Tercetusnya Revolusi Mesir, Siapa disebalik tabir?

Saturday, February 5, 2011

Apakah yang diharapan daripada sebuah Revolusi?


Tercetusnya Revolusi Mesir, Siapa disebalik tabir?
Oleh : BroHamzah

Sehingga perkongsian ini ditulis, revolusi yang dinamakan sebagai Yaumul Ghadab atau Hari Kemarahan masih diteruskan. Malah, ia semakin menghebat dan terus mendapat sokongan rakyat jelata. Kini rusuhan antara golongan anti kerajaan dan prokerajaan ( dikatakan geng Hosni Mubarak) berasakan bagaikan di medan pertempuran dan ia mengakibatkan ratusan nyawa yang terkorban dan ribuan yang tercedera.

Impak kepada revolusi ini ialah hilangnya keamanan, kesejahteraan dan ketenangan untuk rakyat Mesir. Saat ini, mereka perlu membayar sebuah revolusi kebangkitan dan perubahan dengan huru hara, pergolakan, pergaduhan, tumpahan darah dan persengketaan. Inilah harga yang perlu dibayar untuk kebangkitan sebuah revolusi.

Saya masih tertanya-tanya, adalah inikah yang namakan kebangkitan ummat Islam yang sebenar? Atau bagaimana? Banyak persoalan yang bermain-main difikiran semua pihak. Semua mata tertumpu kepada apa yang sedang berlaku di Mesir.

Disebalik tabir Revolusi

Ramai yang berpendapat, bahawa kejadian hitam ini adalah berlaku secara spontan dan ia tercetus apabila perasaan rakyat yang sudah hilang kesabaran akibat penindasan yang dilakukan oleh pihak pemerintah. Dan, gelora perasaan ini mulai meletup hebat – akibat gelombang kebangkitan rakyat Tunisia yang bangkit melakukan demostrasi secara besar-besaran bagi mengulingkan rejim pemerintahnya iaitu Zine el Abidine Ben Ali dan isterinya yang hidup mewah dan berpengaruh.

Bantahan, himpunan, tunjuk perasaan dan luahan suara rakyat – adalah kerana mereka sudah tidak tahan dengan kehidupan yang terpaksa mereka lalui dengan penuh kesusahan, penderitaan dan sebagainya.

Mereka membantah – sistem pemerintahan kuku besi Mubarak, penipuan dalam pilihan raya, diskriminasi, rasuah yang berleluasa, kronisme, perancangan ekonomi yang ternyata gagal dan menekan gerakan-gerakan dakwah yang ada.

Saya terfikir, ini adalah sebahagian daripada cetusan yang berlaku. Saya sendiri tidak tahu bagaimana kehidupan di negeri Anbiya ini. Tetapi, daripada cerita-cerita kawan-kawan yang belajar di sana, saya dapat bayangkan serba sedikit tentang kehidupan di sana. Wallahu’alam.

Namun, revolusi ini tentunya ada sesuatu yang menjadi tulang belakangnya. Siapa? Bagaimana? Tempohnya?- Sehingga kini tiada jawapan yang jelas. Untuk mengumpul dan mengerahkan kebangkitan rakyat yang jumlahnya yang sebesar ini memerlukan sesuatu kesedaran yang tinggi dan luar biasa. Kesedaran atau titik tolak apakah yang menolak rakyat Mesir bangkit dan bangun? Ia perlu diperhalusi dan disemati dengan mata hati.

Anak kecil ini, dia tidak mengetahui apa-apa. Masa depannya, masih samar-samar

Tunisia, tercetusnya sebuah kebangkitan rakyat

Saya bersembang-sembang dengan seorang rakan saya tentang kebangkitan rakyat menggulingkan kepimpinan mereka. Ternyata secara zahirnya, fitrah manusia bencikan kezaliman, penindasan dan ketidak adilan.

“ Nta tahu bagaimana rakyat Tunisia boleh bangkit?,” Tanyanya kepada saya.

“ Kisahnya hanya bermula dengan seorang pemuda yang merasai keperitan kemiskinan di Tunisia.” Sahabat saya memulakan cerita.

Seorang pemuda yang merasai hidup yang menderita akibat kemiskinan sejak kecil lagi, tidak mempunyai pekerjaan dan menganggur. Isu penggangguran menjadi isu yang biasa di sana dan ia memberikan satu gambaran yang sangat jelas kepada kita tentang keadaan di Tunisia.

