Apa yang perlu anda tahu tentang Gaddafi?

Friday, February 25, 2011

My Name Is Gaddafi, Muammar Gaddafi


Apa yang perlu anda tahu tentang Gaddafi?
Oleh : BroHamzah

Saya terfikir, antara hikmah tercetusnya Revolusi Kebangkitan rakyat Arab – Allah SWT telah menunjukan kepada kita watak-watak sebenar pemimpin diktator yang zalim. MasyaAllah, satu per satu dibongkar, didedahkan dan masyarakat dunia sedang menilai suatu hakikat yang terang, nyata dan bersuluh.

“ Kebanyakan diktaktor yang zalim, menindas dan kejam : Mempunyai sejarah kehidupan yang hampir sama,cara kehidupan mereka dan sebagainya. Bak kata orang pattern yang secocok dengan mereka semua.”

Wallahu’alam.

Kolonel Muammar al-Gaddafi, gambar tahun 1971. Beberapa tahun selepas memerintah Libya.


Saya kongsikan dengan anda beberapa perkara yang perlu kita tahu tentang Presiden Libya ini. Sekurang-kurangnya kita mengambil cakna, tahu, dan mengikuti perkembangan terkini pergolakan yang berlaku di dunia Arab.

Beliau menaiki takhta pemerintahan dalam usia yang muda sekitar 27 tahun iaitu pada 1 September 1969. 42 tahun, pemerintahannya yang mencetuskan pelbagai isu kontroversi sehingga rakyat menjadi muak, benci dan mereka mempunyai satu impian sahaja, iaitu menggulingkan presiden yang angkuh ini.

Lambaian tangan seorang diktator - Gambar sekitar Julai 1973


Beliau jelas membelakangkan Islam demi kepentingan politiknya yang kotor, jijik dan merosakan. Rakyat tidak akan pernah lupa bagaimana suatu ketika dahulu Gaddafi pernah menulis sebuah buku yang jelas menghina Islam. Bukunya, Penghapusan Sunnah habis-habisan di Libya telah memberikan satu cadangan yang tidak masuk akal.

Cadangannya : Agar perkataan Qul dalam empat surah iaitu al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas dibuang. Katanya, kerana ia ditujukan kepada Nabi Muhammad, sedangkan baginda telah lama wafat dan ia tidak lagi dilihat bersesuaian dengan tuntutan semasa. Nampak sangat, jahil murakab!

Akibatnya, ramai ulamak yang menentang cadangannya. Lalu mereka ini ditangkap. Bermula dari peristiwa ini, para ulama dilarang menonjolkan diri mereka dengan amalan-amalan sunnat. Contoh seperti tidak boleh berjanggut, berjubah, berkopiah dan sebagainya.

Jika langgar arahan ini, mana-mana pihak akan diheret ke penjara tanpa pembelaan daripada sesiapa pun. Inilah bentuk kezaliman dan penindasan yang secara terang-terangan membelakangkan Islam.

First Lady Libya : Safia Gaddafi


Keluarga Gaddafi – Tak kenal, maka tidak tahu.

Gaddafi mempunyai dua orang Isteri – Fasiha Gaddafi dan Safia Gaddafi . Dan, mempunyai 8 orang anak kandung dan 1 orang anak angkat.


Wajah Gaddafi ketika muda.


Anak beliau, Mohammad (40) – Seorang Jurutera. Anak lelaki daripada Isteri pertama. Seorang yang sangat kaya dengan hasil pengumpulan harta melalui urus niaga telekomunikasi. ( Tiada gambar)

Saadi Gaddafi

Saadi (37) – Bekas pemain bola sepak. Karier awalnya di Serie A, Itali tetapi dipecat kerana gagal dalam ujian dadah.
Hannibal Gaddafi

Hannibal (34) – Punyai sejarah keganasan tersendiri. Pernah ditahan di Geneva pada tahun 2008 kerana menyerang pekerja tempatan, antarabangsa di antara Libya dan Switzerland.

Khamis (30) – Seorang pengawai polis, mengendalikan unit pasukan khas sendiri. Low profile orangnya. Saya cuba cari gambarnya, tapi tiada. (Tiada gambar)

Saif Al-Islam Gaddafi

Saif Al-Islam (39) – Disebut-sebut sebagai penganti Gaddafi. Anak kesayangan Gaddafi. Beliau merupakan anak lelaki sulung bersama Isteri kedua. Pernah keluar dikalayak memberikan penerangan mewakili ayahnya dalam revolusi terkini Libya.

Mutassim Billah bersama dengan seseorang. Anda kenal tak?

Mutassim Billah (36) – Merupakan seorang tentera. Penasihat Keselamatan Kebangsaan Libya dan dilihat sebagai pesaing kepada Saif al-Islam.

Senyuman Aisha Gaddafi


Aisha (32)- Satu-satunya anak perempuan Gaddafi. Beliau adalah seorang peguam dan turut menjadi penguam bela kes hukuman mati bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein. Beliau turut meminati bidang pengacaraan dan muzik.


Saif al-Arab Gaddafi

Saif al-Arab (29) – Masih menuntut sebagai seorang pelajar. Pernah disyaki menyeludup senjata api di antara Paris dan Munich pada tahun 2008. Namun pihak berkuasa Jerman kemudian mengugurkan kesnya.


Hannah – anak angkat perempuan. Terbunuh pada usia dua tahun kerana pengeboman Amerika Syarikat di Tripoli pada tahun 1986. ( Tiada Gambar)

Gambar terkini Gaddafi pada 22 Februari 2011 ketika berucap untuk menentang pemberontak habis-habisan. - Katanya, Aku akan mati syahid mempertahankan kuasa ini!.


Keganasan, tindak tanduk dan perilaku ayah – akan dicontohi oleh anak-anak. Dikatakan, bahawa Saif al-Islam Gaddafi menjadi bayangan kepada pemerintah Libya selepas ayahnya. Apa pandangan anda?

Tindakan kejam dan ketidakperikemanusiaan Gaddafi ini mendapat perhatian semua pihak, malah seorang ulamak tersohor dunia iaitu Syeikh Prof Dr Yusof al-Qardawi menyifatkan bahawa Qaddafi ini sangat kejam dan wajib ditamatkan riwayatnya. Malah, kebangkitan rakyat menentangnya adalah sah menurut hukum syarak. Apa kesudahan bagi masa depan Libya? Dan bagaimanakah nasib Gaddafi dan keluarga selepas ini?

Saya yakin, selepas ini banyak lagi kisah hidup, segala kezaliman, penindasan dan penipuan beliau akan terbongkar. Buat pemimpin dunia, jadikan kisah-kisah perjalanan diktator dunia seperti ini sebagai pengajaran dan iktibar buat kalian.

Yang zalim, pastikan akan tumbang!

Itu, kesimpulan saya.

36 comments:

Unknown February 25, 2011 at 7:00 AM  

nice! sangat telus dan jelas artikel ini. Jzkk

BroHamzah February 25, 2011 at 7:03 AM  

1)- iqbalsyarie


Syukran atas jejaknya. Sekadar berkongsi untuk kita semarakan kebangkitan jiwa kita menentang kezaliman dan penindasan.

BroHamzah

فراس الزهرأ February 25, 2011 at 7:07 AM  

subhanallah!

saya hampir menulis tentang ini. tapi belum punya kekuatan dan ilmu..

~firas az-zahra'

BroHamzah February 25, 2011 at 7:09 AM  

1)- firas az-Zahra'

Menulis tentang apa? Maklumat ini saya dapat daripada pembacaan yang pelbagai.

Semoga bermanfaat.

BroHamzah

Syed Ahmad Fathi February 25, 2011 at 7:33 AM  

Moga ISLAM terus subur di Libya.
Jangan dilupa jasa besar As Syahid Umar Mukhtar berjuang melawan Itali suatu masa dahulu.
Semoga semangat juang beliau kekal dengan pemuda di Libya hari ini.

BroHamzah February 25, 2011 at 7:42 AM  

1)- Syed Ahmad Fathi

Alhamdulillah, good reminder for u about As Syahid Umar Mukhtar. Ruh semangat, himmah dan jihadnya menjadi saksi kebangkitan pemuda-pemudi Libya suatu masa dahulu dan ia akan bangkit menyemarakan keadilan Islam.

BroHamzah

humaira February 25, 2011 at 10:34 AM  

ooooooo......syukran berkongsi....

BroHamzah February 25, 2011 at 12:49 PM  

1)- nuruzuaz & nadia mustafa

Sama-sama, semoga bermanfaat.

BroHamzah

Makbonda February 25, 2011 at 5:31 PM  

Info yang sangat-sangat bermunafaat,terimakasih mengongsikan pada seorang Makbonda yang miskin dengan info.

dairiibu February 26, 2011 at 12:33 AM  

assalamualaikum. syahid kerana membunuh rakyat tak berdosa. Sapalah tok guru gaddafi ni..... sesat lagi menyesatkan.

Ariffah9 February 26, 2011 at 1:43 AM  

Again..thanks for sharing maklumat.

:) Sangat jelas.

Nurul Iman "Yakinlah Allah Kan Ada ^^," February 26, 2011 at 3:43 AM  

salam..lama xberkunjung..mantap artikel.. izinkan ana sebarkan.. jzklh

فراس الزهرأ February 26, 2011 at 4:00 AM  

~ brohamzah
bukan menulis, maksud saya mengumpul maklumat tentang gaddafi.seperti yang dibuat akh dalam entri ni.

kata ibnul jauzi:"aku hanya mengumpulkan, bukan menulis sendiri".

karya beliau mencecah 400 lebih.
subhanallah, masih panjang perjalanan kita ya!

wallahu a'lam

~firas az-zahra'

Anonymous,  February 26, 2011 at 11:42 AM  

Ghadafi ialah salah seorang yang bersuara lantang dalam PBB tapi ia banyak merosakkan Islam di negaranya... Libya.. untuk pengetahuan salah seorang isterinya adalah berbangsa Yahudi..

Princess Mos February 26, 2011 at 3:22 PM  

menambah tsaqafah sy di pagi hari.. jazakallah.

sayyidah nafeesa February 27, 2011 at 12:50 AM  

subhanallah..byk perkara mengenai ni saya tak tahu..syukran kerana berkongsi..mohon share ya..
kalau boleh minta dikongsikan juga makluman mengenai negara islam yang lain,yang sedang bergolak..agar kami lebih cakna dgn perkembangan semasa dunia islam..syukran..

BroHamzah February 27, 2011 at 8:41 AM  

1)- Makbonda

Sama-sama, saya cuma kumpulkan daripada info yang saya baca dari pelbagai maklumat. Semoga bermanfaat.InsyaAllah.

BroHamzah

BroHamzah February 27, 2011 at 8:43 AM  

1)- light of hapiness

Wallahu'alam. Hanya Allah sahaja yang tahu dan dapat memilih hamba-hambaNya untuk mati syahid.

Semoga Allah memberikan hidayah kepadanya dan kita semua.

BroHamzah

BroHamzah February 27, 2011 at 8:45 AM  

1)- dairi ibu

Mungkin, thoghut adalah tok gurunya. Wallahu'alam.
Semoga sinar hidayah menyonari hatinya.

BroHamzah

BroHamzah February 27, 2011 at 8:47 AM  

1)- Ariffah9

Sama-sama, semoga bermanfaat.InsyaAllah

BroHamzah

BroHamzah February 27, 2011 at 8:49 AM  

1)- nadya solahudin

Dispersilakan, syukran atas usahanya.
BroHamzah

BroHamzah February 27, 2011 at 8:50 AM  

1)- firas az-Zahra'

Ya. Mengumpul maklumat, satu latihan untuk diri saya jua.

Semoga Allah redha

BroHamzah

BroHamzah February 27, 2011 at 8:56 AM  

1)- Anonymous

Terima kasih atas infonya.
ALhamdulillah.

BroHamzah February 27, 2011 at 9:04 AM  

1)- Princess Mos

InsyaAllah. Sama-sama, semoga bermanfaat

BroHamzah February 27, 2011 at 9:06 AM  

1)- sayyidah nafesaa

InsyaAllah, moga diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk sentiasa berkongsi sesuatu yang bermanfaat dan menguatkan ummah.

BroHamzah

BroHamzah February 27, 2011 at 9:09 AM  

1)- army

Alhamdulillah, thanks.

BroHamzah

Anonymous,  March 2, 2011 at 7:55 PM  

Nyata.. pengunduran gaddafi adalah hadiah yg terhebat akan dimiliki oleh Libya,,,

BroHamzah March 2, 2011 at 9:02 PM  

1)- Anonymous

InsyaAllah. Itulah harapan kita. InsyaAllah

BroHamzah

musi March 8, 2011 at 6:12 PM  

salam buat bro;
biasanya manusia kalo terlalu lama memrintah ia akan hilang harga diri iaitu lupa diri, ia jadi kejam, rakus, bongkak dan macam2 lagi.
apalagi kalo ia sedari mula dah kejam. tak ingat kematian dan lupa akan menghadap allah swt.

BroHamzah March 8, 2011 at 10:33 PM  

1)- Musi

Kerana itu, kepimpinan harus diberikan kepada mereka yang layak, beriman, tawadhuk dan bertaqwa.

Wallahu'alam

BroHamzah

Anonymous,  November 1, 2011 at 1:59 AM  

Thank you for the info.
but,there is something yg buatkan sy wonder.
sy ada terbaca...psl Gaddafi ni..ada yg ckp yg he is actually somehow a good person.psl kekejaman dia tu,cnt say mmuch.mmg btol lah.dari certain aspects yg lain like org ckp sbb dia lah,barat/zionis takut and xberani nak kuasai libya till now.is it true?sy ada baca banyak juga psl nie.ada kata keburukkan gaddafi disebabkn barat yg menghasut and tokok tambah.one of info blh try tgk dkt blog akustressgiler.im just asking cause im as well not pretty sure about this.and i'hd been reading things that u posted before this.so,mcm bnyak pendapat.again,thank you for sharing. =)
peace no war yaa BroHamzah.hehe =)

Anonymous,  November 1, 2011 at 2:19 AM  

One more blog is tiubbocor.ada something dkt blog tu yg buat sy rasa.................huhu.boleh lah berkunjung dan buat kesimpulan.it would be nice if BroHamzah share pendapat psl blog nie after reading.cause its totally different with yours.maybe BroHamzah ada perspektif yg lain. =)
with that,thank you again.

♥‿♥ Taufiq ♥ Sarah ♥‿♥ April 17, 2012 at 1:25 AM  

Bergetar saya baca post ini. Huuu. Tetarik! "Yang zalim pastikan tumbang". Hmm. =.=''

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP