Keindahan alam, membuktikan kebesaran dan keagungan Allah SWT
Santai : Misi Gunung Tebu & Karya Kartunis LI
Oleh : BroHamzah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam buat semua sahabat-sahabat, teman-teman dan rakan-rakan yang budiman.
Semoga kalian, berada dalam lindungan dan payungan kasih sayang Allah SWT.
Mudahan, anda semua terus-menerus berada dalam keadaan segar, sihat dan dapat melaksanakan kehidupan ini dengan keimanan, ketaqwaan dan kepergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT.
Saya sebak apabila membaca satu doa dalam al-Mathurat yang bermaksud :
“ Ya Allah, jangalah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.”
Sebak. Takut. Bimbang.
Takut ada dalam hati saya, bahawa saya lah yang menentukan perjalanan hidup saya. Hilangnya pergantungan, pengharapan dan kepasrahan untuk kembali meminta, mengharap dan menundukan jiwa kepada Allah SWT.
“ Ya Ilahi, bimbanglah diri ini setiap detik, masa dan ketika.”
Kehidupan ini, akan berakhir. Itu satu kepastian.
Persoalannya, adalah KITA. Bagaimana keadaan kita apabila menghadap Allah SWT. Saya benar-benar bimbang apabila membaca sirah, para sahabat Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam amal mereka, berkorban segala-galanya dan melakukan perjuangan yang tiada henti.
Dan, apabila ditanya kepada saya?
“ Hajat dan hendak masuk syurga?,”
Pastinya kita menjawab : “ Ya!,”
Namun, jalan-jalan ke arah itu masih jauh.- Laluan kita sering menyimpang dan bertentang dengan laluan syura.
Teringat nasihat seorang Murabbi, memetik untaian kata seorang ulama, Solah Kholidi - : “ Kita perlu memerah usia kita untuk menjadi manusia yang terbaik, manusia yang sentiasa merindui Allah SWT sepanjang kehidupannya.”
Semoga kita berazam dan bertekad untuk melakukan sesuatu untuk meraih syurga. Syurga Firdaus.
Namun, apabila membaca artikel Abu Umar : Layakkan kita untuk Syurga Allah? – Saya jadi terdiam.
Kelu. Tanpa suara.
Menawan Gunung Tebu : Target Hujung Minggu ini
Catatan Perjalanan Kehidupan
MISI MENAWAN GUNUNG TEBU 2011
(1)- Hujung minggu ini, saya dan team dari KTD akan mendaki gunung tebu. Salah satu aktiviti dan program untuk memantapkan fizikal dan ketahanan diri. Misi Menawan Gunung Tebu 2011 – perlukan kekuatan jasmani, emosi, rohani dan intelek yang ada. Nampak mudah dan senang, bagi yang tiada persediaan dan persiapan – ia kelihatan sukar.
(2)- Kami diminta untuk melakukan persiapan fizikal dan kejiwaan. – Sebelum mendaki, sekurang-kurang perlu jogging 3 kali dan melakukan tarbiyah ruhaniyah. Bacaan Al-Quran, zikir, dan memantapkan ibadah-ibadah yang lain.
(3)- Kali terakhir saya mendaki, ialah semasa program awal tahun ini – mendaki Bukit Keluang. Ketinggiannya biasa-biasa sahaja. Dan kali terakhir mendaki gunung ialah beberapa tahun yang lepas, Gunung Jerai di Kedah. Jadi, pendakian ini adalah untuk melihat daya ketahanan fizikal saya.
(4) Ia adalah salah satu aspek pendidikan atau tarbiyah yang penting bagi memenuhi ciri-ciri mukmin yang dikehendaki oleh Allah SWT. Anda bagaimana? – Berminat dengan aktiviti seperti ini.. Jika kurang berminat, perlu didik untuk sentiasa melibatkan diri dengan program rekreasi sebegini. Ia sangat-sangat penting!
Karya pertama MusliMultimedia untuk ruangan komik Langit Ilahi.
Jangan lupa untuk singgah.
KARTUNIS LANGIT ILAHI
(1) Alhamdulillah, ruangan komik untuk Langit Ilahi telah pun bermula. Saya begitu gembira dengan perkembangan ini. Mudah-mudahan ia menjadi titik mula yang baik bagi sahabat saya, MusliMultimedia dan Norihsan – Jadikan ia medan untuk menyalurkan dan menyebarkan kefahaman Islam. Medium kesenian sebegini, insyaAllah ada impaknya.
(2) Saya menjemput anda untuk mengikuti siri-siri komik hasil karya kartunis LI ini setiap minggu. InsyaAllah. Saya sudah lihat, hasil kerja mereka. Saya boleh simpulkan : MANTOP!. Boleh singgah ke sini.
(3) Semoga setiap yang dirancang dan dilaksanakan ini – dikira sebagai amalan yang akan mendekatkan kami dan anda semua kepada Allah SWT. Doakan.
Sekian
Persiap untuk ke puncak Gunung Tebu
BroHamzah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Terima kasih atas peringatan Abg Ali.
Selamat mendaki.
Moga dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH selalu.
1)- Syed Ahmad Fathi
Sama-sama. Alhamdulillah selesai mendaki. Mencabar minda, fizikal dan hati.
Jika berkesempatan, jom join kami utk next XPDC.InsyaAllah.
BroHamzah
Post a Comment