Putri kedua kami pada hari ke 4 :
'Azzah Munawwarah Binti 'Ali 'Irfan
Sudah tiga bulan lebih, si putri cilik
ini hadir di teratak kami. Sungguh cepat masa berlalu. Saya bagaikan
terlupa bahawa kami kini sudah empat orang semuanya. Hari hari
berlalu bersamannya sangat pantas. Senyumannya, ketawaanya dan gelak
comel-comel gitu menghiburkan kami tiga beranak – abi, ummi dan
kakak.
Azzah Munawwarah, itulah nama putri
kedua kami. Special namanya. Kenapa? Itulah rahsia saya dan zaujati.
Mana boleh habaq.^^
Makna dan ertinya?
Azzah – Kemuliaan
Munawwarah – Yang Bercahaya
Kemuliaan yang bercahaya.
Sungguh, kehadiran si cilik ini
menambahkan lagi seri dalam usrati. Tiada lafaz yang lebih mulia
melainkan lafaz :
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Saat menanti, si cute ini lahir –
keluarga saya sedang melalui fasa-fasa perubahan kehidupan yang agak
besar dan drastik. Keputusan yang harus cepat dibuat. Penyesuaian
diri dan famili di tempat baru, amat-amat memberikan suatu pengalaman
yang berharga buat kami sefamili, terutamanya saya dan zaujati.
Dia adalah anugerah, kurniaan,
pemberian dan hadiah daripada Allah SWT buat kami sekeluarga. Saya
menerimanya dengan jiwa yang tenang, damai lagi lapang tatkala
menikmati keredupan udara Ramadhan.
Kak Mukhlisah berjaya memainkan peranannya dengan sangat baik sehingga membuatkan "adi"nya pening kepala.
Lahirnya, si comel ini pada 24 Ramadhan
1434 H hari Jumaat yang penuh barakah. Allah SWT titipkan lagi
limpahan kasih sayang, cinta dan rahmat-Nya kepada kami melalui anak
yang mulus ini.
Dia hadir menjadikan anak sulung kami -
Mukhlisah riang gembira dan bahagia bertitlekan seorang kakak.
Dikucup pipi adiknya itu saban pagi dan waktu. Bahagianya membuatkan
kami terus berbunga-bunga.
Ya Allah, syukur kami atas kurniaan-Mu
ini.
Tiada lafaz yang lebih agung, mulia dan
tertinggi melainkan :
Alhamdulillah!
" Abi, bila Muna nak dapat adik pulak?,"
" Gulp!"
BroHamzah
Bagan Datoh, Perak
Read more...
Travelog Seorang PA - Rutin Harianku
Tuesday, November 5, 2013
" Di sini, aku timba pelbagai pengalaman, perasaan dan tugasan - Kau Tetap DiHati!"
Maka, bermulalah detik kerjaya saya
sebagai seorang PA kepada seorang tokoh masyarakat yang dihormati dan
disegani. Dalam tempoh sebulan dua, saya banyak merujuk Kak O (PA
sebelumnya) untuk kerja-kerja asasi dalam menjalani tugas ini dengan
tip-top!
Mula-mula, saya benar-benar kekok dan
agak janggal dibuatnya. Mana tidaknya, kerja-kerja ini sangat berbeza
dengan tugasan saya sebagai seorang pensyarah, penulis dan editor
sebelum ini!^^
Apa rutin harian saya?
Seawal selepas Subuh, saya akan semak
jadual dan seluruh temujanji majikan saya dengan cermat daripada buku
catatan khas PA Ketua Eksekutif. Lalu, saya akan mesej reminder
kepada beliau secara terperinci segala maklumat mesyuarat atau
pertemuan termasuk hari, tarikh, masa, tempat dan intipati ringkas
perkara tersebut. Jika hari itu ada 6 mesyuarat atau temujanji –
maka panjang dan penuh mesej tersebut.
Kerja ini kena sabar, teliti dan
cermat. Kekadang, jika tersalah taip atau beri maklumat ia akan
memberi kesan yang besar kepada penyusunan jadual boss saya. Pernah
saya tersilap memaklumkan masa mesyuarat, sepatutnya bermula 8.30
pagi tetapi saya tertulis 9.00 pagi – lalu boss saya masuk
mesyuarat lewat angkara kecuaian saya sedangkan beliau sangat
menepati masa.
Rasa bersalah itu menghantui saya.
Lantas, saya memohon maaf dan tidak akan berulang lagi perkara
seperti ini.
Seawal jam 8.00 pagi saya akan membuka
pintu pejabat Ketua Eksekutif. Setelah membuka segala komputer
pejabat dan memastikan semua alatan di pejabat termasuk printer,
mesin faks, penghawa dingin dan semuanya berfungsi dengan baik.
Lalu, saya akan kemaskan kesemua –
meja, lantai karpet dan rak-rak almari akan tersusun kemas dan
cantik. Di meja Ketua Eksekutif, susunan fail yang telah disemak,
ditandatangai dan diluluskan akan diletakan di sebelah kanan.
Mana-mana yang pending, akan dipinggirkan di bahagian kiri
meja. Hal ini tidak di maklumkan oleh KE saya, tetapi ianya berlaku
secara natural tanpa suara. Saya perlu peka, sensitif dan cakna
dengan keperluan, body language dan kehendaknya.
Bagi memastikan bilik KE sentiasa
bersih, wangi dan haruman – saya telah dibekalkan dengan penyembur
wangian yang harum lagi menyegarkan. Setiap masa terluang akan saya
semburkan ke seluruh bilik agar ianya melebar ke seluruh tempat. Mode
keceriaan dan kesegaran bilik amat penting untuk memastikan
kerja-kerja harian pengurusan berjalan dengan lancar!
Kemudian, saya akan semak jadual
mesyuarat dan temujanji yang melibatkan KE di kolej. Jika ada, maka
saya akan bergegas ke bilik mesyuarat untuk membersih, mengemas dan
menyusun aturkan segala perkakasan di sana agar kemas, cantik dan
tip-top.
Tugasan seterusnya, memastikan tempahan
makanan, minuman dan kuih-miuh ringan tiba di bilik tersebut sebelum
masa telah tiba. Jika melibatkan ahli mesyuarat VVIP atau kenamanan,
saya perlu sediakan cenderhati untuk para tetamu. Biasaanya, hal ini
dibantu oleh staff yang lain.
Surat khabar – saya perlu pastikan
ianya ada di meja KE sebelum beliau masuk. Tiga surat khabar yang
akan dibaca oleh beliau setiap hari – New Stairt Times, Sinar
Harian dan Utusan Malaysia. Dalam waktu-waktu senggang atau
menanti para tetamu, boss akan membelek surat khabar. Penting
katanya, untuk mengetahui isu-isu semasa.
Ketua Eksekutif Masuk Pejabat
“ KE masuk hari
ini,?”
“ Pukul berapa
KE masuk?”
“ Nak jumpa KE
boleh?”
Itulah mesej,
pertanyaan dan call yang akan saya dapat setiap hari. Akan ada sahaja
pengurus, staff dan pelajar yang berhajat untuk bertemunya dengan
pelbagai urusan. Saya menjadi tempat rujuk dan pusat temujanji.
Kekadangan satu hari sampai 10 orang bertemu tidak putus-putus.
Meja saya akan
jadi kaunter tiket untuk ambil giliran. Itu belum lagi, dengan tetamu
daripada luar KTD.
Selain kerja-kerja
kesetiausahaan, pengurusan pejabat dan pengkeranian yang saya timba –
saya juga bertanggungjawab menjadi penulis dan penyedia teks ucapan
atau artikel untuk Ketua Eksekutif untuk pelbagai event, acara dan
majlis. Kekadang, satu minggu sehingga 5 teks perlu disediakan.
Lantaran itu, jika tidak cukup masa atau mengejar dateline – maka
saya akan putuskan line telefon pejabat ke pejabat saya. Bukan apa,
untuk fokus kerja penulisan.
Selain itu, kerja
saya juga menerima panggilan dari dalam dan luar KTD. Ayat skema ini
sentiasa kemas dibibir saya dengan nada suara bagaikan seorang
operator :
“ Assalamualaikum, KTD, Boleh saya bantu?”
“ Assalamualaikum, KTD, Boleh saya bantu?”
Itulah rutin
ringkas kerja saya, tidak termasuk mesyuarat, perjumpaan dan
bengkel-bengkel berkala yang akan kunjung tiba dengan penuh bergaya
apabil tiba masanya. Apa pun, pada bulan-bulan pertama saya mengalami
kejutan kerja yang bersangat lantaran beberapa bebanan dan amanah
tugas yang datang bertimpa-timpa.
Pernah rasa
sangat-sangat terbeban dan hampir menitis air mata. Apabila
dikenangkan balik semuanya – terlalu banyak hikmah dan ibrah yang
tersembunyi.
Saya merindui
kamar itu.
Read more...
Labels:
Travelog Seorang PA
Travelog Seorang PA - Harapan Buatku
Monday, October 28, 2013
" Fokus + teliti + cermat dan tangkas - rahsia bekerja yang berkesan!"
Setahun lebih saya berkhidmat di KTD –
banyak masa dan waktu saya ialah travel di luar Kelantan dengan
pelbagai urusan, tanggungjawab dan amanah. Semuanya mendidik saya
untuk belajar mengurus, menyantuni dan bekerja dengan bijaksana.
Pengalaman itu amat berharga buat saya.
Amanah sebagai PA Ketua Eksekutif
bertitik mula apabila Dr Abdullah Sudin Ab Rahman (DASAR) pulang dari
travelnya dari luar negara atas urusan kerjanya. Seingat saya, beliau
pergi agak lama hampir sebulan. Ketika ketiadaan beliau di dalam
negara, saya ditugaskan beberapa tugasan lebih kepada kajian dan
penulisan. Ketika itu, saya memperuntukan masa yang ada di pejabat
dan sekitar Kelantan sahaja.
Ketika beliau pulang dari luar negara –
suatu hari, beliau mengajak saya keluar untuk beberapa urusan dengan
keretanya. Saya ikut dengan jiwa berdebar-debar kerana jarang keluar
dengannya waktu pejabat – tentunya ada apa-apa perkara yang ingin
dikongsikan secara peribadi.
“ Macamana kerja anta sekarang ini?,”
Tanya beliau kepada saya.
“ Alhamdulillah Dr, banyak perkara
yang ana dapat dan timba,” Balas saya senang. Ketika itu juga, saya
diamanahkan oleh beliau untuk menggalas tugas sebagai salah seorang
Editor bagi sebuah majalah islamik yang beliau naungi.
“ Macam mana lawatan dan kerja Dr di
luar negara?,” Saya sambung bicara bertanya khabar.
Beliau berkongsi beberapa perkara
dengan saya. Cuma yang lebih beliau fokuskan ketika itu tentang satu
perkara yang menarik perhatiannya.
“ Ana pergi banyak tempat di luar
negara. Dan satu perkara yang menarik perhatian ana ialah ketika sesi
ziarah ke beberapa tempat, ibu pejabat dan organisasi NGO dan
kerajaan. Kebanyakannya PA kepada ketua mereka adalah lelaki. Nampak
lebih baik dan selesa ketika berurusan.” Ujar beliau.
Saya nampak signalnya di situ.
“ Jadi Dr?,” Ringkas saya.
“ Ana hajat anta bantu ana untuk
tugas-tugas PA secara lebih dekat. Fokus di pejabat. Secara tidak
langsung, anta akan dapat banyak pendedahan pengurusan daripada atas
(top management) dan lebih menyeluruh,” Lontaran pandangannya
lembut menyentuh jiwa.
“ Kak O ( PA lama) akan ditempatkan
di HEA untuk urusan penubuhan KTD cawangan Sarawak dan urusan-urusan
MQA. Beliau diperlukan di sana kerana kecekapannya dan pengalaman
yang ada padanya. Untuk itu, anta kena menuntut pengalaman dan ilmu
pengurusan pejabat daripadanya,”
Saya berfikir dan diam. Berat tugasan
tu.
“ InsyaAllah Dr, ana cuba,” Kata
saya dengan sebuah harapan. Harapan untuk meningkatkan diri kepada
suatu perkara yang baru.
Saya sahut seruan ini dengan penuh
keazaman!
Labels:
Travelog Seorang PA
Subscribe to:
Posts (Atom)





