Sentuhan Bonda - ia bukannya sentuhan biasa.
Oleh : BroHamzah
Saya suka satu kalimah yang menggugah jiwa saya.
“ Disebalik kehebatan seorang lelaki, dibelakangnya ada seorang wanita yang berjiwa besar menyokongnya.”
Disebalik kejayaan, kecemerlangan dan kepahlawanan seorang anak dalam kehidupan, kerjayaan dan pencapaiannya – insyaAllah, ada seorang insan yang memberikan didikan, dorongan, sokongan dan inpirasi kepada nya. Itulah aura seorang insan yang bergelar ibu.
Akademi, sekolah dan madrasah pertama individu-individu yang hebat,berjaya dan bersinar dalam dunia semuanya bermula dengan sentuhan guru yang pertama iaitu ibu. Mereka adalah madrasah sebelum madrasah yang lainnya.
Itulah Al-ummu madrasatun. ( Madrasah keibuan)
Seorang ibu adalah akademi, sekolah, institusi dan pusat pengajian bagi setiap anak-anaknya sekaligus menjadi madrasah cinta para pahlawan yang gagah berani dalam sejarah peradaban dunia. Di sebalik perwatakan, keperibadian, susuk tubuhnya dan tutur bicara seorang ibu – ia telah melahirkan puluhan ribu manusia-manusia yang hebat dalam sejarah dunia.
Ibu, mereka adalah insan yang dihiasi dengan kelembutan, keindahan, keistimewaan dan ketenangan. Di tangan merekalah lahirnya manusia-manusia yang berjiwa besar, lahirnya para ulama, terbentuk manusia-manusia yang bersabar dan wujudnya manusia-manusia yang bijak seperti cendiakawan.
Ibu, dia adalah insan yang terhias di raut wajahnya dengan warna kasih sayang yang tiada bandingan. Seorang teman, pendamping dan teman dalam duka. Insan terbaik untuk meluahkan perasaan, kehibaan, kesedihan dan kekecewaan. Tempat berlindung dan mengadu segala kesakitan dan penderitaan. Didikan, asuhan dan belaiannya adalah kedudukan yang paling mulia dan dialah sumber pancaran kasih sayang yang menyinari alam.
Ibu, pada matanya ada rahsia, dikelopak matanya ada derita. Namun, semuannya dipendam jauh di pangkal jiwa demi kebahagiaan, kesenangan dan kejayaan anak-anak tercinta. Pelukannya penuh makna kemanusiaan. Ciumannya kepada anak-anak adalah selawat hati dan segala curahan keperihatinan kepada mereka adalah ibadah buat Rabbul Izzati.
Ibu , mereka umpama mentari yang menghidupkan keserian seisi bumi.Hilangnya wanita yang bergelar ibu dari kehidupan, ia akan menguburkan sebuah kebahagiaan. Lenyapnya mereka dari pentas atlas dunia bererti terbunuhnya kegembiraan yang mengakar jiwa.
Kisah-kisah mereka yang terkenal dengan ketokohan, kepahlwanan, keilmuan, kebijaksanaan dan kemahsyuran semuanya bermula dengan didikan tangan seorang ibu. Ingatkan anda kisah seorang imam mazhab yang kecil-kecil sudah menjadi mufti, – Imam Syafiee? Imam Nawawi yang gigih dalam menuntut ilmu sehingga lupa untuk menjamah makan? Pemimpin yang begitu tegar memimpin bala tenteranya yang berlayar di atas dataran, Sultan Muhammad al-Fateh? Kisah kecekalan As Sayyid Syed Qutb yang teguh dalam berjuangan penannya? Kesungguhan semangat jihad Abdullah Azzam, bapa jihad zaman moden yang akhir menemui cita-cita agungnya iaitu mati syahid? – Dan siapakah seorang insan disebalik kehebatan dan keluarbiasaan mereka ini?
Itulah penangan sentuhan tangan bonda yang sangat-sangat luar biasa.
*
Artikel ini dipetik daripada artikel tulisan saya di laman Langit Ilahi.Com. Untuk bacaan penuh, anda boleh layari ke SINI.
Komentar - Seorang Hamba
- Saya mempunyai seorang emak. Emak yang saya cintai sepenuh jiwa. Melihatnya, saya rasa benar-benar kagum. Kagum kerana benar-benar tabah membesarkan 10 anaknya yang "nakal-nakal", pelbagai karenah dan macam-macam ragam.
- Kesabarannya, kesungguhannya, kecekalananya, ketabahannya dan kesederhanaannya - membuatkan saya jatuh cinta kepadanya. Wanita pertama yang mencuri hati saya dan terpikat kepadanya, itulah emak saya!
- " Seorang ibu mampu menjaga dan membesarkan 10 orang anak , dan 10 orang anak belum tentu mampu menjaga dan memelihara seorang ibu di penghujung usiannya." - Kenyataan ini mencabar dan menggugah perasaan saya sejak dahulu. Bagaikan satu pukulan dan cabaran buat diri. Mampukah saya dan adik-adik menidakannya?
- Seusai solat, saya tadahkan tangan - memohon ampunan dan kerahmatan daripada Allah SWT buat emak dan abah saya. Saya berdoa agar siapa-siapa pun saya di masa hadapan - saya adalah seorang anak yang akan menyatuni mereka, menghormati mereka dan memenuhi hak-hak terhadap mereka. Doa saya buat keduanya tidak pernah luput dalam munajat, rintihan dan doa pengharapan kepada Allah SWT
BroHamzah
Pengkalan Chepa I Kelantan Darulnaim
4 Mei 2011
8 comments:
jazakallahu khairan kathiir akhi.
mode ~ sayu,
terasa nk menangis.
tringat juga di kem F2 dulu,
saat abg ali bercerita ttg ibu.
jazakallah.
salam,
Jazakallah abg Ali, atas perkongsian diatas..
Sangat2 tersentuh.
Firas al-Zahra
Alhamdulillah, semoga ada manfaat yang sangat berguna daripada titipan perkongsian ini.
BroHamzah
mQ
Alhamdulillah, anta masih ingat kem itu. Ia telah lama berlalu tetapi kenangannya, sangat-sangat subur di minda & hati ini sehingga saat ini.
Semoga Allah redha dengan kita semua. Dan terus menyayangi ibu - bonda - emak - ummi kita semua.
BroHamzah
wafa zinnirah92
Wassalam, alhamdulillah. Semoga saudara/i mendapat sesuatu daripadanya.InsyaAllah
Sekian
BroHamzah
Assalamualaikum,
MasyaAllah blog yang menarik....teruskan berbakti memberi inspirasi
martinelli hashim
Walaikumusalam, semoga bermanfaat.InsyaAllah
BroHamzah
Post a Comment