Mission Statement - Fokuskan Halatuju Hidupmu!

Monday, February 7, 2011

Menilai Halatuju & Matlamat Hidup - Lihatlah dengan pandangan mata hati dari kacamata keimanan.


Mission Statement – Fokuskan Halatuju Hidupmu !
Oleh : BroHamzah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Buat sahabat-sahabat, teman-teman, rakan-rakan dan sidang pembaca yang budiman.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Marilah dengan penuh kerendahan hati dan perhambaan kita panjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT atas segala nikmat kurniaan dan pemberian-Nya.

Hari ini, saat ini dan ketika ini – Kita semua masih bernyawa, bertenaga dan memiliki keupayaan untuk terus hidup. Walaupun, saya sebenarnya agak kelesuan dari fizikal – namun, hati dan jiwa masih berkemahuan dan mempunyai hasrat untuk meneruskan kehidupan ini dengan penuh bersemangat, bertenaga dan diwarnai keimanan kepada-Nya.


Reminder

Minggu lepas ada seorang sahabat saya, Muhammad Qawiem Baki ( lepasan STAM 2010 – alhamdulillah beliau memperolehi MUMTAZ – Tahniah, sahabat !) bertanyakan satu soalan. Soalan yang menyebabkan saya sedikit tersentak.

‘ Anta dah buat Mission Statement 2011 ?. – Soalannya menyebabkan satu terfikir akan hakikat ini. Kini sudah bulan 2, dan saya masih belum review Mission Statement 2010 saya. Dan membuat mission statement yang baru. Pernyataan misi atau matlamat saya sepanjang 2010 masih belum disemak, dinilai dan dikemas kinikan.

Mission statement

Biasa anda mendengarnya ?- Mesti ada yang tertanya-tanya. Mission statement atau pernyataan misi adalah senarai matlamat, hasrat, cita-cita, keinginan, target, tujuan dan fokus yang ingin dicapai mengikut tempoh yang ditetapkan.

Matlamat yang bermanfaat buat diri, keluarga, ummah dan Islam itu sendiri.

Rasulullah SAW sendiri menyarankan agar kita memiliki hasrat, kemahuan dan cita-cita yang tinggi.

Sabdanya yang bermaksud :

‘ Berkemahuan keraslah ( berhasrat tinggi) terhadap apa yang mendatangkan manfaat kepadamu, mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan lemah. ‘ [1]


Saya mulai meletakan mission statement dan menjadikan ia sebahagian daripada agenda kehidupan saya sejak tahun 2 di universiti. Setelah 5 tahun melakukannya, saya dapati ia sangat-sangat membantu saya dalam mengejar apa yang saya cita-cita dan impikan.

Anda tahu ?, dengan melakukan mission statement ini , diri ini seolah-olah diberikan satu suntikan semangat yang luar biasa untuk mengerakan segala keupayaan, kemampuan, kebolehan dan tawakkal saya untuk mengapai apa yang dihajati. Mula-mula saya kira semua ini macam olok-olok, tidak real dan macam main-main, tetapi alhamdulillah selepas menjadikan ia sebahagian daripada agenda kehidupan saya. Ia telah menginspirasikan dan memotivasikan saya untuk lakukan yang terbaik.

Berminat ingin tahu ? Bagaimana caranya ?

Mudah sahaja. Mudah ?

Ya. Mudah sahaja. Kata kuncinya ialah tulis apa sahaja hajat anda di atas sekeping kertas. Tulis dan senaraikan sebanyak mungkin. Anda ambil sekeping kertas dan pen – lalui mulakan dengan melakar, mencoretkan segala impian, cita-cita dan keinginan anda.

Ok. Sebelum anda menulis. Saya berhajat, sekiranya ada membaca, menghayati dan memahami kata-kata perangsang di bawah.

Bersedia ?

Ok. Baca dengan teliti, meresap sehingga memasuki hati dan lapangkan dada menjiwai sanubari


MATLAMAT yang jelas menghasilkan TINDAKAN yang jelas

MATLAMAT yang besar menghasilkan USAHA yang besar

MATLAMAT yang kecil menyebabkan FIKIRAN remeh

MATLAMAT memberi tenaga positif untuk terus BERUSAHA

Berusaha tanpa PUTUS ASA demi mencapai MATLAMAT

BELAJAR dari kesilapan untuk MEMPERBAIKI DIRI


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Sesungguhnya Allah SWT menyukai hal-hal yang luhur, dan tidak menyukai hal-hal yang rendah.” [2]

Alhamdulillah, sekarang saya kongsikan dengan anda tips untuk melakarkan dan memasang keazaman matlamat yang serius, berpijak dibumi nyata dan bukannya omong-omong kosong.

6 Syarat Matlamat ~ Agar Ia Menjadi Sesuatu Yang Serius!

Saya pernah kongsikan matlamat ini dalam penulisan saya dalam sebuah majalah. Saya ulanginya dan terdapat sedikit penambahan untuk kita jadikan sebagai panduan, pedoman, perkongsian dan peningkatan buat diri. InsyaAllah.

[1] Matlamat mesti DITULIS

Bagi saya sesuatu yang serius dan penting perlu dizahirkan ke alam realiti. Matlamat yang kita hajati dan ingin dicapai perlu ditulis di atas kertas. Saya namakan catatan ini sebagai "Mission Statement." Ia adalah sebagai bukti niat dan sasaran kita. Sudah banyak pendapat dan pengalaman orang yang berjaya, mengiyakan kenyataan ini. Tunggu apa lagi , catatkan dan lakarkan apa jua impian dan matlamat anda!

Senaraikan sahaja, seperti contoh ini :

Saya berhasrat untuk mendapat pointer 3.67 pada semester 2 ini.

Bermula 2010, saya mampu menulis sebuah artikel setiap minggu secara konsisten.

Simpanan tahunan saya untuk 2010 ialah RM 1,500.

Ini contoh sahaja, bukan saya punya pun. (‘’,)

[2] Matlamat mesti dengan NADA yang POSITIF.

Impian kita mestilah yang mendatangkan kebaikan kepada kita. Fikirkan secara positif untuk mencapainya! Berfikiran positif, itu adalah langkahan awal kepada kejayaan.

Fikirkan positif. Belajar untuk positif. Bertindak positif. Dan – buang jauh-jauh apa-apa yang negatif.

[3] Matlamat mesti mempunyai JANGKA MASA. ( Time Frame)

Jangka masa amat penting untuk memastikan bahawa anda dapat mencapai matlamat selangkah demi selangkah. Kerja anda menjadi lebih sistematik dengan sistem jangka masa. Inilah masanya untuk melakukan dengan sistematik dan teratur!

Perlukan datelin ini? – Bagi saya, ia sangat perlu. Perlu dan penting. Ia akan menjadi target dan sasaran masa yang kita sendiri tetapkan dan kita akan mencapainya dengan usaha yang terbaik dan paling maksimum.

Selalu, orang bertanya. Boleh ke?

Anda percaya kepada diri anda. Ya? Yakinlah anda boleh. Ayuh tetapkan masa waktu yang relevan untuk mencapainya.

Contoh,

Saya berjaya siapkan assignment tesis Master pada bulan 7 2010. Tarikh Dateline : 25 Julai 2010.

Misi Gunung Tebu 2010. Berada dipuncak pada 26 Ogos 2010.


Itu contoh sahaja. Simple bukan? Tetapi ramai yang takut. Takut tidak tercapai.

[4] Matlamat anda, MILIK ANDA.

Jangan meniru matlamat orang lain. Setiap orang punyai matlamat masing-masing dan ia berbeza mengikut kelebihan masing-masing. Jadi, kenali potensi diri dan impianlah untuk punyai matlamat yang realistik!

Perkara ini paling penting. Bukan paling sahaja, tetapi sangat-sangat penting. Setiap kita ada potensi, kelebihan, kekuatan dan keupayaan sendiri. Be yourself! – Kata seorang pakar motivasi.

Kenali diri, fahami potensi kendiri dan tanyakan diri anda sendiri. Apa yang anda hajatkan dalam kehidupan ini. Renungi dan buatlah keputusan yang terbaik buat diri.

Anda, adalah diri anda. Jangan jadi orang lain. – Kata kawan saya, nanti kita boleh jadi gila kalau fikirkan cara untuk jadi orang lain!

[5] Matlamat mestilah PRAKTIKAL dan TIDAK MUSTAHIL dicapai.

Matlamat yang disetkan hendaklah boleh dan dapat dilakukan bukan matlamat yang membebankan dan tidak masuk akal. Anda tahu kemampuan anda! Anda mampu melakukan sesuatu selagi anda punyai keyakinan kepada diri anda!

Ya. Matlamat yang boleh dibumikan, dioperasikan dan dijelmakan dalam kehidupan. Dan yang terpenting, ia adalah matlamat yang menepati syara’ dan boleh dimanfaatkan oleh Islam.

Matlamat yang anda ghairah, seronok, teruja dan sangat-sangat dekat dengan jiwa anda. Ia akan membawa anda untuk menghampiri kejayaan dengan lebih mudah. Justeru, setkan diminda dan lakarkan matlamat yang real dan terbaik buat diri.

[6] Matlamat mesti ada FOLLOW UP & MONITORING

Maknanya kita perlu ada sistem hentian muhasabah untuk semak balik dan check balik segala tindakan kita. Adakah ia menjurus ke arah matlamat kita atau tidak. Atau anda hanya leka dengan membuang masa dengan sia-sia. Renungilah seketika, sama ada anda semakin menghampiri matlamat anda atau semakin jauh daripadanya.

Semoga sedikit panduan ini dapat membantu anda untuk merangka matlamat anda dengan baik dan cemerlang. Ia juga sebagai satu muhasabah untuk diri saya. Teruskan berimpian dan bercita-cita. Gantunglah matlamat anda setinggi mungkin untuk mencapai redhaNya. Matlamat untuk dicapai !

Tips tambahan : Tampalkan Mission Statement anda ditempat yang mudah anda lihat dan pandanglah ia tiap-tiap hari. Fokuskan dan cetuskan kepada diri sendiri bahawa ANDA ada kerja yang banyak untuk merealisasikan misi hidup anda.

Apalagi, wahai teman-teman. Teruskan perjuangan.

Keep Moving Forward!

Tingkatkan himmah yang membara untuk bergerak dan memacu kehidupan yang lebih bermakna, dan membahagiakan.

Kejayaan dan kecemerlangan adalah hak milik setiap insan. Anda berhak untuk berjaya, cemerlang, gemilang dan menggapai segala impian yang dihajati.

Syaratnya? Ayat ini adalah jawapannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Untuk kemenangan seperti ini, hendaklah beramal seperti orang-orang yang benar-benar beramal (bekerja).” [2]

Penutup : Komentar Seorang hamba

(1)- Semalam saya menyemak Mission Statement 2010, saya tersenyum sendiri. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sinar harapan dan kejayaan itu adalah milik Allah SWT. Allah SWT yang berikan. Jika kita membulatkan tekad, memohon doa pengharapan serta munajat kepadaNya yakinlah bantuan dan pertolongan Allah SWT akan memayungi kita.

(2)- Terdapat, hasrat saya yang belum dicapai. Ujian, cabaran, dugaan, mehnah dan halangan menjadi mendindingnya. Apabila disemak kembali, saya sedar Allah SWT sedang menguji dan menyayangi saya. – Saya dididik untuk banyakkan BERSABAR. MasyaAllah. – Ya Allah kerdilnya, diri ini.

(3) – Marilah sama-sama kita memasang impian, hasrat dan cita-cita yang tertinggi. Cita-cita mukmin yang mulia dan diredhai oleh Allah SWT. Cita-cita ahli syurga yang bersih jiwa dan hatinya.InsyaAllah.

------------------------------------------------------------------

[1] Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim
[2] Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Thabarani dari hadis Husain bin Ali RA.
[3] Surah as-Shafaat [37] : 61

12 comments:

putrapurabuana February 7, 2011 at 8:16 PM  

Ana nak tambah sikit...
Mission statement yang dirangka semestinya "TAWAZUN"...ana menulis bagi pihak diri ana,kerana sering melupakan asas ini dalm perancangan...Kesannya,hanya kepentingan diri yang dijaga sedangkan orang-orang yang mempunyai hak ke atas kita terutama ibu bapa,sahabat,isteri dan anak-anak(bg yang sudah berkahwin) terabai begitu sahaja.yang paling penting,Hak ISLAM terus dilupakan...
satu lagi,PRIORITY,this English term should always be in our mind vocab...memetik kata-kata Yusof Al-Qardhawi:((..Betapa lemahnya prioriti ummah pada abad ini..)),maka janganlah kita menambah masalah pada ummah tetapi mula menjadi arus penggerak kepada Ummah.
-Semoga bermanfaat-

nadia mustafa February 7, 2011 at 8:24 PM  

Lepas membaca artikel ini, terus membuat aim saya pada tahun ini.InsyaAllah akan berusaha ke arah memenuhi setiap aim tersebut.

Terima kasih memberi peringatan.

p/s: Selama beberapa tahun telah membuat matlamat, tahun ni terlupa. Nasib baik Allah halakan saya membaca artikel ini. Syukran Bro.

BroHamzah February 7, 2011 at 8:35 PM  

1)- putrapurabuana

MasyaAllah. Alhamdulillah, terima kasih atas ingatan.

Sangat-sangat bagus nasihat saudara. Terima kasih.Akan saya sematkan ia dalam jiwa dan hati ini.

TAWAZUN & PRIORITY.

Syukran atas perkongsian, dan nasihat. Saya sangat-sangat menghargainya.

BroHamzah

BroHamzah February 7, 2011 at 8:38 PM  

1)- nadia mustafa

Artikel ini mengajak untuk sentiasa memiliki cita-cita, matlamat dan impian berasaskan kepada kelebihan, kehendak dan potensi kita.

Semuanya boleh kita gerakan dengan himmah dan iradah yang membara.

Ayuh kita, update dan semak setiap cita-cita dan matlamat hidup kita.

Sama-sama. InsyaALLAH

BroHamzah

Anonymous,  February 7, 2011 at 11:23 PM  

syukran, ana setuju dgn artikel nie...

perlu kita hayati sabda Nabi supaya kita berkemahuan keras dlm perjalanan hidup ini...

usah khuatir dgn masa lalu yg memori apatah lagi masa depan yg masih ilusi ....

yakin pada diri dan tawakallah pada Ilahi..
teringat2 satu kata2 :
When God is your friend, who is your enemy???

-salman_azmin-

BroHamzah February 7, 2011 at 11:52 PM  

1)- Salman_Azmin

Menarik kata-kata itu, kita ada Allah SWT. Dengannya kita bergerak maju menuju cita-cita teringgi walaupun di sana terdapat pelbagai halangan, dan cabaran.

Syukran

BroHamzah

Qawiem Khairi February 8, 2011 at 12:49 AM  

slm abg ali..
entah knp apbl membaca artikel ini, hati kecil di dalam sana terasa sebak.

ringkas - dunia!! saksikan kemunculanku!!

akan berusaha bersungguh-sungguh utk sematkn semua ini di alam nyata. InsyaAllah !!

BroHamzah February 8, 2011 at 1:32 AM  

1)- MQ

Wassalam, Mr MQ
Sebak? Kenapa pula?

InsyaAllah semoga Allah permudahkan segala urusan nta, fokus dan gapai cita-cita dengan usaha yang luar biasa.

Syukran, sahabat
BroHamzah

syera February 8, 2011 at 2:26 AM  

assalamualaikum...terime ksih atas entry ni. Saye x penah t'fikir untuk psg azam selama ni. borink jge ble hdup tiada ape2 yg ditargetkan. at least dgn mtlamat yg ditulis, sy akn beringat-ingat untk mnfaatkan sebaik mgkin hdup sbg rmj dgn kjyaan...insyaAllah

BroHamzah February 8, 2011 at 4:02 PM  

1)- syera

Walaikumusalam, sama-sama. Saya kongsikan ia untuk peningkatan diri saya dan manfaat bersama. Benar, hidup ini harus diharungi dengan matlamat yang jelas dan terarah. Alhamdulillah, saudara/i sudah memulakan titik mula yang baik.

Teruskan!

BroHamzah

فراس الزهرأ February 27, 2011 at 1:16 AM  

".. iza 'azamta fatawakkal 'alallaah.."
- ..jika kamu berazam, berawakkallah pada ALLAH..-

alhamdulillah.

~firas az-zahra'

BroHamzah May 18, 2011 at 1:04 AM  

Firas Az-Zahra

Syukran atas coretannya.
BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP