Kawasan Musibah
Takziah : Mangsa Tanah Runtuh Hulu Langat
Oleh : BroHamzah
Semalam ketika keluar makan bersama isteri saya, kami singgah makan malam di sebuah restoran di Kota Bharu. Tiba-tiba mata saya terpaku di paparan televisyen. Seolah-olah ada sesuatu yang berlaku.
“ Tanah runtuh di Hulu Langat.”
MasyaAllah, saya tidak tahu akan hal ini kerana sudah lama tidak menonton televisyen. Allah SWT izin tidak berkesempatan membaca berita di internet.
Kejadian tanah runtuh telah berlaku di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang, semalam : Sabtu 21 Mei 2011. Hati saya sayu dan terharu melihatnya. Pulang ke rumah, saya bergegas membuka laptop mencari maklumat berkaitan.
“ Masya-Allah, semoga Allah SWT berikan kekuatan kepada mereka,” getus nurani ini.
Kesan tanah runtuh
Ucapan takziah diucapkan kepada semua mangsa, ahli keluarga, kaum kerabat dan kenalan yang menerima berita yang menyedihkan ini. Sebak melihat gambar, berita dan liputan mengenainya. Semoga Allah SWT mencucuri ruh mereka dengan rahmat, pengampunan dan inayah-Nya kepada semua mangsa yang terlibat.
Musibah kematian, bencana dan kehilangan adalah didikan daripada Allah SWT untuk dialami, dirasai, dihayati dan diambil pengajaran oleh setiap kita. Yakinlah, hadapilah musibah dengan keimanan, kesabaran dan ketabahan sepenuhnya kepada Allah SWT.
Disebalik musibah, ada ganjaran syurga buat kalian. InsyaAllah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
“ Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berita gembira kepada orang yang sabar, yakni orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Innalillah wa inna ilaihi rajiun.”
[ Al Baqarah (3) : 155 – 156 ]
BroHamzah
Pengkalan Chepa, Kota Bharu
22 Mei 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
assalamualaikum
semoga keluarga mangsa dan mangsa yang trselamat tabah hadapai musibah Ilahi ini.sungguh indah seorang mukmin itu, diberi musibah pun teap mendpaat pahala seandainya sabar dengan dugaan itu
ummu
Walaikumusalam,
" Semoga Allah SWT berikan mereka ketabahan, kecekalan, kesabaran dan keteguhan dalam menghadapi musibah dan ujian ini."
BroHamzah
terime kasih untuk potongan ayat terakhir
Anis Izyan Abd Rahman
Sama-sama, ia adalah peringatan untuk kita semua. Musibah, ujian dan dugaa - sedang mengintai kita pula.
BroHamzah
Assalamualaikum
bersangka baik pada Allah.Allah takkan uji di luar kemampuan HambaNYA...BELIEVE IT. THAT'S CANNOT BE LIKE THAT..
Majalah Haluan
Walaikumusalam,
Terima kasih atas saranan dan dokongan anda. Ujian itu adalah tarbiyah daripada Ilahi.
BroHamzah
Semoga Allah menempatkan mereka2 yang terkorban dikalangan orang2 yang soleh.. amin..
aku islam
InsyaAllah. Ameen
BroHamzah
Post a Comment