2 Juta berkumpul di Maidan Tahrir, Kota Kaherah. 1 Suara 1 Kebangkitan
Api Kemarahan Rakyat Asia Barat : Kebangkitan Era Moden?
Oleh : BroHamzah
Penuh minat. Itu yang boleh saya simpulkan perhatian saya terhadap apa yang sedang bergolak di bumi Anbiya’ – Mesir.
Semasa kecil dulu, saya mengenali Mesir melalui kisah Nabi-nabi yang selalu emak saya ceritakan pada waktu malam. Saya tahu, kenal dan bertaaruf dengan sebuah Negara bernama Mesir ini kerana nabi-nabinya.
Semakin dewasa, saya mulai mengenali Mesir lebih mendalam kerana Mesir adalah pusat ilmu kerana di sana terletaknya sebuah pusat pengajian yang terulung di ibu kotanya Kaherah. Universiti al-Azhar, terkenal di seantero dunia sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang telah melahirkan ribuan cendiakawan Islam dan ulama-ulama yang tersohor.
Mungkin, sesetengah kita kurang maklumat berkaitannya dan ada juga yang tidak mahu mengambil tahu tentangnya. Apa jua tanggapan dan presepsi anda, saya kini teruja dengan apa yang berlaku di sana. Saban hari menanti berita yang terkini daripada media massa dan sumber internet yang menyalurkan info-info terkini dengan pantas.
Penuh simbolik
Jeritan dan laungan buat Hosni Mubarak : " Berambus! Berambus!."
Rakyat mulai menunjukan suara dan belang mereka yang sebenarnya
Kini, semua mata sedang memberikan perhatian khusus untuk pergolakan di Mesir. Malah – apa yang terjadi di Mesir ini dilihat lebih dahsyat daripada revolusi yang terjadi di Tunisia yang berjaya menumbangkan rejim pemerintahan presiden diktatornya - Ben Ali.
Para pemimpin dunia, penganalisis, pengamat politik antarabangsa dan ahli akademik sedang meneliti keadaan yang berlaku di Mesir. Seolah-olah hal ini diluar jangkaan mereka. Ledakan dan suara rakyat yang meraung hebat telah memberikan satu aura kebangkitan yang luar biasa untuk Mesir yang baru.
Dan yang lebih menarik – kebanyakan mereka mulai bersepakat bahawa pengaruh politik Amerika Syarikat dan Israel terhadap rantau Timur Tengah benar-benar berada dalam keadaan penuh berisiko. Saya kira ini, adalah sesuatu yang sangat penting untuk melihat halatuju kea rah kebangkitan Islam di era moden. Menantikan sesuatu yang lebih memihak kepada Islam dan keamanan dunia yang lebih harmoni, sejahtera dan Islamik!
Revolusi?
Revolusi yang sebenar ialah revolusi yang akan membawa kepada pengorbanan yang banyak dan menuntut agar rakyat bersedia ke arah itu. Saya terfikir, apakah pencetus dan pemangkin kepada kebangkitan rakyat ini? – Adakah hanya sekadar isu pengangguran, kemiskinan, ekonomi yang teruk dan penindasan rakyat? - Mungkin ada sesuatu yang lebih besar daripada ini.
30 tahun rakyat Mesir memendam rasa, dan ketidakpuashatian mereka kepada Hosni Mubarak. Dan kini, tong simpanan emosi kemarahan sudah penuh dan jangka masa untuk meledak telah pun berlaku.
Meletup!
Hosni Hitler
Himpunan Rakyat : Menyatakan isi hati dan perasaan mereka
Apa kesudahannya?
Banyak kemungkinan yang akan berlaku. Kita lihat bagaimana? Krisis ini akan berakhir. Bila dan apa penyudahnya, ia masih menjadi teka teki. Jika anda menjadi penganalisis semasa, anda boleh berlatih membuat andaian. Pengamatan, pemerhatian, sumber maklumat dan memberikan kesimpulan awal. Sekadar teka dan andaian sahaja.
Potensi yang mungkin berlaku?
1) Revolusi ini GAGAL. Hosni Mubarak terus menerus mempertahankan kedudukannya dengan apa jua cadangan, janji dan rundingan dengan rakyat. – Mana boleh bagi semudah itu, 30 tahun memerintah. Jika mengalah, Hosni Mubarak bukan pemimpin yang kental! Pihak berkuasa meneruskan serangan dan menghalang para perusuh yang memberontak dengan lebih ganas, tidak berperikemanusiaan dan zalim. Akhirnya, rakyat berputus asa dan pulang ke rumah masing-masing.
2) Revolusi ini TAMAT dengan usaha kerjasama antara pihak pemerintah. Berkemungkinan Hosni Mubarak jatuh. Tetapi kabinet yang dinaikan adalah bayangannya. Atau lebih terbuka menjadi boneka Amerika dan Israel. Musuh akan terus berpesta dan lega.
3) Revolusi ini BERJAYA. – Hosni Mubarak tumbang, tewas, jatuh dan terus dibuang. Buang semua sekali konco-konco, kabinet dan ahli-ahli bersekutunya. – Yang naik memerintah adalah kepimpinan baru yang akan memberikan harapan baru dan perubahan buat rakyat Mesir. Siapakah mereka? – Kita nanti dan lihat.
Kanak-kanak, wanita, warga emas, rakyat dan tentera - Semuanya bersatu
Ia akan diteruskan sehingga Hosni Mubarak dan konco-konconya tumbang!
Penutup – Komentar Seorang Hamba
(1) Saya berjinak-jinak menulis dan mengupas berkaitan isu semasa. Kelihatan, ia begitu sukar sekali. Perlu banyak mencari sumber maklumat, menganalisis dan meneropong pandangan sisi banyak pihak.
(2) Pandangan di atas, adalah dalam ruang lingkup pengetahuan saya yang terbatas dan masih belajar menganalisis isu-isu semasa. Bagi, saya ia adalah permulaan. Sebelum ini hanya mengambil tahu dan mengikutinya sahaja.
(3) Jika anda ingin menyatakan sesuatu dan memberikan komentar serta pandangan saya sangat mengalu-alukan. Kita sama-sama bincang dan ia sangat penting – melihat sejauh mana kita sensitif dan peka terhadap ummat islam.
Ia membawa satu sinaran harapan dan perubahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
assalamualaikum ustaz Ali,
kenapa ya, ada yang mengatakan revolusi bukan jalan kita?
mohon penjelasan
1)- Sarah zainalputeh
Walaikumusalam, semoga Allah rahmati.
Ada. Revolusi yang dibuat oleh Rasulullah SAW, Tetapi, ia sudah ditinggalkan. Membuat pembentukan asas muslim sehinggalah kepada terbentuknya masyarakat Islam.
Revolusi - Islam!
Islam yang dibuat oleh Rasulullah SAW adalah jalan kita.
Jelas bukan? ('',)
BroHamzah
salam,
mgkn mesir dah capai tahap pembentukan asas muslim.. tu la revolusi terpaksa di gerakkan..
doakan rakyat mesir terus tabah dalam mempertahankan tanah air...
tak silap ana, ada jihad dalam mempertahankan tanah air..
jika silap mohon perbetulkan..
salam...an tak berapa faham sangat dengan keadaan yang sedang berlaku di sana...apa yang menyebabkan adenya pertelingkahan di sana ...asif ya kalau menganggu...
1)- Walker
Salam, Alhamdulillah perkongsian yang baik.Semoga Allah redha.
Ya, itu sebahagian daripada perjuangan. Ada jihad mempertahankan tanah air.
Harapan baru buat mereka.
BroHamzah
1)- siti masitah
InsyaAllah - saya akan cuba kongsikan dalam artikel mendatang. InsyaAllah.
BroHamzah
assalamualaikum..
bro hamzah,
saya ada berdiskusi sedikit dgn abg saya mengenai isu ini..abg saya cakap, "macamana tak lahir pemimpin sedemikian (hosni mubarak), jika rakyatnya bersikap sedemikian..(sy tdak pasti sikap yg bagaimana mksud abg saya)"
saya membantah hujah itu dgn mengatakan bahawa, 'rakyat yg baik, kan perlu lihat pemimpin dahulu"
dan abg saya mengatakan teori yg saya ungkapkan adalah teori barat. mengikut teori islam, 'pemimpin yg baik, dtgnya dari rakyat yg baik" dan dia menambah , "ALLAH SWT sudah pernah mengatakan, jika dalam kalangan kita bermasaalah, maka akan di turunkan seorang pemimpin yg zalim"
apa pandangan bro hamzah?
[sekadar perkongsian untuk cambahan minda]
Kasturi jiwa, menarik persoalan di situ.
Ingin dikaitkan di sini apa yang pernah dikatakan oleh Tuan Hj Nik Aziz bila di tanya tentang persoalan demonstrasi. Beliau menjawab, apa salahnya jika kita berdemonstrasi mendirikan sembahyang hari-hari, dan beribadah.
Walaupun context jawapannya adalah berbeza, saya pasti apa yang ingin di ulaskan ialah kefahaman rakyat tentang kemajuan tamadun islam sendiri. Tamadun Islam tidak wujud tanpa rakyatnya meningkatkan takwa kepada Allah. Juga tidak akan wujud jika tiada kepimpinan yang juga bertakwa kepada Allah.
Seperti apa yang kita lihat, apabila demostrasi untuk Palestine di Malaysia dan juga di tempat saya, tiada kesannya jika umat islam hanya berdemonstrasi tanpa peningkatan ilmu agama dan ilmu dunia. Oleh itu, kita hendaklah mencari ilmu dunia dan akhirat, meningkatkan takwa supaya kita berjaya menjadi penggerak atau anak-anak kita yang akan menyumbang kepada tamadun islam. Yang pasti, tamadun tidak akan jadi dengan sekelip mata.
Berdasarkan pembacaan saya, rally ini leaderless. Ke ade leader? Saya rasa macam tiada. Tapi mereka berjuang, mereka tidak mati begitu sahaja. Sekurang-kurangnya kita tahu umat islam tidak senyap.
Cuma persoalan di atas sangat betul. Apakah potensi yang akan berlaku. Yang kedua paling menakutkan. Sejarah sentiasa berulang. Tamadun yang tidak akan membangun ialah masyarakat dalam tamadun yang tidak mempelajari sejarah (Tak igt siapa yang cakap).
Mcm sejarah lama Mustafa Kemal mempertahankan wilayah Maushil daripada Inggeris; kononya dia adalah hero besar menyelamatkan negara Turki. Rupanya toke penipu besar bila pidatonya membara, menaikan semangat penduduk Turki hanyalah konspirasi Inggeris dn dia. Dia menuduh semua musuh-musuhnya (yg mempertahankan sistem khalifah) bersetongkol dgn Inggeris. Seperti biasa, rakyat hanya bersemangat tanpa ilmu, menyokong mustafa kemal, dan akhirnya keballah si mustafa kemal di bidang politik Turki, hapuslah khalifah. Padahal, sebelum ini, memang rakyat tahu mustafa kemal banyak membawa keburukan terhadap turki, tapi tu lah, tertutup belangnya bila dia keluar menjadi hero apabila turki diancam. Sama juga sandiwaranya dengan perang Yunani.
Kita berdoa supaya Allah permudahkan dan rahmati perjuangan brothers n sisters kita di sana. InsyaAllah~
1)- Kasturi Jiwa
Walaikumusalam, terima kasih atas cetusan persoalan yang sangat baik.
30 tahun rejim Husni Mubarak memerintah - dan dalam tempoh itu terlalu banyak kezaliman, penindasan dan ketidakadilan yang dilakukan.
30 Tahun, dia mempunyai KUASA, bertindak sesuka hati dan boleh melakukan apa yang dikehendakinya. Dan sepanjang tempoh itu, ada atau tidak rakyat Mesir yang cuba melawan atau mengubah ke arah yang lebih zalim?
Kita lihat sejarah, berapa ramai pejuang keadilan dan keamanan di Mesir dipenjara, ditindas dan dibunuh. Mereka-mereka ini dizalimi. Rakyat Mesir menjadi takut dan hidup bagaikan pak turut.
Pandangan, abang saudara itu ada kebenaran dan mungkin ia tidak boleh disesuaikan dengan semua keadaan yang berlaku.
Terima kasih, : - Yang Pasti pemerintah yang zalm, berkuku besi dan diktator akan tumbang dan tertindas. Dalam sejarah juga, yang menumbangkan mereka adalah RAKYAT mereka sendiri.
Persoalannya, kualiti rakyat yang bagaimanakah yang LAHIR dan ADA untuk menjayakan semua ini?
BroHamzah
ana ada buat sedikit artikel ttg mesir, keadaan terkini. simple saja.
erm, cuma ada 3 kemungkinan. gagal,berjaya atau husni turun dan ganti dgn pmimpin prangai sama.
apapun, insyaAllah kita sentiasa mendoakan keadaan di sana.
1)- Nadia Mustafa
Alhamdulillah, satu perkongsian dan pandangan yang sangat bernas.
Sejarah perlu dikaji, diteliti dan diambil iktibarnya.
Revolusi yang kita hajatkan adalah revolusi yang tercetus daripada ruh keimanan, kefahaman, keyakinan kepada Allah SWT sebagai Rabb dan pentadbir alam ini.
Revolusi inilah pembaharuan yang sangat sukar, menuntut masa yang lama dan prosesnya bertahun-tahun.
Akar umbi kepada kebangkitan harus jelas, bukan sekadar semangat kerana semangat ia akan sejuk dan terus malap.
Tetapi, jika ia bertitik tolak kepada ASAS yang utuh, kuat dan teguh - Ia akan terus hidup subur, membara dan sentiasa menyala dalam jiwa pemimpin, rakyat jelata dan seluruh makhluk yang ada.
Persoalannya,- mampukah ia dibumikan dalam kehidupan hari ini?
BroHamzah
setuju dengan nadia mustafa-- seorang ustaz berkata: mcm seekor ikan, buruknya ikan itu bermula dari kepalanya-- begitu juga sesuatu kaum-- akan mula rosaklah kaum itu jika pemimpinnya mula merosak-- kerana itu, mereka bangkit. dan sesuatu kebangkitan itu amatlah bahaya jika tidak ada unsur taqwa-- taqwa pula-- bukan soal remeh, tapi soal terbesar dalam hidup. wallaua'lam
1)- Ariffah9
Alhamdulillah terima kasih atas maklumat dan infonya.
Doakan kita untuk semua ummat Islam harus diteruskan. InsyaAllah
BroHamzah
1)- ana
Alhamdulillah, satu analogi yang menarik. Huraian yang ringkas tetapi padat lagi mengena.
Back to the BASIC : TAQWA.
Alhamdulillah.Allamdulillah.Allahamdulillah.
Jelas!
BroHamzah
Bro hamzah:
'Persoalannya,- mampukah ia dibumikan dalam kehidupan hari ini?'
InsyaAllah, Kebangkitan Islam lebih pasti daripada terbitnya sinar mentari pd esok hari (Hasan Al Banna).
Ana:
Analogi menarik!
Alhamdulillah~
abang ali..
ana dah update tentang kedaan ana di Mesir.
Jemput singgah.
http://motionlegacy.blogspot.com/
1)- nadia mustafa
Ia mampu digerakan dan dibumikan oleh pejuang yang ikhlas melaksanakan dakwah Rasulullah SAW. InsyaAllah sinar itu semakin terang benderang.
Kemenangan milik Islam- InsyaAllah
BroHamzah
1)- Izzat ibrahim
Salam, Izzat. Akhirnya anta bersuara juga.
Syukran atas info perkembangan antum semua. Semoga Allah merahmati dan melindungi antum semua.
Syukran.
BroHamzah
Post a Comment