Akhirnya pemuda ini terpaksa bekerja di tepi-tepi jalan secara haram. Tanpa permit, perniagaannya akan disekat dan barangnya akan dirampas oleh pihak berkuasa. Suatu hari, pihak berkuasa Tunisia telah melakukan rondaan dan barangan pemuda tersebut telah dirampas.

Beliau cuba mendapatkan kembali tetapi, pihak berkuasa bertindak kasar. Akhirnya, pihak berkuasa itu telah menampar pipinya. Tamparan itu benar-benar mencabar pemuda tersebut. Namun, dia tidak kuasa.

Kelakiannya tercabar, kerana apa? Pihak berkuasa itu adalah seorang wanita. Bayangkan seorang penguatkuasa yang bertindak kasar dan menamparnya iaitu adalah seorang perempuan!- Dan dia sangat-sangat malu, maruahnya tercabar dan harga dirinya benar-benar tercalar.

Akhirnya, dia bertindak membakar dirinya dikhalayak ramai. Tindakannya itu menyebabkan rakyat Tunisia marah dan bagaikan tersedar lalui ia memberikan satu kebangkitan untuk penduduk Tunisia secara umumnya.

Siapakah pemuda tersebut? Namanya Muhammad Bouazizi. Digambarkan ia merupakan seorang pemuda yang rajin dan berkerja keras untuk menyara adiknya yang menuntut di universiti. Kerana kemiskinan dan tidak mampu, dia tidak pada ke sekolah dan universiti. Sumber ini saya perolehi daripada berita al-jazeera.

Akhirnya, cerita ini tersebar ke seluruh Tunisia dan pada hujung tahun 2010 – Kerajaan Ben Ali tumbang akibat revolusi rakyatnya.

Inilah suara dan kebangkitan rakyat.

Prof Dr Yusof Al-Qardawi ada menyatakan :

‎"Kekuatan rakyat jelata yang bersatu. Ibarat kekuatan ombak di lautan ataupun banjir besar yang tidak dapat ditahan oleh sesiapa meskipun kekuatan ketenteraan sendiri. Ini kerana tentera pada akhirnya akan bersama-sama mereka kerana rakyat jelata itu tidak lain melainkan ahli keluarga mereka sendiri, ayah, anak, atau saudara mereka." [1]

" Saya tidak akan berundur, suka hati saya la,"
Mungkin ini getusan rasa hatinya.
Anda kenal saya? Jom kita buat sesi taaruf di sini

Mesir pula?

Mesir, bangkit – pemangkinnya adalah akibat ledakan dan cetusan api revolusi Tunisia. Namun, tentunya ia berbeza dari segi suasana, rakyat dan proses revolusinya. Saya sendiri tidak tahu apa kesudahan selepas ini. Kita tunggu dan lihat.

Mungkin, anda berminat untuk mendalami isu krisis Mesir ini. Justeru terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda ambil tahu agar memahami apakah sebenarnya yang berlaku di bumi Anbiya ini. Antara kata kuncinya ialah :

1)- Soroti sejarah Mesir itu sendiri, ia adalah kata kunci untuk melihat dengan lebih mendalam berkaitan Mesir. Mesir adalah sebuah Negara Arab di Utara Afrika yang dibuka oleh seorang sahabat Nabi, ‘Amru bin al-Asr pada era pemerintahan khalifah ke dua, Saidina Umar al-Khattab. Boleh teliti sejarahnya daripada pelbagai sumber. InsyaAllah

2)- Mesir terkenal diseantero dunia kerana wujudnya Universiti Al-Azhar. Di sini lahirnya ramai tokoh ilmuwan, cerdikpandai dan para ulama muktabar. Antaranya ialah Prof Dr Yusof Al-Qardawi, Syeikh Ahmad Yassin, Dr Abdullah Nasih Ulwan, Mustafa A-Sibai dan ramai lagi. Kenali Universiti al-Azhar, agar kita lebih mendekati sejarah Mesir.

3)- Untuk memahami juga krisis yang melanda di Mesir hari ini, kita perlu kenal siapakah sebenarnya Hosni Mubarak dan tidak lupa juga kepada wanita pertama Mesir Suzanne Mubarak dan beliau lebih dikenal dengan gelaran "manja" - Mama Suzanne. Kisah mereka akan memberikan penjelasan kepada kita – kenapa rakyat sangat tertekan dan membenci mereka.

4)- Tidak lengkap, jika kita tidak menyulusuri sejarah gerakan dakwah yang terkenal di Mesir dan juga kumpulan pembangkak yang dominan bagi kerajaan Mesir iaitu Ikhwanul Muslimin. Fahami sejarahnya bermula zaman pengasasnya, Al-Banna sehingga kini.

5)- Isu Palestin juga, berkait rapat dengan kebangkitan Mesir. Kenapa? – Anda perlu menyelidiknya sendiri agar kita lebih peka, sensitif dan tahu akan hakikat ini. Jika, menyentuh tentang Palestin – tentunya ia tidak akan lari daripada musuh utama rakyat Palestin dan kita iaitu Israel. Baca juga apa sahaja yang berkaitan Israel dan juga konco-konconya terutama Amerika.

6)- Oya, tidak lupa untuk sahabat-sahabat, rakan-rakan, teman-teman seMalaysia yang kini menuntut dan tinggal di Mesir. Hampir kebanyakannya memilih untuk pulang ke Tanah Air. Dan yang telah tiba dan ada yang masih dalam proses perpindahan pulang. Ikuti beberapa blog yang mengambarkan suasana rakyat Malaysia di bumi Mesir. [A] dan [B]

Mubarak Family : Keluarga Bahagia - Ke mana mereka selepas ini?


Kesudahannya – Kita nantikan

Apa kesudahan kebangkitan rakyat Mesir sehingga kini telah berlanjutan masuk minggu yang kedua?

Bagaimanakah nasib Hosni Mubarak selepas ini? – Terus kekal di tahta seperti biasa, dibuang Negara, diadili atau mati ditangan rakyatnya sendiri?

Masa depan Mesir – siapakah selepas ini yang akan mencorak dan mentadbir pemerintahannya? Satu tanda tanya yang kini menjadi sebutan dan bualan ramai.

Dan, nasib rakyat Mesir sendiri selepas mereka melakukan satu pengorbanan yang sangat besar dalam hidup mereka iaitu mencetuskan revolusi yang belum pernah berlaku dalam sejarah Mesir?

Anda mempunyai pandangan dan pendapat? – Dipersilakan.- Ruangan komentar adalah untuk sama-sama kita bincang secara tenang, serius dan terarah sebagai tanda kita ini perhatin, cakna dan peka akan nasib ummat Islam.


[1] Yusof al-Qaradawi, 'Min Fiqh al-Dawlah Fi al-Islam', Cairo: Dar al-Shuruq, 2001, ms 126

18 comments:

فراس الزهرأ February 5, 2011 at 10:47 PM  

mesir akan terus bergolak. tak akan ada pengunduran dari husni mubarak.
mungkin ini adalah kebenarn dari sabda baginda tentang peristiwa akhir zaman.

*berkongsi dari kata2 seorang mujahid dari indonesia. wallahu a'lam.

firas az-zahra'

Qawiem Khairi February 5, 2011 at 11:08 PM  

Bagusla abg ali,
perkongsian ilmu yg mudah utk difahami.
terasa byk benda dpt. (",)

BroHamzah February 6, 2011 at 12:16 AM  

1)- Firas az Zahra'

Syukran atas perkongsian. Kita lihat kesudahannya.
Wallahu'alam

BroHamzah

BroHamzah February 6, 2011 at 12:17 AM  

1)- MQ

Alhamdulillah, syukran atas coretan dan jejak di sini.

Peka dengan isu semasa dan ummat Islam seluruhnya.Semoga apa yang berlaku ini memberikan hikmah yang besar buat seluruh ummat Islam di seantero dunia.

BroHamzah

Anonymous,  February 6, 2011 at 6:58 AM  

apakah kesannya.. andai ini berlarutan slama berbulan2?? kekuatan mrk sungguh luarbiasa.. membuatkan saya kagum sendiri.. jika dibandingkn dgn realiti kita.. hmm.. mampukah mrk btahan ea??

Syed Ahmad Fathi February 6, 2011 at 10:49 AM  

Ana nak tanya sebab anta ada link kan blog Faisal Tehrani. Betulkah beliau berfahaman Shiah?

BroHamzah February 6, 2011 at 5:41 PM  

1)- Anonymous

Tentunya ia memberikan kesan dan impak kepada rakyat Mesir. Kesan jangka pendek dan panjang.

Kesan yang meliputi pelbagai aspek, kesan kepada psikologi, pembangunan modal insan, pendidikan, ekonomi, pertumbuhan rakyatnya, dan sebagainya.

Mampukah mereka bertahan? - Wallahu'alam. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Syukran atas perkongsian.

BroHamzah

BroHamzah February 6, 2011 at 5:43 PM  

1)- Syed Ahmad Fathi

Wallahu'alam.

BroHamzah

Unknown February 7, 2011 at 4:39 AM  

diharap hosni mubarak jatuh n ikhwanul muslimin naik... insyaALLAH jatuhnye mubarak akan terbukannya sempadan raffah(sempadan masuk ke palestin).. dgn bantuan rakyat mesir yg bersedia syahid untuk membantu palestin, akan menjatuhnkan israel. inilah yg ditakuti oleh israel, sbb itulah die menolong mesir dan membuat onar.. same2 kite doakan mereka selamat dan islam terus bangkit..

tintahati February 7, 2011 at 4:22 PM  

masyarakat di mesir sudah bangkit dan tak tahan dgn pemerinthn hosni yang dah tak mubarak lagi..

~bygkan la selma 3 dekad...
tapi tak tahu la jika dibelakang hosni itu adenye kongkolan dari obama..susah u mentafsir..

BroHamzah February 7, 2011 at 5:05 PM  

1)- alfad

Alhamdulillah, good point. Untuk keadilan buat semua khusus rakyat Palestin - JELAS - sesuatu usaha harus digerakan, dan salah satunya ialah menidakan sebarang usahasama mahupun kerjasama dengan rejim Israel.

Saya terfikir, inilah satu petanda awal untuk Israel. Dan - mereka tidak akan berdiam diri - Seminggu 2 ini, akan berlaku sesuatu yang mungkin kita tidak tahu apa kesannya.

Wallahu'lam

BroHamzah

BroHamzah February 7, 2011 at 5:06 PM  

1) Mohamad Adzhan Hj Desa

InsyaAllah - sinar itu semakin terang benderang menyinari sebuah harapan.

Islam akan MENANG ! - itu satu kepastian.
Syukran atas coretannya.

BroHamzah

BroHamzah February 7, 2011 at 5:10 PM  

1)- tintahati

Pemerintan kukubesi,sudah tidak lagi popular dan ditentang oleh rakyat jelata.Ia berlawanan dengan fitrah manusia itu sendiri, mana mungkin kezaliman akan terus melata di muka bumi selagi manusia yang asalnya fitrah berada di alam ini.

Cumanya, kuasa itu berada pada pihak yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin. Jelas, apa yang berlaku membuktikan kezaliman itu akan kecundang, dan yang hak yang diangkat.

Persoalannya, adakah ia bangun dan bangkit melalui jalan-jalan yang Islam kehendaki? - Kita harapkan inilah yang menjadi cetusan utama kepada mana-mana revolusi Islamik.

Israel - mereka adalah dalang dan tulang belakang kepada Mesir?

Kita renungi dan sama-sama kita buat kajian. Akan terbongkar satu per satu...

Wallahu'alam

BroHamzah

nadia mustafa February 8, 2011 at 1:56 PM  

Salam.

Ingin bertanya, pernah saudara @ sesiapa di sini membaca tentang tentera Mesir adalah tentera terbaik dunia (Rasanya riwayat Rasulullah, insyaAllah). Seperti ada berlingkar di dalam kepala tetapi tidak ingat di mana bacanya. Mari kenali siapa penduduk Mesir. Di sini aura orang Mesir memang lain rasanya. Pernah berjumpa beberapa orang, dan seorang doktor Mesir yang bekerja di sini, sempat bersembang sekejap, tapi perbualan yang hanya 5 mins, menunjukkan ciri-ciri Mesirnya. Berani, tegas, sentiasa mengejar masa. Bersemangat dan sentiasa mahu cepat, tak terkejar orang di sekitarnya. Memang lain auranya.

Mungkin saya generalise seorang rakyat Mesir dengan keseluruhannya. Mungkin ya atau mungkin tidak. Tetapi, jika di lihat aura rally yang berpanjangan ini, nyata mereka rakyat yang kuat, dari segi fizikal, insyaAllah juga dari segi perkembangan otak dan iman. insyaAllah.

BroHamzah February 8, 2011 at 4:05 PM  

1)- nadia mustafa

Salam kembali, wallahu'alam. Saya tidak tahu. Akan disemak nanti insyaAllah.

Jika ada sesiapa yang tahu, mohon perkongsian anda.Syukran

BroHamzah

doktor psiko February 23, 2011 at 10:38 PM  

http://bitkym0509.blogspot.com/2011/02/keburukan-revolusi-malaysia-positif.html

BroHamzah April 16, 2011 at 6:35 AM  

1)- doktor psiko

Syukran atas linknya
BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP