Langit Ilahi.Com - Mari Menjadi Hamba
Mohon Respon : Himmah LI – Februari
Oleh : BroHamzah
Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Begitu pantas masa berlalu, sedar atau tidak – kita akan memasuki bulan 3. Saya bagaikan tersentak apabila membelek kalendar pagi ini.
“ Eh, sudah hendak masuk bulan 3!,” Respon saya kepada rakan sepejabat.
Itulah hakikatnya , masa akan terus berlalu dan meninggalkan kita. Masa yang berlalu tidak akan kembali. Semoga masa-masa yang berlalu, menjadi saksi bahawa kita telah melakukan yang terbaik dalam melaksanakan segala bentuk amalan soleh. InsyaAllah.
Ruangan Himmah – Langit Ilahi
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Dengan ketentuan dan ketetapan-Nya, saya juga telah sedaya upaya untuk berkongsi salah satu bentuk sumbangan perkongsian saya dalam website Langit Ilahi di ruangan artikel Himmah. Alhamdulillah, pada bulan Februari saya diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk menulis 4 artikel ( sedikit huraian tentang artikel) iaitu :
1. Qudwah Himmah
Perkongsian untuk menyelami susuk tubuh dan keperibadian insan yang dihiasi dengan sejutaan keistimewaan dan kehebatan. Kewajaran untuk menjadikan baginda Rasulullah SAW sebagai qudwah, role model dan contoh dalam hidup.
" Bagi saya, baginda telah menunjukan contoh yang sangat mengujakan dalam soal himmah, kesungguhan, kecekalan, keseriusan dan keteguhan dalam menegakan kebenaran yang sebenar."
2. Membongkar Potensi Diri
Perkongsian saya ketika mengadakan sesi perkongsian ceramah di sebuah sekolah di Perlis pada awal tahun ini. Alhamdulillah, perkongsian ini telah memberikan banyak kesan dan impak buat diri saya sendiri. Membongkar diri, ia bermula dengan diri kita.
" Selalu melihat diri dengan jujur dan tulus. Agar Allah SWT membuka mata hati untuk melihat kelebihan, kekurangan dan kelemahan diri sendiri. Inilah kunci bagi melakukan apa jua perubahan dalam kehidupan."
3. Seruan Buat Ummat Muhammad
Tulisan yang menyentuh keperibadian Nabi Muhammad SAW, insan yang mulia dan agung. Ajakan, seruan dan dorongan untuk mencintai, mengimani dan merindui Rasulullah SAW dalam kehidupan. Semoga kita menjadi ummat Nabi Muhammad yang sentiasa memperjuangkan sunnahnya!
"Seruan baginda buat ummat ini sehingga ke akhirnya tidak pernah pudar, suram dan terpadam. Baginda sentiasa menginginkan ummatnya yang hebat, luar biasa dan sentiasa “hidup” bahagia dalam lingkungan keimanan dan ketaqwaan."
4. Mengutip Ibrah di Puncak
Perkongsian saya tentang pengalaman saya sewaktu mendaki Gunung Tebu pada awal bulan Februari. MasyaAllah, perjalanan mendaki ke puncak memberikan seribu pengalaman dan ibrah yang mendalam bagi mereka-mereka yang berhajatkan kepada sentuhan keimanan kepada-Nya. Dengan melihat alam ciptaan Allah SWT , ia memberikan satu kekuatan kerohanian buat diri ini. Kesusahan, keperitan dan kepayahan mendaki banyak pengajarannya. Saya sedar :
“ Tidak dapat tidak, latihan kesengajaan untuk belajar kesusahan dan kepayahan akan mengetuk pintu hati agar sentiasa merendahkan hati, tunduk akan hakikat kekerdilan diri dan sedar akan hakikat bahawa kita semua adalah insan yang lemah.”
Jika anda berhajat untuk membacanya boleh layari ke website Langit Ilahi. InsyaAllah – di sana terdapat pelbagai artikel dengan pelbagai tema, karya seperti cerpen, puisi dan juga komik-komik islamik yang mendidik hati dan jiwa.
Sila layari
http://langitilahi.com
Dan
boleh klik
Ruangan “ Himmah” - BroHamzah
Cadangan, respon dan penambahbaikan.
Dengan kekerdilan, kelemahan dan kedhaifan diri, saya ingin meminta pandangan, cetusan, perkongsian idea dan juga kritikan membina daripada sidang pembaca mengenai tulisan saya dalam ruangan ini.
Saban waktu, apabila saya membaca semula tulisan – saya lihat ia masih kaku dan perlukan banyak penambahbaikan. Jadi jika anda – pembaca budiman – ingin berikan komentar dan pandangan, saya sangat-sangat mengalu-alukannya.
Dan, jika anda ingin memberikan pandangan tentang website Langit Ilahi ini, saya alu-alukan juga. Ia termasuklah dari segi persembahannya, layout, konsep yang ada, bahan-bahan artikel, teknikal dan apa jua yang boleh dipertingkatkan. InsyaAllah, setiap komentar anda – akan saya usulkannya kepada sahabat-sahabat saya dalam Krew Team Langit Ilahi.
Sekian
Terima Kasih
Syukran, Jazakallahu Khairan Khathira
Thanks A Lot
BroHamzah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
alhamdulillah...
setiap perkongsian yg anta smpaikn sdkit sbnyk mbri motivasi dan ksedaran dlm hdup ana.syukur kpd NYA krana Dia mmbri ilham dan kelebihan kpd anta untk menulis dan berkongsi sesuatu yg bermanfaat utk kpentingan sesama kita...namun maaf andai kata ana mnegur sdikit cuma krna ad kala ana membaca tlisan anta, ada bbrapa 'typing error' yg plu dperbaiki spya artikel anta akan lebih ada mutu dri segi ejaannya.Kdg2 ana merangkak2 sebb perlu mengeja tulisan anta n tkut juga salah dr segi kefahaman maksudnya nanti... :)
sekadar teguran dari hamba yg serba kekurangan.. Sentiasa menanti artikel dan perkongsian dr anta yg akan lebih hebat selepas ini!.Teruskan usaha murni anta demi Islam yg kita cintai :)
1) Anonymous
Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdullillah.
Terima kasih atas teguran yang sangat membina. Ya, ini adalah salah satu kelemahan yang sangat ketara. Kekadangan, sudah disemak berulang kali, tetapi masih ada tulisan yang salah ejaan dan sebagainya.
Terlepas pandang dan sebagainya. InsyaAllah selepas ini, ana akan lebih fokus, peka dan sensitif dalam soal ini.
Syukran.
BroHamzah
Terima kasih kerana memberi peluang untuk memberi pandangan mengenai website Langit Ilahi. Terfikir juga untuk mengatakan pandangan di sana, tetapi bimbang jika ianya hanyalah masalah kecil.
Type setting LI yakni 'center' sangat menyukarkan dan menyebabkan saya tidak laju membaca artikel di dalam LI. Saya merasakan setting 'left' atau 'justified' lebih sesuai untuk artikel. Kalau sajak atau puisi mungkin 'center' lebih baik.
Sekadar pandangan dan cadangan.
Wallahu wa'alam.
1)- Anonymous
Terima kasih atas pandangan, cadangan dan komentar anda.
Saya sangat-sangat menghargainya. Akan diusulkan dan dipertimbangkan bersama-sama rakan-rakan LI.
BroHamzah
Post a Comment