Presiden yang aneh, pelik dan luar biasa?

Wednesday, February 23, 2011


Muammar Abu Minya al-Gaddafi, Diktator Moden Libya


Presiden yang aneh, pelik dan luar biasa?

Oleh : BroHamzah


Semasa saya berjalan-jalan sekitar kampus, terserempak beberapa orang pelajar. Saya menegur, menyapa dan bersembang-sembang dengan saya.

Ramai yang bertanya kepada saya tentang satu soalan yang hampir kebanyakannya sama.


“ Ustaz, kenal siapa itu Gaddafi?,”

“ Apa entah, nama presiden Libya yang ganas itu?,”

“ Apa pandangan Ustaz tentang Muammar Gaddafi – dia ini baik ke jahat?,”


Menarik juga, persoalan mereka. Alhamdulillah, saya lihat ramai mahasiswa kini mengambil tahu, cakna dan peduli tentang isu semasa ummat Islam. Bagus, inilah mahasiswa yang kita hajati.Saya kira, sudah banyak maklumat yang disembang-sembang, disebar-sebarkan, dicanang-canangkan, diwar-warkan dan dibicarakan dalam media massa saat ini, baik media cetak atau media maya.

Saya Cuma ingin berkongsi, sesuatu tentangnya. Tentang keunikan, keanehan,kegilaan dan kepelikannya yang membuatkan saya tertanya-tertanya dan terfikir-fikir tentang diktator moden ini.



Khemah al-Gaddafi

Sidang media, menyambut tetamu dan ucapan rasmi kerajaan Libya - semua berlangsung dalam khemah.

Penampilan ala-ala Arab Badwi. Baru asli! - Mungkin itu getusan rasanya.


Dikisahkan bahawa, beliau ini mempunyai hobi yang pelik. Suka tinggal dalam khemah yang didirikan diluar rumahnya. Jika ada, tetamu kehormat dari luar negara – biasanya mereka akan disambut ke khemah ala masyarakat arab Badwi.

Kelihatan sederhana, zuhud dan penuhi kepuasan baginya. Tetapi khemah beliau ini bukan khemah biasa. Dihias cantik, dan ada kelasnya yang tersendiri.

Pengawal peribadi yang mengiring Gaddafi sewaktu lawatan rasminya di Rom. Kelihatan Berlusconi menyambut riang kehadirannya.


Ayu , Mesra dan Cakna : Motto Body Guard al-Gaddafi


Satu lagi yang menghairankan saya ialah beliau mengupah pengawal peribadi yang mengiringi dan mengawal keselamatannya terdiri daripada golongan wanita. Belum pernah lagi saya dengar – Body Guard – pemimpin negara dari kalangan wanita kesemuannya. Apa komen anda?


Selain itu, ada lagi.


Sejak remaja, mula-mula mengenali dengan presiden Libya yang mulai memerintah pada umur 27 tahun ini - saya tertarik dengan beliau kerana satu perkara. Anda tahu apa? – Saya suka tengok cara dia berpakaian. Berfesyen dengan peragaan pakaian dan gaya yang pelbagai. Fesyen ala arab badwi yang sederhana, lampau dan moden. Fesyen ala-ala tentera darat, laut dan komandar tentera yang hebat. Ada kalanya berpakaian seperti selebriti popular yang memukau mata dan terkesima dibuatnya. Dan, ala juga berpakaian aneh yang belum dilihat dipasaran dunia.





Fesyen aneka ragam Muammar al-Gaddafi.

Ilustrasi gurauan oleh pereka grafik. Macam-macam


Anak perempuannya, Aisha Gaddafi


Dan kini, satu lagi kegilaan beliau yang terbaru adalah membunuh rakyatnya sendiri. Libya kian meruncing dan tekanan ke atas Gaddafi sedang hebat dikenakan oleh seluruh dunia. Sampai bila beliau akan dapat bertahan? Atau beliau akan ditamatkan riwayat oleh rakyatnya sendiri?

Satu persoalan atau satu penantian?


Dibom - Berkecai jasad

Rakyat menjadi mangsa kerakusan dan kezaliman pemerintah.

Rakyat tidak berdosa menjadi saksi akan semua ini.

22 comments:

Anonymous,  February 23, 2011 at 9:35 PM  

mcm Carlos santana je..
bagus article ni

rahsiahati February 23, 2011 at 10:11 PM  

ntah sihat ke tidak hamba ALLAH seorang ni,
semalam pulak dekat buletin utama,
beliau menyatakan xkan undur diri sbb memperjuangkan syahidnya.

BroHamzah February 23, 2011 at 10:17 PM  

1)- Tinta Mualimah

Satu jejak yang simple tetapi menyengat!

BroHamzah

BroHamzah February 23, 2011 at 10:18 PM  

1)- Anonymous

Carlos Santana, sama tapi tak serupa. Wallahu'alam

BroHamzah February 23, 2011 at 10:20 PM  

1)- kasturi jiwa

Wallahu'alam, sihat atau tidak kena rujuk yang lebih pakar dan arif.

Pemimpin jika sudah berkuasa, ia beranggapan dia boleh buat sesuka hati.

Semoga kebenaran akan menyinari!
InsyaAllah

nadia mustafa February 24, 2011 at 2:50 AM  

Allah, kesian tgok mayat2 tu, dibunuh habis habisan~

Artikel yg menarik!

menarik nak rongkai sejarah pemimpin negara yang satu ini, dri segi pemakaian, cara hidup, luaran dan persekitaran beliau.

فراس الزهرأ February 24, 2011 at 7:31 AM  

allahu akbar!

KEBESARAN ALLAH yang menimbulkan kepelikan ini.
untuk kita terus berfikir..

~firas az-zahra'

humaira February 24, 2011 at 1:06 PM  

syukran atas perkongsian.... tertanya juga mengapa dia berbuat sedemikian kpd rakyatnya....

harap-harap jika ada rakyat malaysia yg masih ada kat sana, cpt2lah di bawa pulang.... saya tahu perasaan yg mereka alami sbb saya pernah alaminya juga smasa di Mesir......

Izzati Nur February 24, 2011 at 3:02 PM  

pelik memang pelik..dunia makin pelik atau manusia di dalamnya yang buat2 pelik..

BroHamzah February 24, 2011 at 6:15 PM  

1)- nadia mustafa

Kezaliman manusia yang tiada iman dan nilai kemanusiaan. Pemimpin sebegini akan tumbang nanti dengan izin Allah SWT.

Semoga Allah merahmati mereka yang ditindas.

Syukran.

BroHamzah February 24, 2011 at 6:16 PM  

1)- firas az-Zahra'


Allahuakbar. Membuka mata dunia untuk menilai dengan kacamata keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

BroHamzah

BroHamzah February 24, 2011 at 6:19 PM  

1)- nuruzuaz


Inilah penyalahgunaan kuasa, hilang nilai kemanusiaan, dan mengikut hawa nafsu.

Semoga manusia sebegini diadili di mahkamah dunia dan mahkamah akhirat.

Allah Maha Adil!

BroHamzah

BroHamzah February 24, 2011 at 6:20 PM  

1)- sisIzzati

"Manusia" yang "pelik" membuatkan ia terus menjadi "pelik".

Wallahu'alam
BroHamzah.

Ariffah9 February 25, 2011 at 2:31 AM  

wah..baru kenal betul dia ni.

syukran/

فراس الزهرأ February 25, 2011 at 4:17 AM  

gaddafi yahudi?
wallahu a'lam. saya nak minta Brohamzah dan semua beri pandangan..

lihat link ni: http://www.israeltoday.co.il/NewsItem/tabid/178/nid/22668/Default.aspx

~firas az-zahra'

BroHamzah February 25, 2011 at 4:31 AM  

1)- Ariffah9

Coretan dan perkongsian maklumat ini hanya sedikit sahaja. Masih banyak lagi, jika selongkar sejarah hidupnya.

Sedikit ibrah untuk dijadikan iktibar. InsyaAllah

BroHamzah

BroHamzah February 25, 2011 at 4:33 AM  

1)- firas az- zahra'

Wallahualam, saya ada baca dipelbagai maklumat. Pelbagai versi, tidak tahu kesahihannya.

Tentang itu, saya tidak mampu memberi komentarnya. Semoga Allah SWT dedahkan kebenaran untuk kita jadikan iktibar.

BroHamzah

BroHamzah February 25, 2011 at 7:14 AM  

1)- firas az-zahra'

Barakallahu fik.

BroHamzah

Car Meng October 21, 2011 at 10:45 AM  

tak cukup maklumat utk mengenali beliau.. bias kepada negative saja. ingatlah dia pun islam. siasat kenapa dia tinggal dlm kemah dulu, ada sebab yg positifnya. barat/yahudi takut kpd pemimpin2 spt saddam dan qaddafi tapi tak takut kpd pemimpin2 kononnya islam padahal sekutu barat/yahudi. ingatlah kerajaan dajjal akan terus memerangi pemimpin islam yg lantang menentang mereka. pikirlah kita di pihak yg mana?

BroHamzah October 23, 2011 at 12:44 AM  

Komeng

Jika ada maklumat, mohon maklumkan kepada saya.Terima kasih.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP