Teka-teki Dunia : Siapa selepas Mubarak?

Sunday, February 13, 2011

Meraikan kemenangan permulaan. Masih banyak perkara yang harus mereka lalui.

Teka-teki Dunia : Siapa selepas Mubarak?
Oleh : BroHamzah

Sudah tentu apabila tumbangnya satu rejim pemerintah, rakyat akan ternanti-nantikan kepimpinan yang baru. Hal ini juga berlaku kepada Mesir sekarang. Selepas kejayaan rakyat Mesir mengerakan satu kuasa rakyat bagi menumbangkan rejim diktator Husni Mubarak, kini mereka menanti satu perubahan untuk kehidupan, kebebasan, keadilan dan keharmonian.

Teka teki, siapakah bakal presiden Mesir selepas ini – rancak diperkatakan dan disembang-sembangkan. Menarik juga sekiranya, kita bertukar-tukar maklumat tentangnya. Saya kongsikan dengan anda, beberapa calon yang disebut-sebut akan memegang tampuk pemerintahan dan kepimpinan Mesir yang baru. Kita lihat, analisis dan berikan pandangan. Calon-calon bayangannya :


CALON 1
Fathi Sorour

Siapa dia ini?

Pemimpin veteran dalam parti Husni Mubarak iaitu People National Democratic Party dan juga speaker dewan. Beliau merupakan pemimpin kedua tertinggi selepas jawatan presiden Mesir. Makna, jika berlaku apa-apa kepada Mubarak ( letak jawatan atau meninggal dunia) – Dia akan menjadi presiden sementera untuk 60 hari sehingga pilihan raya yang akan diadakan. Tetapi, perkara itu tidak berlaku – Husni letak jawatan dan kuasa negara beralih kepada tentera. Beliau dikatakan bukan calon pilihan pembangkang kerana hubungan rapatnya dengan Husni Mubarak.


CALON 2
Amr Moussa

Anda kenal?

Saya sering mendengar namanya. Beliau adalah Setiausaha Agung Liga Arab sejak tahun 2010. Sebelum itu sebagai Menteri Luar Negeri Mesir selama satu dekad. Popular kerana kritikan pedasnya terhadap Israel dan sentiasa menyokong Palestin. Moussa merupakan individu pertama yang secara terbuka menawarkan diri untuk dicalonkan dalam pemilihan jawatan presiden Mesir tahun ini. Namun, ura-ura menyatakan bahawa beliau akan tersingkir daripada regim Mubarak atas alasan beliau dikenal sebagai reformis.


CALON 3
Omar Suleiman ( 74 tahun)

Mungkin, ramai yang kenal.

Orang kuat Husni Mubarak. Pernah menyelamatkan Husni Mubarak dalam percubaan membunuhnya di Addis Ababa, Ethiopia dan di Afrika pada tahun 1995. Popular semasa krisis revolusi Mesir sepanjang awal Februari 2011. Dalam percubaan meredakan kemarahan rakyat yang semakin meluap-luap, Mubarak melantik Omar Suleiman sebagai Timbalan Presidennya buat pertama kali dalam sejarah. Tindakan terdesak Mubarak bagi memujuk rakyat itu ternyata gagal. Omar Suleiman berlatar belakangkan ketenteraan, dikatakan tink tank dan prime move serta orang kuat Mubarak. Menjadi Ketua Perisikan Mesir General Service.Hubungan eratnya dengan Amerika tidak dapat disangkal lagi dan sangat berpengaruh. Pada tahun 2009, Foregin Policy Magazine menobatkan beliau sebagai salah satu daripada lima Agen Rahsia yang paling kuat dari Timur tengah.


CALON 4
Mohammed El Baradei ( 68 Tahun)

Nama naik sejak revolusi bermula.

Antara nama-nama yang disebut oleh banyak media massa, sama bercetak atau alam maya. Siapa dia ini? Beliau adalah penerima Hadiah Nobel Keamanan 2003. Berusia 68 tahun tetapi sangat bersemangat kerana kelantangan dan sanggup turun ke dataran untuk berdemostrasi bersama rakyat. Pada masa yang sama, menjadi juru cakap popular pembangkang di media antarabangsa.


CALON 5
Mohammed Badie ( 66 tahun)

Kenal?

Tokoh yang disegani dan menjadi rujukan umum kepada parti pembangkang terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin. Beliau disebut-sebut akan memegang jawatan tertinggi negara itu. Beliau dipandang sinis serta konservatif dan ideologi Islam Ikhwanul Musliminnya menjadikannya sebagai pilihan tidak popular di kalangan negara-negara barat dan Israel. Pada tahun 2005, IM telah bertanding dan ia memberikan IM suara sebanyak 20 % dalam parlimen Mesir.


CALON 6
Ayman Nour

Beliau adalah ahli politik liberal yang mengasaskan parti pembangkang El Ghad, yang dibentuk secara rasmi pada 2004. Beliau bertanding menentang Mubarak dalam pilihan raya presiden 2005 dan memenangi tempat kedua. Kemudian, ditangkap atas tuduhan memalsukan dokumen-dokumen semasa menubuhkan partinya tidak lama selepas pilihan raya. Menurut undang-undang, Nour dianggap seorang penjenayah, dan dihalang dari bertanding untuk jawatan presiden.


CALON 7
Ahmed Shafik

Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Presiden Husni Mubarak pada 29 Janurai sebagai tindakan susulan kepada penentang dan penunjuk perasaan yang berterus ketika ledakan revolusi hari kemarahan di Mesir. Dalam rekod latarbelakangnya, beliau merupakan komander Tentera Udara Mesir dari 1996- 2002. Pada tahun 2002 beliau telah dicalonkan untuk menjadi Menteri Penerbangan Awam Mesir.


CALON 8
Ahmed Hassan Zewail

Beliau dalah pemenang Hadiah Nobel untuk kimia pada tahun 1999. Menyatakan tidak akan terjun dalam politik tahun lalu, dan namun media melaporkan bahawa beliau akan merangka untuk membentuk komuniti untuk reformasi bersama Ayman Nour dan beberapa pengacara terkenal. Menulis dalam Surat Khabar Mesir iaitu “ Asy Syuruq” sebagai medan seruanya untuk seluruh rakyat Mesir. Antara saranannya ialah menubuhkan Majlis Hukama’ untuk pemerintahan Mesir.


CALON 9
Hamdeen Sabahy

Seorang ahli politik yang kuat kepada nasionalisme Arab, dan merupakan pemimpin Parti al-Karaman yang masih dalam proses pembangunan kerana belum mendapat keizinan rasmi daripada pemerintah. Dan beliau terpilih menjadi anggota parlimen pada tahun 2005. Beliau pernah menyatakan hasrat untuk bertandang dalam pemilihan presiden tetapi mengubah fikiran. Ada yang meramalkan bahawa tahun ini 2011, beliau akan turut serta dalam pemilihan ini.


CALON 10
Wael Ghonim

Muda lagi, baru kelihatan kelibatannya dalam menggerakan arus menumbangkan regim Mubarak. Beliau adalah salah seorang tokoh penting di sebalik gerakan jutaan orang untuk menumbangkan Mubarak. Jaringan alam mayanya telah berhasil mengerak banyak orang untuk keluar melakukan revolusi. Namun, kesangsian terhadapnya kedengaran, bahawa beliau adalah agen Israel atau Iran. Ditahan oleh tentera selama 12 hari, namun tiada bukti.

Kerana karismatik dan kejujurannya dalam melontarkan kata-kata dan laungan semangat, akhir beliau diangkat menjadi juru cakap para pemprotes kerajaan Mubarak. Sebagai salah seorang pengasas utama gelombang revolusi ini di kalangan pemuda Mesir mungkin beliau layak diberi peluang untuk memimpin Mesir di masa hadapan.


CALON 11
Hussein Tantawi (82 tahun)

Beliau adalah Menteri pertahanan Mesir selama 20 tahun. Kini memimpin Mesir apabila Mubarak meletakan jawatannya dan beralih kepada kuasa tentera. Dikenali sebagai penasihat dan orang kepercayaan Mubarak. Rami meragunya, dan menjadi pilihan tidak popular. Beliau menyatakan usianya ialah 75 tahun tetapi, maklumat yang sebenar umurnya sudah pun mencecah 82 tahun – sama usia dengan Mubarak. Selain itu beliau turut dikenali sebagai tokoh antireformasi ekonomi dan politik.

Jika, anda siapakah calon pilihan anda?

Jika saya, sudah tentu calon yang kita hajati adalah calon yang mampu membumikan lunas-lunas syara (syariat Islam) dalam pemerintahan, melebarkan keadilan kepada rakyat, berusaha menyebarluaskan kebaikan dan sentiasa memberikan khidmat yang terbaik untuk semua pihak.

4 comments:

kasturi jiwa February 14, 2011 at 6:21 PM  

wah, ilmu yang sangat bermanfaat utk anak muda seperti saya. jujur, sebelum ini, tidak megenali pun mereka. terima kasih bro hamzah.. ^^

bab calon pilihan,
semoga pengganti hosni nanti,
benar2 memimpin berlandaskan syariat islam,
dan mampu menjaga kebajikan seluruh rakyatnya.
amin..

syumul February 15, 2011 at 12:09 AM  

dan memang masih belum cerah masa depan Mesir selagi sang pemimpin bukanlah yg berjiwa hamba kepada Rabb...

wa ja'alna lilmuttaqiina imaama, amiin

brohamzh February 15, 2011 at 6:37 AM  

1)- kasturi jiwa

Alhamdulillah, isu semasa untuk sama-sama kita kongsikan. Memahami, meneliti dan berkongsi berkaitannya sangat baik untuk kita membuat penilaiaan tentang pergolakan yang berlaku.InsyaAllah.

Pemimpin yang baik, insyaAllah akan dipilih oleh rakyat yang baik.

Semoga sinar itu ada.

BroHamzah

brohamzh February 15, 2011 at 6:40 AM  

1)- syumul

Pandangan yang baik. Syukran atas komentarnya.
Pemimpin yang baik harus memimpin negeri, negara dan dunia ini.

Harapan itu masih ada.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP