Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433
Tahun ini 1433 H, sambutan Eidul Fitri kami berbeza dari
tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulillah. Kehadiran ‘Aliyah Mukhlisah benar-benar
menyerikan Syawwal kami. Semuanya bagaikan teruja bersama-sama “ahli” baru kami
ini.
Kesian juga melihat putri kami yang “berusaha” keras untuk
maintainkan keceriaannya tatkala didukung, diacah-acah dan didodoi oleh semua
orang. Namun, saya gembira melihat semua ahli keluarga benar-benar gembira,
seronok dan penuh senyuman pada Eidul Fitri kali ini.
Kami sekelurga diberikan kesempatan untuk travel dan ziarah
sanak saudara dan rakan taulan di empat buah negeri – Perlis, Kedah, Pulau
Pinang dan Perak. Jika ditanya penat dan letih. Memang sangat-sangat letih.
Tetapi, masyaAllah – Allah SWT berikan kekuatan untuk saya melalui dengan cool,
tenang dan bahagia. Lebih menyeronokan travel bersama adik-beradik dan juga mak
mertua, abang ipar dan adik-adik ipar yang sangat ceria. Taaruf bersama mereka
terus subur dan mekar.
Nikmatnya apabila amalan ibadah ziarah-menziarahi apabila
kita menghubungkan talian persaudaraan yang sedia terjalin dan bertanya khabar
mengemaskini keadaan semasa. Tahun ini,
saya diberi peluang untuk menziarahi pusara ayah mertua yang telah kembali ke
rahmatullah. Sayu hati, melihat suasananya. Dan, inilah surat takdir dan
ketentuan Allah SWT. Saya tidak sempat mempunyai ayah mertua. Tentunya ada
hikmah di sebalik semua ini.
Catatan ini, sekadar sesi memanaskan jari-jemari yang kian
kaku dan mengisi kesunyian blog ini. Tiada apa yang ingin dikongsikan sangat –
hanya cetusan rasa di bulan Syawwal ini. Buat sahabat pembaca, ayuh sama-sama
kita mulakan ibadah puasa sunat 6 hari yang sangat dituntut oleh Islam.
Dari Abi Ayub Al-Anshari, : Bahwa
Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa puasa Ramadhan kemudian diikutinya
dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, adalah ganjarannya seperti puasa setahun” [Hadith Riwayat Muslim]
Dikesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari
Raya Aidil Fitri buat semua para pembaca. Semoga Allah SWT menerima amalan kita
semua sepanjang Ramadhan yang lalu. InsyaAllah.
BroHamzah,
Ummu Mukhlisah
&
Aliyah Mukhlisah
Kota
Bharu,
Kelantan
Darulnaim
Read more...
Nota Hati : Sunyi Benar Teratak Ini
Monday, August 13, 2012
Lukisan Hati
Masa
berlalu, tanpa kita sedari.
Masa yang
ada, berlalu di tepian sisi.
Adakala
membuatkan kita, tidak sedar akan hakikat ini.
MasyaAllah!
Waktu-waktu
yang ada terus berlari.
Yang tinggal
adalah baki-baki untuk digenggami.
Itulah masa-masa
yang ada bersama-sama hayat ini.
Saya
sentiasa singgah di teratak ini, - setiap kali “terjun” ke alam maya.
Persinggahan untuk mengambil teduhan dan melihat jejak yang saya tinggalkan sebelum-sebelum
ini. Bila diteliti sudah lama teratak ini sunyi tanpa jejak yang berkala
seperti selalu-selalunya. Apatah lagi, apabila Ramadhan al-Mubarak mulai
menjengah, saya fikir bahawa tentunya punyai masa terluang yang agak “banyak” untuk dimanfaat kelak.
Rupa-rupanya
tanggapan saya itu meleset sama sekali. Ramadhan al-Mubarak 1433 H benar-benar
“menguji” hamba ini dengan pelbagai kisah, rupa dan cerita. Masa itu berlalu bagaikan panahan kilat. Sedar-sedar saya sudah dipenghujung
Ramadhan. Fasa akhir, - semester akhir dan waktu-waktu berbaki yang ada – membawa
satu tamparan kepada diri saya.
Saya bimbang
tertutupnya buku Ramadhan al-Mubarak : Tercatat di nota kesimpulan akhirnya
ialah kalimah : GAGAL.
Gagal, yang
merugikan dan mencelakannya saya.
Jika berlalu
Ramadhan ini, saya masih ditakuk lama – alangkah malangnya diri ini. Amal tidak
bertambah, ibadah tidak berbekas dan tiada apa-apa kesan buat diri sendiri.
Perubahan tidak berlaku, sama sahaja seperti sebelum-sebelum ini. Roh membeku,
jiwa hambar dan hati keras. Lebih mengusarkan, ia lebih teruk daripada keadaan
sebelum ini. Perjalanan hidup ini masih panjang dan jauh. Kiranya, membuat
muhasabah sebelum berakhirnya Ramadhan buat diri ini, akan mencetuskan perasaan
untuk bangkit di penghujung perjuangan.
Saya
menerima satu tazkirah SMS mingguan daripada murabbi yang berbunyi :
-----
“
Jalan menuju Allah bukanlah jauhnya perjalanan kaki, namun ia adalah perjalanan
hati.” – Ibnu Jauzi. Marilah kita terus menerus bertaubat dan beristighfar
membersihkan hati sepanjang Ramadhan.
-----
Hati tersentuh.
Tentunya, murabbi menitipnya dengan harapan dan bingkisan ingatan kerana Allah
SWT buat saya. Keikhlasannya mendidik semenjak dahulu, banyak memberikan
pengaruh kepada kehidupan “tarbiyah” saya. Saya menatap sms pemberiannya dan
membalas dengan ucapan penghargaan dan terima kasih. Semoga Allah SWT
merahmatinya.
Saya
lakarkan semula perjalanan Ramadhan 1433
H – bermula minggu pertama, kedua, ketiga dan hingga minggu keempat. Fasa demi
fasa dilihat, diamati dan diteliti. Apa yang telah aku lakukan? Hati memaksa
saya jujur. Nafsu saya bergolak agar reserve
dan bertolak ansur. Hati berbolak balik. Apa yang aku telah manfaatkan? Apa
kelalaian aku yang telah ter- ter – terbuat
sama ada sedar atau tidak?
Waktu masih
berbaki, - saya mengasak hati dengan nukilan awal Ramadhan 1433 yang
berkali-kali saya baca, hayat dan telusuri. Saya akur. Inilah harapan saya. –
Andaikata Inilah Ramadhan Yang terakhir.
Andainya Ini Ramadhan Terakhir Buatku,
Kupohon kepada Ilahi agar segala kemanisan,
kelazatan dan keindahannya dapat ku kecapi dengan wajah yang berseri-seri lagi
penuh erti.
Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir,
Inginku penuhi siangnya dengan amalan yang
membersih hati
Inginku hiasi malamnya dengan amalan yang
menjernihkan sanubari
Andai inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
Hajatku, air mata ini benar-benar mengalir
dengan penuh kehangatan lantaran keinsafan atas segala dosa-dosa, kekhilafan
dan kesilapan yang lalu.
Andainya inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
Aku memohon kekuatan, rahmat, inayah dan taufiq daripada
Allah SWT agar Ramadhan ini adalah yang terbaik buatku.
Para ulama mengambarkan Ramadhan umpama titisan
air hujan. Bukan semua orang akan mendapat jumlah air rahmat yang sama. Iannya
bergantung kepada bekas tadahan yang kita sediakan. Sahabat pembaca sekalian,
marilah sama-sama kita sediakan tadahan hati seluas-luasnya untuk memperolehi
semaksima mungkin janji-janji Allah SWT dari Ramadhan.
Hanya hati yang bersih,jernih dan putih sahaja
mampu menerima jumlah air rahmat yang banyak daripada Ramadhan. Beruntunglah
bagi mereka-mereka yang melangkah kaki ke bulan Ramadhan dengan jiwa dan hati
yang bersih.
Mudahan kita semua tergolong dalam golongan
manusia yang benar-benar beruntung.
Andai inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
ingin aku menadah sebanyak mungkin rahmat dan keberkatannya dengan hati penuh
pengharapan, keimanan dan penghambaan.
Ya
Ilahi, Ya Rabbi –
Aku Hamba-Mu
yang hina. Aku Hamba-Mu yang lemah. Aku Hamba-Mu yang kerdil.
Andai
benar inilah Ramadhan Yang Terakhir Buatku,
Adakah
Pintu Keampunan Benar-benar Terbuka Untukku?
BroHamzah
Menjengah
Malam. Saat Sunyi Itu Ada Rasa Yang Berbeza
Bagi
Jiwa-jiwa Yang Mengerti.
Read more...
Labels:
Catatan Perjalanan
Titik & Nokhtah Kehidupan
Sunday, August 5, 2012
Titik & Nokhtah Kehidupan
.
…
………
…………….
…………………………………….
Pada titik-titik itu, kita amati dunia kita
jauh berbeza.
Apa yang kita alami, tidak semua orang rasai.
Apa yang kita lalui, tidak semua insan kecapi.
Justeru, bagaimanakah kita boleh mengharapkan
orang lain
memahami diri kita dan kehidupan kita?
Mengharap kepada manusia, kita selalunya kecewa.
Lalu, siapakah lagi yang boleh kita sandarkan
dalam hayat yang sangat singkat ini?
Titik-titik kehidupan kita sentiasa bergerak,
berubah dan beralih arah.
Andai kata, statik dan pasif itu pilihan hati -
kita adalah manusia yang tidak memahami
sunnah perubahan demi perubahan.
Ketika manusia-manusia lain bangkit membina
potensi diri, berubah menuju kejayaan dan
melangkah untuk lebih “maju” –
kita hanya pasrah dengan takat-takat yang ada.
Kita kata : “ Cukuplah, biar biasa-biasa.”
Kita suka : “ Kira ok la ini, buat apa
susah-susah.”
Kita sangka : “ Inilah nasib aku, nak buat
macamana.”
Terus, kita dengan diri kita.
Dengan diri yang
entah apa-apa.
Ya Allah Ya Rabbi, berikanlah aku
hidayah, taufiq dan Inayah untuk
aku terus berubah menuju cahaya-Mu.
Bimbinglah dan tunjukanlah aku jalan
kebenaran-Mu.
Tetapkanlah aku pada jalan-Mu yang
benar.
Tetapkanlah aku pada al-Haq.
Ameen Ya Rabbil Alamin
BroHamzah
Belajar Memahami Agar Difahami
Ramadhan : Bulan Transformasi. -
Bagaimana hendak menggerakannya?
Read more...
Labels:
Santai
Subscribe to:
Posts (Atom)



