Bingkisan Untukmu : Women Of Heaven

Wednesday, February 16, 2011

Kekuatan yang luhur : A K H L A K


Bingkisan Untukmu : Women of Heaven
Oleh : BroHamzah

Dedikasi khusus :

Buatmu Muslimah Solehah,

Insan yang telah berikrar setia menunaikan tugas mulia sebagai Muslimah
Sentiasa bersabar menghadapi berbagai rintangan hidup yang mendatang
Yang sentiasa berupaya mewujudkan cita-cita mulia dan hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Akhlakmu begitu mempersona, sopan dan menyejukan mata
Tutur bicaramu melegakan jiwa yang lara
Penampilanmu terhias dengan panduan agama
Perisai malu menjadi pakaian keperibadianmu yang utama
Dan, semangat juangmu yang sentiasa membara dalam jiwa

Semuanya, bersatu padu dalam dirimu
Agar menjadi wanita yang dirindu Syurga

Ketahuilah, wahai muslimah yang luhur

Kehilanganmu, bererti kehilangan untaian talian cinta,
Ketiadaanmu, bererti ketiadaan generasi manusia,
Kebaikanmu, bererti kebaikan segenap semesta,
Keburukanmu, bererti kehancuran tiang negara.

Ketahuilah wahai saudariku mukminah solehah,

Tidak akan pernah kita temui kenikmatan hakiki tanpa perjuangan sejati, tidak pernah kita jumpai kebahagiaan tertinggi tanpa pengorbanan tiada henti. Apa yang kita persembahkan untuk meninggikan agama Allah tidak pernah sia-sia.

Ibarat cahaya, ia akan sentiasa menerangi,
Ibarat pohon rendang, ia akan menaungi,
Ibarat bunga mawar, ia sentiasa harum mewangi

Senyumanmu, akhlakmu, budi pekertimu, sahsiahmu adalah kekuatan, kemewahan dan kekayaanmu yang sebenar.

Jadilah dirimu yang sebenar sesuci fitrah insani, agar disayangi makhluk duniawi dan dirindui hati-hati yang mencintai Ilahi.

Agar Bidadari di syurga, mencemburuimu kerana mutiara berharga yang terpendam di dalam dirimu

Peliharalah dirimu dan perindahkanlah keperibadianmu
Agar dirimu menjadi wanita muslimah solehah yang dicintai, dikasihi dan diredahi Ilahi

Yakinilah ukhti mukminah,

Keindahan sanubari
Kedamaian hati
Ketenteraman batini
Kelembutan sahsiah diri
Akan terpancar dari setiap diri mukminah yang tulus ikhlas memilih jalan yang mulia ini,

Jalan yang dihampari dengan duri-duri
Yang mungkin akan tertusuk dikaki
Namun, jauh disudut hati
Inilah jalan menuju Ilahi

Muslimah yang tetap teguh menyusuri al-haq dengan keimanan yang hakiki
Membasmi yang batil dengan gagah berani
Tidak pernah gentar dan takut mati.

Semoga dirimu, benar-benar dicintai Rabbi.
Women Of Heaven

-----------------------------------------------------------

Titipan buat mereka-mereka yang bergelar wanita, kalian adalah insan ciptaan Allah SWT yang istimewa. Memiliki kekuatan yang luar biasa, andainya kehidupan ini didasari keimanan, keyakinan, kepasrahan dan pergantungan hanya sanya untuk Allah SWT.

BroHamzah

18 comments:

rahsiahati February 16, 2011 at 8:01 PM  

masyaALLAH bingkisan yang sangat bermakna.
terima kasih.
mohon share di blog saya ya bro hamzah.
saya akan letakkan sumber.

BroHamzah February 16, 2011 at 8:11 PM  

1)- kasturijiwa

InsyaAllah. Persilakan. Terima kasih atas usahanya.

BroHamzah

hasyimi February 16, 2011 at 10:07 PM  

Ketiadaanmu, bererti ketiadaan generasi manusia,
Kebaikanmu, bererti kebaikan segenap semesta,
Keburukanmu, bererti kehancuran tiang negara.

membuktikan betapa pentingnya peranan seorg muslimah kpd msyrkt sekeliling..

BroHamzah February 16, 2011 at 10:09 PM  

1)- hasyimi

Muslimah, harapan ummah!

BroHamzah

Cahaya Kelapangan February 17, 2011 at 1:29 AM  

salam akh...Perkongsian yang bagus, sebagai muhasabah untuk para wanita tentang hakikat pentingnya seorang muslimah. Semoga saya dan para muslimah lain dapat terus maningkatkan diri menjadi wanita yang dikasihi Allah..

BroHamzah February 17, 2011 at 2:30 AM  

1)- Cahaya Kelapangan

Wassalam, sebenarnya ianya untuk kita semua. Saya khususkan untuk wanita dalam nada penghargaan agar kalian terus menerus dalam limpahan rahmat Allah SWT.

Sekian,

BroHamzah

dCb February 17, 2011 at 5:34 AM  

-- sukar menjadi seorang wanita.. namun lagi sukar menjadi seorang lelaki sebagai pemimpin.. mengapa dikesali diri dengan fitrah kejadian. bersyukur.. bersyukur.. bersyukur dengan apa yang Allah tentukan.. dengan laksana segala perintahNya.. segala.. itu memang perit. tapi dalam keperitan itu ada keindahan. bila hati mengadap Tuhan. dalam sepenuh2 pengharapan.

فراس الزهرأ February 17, 2011 at 8:51 AM  

ALLAHUAKBAR!
hebatnya ALLAH persipkan hikmah di sebalik penciptaan 'muslim' dan 'muslimah'.

BroHamzah February 17, 2011 at 4:10 PM  

1)- dCd

Bingkisan diatas mengajak untuk sama-sama bergerak penuh himmah dan keimanan menuju syurga.

Buat wanita, anda semua adalah insan pilihan Allah SWT yang memiliki keunikan dan kekuatan tersendiri.

Alhamdulillah.
BroHamzah

BroHamzah February 17, 2011 at 4:16 PM  

1)- Firas al-Zahra'

Hikmah, untuk direnungi dan dicari.

Syukran atas komentar yang bernas

BroHamzah

Aisyah Ulya February 17, 2011 at 6:03 PM  

My tears creeping down my face while reading this.

Allah, please give me some strength.

Doakan ana ya Abang Ali.

(Post ttg JDK ana akan publish bila masa yang sesuai insyaALLAH)

BroHamzah February 18, 2011 at 2:20 AM  

1)- Aisyah Ulya

Mohonlah kekuatan daripada Allah SWT. Dialah yang memberikannya. InsyaAllah

BroHamzah

puteri as,  February 18, 2011 at 4:56 AM  

sekali baca, x puas.. 2 kali baca masih x puas..
konklusinya, berulang-ulang ana baca bingkisan ni..

teringat kata2 ust khairol, wanita ni ciptaan paling special..dan banyak keistimewaannya. tapi sayang, maruah wanita semakin hancur kerana tiada pegangan yang utuh. mcm mn pulak, wanita yang ada kefahaman, tp turut gagal dgn pegangannya.. na'uzubillah

sepanjang hidup ni, selalu memikirkan masa depan yang indah bg seorang wanita.. sayang, walaupun ada kefahaman..jahiliyah msh tak dapat ditangkis dr hidup.. mcm mn nak mencapai taraf wanita solehah, mujahidah harapan?? Ya Allah,hinanya diri ini.. terlalu banyak kekhilafan yg dilakukan... semoga bingkisan ini, dpt mengubati segala keresahan,kegusaran hati.. =(

BroHamzah February 18, 2011 at 5:05 AM  

1)- puteri as

Wahai puteri, beruntunglah kerana dirimu adalah bidadari duniawi yang akan menyerikan keaslian bumi ini.

Semoga Allah merahmatimu,

Syukran atas coretan ini.

BroHamzah

Anonymous,  February 18, 2011 at 6:42 AM  

Subhanallah...sungguh indah...doakan kami adik2 JDK mnjadi seorang muslimah yg solehah ya akh..mohon share


humaira

BroHamzah February 18, 2011 at 3:17 PM  

1)- Anonymous

Buat adik-adik nisa JDK. Teruskan usaha mempertingkatkan diri.

" Kita bina kekuatan, dengan membuang dan mengikis segala kelemahan, kekurangan, keaiban dan dosa-dosa maksiat yang ada." - BH

Wassalam.
BroHamzah

Anonymous,  March 7, 2011 at 11:53 PM  

salam...ana sgt suke post ini...sgt indah kata2nya...semoga ia membuka mata wanita diluar sana

ana mohon share ya akhi....syukran

BroHamzah March 8, 2011 at 2:32 AM  

1)- Anonymous

Dipersilakan. Syukran

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP