Menenggelamkan diri dalam dunia buku yang sangat-sangat mengasyikan!
Karya-karya Penguat Jiwa
Oleh : BroHamzah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam himmah dan penuh ceria buat para pembaca budiman. Syukran jazilan buat kalian yang sering mengunjung ke pondok teduhan dan teratak maya saya. Di sinilah, saya berteduh mencari ilham, cetusan perasaan dan berbagai rasa untuk seketika. Mudahan setiap coretan, perkongsian, luahan, tulisan dan karya yang ada – memberikan sesuatu untuk saya dan anda semua.
Saban tahun, saya tidak akan melepaskan peluang dan kesempatan untuk bertandang ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Bagaikan upacara wajib bagi saya. Tahun ini, dengan keizinan dan ketetapan Allah SWT – Alhamdulillah – saya berkunjung ke sana bersama-sama isteri saya yang tercinta. Di celah-celah waktu yang terbatas, saya “mencuri” waktu untuk berteduh di pepohonan taman-taman himpunan tulisan dan karya para cendiakawan, ilmuwan dan para ulama-ulama muktabar serta para penulis-penulis yang hebat-hebat belaka.
Setiap tahun, saya mensasarkan fokus kehidupan saya dengan beberapa tema. Bermakna, ia akan mencakupi seluruh aspek kehidupan dengan pengfokusan tersebut. Tema tahun ini, saya fokuskan kepada peningkatan tentang aspek-aspek berikut iaitu : Tazkiyatun Nafs (Penyucian Jiwa), Taubat dan juga Syurga Allah SWT. Bukan bermakna, tahun-tahun berikutnya tiada fokus ini dalam kehidupan saya. Tidak.Malah ia harus ditekankan sepanjang masa. Cumanya, saya tekankan perkara ini dari aspek pembacaan, pengamatan, penelitian dan pengkajian secara penuh sedar, faham dan praktikal.
Justeru, dengan kadar kewangan yang terhad – Pesta Buku – kali ini saya berkesempatan membeli beberapa buah buku untuk tatapan jiwa saya. Alhamdulillah, - MasyaAllah. Berbunga-bunga hati saya ketika melihat kualiti-kualiti buku yang ada di sekitar gerai-gerai jualan di sekitar KLIBF 2011 kali ini.
Buku yang sangat memikatkan hati. Sempat membelek dan menelaah sehingga separuh buku dalam satu hari. Paling mengujakan apabila sampai ke bab Bidadari!
Akan menjadi intipati penting dalam perjumpaan mingguan untuk kupasan tajuk " Mengikis Keaiban-keaiban diri."
Dua buah buku sahaja yang mampu dimiliki dengan bajet yang terhad. Buku ini menjadi aset saya untuk dibaca, difahami, dihayati, diamalkan dan digerakan dalam jiwa serta hati saya.
Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni, Kunci Mendapatkan Syurga di Dunia dan Akhirat. Terbitan Jahabersa. Harga RM 56. Mukasurat 295.
Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni, Nasihat Untuk Orang Yang Terlanjur Melakukan Dosa. Terbitan Jaharbersa. Harga RM 58. Mukasurat 376.
Sempat membelek-belek. Murabbi mencadangkan buku ini untuk pembacaan dan pemantapan diri. Katanya ini antara terjemahan yang terbaik untuk buku Tarbiyatuna Ruhiyah.
Telah berazam untuk memilikinya sendiri sejak 3 tahun yang lepas. Hanya melihat sahaja daripada jauh. InsyaAllah, suatu hari nanti - engkau akanku miliki!
Namun, terdapat 2 buah buku yang menjadi target saya tidak dapat saya beli kerana kewangan saya sudah habis. Bajet tidak mencukupi. Tidak mengapa, tentu ada hikmahnya.
Buku tulisan Ibnu al-Jauzi, Shaid al-Khatir, Terbitan Darul Uswah. Dan satu lagi,tulisan Said Hawwa Pendidikan Spiritual, terbitan Mutiara Ilmu Selekta.
Semoga di masa-masa mendatang saya akan memilikinya dengan izin Allah SWT.InsyaAllah.
Tenggelam di taman-taman mengasyikan - Timbunan karya buku
Saya sebenarnya asyik dan tenggelam dalam timbunan buku-buku yang pelbagai bidang, penulis dan kualiti yang ada. Ketika berada di dalam suasana buku di situ – walaupun sesak dengan pengunjung yang sangat-sangat ramai – saya sebenarnya bahagia. Memandang, menatap, membelek-belek, membaca sepintas lalu dan menelaah ringkas setiap buku yang dipegang – adalah suatu gambaran perasaan yang sukar diungkapkan.
Buku yang bagus, berkualiti dan baik. – Mampu menggugah perasaan kita. Bahasa-bahasa, ilmu-ilmu dan perkongsian yang ditulis mampu menyentuh nurani, menggugah alam kesedaran kita dan membangkitkan semangat di dalam jiwa.
Benar. Buku merupakan teman yang paling setia, paling dekat dan merupakan penghantar yang terindah. Bersamanya membuatkan saya terlupa seketika akan segala kesulitan, kepayahan, penderitaan, duka cita dalam kehidupan dan seharian yang dipenuhi kekeruhan.
Ya. Ia membalut luka, pelipur lara yang menyejukan, meringakan penderitaan, mengusir segala kesepian dan menghilangkan rasa kejenuhan di saat saya bersendirian. Bersamanya juga, saya laksana berada di sebuah taman yang rendang, menyejukan dan menenangkan. Bahkan – ia memberikan kebahagiaan yang besar buat jiwa saya. Benar-benar terasa semua ini.
Bersama buku, akal saya menjadi tumbuh, jiwa saya menjadi bersih, keyakinan dan kepercayaan saya bertambah. Bertemankan buku, saya terus menerus berbicara dengannya, mengulangi kata-katanya, menyelongkar rahsianya dan berjalan-jalan di sela-sela kebunnya. Saya tidak pernah jemu dengan buku. Tiada jemu untuk mendampingi dan bertemankannya.
MasyaAllah, hubungan kami semakin erat dan bertambah kuat. Buku, ia menyimpa rahsia saya, meringankan beban, menyokong pendirian, membantu dan menyenangkan saya dalam banyak urusan. Inilah teman yang terbaik bagi saya.
Bagi anda, singgah dan berteduhlah di bawah pepohonan taman-taman yang menyenangkan ini. Anda akan mendapat naungan, memperolehi air, pokok yang menghijau, keindahan dan juga kenikmatan bersama-samanya. Saya tidak pernah menyesal mengeluarkan perbelanjaan yang agak tinggi untuk memiliki buku-buku untuk santapan jiwa, akal dan rohani saya.
Akhirnya, berjaya memilikinya setelah lama menanti Al-Quran sebegini -
22 in 1.
Paling Membahagiakan Saya
Dan – saat-saat – yang membahagiakan saya apabila saya berjaya memiliki Al-Quran yang telah lama saya idam-idamkan. Al-Quran Syamil Miracle The Reference 22 In 1. Dan Alhamdulillah, saya dapat membelinya dengan harga yang terbaik dan termampu bagi saya. RM 150.
Tetapi yang ini saya tidak membelinya di KLIBF’2011. Saya membelinya daripada seorang sahabat saya. Saya berpuas hati kerana hajat saya untuk memilikinya diizinkan oleh Allah SWT. Apa kelebihannya? Boleh lihat di
sini.
InsyaAllah, bagaimana pula dengan sahabat-sahabat, teman-teman dan rakan-rakan sekalian. Apa buku yang kalian beli semasa berkunjung ke sana? Jika tidak keberatan, dapat sama-sama kita kongsikan dan jika dapat share juga dapatan intipati buku tersebut.
Komentar - Seorang hamba
- Harga buku-buku di Malaysia, - bagi saya- masih berada dalam ruang udara yang agak mahal. Dengan RM 100, saya hanya mampu membeli dua (2) buah buku yang berkualiti, berkulit keras, intipati yang bagus dan cover depan yang menarik. Teringat semasa berkunjung ke Indonesia, dengan RM 100, saya dapat membeli sehingga 6 buah buku dengan kualiti yang sama.
- Komentar isteri saya yang pernah belajar di United Kingdom pun sama, katanya harga buku di Malaysia mahal. Berbeza di UK - kulit keras tetapi mampu milik oleh kebanyakan orang. Galakan dan polisi yang ada banyak membantu rakyatnya untuk memiliki, membeli dan membaca buku. Wallahu'alam
- Tahniah juga buat sahabat saya, Hilal Asyraf atas penghasilan karya barunya. Saya sempat membaca bukunya yang dibeli oleh adik saya. Dia borong semua buku-buku Hilal Asyraf. Saya bertanya kepada adik saya tentang komentarnya tentang novel terbaru HA iaitu Hero. Katanya : " Best, best, best - Mesej sangat jelas!." Tahniah HA, teruskan berkarya dengan warna-warna pembumian Islam dalam kehidupan.
BroHamzah
3 Mei 2011
Kota Bharu, Kelantan
7.25 Pagi
15 comments:
assalamualaikum..
seronoknya duduk dalam timbunan
buku-buku ilmiyah...
nanti abang Ali kongsikan sedikit..
little mashitah
Walaikumusalam, insyaAllah. Dengan keizinan dan kekuatan daripada Allah SWT.
Semoga bermanfaat.
BroHamzah
wah..Alhamdulillah, bang Ali, hrp2 abg ali dpt share intipati dlm buku2 dr aid al-Qarni 2..uhibbu jiddan..^_^...selamt membc abg Ali...
Ahmad Akram Solihin Bin Zakaria
InsyaAllah, akan diselit-selitkan dalam setiap perkongsian yang ana kongsikan.InsyaAllah.
BroHamzah
salam.. camner nak daptkan buku2 camtur.. coz byk kedai buku x byk citer pasal buku mcm nier
assalamualaikum..
alhamdulillah, wah bertuah brohamzah dpt merasai "tggelam di tmn2 mengasyikkan" setiap tahun. sy sangat2 setuju dengan suasana itu. tp malangnya baru sekali ke PBAKL, tahun 2008. (sedih) memang tidak dpt digambarkan perasaan berada di dlm sana. insya-ALLAH ada rezeki study ke semenanjung pasti tidak akan melepaskan peluang ini!
hanya mendambar cintanya
Wassalam, sebenarnya banyak buku-buku sebegini dijual dipasaran. Antaranya kedai buku Pustaka Salam, Alor Setar. Kedai Buku Wisma Yakin, Jalan Masjid India - ada beberapa buku di sana.
Pustaka Mukmin, berdekatan Masjid India. Dan kini, banyak kedai seperti Popular dan MPH menjual buku-buku sebegini.Di Kelantan, kedai buku Jaafar Rawas, Muda Osman dan sebagainya. Malah kita boleh dapatkan melalui laman web terbitan buku seperti hidayah, Jahabersa, Galeriilmu, PTS dan sebagainya.
InsyaAllah.Wallahu'alam
BroHamzah
kasturi jiwa
Walaikumusalam,alhamdulillah - tenggelam tetapi sesakan nafas tidak dapat menghirup bauan buku yang lebih banyak untuk dibawa pulang. Ongkosnya mahal. Dan tiada wang untuk membelinya. Mudahan Allah berikan yang terbaik.InsyaAllah.
Sekian
BroHamzah
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, abg Ali nnt boleh la share apa yang abg Ali bc tu dkt PESAT umum.. x sabar plak nak balik KTD. Dah lama x ddk dlm mjls ilmu, hanya dengar penyampaian tazkirah di tv dan bc blog2 ilmiah org lain sj..
sekian,
~permata yg dicari~
serius,
dulu - apbl sebut ttg buku,
tarasa panas ja badan ni,
tp setelah selalu melawati pondok yg menyejukkn ini,
ntah knp jiwa terasa rugi andai buku tidak menjd teman karib,
sekali lg abg ali,
terima kasih.
pasti tidak sia2 apbl bertandang di sini.
wafa zinnirah92
Walaikumusalam wbt,Alhamdulillah. InsyaAllah. Sudah lama ana tidak berpesat umum. Weekend selalu outstation. Tetapi, insyaAllah - akan dikongsikan jika diizinkan oleh Allah SWT. Semoga Allah permudahkan.
BroHamzah
mQ
Sebagai mukmin, salah satu jalan untuk menghampiri dan mendekatkan diri kepada-Nya adalah dengan membaca. Al-Quran untuk memahaminya dengan membaca. Untuk menjadi alim mujahid, kita juga harus membaca. Usah memandang remeh dengan isu membaca ini wahai sahabat-sahabatku.
Sedang menguatkan diri untuk membaca.InsyaAllah
BroHamzah
alhamdulillah, post ustaz kali ini mencetuskan kembali semangat untuk membaca buku yang kian layu. jazakallah, moga Allah sentiasa melimpahi ustaz dengan rahmatNya. belakangan ini, suka singgah di blog ini, alhamdulillah, teruskan menulis ustaz untuk kebaikan ummah.
muazzin
Alhamdulillah, semoga bermanfaat. Minat dan semangat membaca harus dikobarkan setiap masa dan ketika.Ia adalah laluan untuk menjadi seorang yang berilmu, berpegetahuan dan sentiasa peka dengan suasana semasa.
Wallahu'alam
BroHamzah
Assalamualaikum...
pesta buku bulan 4 lepas memang mengujakan..
walaupun kali pertama saya menjejakkan kaki ke pesta buku, bahagia terasa jiwa ini. umpama berenang2 dalam lautan buku,bahagianya... semoga saya juga giat menjadi penulis seperti saudara BroHamzah dan saudara Hilal Asyraf
Post a Comment