Siri Buku Penanaman Tauhid - Usaha Pertama Zaujati

Wednesday, April 3, 2013




Buku Pertama Zaujati yang ditulis bersama 
Murabbiyah Tarbiyatul Aulad - Puan Maimunah Bt Hashim.



Tentunya, sebagai ibu bapa – kita akan tersentuh dan terkesan dan terusik perasaan apabila diperkatakan tentang pendidikan anak-anak.

Anak-anak adalah cerminan ibu bapa. Itu suatu kepastian! Lantaran itu, hari ini kebanyakan ibu bapa mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka.

Salah satu, tapak asas yang terpenting dalam tarbiyah anak-anak ialah penanaman tauhid. Ia menjadi pasak yang penting dalam menyuburkan kecintaan mereka terhadap Rabb Pencipta mereka. Buku menjadi wadah yang baik untuk penerapan asas ini bagi memperkenalkan mereka siapakah Allah SWT.

Buku juga sebagai permulaan di usia muda menyedarkan mereka bahawa Allah SWT adalah pencipta, Rabb mereka – hanya Allah dan memiliki segala-galanya di muka bumi ini.

Justeru itu, atas kesedaran inilah – zaujati berimpian untuk sama-sama berkongsi apa yang beliau lalui sejak kecil dalam proses tarbiyatul awlad. Dan, akhirnya lahirlah buku siri pembacaan Inggeris ini untuk merealisasikan hasrat murni ini.


Kelebihan buku ini?

Buku ini ialah siri membaca Bahasa Inggeris @ English Reading Series yang dikarang bertujuan membina kemahiran membaca Bahasa Inggeris anak-anak pra-sekolah, sejajar dengan usaha menanamkan tauhid kepada mereka.

[1] Perkataan-perkataan di dalam buku ini diulang-ulangkan untuk tujuan membantu anak-anak menangkap perkataan Bahasa Inggeris tersebut, dan seterusnya boleh membacanya.

[2] Gambar-gambar yang menghiasi dalam dan luar buku-buku ini juga amat menarik minat kanak-kanak.

[3] Pendekatan penerapan Tauhid yang diambil oleh penulis-penulis buku ini ialah, menanamkan Allah itu satu-satunya Rabb, Allah itu Maha Pemurah dan Allah itu Maha Penyayang.

[4] Hubugan antara Rabb dan Hamba-Nya ialah hubungan kasih sayang, oleh kerana itulah Allah SWT mengurniakan kita segala nikmat. Atas kerana hubungan istimewa ini jugalah, kita sebagai 'Abd (hamba) terikat untuk membalas cinta Allah SWT itu dengan ketaatan total kepada-Nya. Ketaatan yang tidak berbelah bahagi, seperti dalam surah Al-Fatihah.



Sasaran buku ini ?

[1] Ibu bapa – sebagai pendidik kepada anak-anak

[2] Anak-anak berumur tiga sehingga enam tahun. [ Namun, tiada had umur kerana yang masih kecil sudah boleh didedahkan secara berperingkat]

Kenali Buku

Buku ini merupakan buku-buku yang diterbitkan untuk memenuhi satu program pembacaan bersiri yang dinamakan Little ‘Abd Programme. Satu set buku ini terdiri dari lima buah buku yang mempunyai tahapan yang berperingkat. Siri-sirinya bertajuk :

[1] Allah Is My Rabb
[2] Allah Loves Us
[3] Thank You Allah!
[4] It’s Fun At The Zoo
[5] Only Allah Can Give Us Fruits


Bagaimana hendak memiliki buku ini?

Tuan-tuan dan puan-puan budiman,
Ibu bapa yang sekalian,

Jika berminat untuk memiliki buku ini – bolehlah berurusan dengan saya melalui emel saya : brohamzah85@gmail.com dan bagi yang mempunyai facebook boleh PM saya di sini. Saya akan nyatakan harganya, perincian urusan pembayaran dan penghantaran kepada tuan-tuan dan puan-puan. InsyaAllah.

Harapan Kami

Besar harapan kami agar “perkongsian” ini dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa dalam usaha bersama mendidik anak-anak mengenali Allah SWT, mentaati Allah SWT dan seterusnya mencintai Allah SWT. Sebagai ibu bapa, kita berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan ini.

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP