Kalau Dah Namanya Manusia

Monday, December 24, 2012


Mencari Diri Sendiri


Aku manusia biasa.

Tiada jawatan, pengaruh, kuasa dan apa-apa pandangan khusus kepadaku. Hidupku sederhana, biasa-biasa dan sebegini sahaja. Aku memerhati, melihat dan mengamati apa yang boleh aku perhatikan. Dunia ini bulat, pi mai pi mai tang tu juga.

Aku melihat manusia. Ramai, pelbagai, berjenis-jenis dan beraneka ragam. Manusia ini semakin diamati semakin pelik dan jelik mereka. Semakin didekati dan cuba memahami – semakin menjadi-jadi keajaiban demi keajaiban.

Satu perkara yang aku semakin geli dengan manusia ialah kegilaan mereka. Ramai yang gilakan pujian, sanjungan, pengiktirafan dan penghargaan. Diciptanya pelbagai jalan. lorong dan cara untuk menjulang semua ini dengan apa jua peluang dan kesempatan.

Biarpun, ianya atas nama – kerja amal, kerja kemanusiaan atau kerja amal Islami.

Aku terasa akan semua ini. Bahawa, ianya adalah ujian, dugaan dan cabaran dalam beramal. Mungkin benar, mungkin juga salah :

 Jika kita buat sesuatu kerja atau amal kerana hajatkan pujian, fokuskan kepada pengiktirafan dan penghargaan - pastinya kita akan sakit jiwa dan kecewa."

------

Berapa ramai "manusia" yang beramal dan bekerja tapi hatinya sakit, derita dan kecewa. Ramai, ramai dan sangat ramai!

Aku sentiasa diasuh dengan ikhlas, bagaimana untuk ikhlas dan berhadap dengan ikhlas. Semakin belajar, semakinku mengerti bahawa ianya bukannya suatu perkataan yang mudah disebut seperti menyatakannya.

Ikhlas, Ikhlas,Ikhlas.
Kemudian, ikhlas, ikhlas dan ikhlas.
Dan ikhlas, ikhlas dan juga ikhlas.

Belajar ikhlas daripada ikhlas itu sendiri.
Usah belajar ikhlas daripada manusia – pasti kita akan merana.

------
BroHamzah
Belajar Ikhlas

3 comments:

BintuAli,  December 24, 2012 at 10:57 AM  

kadang tu, rasanya dah ikhlas. tp bila ada yg puji, ikhlas dah tak tahu kemana.
Allah, lemah lg (T_T)

sea_lavender December 24, 2012 at 10:03 PM  

usaha ikhlaskan diri kerana Allah pasti ianya menjadi satu kepuasan yang tiada tandingannya.. dek kerana ikhlas atas manusia ianya tak ke mana~~

ateyyyy December 27, 2012 at 6:50 AM  

Belajar ikhlas daripada ikhlas itu sendiri.

Bagaimana ? T.T

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP