Muharrik Daie - Menulis untuk menggerakan jiwa-jiwa
Blog Pilihan – Muharrik Daie
Url : http://muharrikdaie.wordpress.com
Pemilik/ Penulis : Muharrik Daie
Fokus : Menggerak jiwa-jiwa insan untuk merasai kemanisan, kehangatan dan kecintaan terhadap dakwah dan tarbiyah.
Muharik Daie
Apa itu muharik? Dalam ilmu saya yang terbatas, cetek dan kerdil – setahu saya muharik itu berasal daripada ha ra ka membawa makna gerak, bergerak. Muharik ialah penggerak. Kata pembuat. Betul kah? Saya pun bukan pakar bahasa.(‘’,). Daie itu ertinya pendakwah.
Siapa beliau?
Saya mulai membaca blog beliau pada tahun lepas, tidak pasti bila. Tetapi, sungguh blog ini punya kekuatan, keunikan dan fokusnya yang tersendiri. Penulisnya? Saya tidak mengenali secara dekat dan tidak pernah bersua. Namun, terasa akan sesuatu – persamaan dan hubungan jiwa – dengannya. Untuk bertaaruf dengannya sila ke : Siapa aku dimata kamu.
Kekuatan
Intipati, bahasa dan keindahan sastera yang tinggi. Itu yang dapat saya simpulkan. Keindahan bahasa berserta tulisan yang menyentuh dan mengesani hati telah membuatkan jiwa-jiwa yang membacanya akan terusik, terbangkit dan termotivasi. Hal ini lebih-lebih lagi apabila blog ini memfokuskan kepada kecintaan terhadap dakwah dan tarbiyah. Kata-kata yang menjadi tema blog ini iaitu : mengerakan jiwa-jiwa – sungguh bermakna. Ia benar-benar terhasil melalui bahasa yang menggugah.
Tulisan melalui hati akan menyimbah nurani. Itulah yang boleh saya simpulkan daripada blog ini. Saban waktu, ia menjadi tempat saya berteduh dan mencari mutiara-mutiara yang akan memberikan kekuatan kepada jiwa saya. Sungguh, di sini adalah tempatnya.
Saranan saya
Harapan saya, semoga Muharik Daie akan meneruskan usahanya untuk menggerakan jiwa-jiwa insan untuk menghayati, merasai dan menyelami erti dakwah dan tarbiyah. Ia bukan terhenti di situ, tetapi terus digerakan dalam amalan reality dan istiqamah sehingga ke akhirnya. InsyaAllah.
BroHamzah
Kota Bharu I Kelantan
25 Mei 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
tentu saja ada persamaan dan hubungannya kerana hati diikat kecintaan kita kepada matlamat dakwah ilallah..
bila hati2 baersatu keranaNya..
Anonymous
Ya, Alhamdulillah. Semoga Allah redha ikatan jiwa ini.
BroHamzah
Blog pilihan broHamzah, pilihan aku juga.... walau first time masuk...
My post: HambaMu (Lagu Tema Imam Muda Musim Ke-2) – Mawi ft. Akhil Hayykhil Hayy
MananQayyim
Alhamdulillah, semoga jiwa tergerak
BroHamzah
saya mula baca blog Muharrik Dai'e tahun ni,bbrapa bulan lepas, tahu dari sini ..
Mmg gaya penulisannya dapat menyentuh hati, dan menguatkan jiwa.
Ariffah9
Alhamdulillah, semoga ia bermanfaat. InsyaAllah
BroHamzah
Post a Comment