Mereka "menyuluhkan" kita cahaya.
Mendidik kita untuk menjadi insan berjaya.
Semenjak kecil, saya sentiasa bahkan selalu
menjadi “pendengar” setia bagi setiap
perkongsian, luahan dan rasa hati emak tentang segala cerita dan karenah anak
pelajarnya.
Pelbagai ragam, kisah dan sudut-sudut yang
tidak termampu dikatakan. Tetapi, emak akan menyatakan walaupun kami tidak
meminta. Kata abah :
“ Ali dengar sahaja, apa yang mak nak
kongsikan. Sekurangnya, itu dapat buat emak gembira dan lega.”
Saya
angguk. Terus-menerus setia mendengar sehinggalah hari ini. Kata abah,
meluahkan itu ubat dan penawar buat emak.
Ya. Saya mengakui akan kebenaran itu.
Dunia
Pendidikan
Menjadi pendidik, guru, cikgu dan ustaz pada
hari ini amat mencabar. Mungkin sahaja, gaji dan elaunnya tinggi tetapi
bebanan, amanah dan tanggungjawabnya kian luar biasa hebat. Tanpa niat, misi
dan matlamat yang jelas – pasti sahaja siapa yang menceburi dunia pendidikan
ini akan stress, tertekan dan boleh menjadi hilang daya untuk terus
bertahan.
Apa pun, buat guru-guru kalian sebenarnya
adalah insan mulia. Syabas kerana memilih dunia pendidikan ini dan berdedikasi
untuk bergelumang dengan dunia ini sehingga ke penghujung usia. Saya pernah
jumpa, ramai guru-guru yang sangat passion, bahagia dan teruja dengan dunia pendidikan sehingga akhir hayat.
Dan, saya juga pernah jumpa – guru yang begitu tension
dengan pekerjaan sehariannya itu dan amat-amat terasa hidupnya sangat
malang, kelam dan merugi. Kesian melihatnya, kerana tidak menjiwa profesion
yang digelutinya saban hari.
Zaujati –
Insan berjiwa pendidik
Semakin hari mengenali insan ini, saya semakin
kagum kepadanya. Kesungguhan, kesabaran, kecekalan dan ketabahannya untuk
memberikan yang terbaik membuat hati ini sentiasa ingin bersama dengannya walau
apa jua badai cabaran yang melanda.
Dunia pendidikan hari ini tidak pernah sunyi
dari pelbagai mehnah, ujian dan tribulasi yang beraneka ragam. Dari aspek
pengajaran, pembelajaran, pengurusan sehingga pergaduhan pelajar yang
remeh-temeh juga perlu dipedulikan oleh seorang guru. Tidak cukup dengan itu, -
kisah-kisah, masalah-masalah dan ragam-ragam di luar sekolah turut tertempias ke
bahu mereka.
Air mata, esakan, tangisan dan luahan hati
seorang guru harus dipandang dengan mata hati. Jika tidak, mereka terpendam
dengan bebanan yang tiada kesudahan.
Guru-guru, mereka punyai cita-cita yang tinggi
untuk anak bangsa, negara dan agama.
Guru-guru, mereka juga insan biasa yang miliki
hasrat hati dan jiwa.
Guru-guru, mereka juga ingin bahagia dengan
melihat kejayaan anak pelajar yang dahulunya hanya biasa-biasa.
Guru-guru, walau apa jua keadaan, kesusahan dan
keperitan kalian melalui semua amanah ini – ketahuilah kalian tetap dihati
kami. Ya, kami yang dahulunya adalah insan yang mengagumi kalian daripada jauh.
Dalam di sudut hati, kami ingin menjadi seperti kalian.
Kalian tenang dalam bersabar.
Kalian yang benar-benar bersungguh menerangkan.
Kalian yang jujur dan ikhlas dalam mendidik.
Kalian yang cekal untuk berbakti.
Kalian yang tetap teguh untuk memberi.
Kalian yang sentiasa tersenyum dalam mengasihi.
Teruslah berbakti, mendidik dan
memberi.
Kerana kami insan yang belum
mengerti,
Akan hakikat hidup ini.
# Dedikasi khas buat zaujati.
Guru Bahasa Inggeris Tahun 1,2 dan
3.
Sekolah Kebangsaan Bagan Datoh,
Perak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment