Meniup debunga-debunga Syurga

Sunday, May 8, 2011

Debunga-debunga Syurga



Meniup debunga-debunga Syurga

Oleh : BroHamzah



“ Kasih sayang akar hati, daya terkuat nadi”

Ungkapan di atas telah lama tersimpan dalam kotak memori dan minda saya. Kini ia mulai turun singgah ke jiwa hati saya. Kolam hati kian bergelora dengan perasaan itu.

Ya. Belajar tentang sesuatu yang asing dalam kehidupan kini. Sesuatu yang merupakan pantulan jiwa dan cerminan hati. Ia bukan boleh dilakonkan dan dizahirkan dengan wajah kepura-puraan.

Apabila melihat remaja-remaja pada hari ini, hati saya amat tersentuh dan sayu. Melihat kehidupan dan gaya hidup mereka riang gembira tanpa bimbingan menyebabkan saya rasa begitu kesian akan mereka. Sekiranya kita melihat mereka dengan kaca mata keimanan dan ketaqwaan, pasti kita akan menangis mengenangkan nasib remaja dewasa ini.

“ Mereka adalah mangsa keadaan dan dibesarkan dalam kehidupan masyarakat yang kian rosak.” Kata murabbi suatu hari.

Remaja hari ini adalah mangsa keadaan dan mangsa penindasan yang tiada tara zalimnya. Jahiliyah mencengkam hati dan jiwa mereka semahunya dan tiada langsung rasa belas dan kasihan. Mereka diratah semahunya dengan nilai-nilai dan moral-moral yang terlalu rendah nilainya. Mereka diheret seperti seekor lembu yang "tidak tahu apa-apa" menuju ke sebuah lembah kehinaan.

“ Air mata ini mengalir apabila bergaul dan berbicara luah jiwa bersama remaja. Jiwa mereka gersang, kosong dan amat jauh daripada Allah SWT,” Kata murabbi lagi.

Remaja hari ini dihinakan, dijijikan dan dikotori segala kesucian mereka yang suci lagi murni. Mereka tidak tahu apa-apa. Mereka perlukan bimbingan dan belas kasihan yang datang dari ketulusan hati dan kejernihan hati. Mereka adalah mangsa keadaan masyarakat yang tenat ini. Mereka adalah mangsa kerana ketidak prihatian kita.

Mereka tertindas dan teraniaya kerana kealpaan kita. Mereka amat memerlukan kita. Batin mereka menjerit dan meraung kesakitan. Hati mereka pedih dan sakit lagi bernanah. Jiwa mereka kosong dan terhiris dengan goresan-goresan jahiliyah. Luka-luka di jiwa mereka memerlukan rawatan sesegera yang mungkin. Mereka sakit dan perlukan ubat untuk menyembuhkannya. Penawar-penawar yang tulen, asli dan mujarab diperlukan untuk merawat kelukaan yang kian bernanah dan membusuk di jiwa dalaman mereka.

Mereka ini memerlukan belas ehsan dan pelukan kasih sayang. Mereka yang sakit ini memerlukan cinta dan pujukan manja keimanan dan ketaqwaan. Mereka yang fitrah pada asalnya perlukan ubat ketenangan iman untuk melegakan keperitan mereka. Mereka menitiskan air mata kerana sedih kekosongan dan kekeringan dalaman yang menusuk sanubari dan perasaan jiwa. Hidup mereka tertekan dan penuh keserabutan. Mereka ini adalah saudara kita.Mereka ini memerlukan sentuhan kasih sayang dan keperihatinan kita.

Wahai saudaraku, lihatlah mereka dengan kaca mata keimanan dan kasih sayang kita.Mereka memerlukan kita!

Jadi, apakah yang boleh kita lakukan?

Saya, teringat satu kisah yang saya baca di sebuah médium penulisan berkaitan kasih sayang. Kisahnya memikat jiwa dan hati saya untuk berkongsi dengan anda. Semoga ia bermanfaat.

Kisah : Kasih sayang, kejayaan dan kekayaan

Ia bermula begini. Di sebuah rumah di sebuah perkampungan yang mendamaikan dan penuh ketenteraman.

Keihatan seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak mengemal mereka.

Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata.

"Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab.

"Mengapa begitu?" soal wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan : "Namanya ialah Kekayaan,"

Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah." Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!" Isterinya tidak bersetuju.

"Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya : "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!" "Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah kasih sayang sebagai tetamu kita." Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Selingan dan ajakan sama-sama merenungi dan berfikir akan kisah ini. Kisah untuk memahami dan mengertikan sebuah bentuk sebaran debungan cinta dan kasih sayang. Debungan yang kecil akan menghinggapi dedaun hati manusia yang kian menghijau. Siraman air yang dicurahkan jika kena pada masa, cara dan suasananya, insyaAllah dengan izin Allah – kasih sayang ini akan menyebarkan keharumannya ke udara alam ini dengan bauan kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian yang semerbak haruman kasturi.

Ahli-ahli syurga adalah insan-insan yang di dalam jiwa – mereka - mekar dengan ruh cinta dan perasaan kasih sayang. Tiada perasaan dengki dan dendam kesumat di dalamnya, bahkan mereka melayari kehidupan di alam Syurga dengan bersenang-senang dengan tiupan keharuman cinta dan kasih sayang yang sejati.

Marilah kita tiupkan debunga-debunga Syurga ini dengan menyemai benih-benih cinta dan kasih sayang sesama kita.

Komentar - Catatan Seorang Hamba

  • Hidup ini indah, bermakna dan bermartabat jika kita memiliki perasaan bersulamankan kasih sayang dan menyebarkannya dengan ketulusan jiwa yang menghangat.
  • Saya tertarik dengan pengertian kasih sayang yang dinyatakan oleh seorang pelajar baru Minggu Silaturahim (MASIR) KTD. Katanya kasih sayang itu adalah sebuah ikatan ataupun hubungan yang dijalinkan semata-mata kerana Allah SWT. Bila wujudnya sebuah ikatan kerana Allah SWT, maka akan terbentuk dengan sendirinya perasaan kasih sayang dan cinta sesama kita.
  • Hati adalah tempat bertapaknya kasih sayang. Untuk meraih kasih sayang yang tulus, bersih, jernih dan putih - hati harus dipelihara dan dijaga dengan sebaiknya. Justeru, hati perlukan penawarnya. Berikut adalah lima penawar hati.

BroHamzah
Jalan Long Yunus I Kota Bharu
8 Mei 2011
11.01 Malam


14 comments:

Ariffah9 May 8, 2011 at 11:21 PM  

setuju dgn artikel ni.

Remaja perlukan bimbingan.

Kami perlukan bimbingan, bkn mahu pandangan hina.

Tapi,kami jg perlu bergerak, bukan?

BroHamzah May 8, 2011 at 11:25 PM  

Ariffah9

Ya. Kita semua saling memerlukan, bahu membahui, lengkap-melengkapi antara 1 dengan yang lain.

Bergerak untuk keluar daripada kejahilan dan kezaliman. Inilah satu hakikatnya yang harus digerakan.

BroHamzah

MUJTAHIDAH SOLEHAH May 9, 2011 at 12:09 AM  

Na'am,b'erkaitan dgn cinta & kasih sayang,saya suka ambil kata-kata Ustaz Hasrizal di dalam bukunya,
"cinta melahirkan manusia,manusia melahirkan cinta"
Cinta & kasih sayang lahirnya dari hati;begitu juga iman,ilmu,ihsan, dan lain-lain.
Di situlah pentingnya menjaga hati,sebagaimana sabda Nabi ttg terdapatnya seketul daging di dlm jasad manusia yg menentukan baik atau buruk perilaku kita iaitu hati,insyaALLAH akh arif akan hadis itu.

Alhamdulillah,trm ksh atas perkongsian yang mencelikkan pandangan dan mata hati.Dan saya hampir terlupa akan 5 penawar hati itu,alhamdulillah atas peringatan.

Jaza' ALLAH,moga coretan akh dan coretan saya di sini diredhai-NYA,amin.

BroHamzah May 9, 2011 at 1:18 AM  

Mujtahidah Solehah

Terima kasih atas perkongsian dan titipannya. Sangat-sangat bermanfaat dan berguna buat peringatn dan kekuatan bersama.

Sekian
BroHamzah

Qawiem Khairi May 9, 2011 at 1:32 AM  

salam abg ali,

berkaitan kisah di atas,
mohon utk ana sebarkn ya..
ada makna dan entah knp ana rasa mcm sgt2 berguna sbg pengajaran. ^^

hamba Ilahi May 9, 2011 at 1:50 AM  

ana tak tahu apa nak cakap,
tetapi pabila berjaya keluar dari kelompok itu, sememanya merasa kasihan dengan sahabat, keluarga dan teman-teman rapat. mereka tidak nampak..tidak rasa dan tidak pernah didekati..
dibiarkan..tiada yang mencari...

moga kita yang mempunyai kesedaran ini, mampu membimbing mereka dengan kasih sayang dan cinta dan bukannya dengan caci nista serta merendah-rendahkan mereka~
masih berusaha mendidik diri lagi...

insyaAllah
amin.

BroHamzah May 9, 2011 at 2:16 AM  

mQ

Wassalam, semoga ALlah rahmati anta. Kisah boleh disebarluaskan InsyaAllah.

Banyak pengajaran yang boleh ditimba.InsyaAllah
BroHamzah

BroHamzah May 9, 2011 at 2:18 AM  

hamba Ilahi

Alhamdulillah, saya juga begitu. Melihat mereka dengan kaca mata keimanan akan membuatkan kita peka dan sensitif.

Semoga Allah berikan kekuatan kepada kita untuk menggerakan semua ini. Sekian

Syukran atas perkongsian.
BroHamzah

diariperjalanan May 9, 2011 at 8:59 AM  

pengertian kasih sayang yang dinyatakan oleh seorang pelajar baru Minggu Silaturahim (MASIR) KTD. Katanya kasih sayang itu adalah sebuah ikatan ataupun hubungan yang dijalinkan semata-mata kerana Allah SWT. Bila wujudnya sebuah ikatan kerana Allah SWT, maka akan terbentuk dengan sendirinya perasaan kasih sayang dan cinta sesama kita. Tinggi potensinya !

BroHamzah May 9, 2011 at 5:01 PM  

diariperjalanan

Ya, cukup jelas pemahamannya. Semoga Allah lorongnya kita ke arah itu.

BroHamzah

Nur Hafizah May 10, 2011 at 10:20 AM  

Macam mana ye nak dekati remaja-remaja ni?Em macam kadang-kadang gaya bercakap pun dah lain sangat.Nak berkenalan pun susah.

Bukanlah saya macam nak bimbing orang lain,sebab diri sendiri pun perlukan bimbingan.Sekadar nak berkongsi sikit-sikit.

Terima kasih:)

BroHamzah May 10, 2011 at 5:18 PM  

nur hafizah

Mendekati mereka kita perlukan jambatan hati. Ia akan menautkan jiwa-jiwa kita dengan mereka, dan ini memerlukan seni, pengorbanan dan perhatian yang khusus. Abbas Asisy ada mengupasnya dalam buku Bagaimana Menyentuh Hati.

Syukran
BroHamzah

chahaya May 10, 2011 at 9:26 PM  

entri yang menarik.kenapa tak cuba tulis buku?atau pilihan memang untuk aktif di blog sahaja.teruskan menulis tinta ilmu.moga Allah berkati hidupmu sekeluarga dunia akhirat.

BroHamzah May 10, 2011 at 9:42 PM  

chahaya

Saya memilih untuk berkongsi perasaan, nurani dan sanubari ini melalu lembaran penulisan.- Setakat mana yang termampu, itulah yang saya usahakan. Mudahan yang kerdil-kerdil ini - ia adalah saham dan bekalan buat diri.

Semoga bermanfaat.
BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP