Kemahuan yang tegar, teguh, kuat dan luar biasa - Ia adalah kata kunci segala bentuk hasrat, kejayan dan cita-cita.
Kemahuan jiwa
Oleh : BroHamzah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya sampaikan ucapan penghormatan dan salam penuh kasih sayang sesama insan beriman buat kalian para pengunjung, pambaca dan sahabat-sahabat yang budiman. Semoga terus menerus berada dalam payungan dan teduhan keimanan kepada Allah SWT. InsyaAllah.
Penghargaan buat semua – anda yang sering berteduh – di teratak maya saya ini, terima kasih kerana ingin berkongsi ilmu, pengalaman, pengetahuan dan apa jua yang ada pada kalian bersama saya. Alhamdulillah, semoga Allah SWT memberkati, merahmati dan menyayangi kalian semua dengan kurniaan nikmat yang pelbagai.
Tinta maya
Saya tiada apa-apa untuk dinyatakan pada saat ini, cuma dengan perasaan kerdil, rendah diri dan penuh perhambaan kepada Allah SWT ingin memohon maaf dan ampun andaikata perkongsian dan penulisan saya sebelum ini – ada yang tidak bermanfaat dan tidak berguna – kepada sidang pembaca.
Saya bukanlah alim ulama’, atau cerdik pandai, mahupun individu yang kaya dengan muatan ilmu serta hikmah. Bahkan jauh sekali ahli akademik dan tokoh ilmuan yang sarat dengan mutiara pengetahuan yang bersimbah.
Bukan juga, seorang yang layak digelar imam, mursyid atau maulana serta – rasa begitu kerdil dengan sapaan seorang “ustaz”. Bukannya seorang yang tafaquh (mendalami) bidang deeniyah secara penuh, rasmi dan dalam. Bukannya, berlatarbelakangkan pendidikan syariah mahupun usuludin seperti rakan-rakan, teman-teman dan sahabat-sahabat ustaz yang lain. Mereka begitu berterampilan dan bersahsiah sebagai individu berilmu dan mengoperasikan keilmuan mereka.
Tidak fasih berbahasa Arab, bukannya mahir dalam pentafsiran Al-Quran, juga tiada ilmu dalam bidang ulumul hadis. Tidak menekuni secara serius dalam ulum fiqh yang menjadi disiplin ilmu yang terpenting zaman berzaman. Bukan juga ahli huffaz Al-Quran yang menghafal, mentadabbur dan menjiwai kalam Allah dengan penuh perasaan serta jiwa. Itulah potret diri saya.
Saya masih bertatih, mungkin juga lebih sesuai disebut – merangkak- dalam apa jua bidang keilmuan. Sedang teman-teman lain, berlarian dalam medan ini. Bersungguh-sungguh tanpa jemu, bosan dan henti. Saya? – Entah la. Tiada kepakaran, malah tidak layak untuk memberi pandangan mahupun dijadikan tempat rujukan. Itulah kesedaran yang saya rasai.
Sesuatu yang menggerakan
Namun, jauh disudut hati saya punyai sesuatu. Sesuatu yang menggerakan saya untuk menganalisis, membaca, menaip, menulis dan berkongsi idea, pandangan, cetusan, perasaan dan pengalaman dengan kalian.
Saya punyai kemahuan. Kemahuan yang lahir daripada kesedaran yang membuak-buak di dalam nurani saya. Kesedaran yang mencetuskan kemahuan. Kemahuan yang bukannya, sekadar-kadar sahaja. Tetapi, kemahuan yang sangat kuat. Ia begitu meluap-luap dalam kolam api jiwa saya. Kalian nampakkah?
Kemahuan dan hasrat yang kuat untuk berkongsi dengan kalian. Dengan sesiapa sahaja. Berkongsi apa yang saya lalui, timba dan rasai dalam kehidupan ini. Kemahuan inilah yang menggerakan jiwa saya untuk sentiasa membakarkan semangat dalaman saya untuk terus teguh dan kuat untuk berkongsi.
Saya gagahkan diri untuk mencintai buku, pembacaan dan penulisan. Setiap kuliah pengajian, tazkirah, ceramah dan apa jua ilmu yang disampaikan - saya catatkan ia sekemas yang mungkin dalam buku catatan saya. Menulisnya dengan cermat, halus, penuh teliti dan minat.
Rujukan utama saya dalam menulis adalah Al-Quran, kitab-kitab Hadis dan kitab-kitab tulisan para ulama muktabar yang soleh, warak dan penuh dengan ilmu. Itulah yang utama. Disamping, penulis-penulis yang menjadikan rujukan utama saya ini sebagai sandaran.
Setiap kali menulis, buku-buku ini akan dijadikan panduan, telaahan dan semakan.Oleh itu saya akan membukanya semula untuk mencari sumber rujukan, idea dan cetusan. Saya petik setiap ayat-ayat, kata-kata dan mutiara hikmah yang dicatat di dalamnya kepada kalian.
Begitu juga dengan buku-buku yang tidak banyak yang sempat saya baca, telaah dan tekuni. Kerana kelemahan dan kedhaifan diri, banyak yang dibaca selalu – hilang begitu sahaja -. Saya terlupa. Lalu, saya buka dan semak balik buku-buku dan kitab-kitab yang pernah dibaca.
Itulah saya, hanya mampu memetik, menyalin dan mentransfer semula apa yang dicatat dan dibaca dalam setiap perkongsian artikel dengan kemampuan yang ada. Itulah saya. Hamba Allah yang kerdil, hina, dhaif serta punyai seribu bahkan jutaan kelemahan dan kesalahan.
Hamba lemah pohon maaf
Mohon ampun atas segala kesalahan, kesilapan, kecuaian dan ketidakcermatan dalam berkongsi serta menulis. Saya akui akan hakikat ini. Saya benar-benar merasainya dengan penuh ketundukan dan perasaan bahawa saya ini termasuk dalam golongan yang tidak layak. Tiada kelayakan!
Justeru, jadikanlah perkongsian saya ini sebahagian daripada perkongsian yang melengkapi proses kehidupan kalian. Harapan saya, kalian juga dapat memberikan teguran, kritikan dan apa jua pembetulan agar saya berada dalam laluan yang benar dan betul. InsyaAllah.
Ia tidak meluntukan, melemahkan dan menidakan saya untuk terus berkongsi. Bahkan ia adalah ingatan, peringatan dan satu kejutan bermakna agar saya benar-benar serius dalam berkongsi sesuatu ilmu, pengetahuan dan pengalaman. Teringat suatu pepatah :
“ Orang yang tidak punyai sesuatu, ia tidak akan dapat mengisi sesuatu.”
Inilah inspirasi, motivasi dan cetusan lonjakan dalaman buat saya.
Sekali lagi, mohon maaf kepada yang sering bertanya melalui emel, blog, facebook atau SMS. Setiap kali menerima pelbagai soalan, pertanyaan dan apa jua permohonan pandangan – saya terkaku. Benar-benar tidak arif dan mampu untuk menjawabnya. Selalu saya akan menjawab :
“ Mohon maaf, saya kurang tahu dan arif dalam hal ini.”
“ InsyaAllah, saya akan merujuk kitab dan individu yang lebih arif, alim dan dithiqahi (dipercayai).”
Itulah saya.
Itulah yang kudrat yang termampu. Itulah saya. Saya sentiasa cuba untuk berkongsi dengan perkongsian yang terbaik.
Moga Allah SWT mengampuni saya, kelemahan-kelemahan, kelalaian-kelalaian dan kesalahan-kesalahan saya yang begitu melaut. Dosa-dosa, maksiat-maksiat dan kealpaan-kealpaan saya.
Mudahan Allah SWT jua, merahmati dan mengampuni kalian semuanya. Harapannya agar kita terus menerus berada dalam landasan dan jalan yang benar. InsyaAllah.
BroHamzah
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim
30 Mei 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
assalamualaikum,
penulis muda yang berbakat,
teruskan menulis untuk menyebarkan manfaat.
moga ia menjadi saham di akhirat kelak.
afeefah sza
Walaikumusalam, semoga Allah redha kita semua.
BroHamzah
assalamualaikum..
BroHamzah..teruskan menyeru ke jalan Allah..Allah pasti membantumu..
habibi qalbi
Walaikumusalam, semoga Allah redha & berikan kita kekuatan.
BroHamzah
salamualaikum..congrate atas usaha enta..Moga ia adalah aset di akhirat,insya Allah..
ana sendiri masih perbetulkan penulisan,let;s join blogwalking,khaulahalazwar-flagyl.blogspot.harap masih ada Allah di hati enta tika memberi kritikan di blog ana..syukran,gambatte(teruskan usaha)
Khaulah
Walaikumusalam, semoga setiapnya dalam redha dan rahmat Allah SWT.
Afwan, insan ini tidak tahu mengkritik orang lain dengan cara yang betul.('',). Pandangan yang kerdil, itu pun agak kecil untuk diketengahkan.
BroHamzah
assalammualaikum
slps mmbaca entri akhi kali ini..trasa malu utk mncoret lg d teratak sya.
trasa kerdil sgt..byk lg yg plu dplajari
Teruskan usaha dalam memberikan perkongsian kepada kami abg ali..
Sebahagian pembaca-pembaca blog abg Ali seperti saya masih kurang ilmunya dan penghayatan Islaminya berbanding abg Ali..blog abg Ali dijadikan salah satu sumber tarbiah dan pengisian hati..di samping meneladani contoh-contoh dari perkongsian yang diberi..juga sebagai salah satu sumber percambahan idea tentang sesetengah isu-isu yang dibentangkan..
Apa yang disampaikan oleh sesorang itu lebih penting daripada siapa yang menyampaikannya..
Semoga segala usaha abg ali sentiasa dlm redha Illahi..
Akhi! Pesan ana pada anta. Sebagai da'i jgn terlalu tawadhuk tidak bertempat dan merendah diri dalam melakukan kerja dakwah ini. Sebagai da'i kita seharusnya ada izzah kerana yg kita bawa adalah ayat ayat Allah. Sebenarnya kita mulia disisi Allah. Org boleh kritik apa saja pada kita kerana Lukmanul hakim pun dikritik walau betapa benar pun dia kerana itulah manusia! Kalau kita silap kita perbaiki. Kita da'i ini bukan nak alimkan manusia tapi ingin mencetuskan kesedaran dihati manusia. Kita bukan berdakwah untuk seragamkan sifat manusia tapi untuk mencetuskan dan mengeluarkan potensi yg ada dalam diri manusia. Sebab itu Rasullulah menyuruh kita supaya sampaikan walau satu ayat! Apakah satu ayat itu untuk alimkan manusia? tentu tidak kan? Ianya nak menyatakan bahawa, itu tanggungjawab yg harus kita mainkan untuk menyedarkan manusia. Ingat akh! Ilmu itu seperti bangunan. Jika foundation yang anta lakukan itu sesuai untuk bangunan 2 tingkat. Anta jangan bangunkannya 3 tingkat. Oleh itu menulislah dengan kadar ilmu yg kita faham dan yg kita ada. Cuma yg penting adalah menulislah dengan kreativiti dan jiwa yang terbentang diarasy Allah!
Sahabatmu yg mengasihimu
Muharrikdaie- menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa
tersentuh dengan komen muharrikdaie,
seperti terkena renjatan elektrik yg menyedarkan diri dalam kealpaan.
alhamdulillah,alhmadulilah,alhamdulillah
kepada brohamzah,
moga terus menulis dan moga penulisan akhi dapat menyentuh hati2 insan yang membaca, menyedarkan kami dari lena,
antara blog yg sering ana kunjungi untuk mempunyai nafas baru dalam menjalani kehidupan.
jika nak dibandingkan perkongsian akhi di blog dan di blog ana, terasa diri ini amat.amat.amat kerdil, tetapi itula ,masih ada rasa ingin berkongsi walau dengan sebatas ilmu agama yang amat cetek.
moga Allah terus menguatkan kita dalam bidang penulisan ini
terus mendidik diri menjadi seorang hamba Ilahi
insyaAllah amin~
Moor Azlen Bt Haron
Walaikumusalam, afwan. Bukan niat saya untuk melemahkan tekad dan kemahuan saudari untuk berkongsi dan menulis. Cuma ingin saya nyatakan bahawa kita harus - dan terus menerus mempertingkatkan diri agar setiap perkongsian kita itu bermakna dan ada sandarannya.InsyaAllah
Teruskan usaha murni ini.
BroHamzah
Afiq Tj
Syukran atas sokongan dan dokongan. Titipan diatas adalah suatu peringatan, nasihat dan ingatan buat diri ana sendiri.
Sedar akan hakikat diri tidak berilmu dan tidak punyai apa-apa. Namun, diri ini harus melangkah dan meneruskan langkah. Semoga Allah SWT meredha diri kita semua.
BroHamzah
Muharrik Daie
Syukran atas pesanan dan titipan anta. Tersenyum bahagia ana membaca coretan anta. Kelegaan yang membuat hati ini terisi dan dipenuhi kesejukan rasa yang mendamaikan. Sungguh, titipan anta itu sangat benar.
Tugas kita adalah untuk membangkitkan kesedaran. Dan kesedaran itulah yang menjadi fokus kita dalam siri-siri penyampaian way'in islami.
MasyaAllah - syukran ya akhi. Ana benar-benar hajatkan sentuhan nasihat sebegini. Sungguh!
BroHamzah
hamba Ilahi
Mohon maaf andai kata ia melemahkan, namun hakikatnya ia adalah kejutan dan gesaan untuk kita terus menerus menguatkan diri dan mengasah potensi kemanusiaan dalam rangka menuju keredhaan-Nya.
InsyaAllah
BroHamzah
Assalamualaikum,
BroHamzah, kamu terlalu merendah diri. Teruskan usaha menuliskan kerana nukilan kamu menjadi inspirasi buat kami yang dahagakan ilmu dan sebagai peringatan agar tidak mudah lalai.
Insya Allah, mudah-mudahkan segala urusan dipermudahkan dan diredhai oleh-Nya.
assalamualaikum
terima kasih akhi.
"kita harus - dan terus menerus mempertingkatkan diri agar setiap perkongsian kita itu bermakna dan ada sandarannya"
Naxerul
Walaikumusalam, afwan.
Semoga Allah meluruskan setiap niat kita dalam apa jua tindakan, kelakuan dan gerak kerja. Mudah-mudahan Allah SWT merahmati dan memayungi kita semua.
BroHamzah
Noor Azlen Bt Haron
Walaikumusalam, insyaAllah
BroHamzah
Walaikumsalam wbt bro..
Tulisan yang lahir dari hati akan mampu menyentuh hati yang lain...Semoga Allah sentiasa merahmati bro dan yang tersayang...
Mungkin semua ini kelihatan kecil, tapi percayalah, tulisan bro seringkali menguatkan insan yang dahagakan sentuhan kebenaran..
Alhamdulilah. Syukran bro..syukran..Sangat menyentuh hati, tidak sedar air mata menitis di kala membaca luahan hati ini...ah, terasa kerdilnya diri..
musafir kehidupan
Semoga Allah redha dan rahmati saudara. Syukran
BroHamzah
Post a Comment