mungkin ini yang tergetus dihati anda apabila membaca perkongsian saya kali ini. Sabar dulu, saya sekadar ini berkongsi sesuatu berkaitannya. Sembang-sembang saya bersama isteri saya baru-baru ini.

“ Kekadang kita kena uji dan test, adakah kita ini menguasai atau dikuasai oleh FB,” Teringat akan salah satu bicara isteri saya.

“ Bagaimana?,” Tanya saya.

“ Dulu, biasanya saya akan berhenti seketika daripada melayari FB untuk tempoh tempoh tertentu. Kempen ‘berpuasa’ daripada berFB.” Kata isteri saya.

“ Hendak pastikan bahawa, saya menguasai penggunaan FB bukannya saya dikuasai oleh FB sehingga terlalai dengannya.” Isteri saya berkongsi dengan penuh petah. Asyik saya mendengarnya.(‘’,)

Menarik. Saya kira ini satu kaedah yang praktikal yang boleh kita semua lakukan. Katanya, kekadang beliau akan tetapkan satu tempoh agar berhenti seketika dengan penggunaan FB. Contohnya, berhenti atau tidak membuka akaun FB selama seminggu, sebulan atau tempoh-tempoh yang relevan. Kemudian, kita lihat.

“ Apa perasaan kita?,”

“ Bagaimana kita bertahan, mengawal kehendak perasaan dan bertindak apabila kebiasaan harian kita di”berhentikan” seketika dalam jadual harian?,”

“ Gelisahkah kita?”

“ Atau kita mampu menjalani kehidupan seperti biasa, penuh ketenangan dan seolah-olah tiada apa yang berlaku.”

Alah, senang sahaja tu. – (‘’,) Tersenyum saya apabila mendengar respon sesetengah daripada kawan-kawan dan kenalan yang sememangnya kaki FB. Tetapi apabila minta mereka “berhenti” seketika :

“ Fuh, tidak mudah juga. Rasa lain sangat-sangat!.”

Rungsing dan bimbang

Tanpa menafikan kebaikan dan manfaat daripada FB – ( menghubungkan jaringan empayar kenalan, persaudaraan, persahabatan dan sebagainya, menjadi medium merancang, merencana, merangka dan melaksanakan apa-apa projek secara maya, menjadi reminder tarikh-tarikh event tertentu dan sebagainya) – FB juga telah membuktikan kesan negatifnya kepada komuniti masyarakat kita.

“ Semasa kursus perkahwinan saya di Perlis, pengawai yang menyampaikan kursus tersebut ada menyebutkan bahawa di Perlis sahaja pada tahun 2010 – 20 % kes perceriaan yang berlaku adalah di sebabkan oleh FB,” Isteri saya berkongsi lagi.

Facebook kini, menjadi medan untuk meluahkan ketidakpuas hatian kepada seseorang. Medium untuk mengumpat, mencaci, mencerca, menghina, menabur fitnah malah tempat membuka aib manusia. Sebaran dosa berlaku tanpa disedari – berputar 24 jam di dalam alam maya.

" MasyaAllah, hal ini benar-benar berlaku di sekeliling saya," Seorang sahabat berkomentar.

Facebook, mewujudkan suasana persengketaan, kekeruhan dan kekacauan dalam persaudaraan sesama manusia. Hanya kerana tersalah faham akan maksud di status di akan FB – ia akan menguriskan perasaan dan membawa kepada syak wasangka yang keterlaluan dan akhirnya, timbullah pelbagai buah-buah keburukan diluar fikiran manusia.

Membunuh, taburan fitnah dan mengumpat. Suami isteri yang bersengketa sehingga terdedah dengan percuma di layar maya, adik beradik berkelahi sesama sendiri, rakan sepejabat bermasam muka, dan jiran tetangga tidak bertegur sapa. Semuanya kerana, tidak dapat mengawal dan menguasai diri untuk mengendalikan nafsu ketika menggunakan FB.

Marilah kita – semak semula akan hakikat ini. Saya bukanlah penggunaan FB yang mahir, baik atau tidak ada lakukan salah dan silap. Namun, ajakan ini untuk kita perhalusi dan mengamat benar-benar setiap kelakuan, tindakan dan sikap kita dalam amalan harian.

Begitu juga dalam soal menyebarkan hadis daripada nabi Muhammad SAW di FB. Kita bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan hal ini. Pastikan sandaran hadis itu benar, sahih dan berasal daripada Rasulullah SAW. Saya sendiri pernah ditegur dan diingatkan oleh beberapa orang kenalan tentang perkara ini. Bimbang, kita sebarkan hadis – tetapi sebenarnya ia bukannya hadis yang datang daripada Rasulullah SAW. Kita akan menipu dalam keadaan tanpa sedar.

Ketagihan dan Kelalaian FB – Jom kita semak.

Untuk ruangan ini, sama-sama kita jujur kepada diri. Sama-sama kita lihat pada hati dan diri sendiri. Bermuhasabah untuk kita lihat akan kualiti dan tahap kepekaan serta kesensitifan diri kita dalam soal ini. InsyaAllah.

Secara praktikal, sama-sama kita lihat adakah kita ini berada dalam zon “ketagih” kepada FB ini. Sama-sama jujur dalam mengkoreksi diri.

Apa tanda anda ketagihan FB?

(1) Jika melayari internet, laman sesawang FB merupakan laman yang pertama yang akan anda buka. Membukanya dengan penuh keterujaan, - sangat-sangat mengharapkan “sesuatu” daripadanya.

(2) Anda akan rasa tidak selesa jika tidak dapat menghadap FB ini untuk tempoh satu hari. Rasa gelisah, tidak tenang dan menggeletar seluruh jiwa dan raga. Di minda anda : FB, FB, FB, FB.

(3) Anda mampu menghadap laptop, atau computer berjam-jam lamanya hanya dengan FB. Ya. Menukar status FB sekerapnya mungkin, membalas komentar-komentar dengan penuh minat dan asyik. Berchatting melalui ruangnya FB dengan rakan-rakan yang online – serentak – kekadang 5 sehingga 10 orang sekaligus. Hebat dan luar biasa!

(4) Anda terlupa untuk melakukan kerja-kerja lain, seperti assignment kuliah, tugasan daripada boss dan sebagainya sehingga mutu kerja dan produktiviti merudum. Apabila pensyarah kita, soal kenapa tidak mampu siapkan assignment pada datelinenya? Alasan kita : Saya sibuk. Maksud tersiratnya ialah, sibuk dengan FB.

(5) Bagi jiwa dan hati anda, tanpa FB anda akan rasai suatu kehilangan dalam kehidupan. Kehilangan yang akan meruntun jiwa, perasaan anda menjadi keluh kesah dan tidak dapat fokus kepada kerja-kerja harian yang lain.

Bagaimana? Ada yang pernah berkata : Aduh pedihnya? Banyak senarai ini terkena kepada aku. Sama-sama kita jujur dalam penilaian ini.

Sama-sama kita check diri kita, adakah kita begitu? Kita semak juga, bentuk-bentuk kelalaian FB. Adakah kita sudah terjebak kepada penyakit ini?

Kelalaian FB

Secara peribadi, FB ini jika disalahertikan dan disalahgunakan ia akan membawa kepada kemudaratan, kelalaian dan kealpaan.

Tanda-tanda kita dalam kelalaian ketika menggunakan FB :

(1) Ibadah harian kita semakin tumpul, dan kita leka serta habiskan masa banyak dengan FB. Kemanisan untuk beribadah kian hilang. Kelazatan dan kenikmatan membaca Al-Quran, mendirikan solat wajib, berzikir dan lain-lain amalan soleh tidak lagi menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan. Bahkan, terasa akan kehambarannya. Pernah, salah seorang rakan saya menasihati saya : “ Tanda kita hilang kemanisan beribadah, kita tidak rasa pentingnya solat berjemaah!,”

(2) Ketika azan berkumandang di udara, ketika itu kita tiada keupayaan untuk berhenti daripada melayari FB dan terus leka dibuai indah bersama alam ke”facebook”an. Susah sangat-sangat. Dalam hati, tidak mengapa – awal lagi. Kita teruskan dengan dunia FB. Sehinggakan, kita tersentak – waktu solat tinggal beberapa minit sahaja lagi!

(3) Berjam-jam masa dan detik kita dihabiskan untuk menjelajahi alam FB, dan kita semakin seronok dan sayang kepada FB. Sayangnya kita dengan FB membuatkan kita begitu ghairah menerokai kecanggihan, fungsian dan apa sahaja tentang FB walaupun tiada tidak memberikan apa-apa manfaat buat diri kita. Pernah saya jumpa seorang student, daripada pagi sehingga subuh keesokannya berhadapan dengan laptop. Bila ditanya buat apa? – Melayari FB semata-mata!

(4) Kita semakin jarang membuka Al-Quran yang menjadi penguat ruhani kita. Jika dahulu, sempat menghadap Al-Quran setiap hari, kini kita semakin jauh daripada ruh Al-Quran. Kita kata kita tidak sempat untuk mentadabbur Al-Quran kerana sibuk dengan tugasan harian. Awas, saudara-saudariku : berhati-hati dengan istilah kesibukan. Ia akan disoal dihadapan Allah SWT kelak.

(5) Zikrullah yang harus menemani kehidupan kita bergantian, dengan FB sebagai peneman hidup yang akrab. Kita kian larut dengan teman hidup yang baru, namanya FB. Kita begitu asyik berdampingnya dengannya sehingga lupakan sesuatu yang lebih penting buat jiwa dan hati kita. Zikrullah, zikir-zikir yang menjadi penenang diri kian luntur dalam sebutan bibir dan hati – lama kelamaan jiwa kita gersang, kosong dan hampir mati.

(6) Assignment kuliah yang diberikan pensyarah, gagal disiapkan tepat pada masanya. Dateline terlepas dan berasalan bahawa : “ Saya sibuk dan tidak sempat.” Hal-hal yang lain, tugasan ditempat kerja, bertangguh-tangguh, bertimbun-timbun dan akhirnya kita tidak perform! Tepuk dada, soallah iman.

(7) Dengan FB, kita leka bersembang dan berbicara tanpa arah tujuan sehingga jiwa kita terasa kekosongan dan lebih parah jika teman bersembang kita itu berlawanan jantina. Bibit-bibit maksiat mulai mencemari kejernihan hati dan akhirnya kita tersangkut dengan cinta nafsu yang memberikan bintik-bintik hitam kepada jiwa.

(8) Budaya kutuk mengutuk, usik mengusik berlawanan jantina, berbincang tanpa asas kemanfaatan dan sebagai mendominasi aktiviti harian kita. Pada awalnya, kita rasa bersalah. Eh, tidak elok begini. Tergetus dalam hati. Namun, lama-lama suntikan jarum syaitan mulai membawa kepada bibit-bibit yang menyeronokan dan mengasyikan.

(9) Gambar-gambar yang dishare, ditag dan dikomen lebih banyak membawa kepada kemudaratan, menuju ke arah penyebaran dosa dan maksiat. Gambar-gambar yang mendedahkan aurat, menghairahkan, membawa kepada fitnah dan sebagainya harus dielakan untuk diletak di dalam FB kita. Hati-hati dengan hal ini.

Dan, banyak lagi jika disenaraikan. Dan saya yakin anda sendiri mengetahuinya.
FB jika melalaikan, ia harus dinilai semula.

“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya”

[al-Mu'minun 23: 1-3]

Afwan saya sebut, gambar-gambar para wanita dan adik-adik remaja perempuan begitu mudah untuk dikenali, dilihat dan disedari melalui laman FB ini. Pernah saya sebut kepada para pelajar dalam kuliah saya :

“ Siswi sekalian, jaga-jagalah dalam meletakan gambar anda di FB. Di sana terdapat mata-mata dan hati-hati yang sedang asyik menikmati – kecantikan dan keayunan- anda.”

Dan, apatah lagi jika gambar itu terdedah auratnya atau tidak sempurna penutupannya.

Ia sangat-sangat mengganggu jiwa.

Ia sedikit sebanyak memberi kesan dan calaran kepada kejernihan hati.

Mencorak keperibadian kita

Anda perasaan tak?

Bahawa, FB kepunyaan kita melambangkan keperibadian kita. Apa yang kita tulis, ungkapkan, bicarakan dan nyatakan adalah sifat kita sebenarnya.

Kekadang tanpa disedari, ada yang membuat penilaian dan memerhatikan kita melalui “wajah” facebook kita.

Ia seolah-olah menampakan sisi gelap, sahsiah diri kita dan perangai sebenar kita.

Wallahu’alam

Saya sedang berfikir ke arah itu, berfikir bagaimana hendak mengajak semua orang untuk menjadikan FB ini sesuatu yang berguna, bermanfaat dan yang penting ia baik untuk dakwah!

Kitalah yang menjadikan FB ini bermanfaat atau sebalik. Marilah kita menjadi hamba-hamba Allah SWT yang melayari FB dengan keupayaan untuk menguasainya. Kita yang mengaturkan segala tindak tanduk di FB sama ada penyiaran gambar, menyatakan status, komentar-komentar dan segala sebarang fungsian di dalamnya. InsyaAllah.

Atau anda ada pandangan yang lain?

48 comments:

Blog Usang May 16, 2011 at 11:00 PM  

ulasan FB terbaik disini^_^

si dhOif May 16, 2011 at 11:55 PM  

peringatan yg memberangsangkan,

seketika terfikir, kegelisahan yg samakah jika meninggal solat sebagaimana meninggalkan fb sementara..astaghfirullah

BroHamzah May 17, 2011 at 12:51 AM  

Blog Usang

Untuk sama-sama kita lihat dan perhalusi.InsyaAllah.

BroHamzah

BroHamzah May 17, 2011 at 1:09 AM  

penagih ilmu

Syukran atas jejak yang ditinggalkan.MasyaAllah -
BroHamzah

hazie_rah May 17, 2011 at 1:11 AM  

terima kasih!
InsyaAllah..menjd peringatan buat semua.

BroHamzah May 17, 2011 at 1:19 AM  

hazie_rah

Sama-sama, semoga bermanfaat. Tulisan diatas peringatan buat diri saya jua.

Wallahu'alam
BroHamzah

Amin Baek May 17, 2011 at 2:09 AM  

subhanaallah..

jzkk atas sharing yg baek ini..

BroHamzah May 17, 2011 at 2:17 AM  

Amin Baek

Ayuh kita gerakan untuk membumikannya. BerFB dengan kawalan iman dan taqwa!

BroHamzah

Mohd Hafiz,  May 17, 2011 at 3:55 AM  

Assalamualaikum.....Ana dh semak,Alhamdulillah....Tanda2 ketagihan FB satu pn xda dkt ana :)
(sbb xda FB) Haha

Hamba Allah^^ May 17, 2011 at 4:45 AM  

Assalamualaikum, izinkan sy berkongsi artikel saudara ini di blog & fb sy..syukran atas ingatan..

andalusia,  May 17, 2011 at 4:59 AM  

asslamualaikum...
motivasi yg bagus tentang FB
moga terus sukses..:)

BroHamzah May 17, 2011 at 7:15 AM  

Mohd Hafiz

Walaikumusalam, alhamdulillah - anta terus gigih dengan berpegang dengan prinsip tidak berFB. Mabruk!

BroHamzah

BroHamzah May 17, 2011 at 7:16 AM  

Wanie

Dipersilakan, insyaAllah. Terima kasih.
BroHamzah

BroHamzah May 17, 2011 at 7:21 AM  

andalusia

Walaikumusalam, semoga bermanfaat. InsyaAllah.
BroHamzah

Izzah Amanina Abdullah May 17, 2011 at 7:28 AM  
This comment has been removed by the author.
MUJTAHIDAH SOLEHAH May 17, 2011 at 7:35 AM  

salam 'alaikum.
maaf bertanya,akh tahu tak bagaimana nak mengetahui sesuatu hadis itu sohih atau tidak? Jika penulisnya@penyampainya tidak menyatakan status hadis itu.

Berkaitan dengan fb,sensitiviti yg sama juga perlu diambil kira oleh para blogger,dan pengguna telekomunikasi yang lain(pndgn saya).
Wallahua'lam,perkongsian yang membina minda.
Jaza' ALLAH.

Izzah Amanina Abdullah May 17, 2011 at 7:47 AM  

Assalamualaikum,mintak izin share...syukran atas peringatan

Mohamad Fakhruddin Abdul Ghani May 17, 2011 at 7:56 AM  

Ikutkan hati mau saja delete akaun FB.
Mungkin tak lama lagi kot.
Kadang2 kita perlu hormati orang yang takda FB. Ada sbb tertentu mereka tidak berFB akibat mahu menjaga hati.

Faiz Ezanee May 17, 2011 at 5:41 PM  

Jazakallah ya akhi atas entri yg sgt menarik sbg muhasabah buat semua.

Saya yakin ramai di luar sana sudah mampu mempunyai telefon pintar (smartphones). Tidak kiralah ianya adalah iPhone, BlackBerry, Android phones, etc. Telefon pintar yang sgt pintar ini mampu utk memberikan anda "push notifications" jika ada msg dari FB yang harus dibaca. Tidak perlu2 tertunggu-tunggu di hadapan FB 24/7 utk melihat status update, walaupun kita sudah mempunyai pocket internet 24/7 di dalam poket kita sendiri. Dgn erti kata lain, saya sarankan utk kita berubah kepada FB mobile. Bukan utk mengajak kalian menggilai FB. Tp kita cuba jimatkan masa bersama FB. Bagi saya, FB, Twitter adalah platform social networking yang sgt berguna jika digunakan secara berkhemah. Tepuk dada tanya iman. Wallahua'lam. Hanya berpandangan.

BroHamzah May 17, 2011 at 6:06 PM  

Mujtahidah Solehah
Walaikumusalam,kita perlu merujuk kepada kitab-kitab hadis Bukhari dan Muslim. Kaedah merujuknya akan menjadi mudah sekiranya kita ada matan hadis dalam bahasa Arab. Salah satu, kita boleh rujuk
http://lidwa.com/app/

Ia adalah saranan seorang sahabat saya yg arif dalam bidang hadis ini. InsyaAllah.

Terima kasih atas pandangan saudara/i.
Wassalam

BroHamzah

BroHamzah May 17, 2011 at 6:07 PM  

IAA

Walaikumusalam, dipersilakan. InsyaAllah
Syukran atas usahanya.

BroHamzah

BroHamzah May 17, 2011 at 6:09 PM  

Mohamad Fakhruddin

Alhamdulillah, tidak salah memiliki akaun FB. Persoalannya ialah bagaimana kita menggunakannya?

BroHamzah

BroHamzah May 17, 2011 at 6:11 PM  

Faiz Ezanee

Alhamdulillah, satu saranan dan pandangan yang sangat-sangat bermanfaat. Cetusan yang membina untuk kita fikirkan dan cernakan dalam kehidupan. Mudahan ia membantu kita semua. Alhamdulillah.

Wassalam,
BroHamzah

rahsiahati May 17, 2011 at 11:47 PM  

assalamualaikum..

berbeza dgn fb, ada lagi yg menjadi punca kelalaikan khususnya golongan remaja lelaki (tidak semua) iaitu games.

dari pengamatan saya, bermula kanak-kanak sekolah rendah sehingga pelajar IPTA ada yg ketagih games ini sehingga sanggup 24jam tidak tidur melayannya. yang selalu saya dengar "DOTA"..ada jg pertandingan2 game ini secara rasmi mereka lalukan d IPTA pada hari2 tertentu.

yang teruknya, ada yang sanggup menghabiskan ratusan ringgit utk membeli 'item-item' games ini..astaghfirullah al azim..

mungkin brohamzah boleh jg meninjau mengenainya dan membuat entry khas tentang ini.

BroHamzah May 18, 2011 at 12:08 AM  

kasturi jiwa

Walaikumusalam,

Ya, benar - games juga menjadi salah satu suntikan kelalaian yang dahsyat dan merebak di dalam dunia keremajaan.

" DOTA" - saya biasa dengar tentangnya tetapi tidak pernah menyelami duniannya.InsyaAllah, akan cuba bertanyakan hal ini kepada mereka-mereka yang arif.

Wassalam,
BroHamzah

Mutiara Bernilai May 18, 2011 at 2:03 AM  

salam alaik.,

alhamdulillah, terasa terisi dengan perkongsian ini.

ghaflah..lalai juga kadang hati ini, kadang sedar, tapi payah benar untuk diri untuk menghindar..

moga2 kita semua di kurniakan hati yang tak pernah lelah bermujahadah. bi iznillah. Amin Ya Rabb

BroHamzah May 18, 2011 at 2:07 AM  

Mutiara Bernilai

Walaikumusalam,bermujadah memerlukan kekuatan yang utuh dan kukuh. Sesungguhnya kekuatan yang sebenar lahir daripada hati yang dipenuhi dengan keimanan, keyakinan dan kepasrahan kepada Allah SWT.InsyaAllah

BroHamzah

BroHamzah May 18, 2011 at 6:22 AM  

Hanif Ismail

Barakallahufika akhi, semoga bermanfaat.Ayuh kita tingkatkan diri kita.

BroHamzah

Myfullsoul May 18, 2011 at 6:33 AM  

yup,suka sngat dngan tajuk entry kali ini. memeberikan saya kesedaran akan penggunaan fb itu sendiri.

BroHamzah May 18, 2011 at 6:50 AM  

Petunjuk Kemuliaan

Alhamdulillah, semoga ia bermanfaat dan kita akan lebih berhati-hati dengan penggunaan FB. Semoga syara menjadi panduan kita.

BroHamzah

amiraizuddin May 18, 2011 at 7:00 AM  

Assalamualaikum..

Trima kasih atas perkongsian saudara..
semoga ia dpt menyedarkan kita supaya berhati hati dgn kelalaian duniawi ini..

Izinkan saya berkongsi di fb dan blog saya..
Trima kasih..^_^

Sharifah Hamidah May 18, 2011 at 4:46 PM  

Assalamualaikum

Sy jumpa blog ni melalui rakan fb sy timer kasih dan ini ada lah satu peringatan untuk diri saya juga...

BroHamzah May 18, 2011 at 5:11 PM  

amiraizuddin

Walaikumusalam,

Sama-sama semoga bermanfaat. Dipersilakan untuk hebahan dan sebaran.

Sekian
BroHamzah

BroHamzah May 18, 2011 at 5:12 PM  

hamidah

Walaikumusalam

Alhamdulillah, semoga bermanfaat.
BroHamzah

Anonymous,  May 18, 2011 at 7:50 PM  

Salam abg ali, boleh x abg ali post blog ttg bagaimana nak manfaat kan masa, nak terlibat dgn aktiviti apa dn sbgnya?....tambah2 skrg ni byk pelajar ipt yg nak smbung dgree atau sbgnya cuti smpai bulan 9...lama tuh...jadi nak mtk tolong abg ali tulih sbg perkongsian utk kami ...jazakallah

ummu May 18, 2011 at 7:53 PM  
This comment has been removed by the author.
BroHamzah May 18, 2011 at 11:22 PM  

Anonymous

Wassalam, insyaAllah. Sebelum ini ada artikel yang menyentuh tentang serba sedikit penggunaan masa dan waktu, semoga bermanfaat.

InsyaALlah - dengan izin dan kekuatan daripada Allah SWT , akan dikongsikan.

Syukran
BroHamzah

hamba Ilahi May 19, 2011 at 2:35 AM  

syukran jazilan ustaz,
dah melakukan experimen, alhamdulillah masih dalam kondisi kawalan lagi, artikel ini membuatkan kita perlu sentiasa sedar akan matlamat asal mempunyai akaun fb.
insyaAllah
moga diri ini akan terus dalam kawalan iman dan taqwa
amin~

teruskan menulis!

BroHamzah May 19, 2011 at 6:50 AM  

hamba Illahi

Alhamdulillah, semoga ia memberikan suntikan untuk kita mengawal diri dengan suluhan cahaya Al-Quran dam Hadis. Syukran atas perkongsian.

Wassalam,
BroHamzah

BroHamzah May 19, 2011 at 6:52 AM  

Mahmudah

Dipersilakan.InsyaAllah

BroHamzah

Anonymous,  May 21, 2011 at 11:14 AM  

boleh saya share? utk manfaat bersama..terima kasih atas perkongsian

fb:archimyxtream@yahoo.com
(maaf blom ada blog

BroHamzah May 21, 2011 at 5:08 PM  

anonymous

InsyaAllah, boleh. Dipersilakan. Sangat-sangat menghargai usaha baik anda.

BroHamzah

Muhammad Imran Khairman June 16, 2011 at 8:32 AM  

Assalamualaikum..
perkongsian yang amat berguna..
izinkan saya share di blog saya :)

BroHamzah June 16, 2011 at 7:49 PM  

Muhammad Imran Khairman

Walaikumusalam, dipersilakan

BroHamzah

Anonymous,  October 24, 2011 at 7:54 PM  

Alhamdulillah satu perkongsian yang membuka mata dan menyentak hati. Kadang2 matlamat kita konon2nya untuk merapatkan persahabatan tetapi, bila coretan kita dalam fb tak membawa kepada tarbiyah pun. ada yang sanggup melayari fb berjam2 tapi buku fikrah nak baca 10 minit pun payah. Berpada2lah nak berfb jangan sampai kita lalai untuk buat perkara yang lebih utama.

BroHamzah October 24, 2011 at 8:20 PM  

Anonymous

Syukran atas perkongsian. Kita mampu mengubahnya.InsyaAllah

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP