" Abi, saya comel tak?," Ujar Mukhlisah.
Pengalaman
menjadi seorang abi (bapa) kepada seorang putri benar-benar membungakan
hati saya. Suatu pengalaman yang membuatkan saya teruja dalam ketenangan.^^.
Kelihatan cool sahaja, tetapi setiap detik yang ditempuhi hanya saya dan
zaujati sahaja yang tahu, alami dan rasai. Di sebalik raut wajah saya ini, ada
kisah-kisah yang sangat menyeronokan, meletihkan dan pelbagai lagi perasaan
yang timbul.
Menjadi
seorang abi bukannya semudah memberi jawapan apabila ditanya :
“ Engkau
dah berapa orang anak?”
Biasanya, kita
akan jawab :
“ Baru
seorang.”
“
Alhamdulillah, dan tiga.”
Realitinya,
bukan semudah itu untuk menjadi seorang abi, abah, ayah atau baba.
Tentunya
untuk menjadi seorang abi, abah, ayah, baba atau papa memerlukan suatu
persiapan dan persediaan yang tersendiri. Sebenarnya, banyak perkara yang perlu
difikirkan, direncanakan, dirancang dan dilaksanakan untuk menjadi seorang
bapa. Pelbagai adjustment, penyesuaian dan kecekapan yang kita perlukan untuk
“bersiap” menjadi seorang bapa.
Pengalaman
sendiri adalah cara yang terbaik dalam membina kemahiran dan keyakinan. Asas
kunci dan prinsipnya ialah mencuba. Mencuba yang bagaimana?
Mencuba
dengan ilmu dan “mencedok” pengalaman orang lain yang kita yakini dan percayai.
Bukan main cedok sahaja.
Perubahan
Hidup
Dikurniakan
cahaya mata – merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT. Maha suci Allah SWT
yang menganugerahkan sepasang suami isteri anak untuk memberikan suatu lagi
bentuk dimensi kehidupan kepada manusia.
Sebagai
seorang bapa – harusnya kita melibatkan diri dengan bayi kita sendiri. Ia
adalah suatu pengalaman yang sangat signifikan kepada seorang bapa. Amat
merugikan bagi seorang bapa yang memiliki anak tetapi hubungannya dengan anak
tersebut amat terbatas dan terdapat jurang yang jauh antara keduannya.
Dengan
penuh rendah diri, saya kongsikan beberapa tips yang saya ambil daripada
pengalaman, pembacaan dan pengamatan saya yang baru sahaja mempunyai seorang
anak. Justeru, tentunya ia terbatas dan segala perkongsian amatlah dihargai.
Tips –
Melibatkan Diri Anda Dalam Dunia Bayi
(1)
Pamerkan kasih sayang, kecintaan dan hubungan keinsanan
Apabila
kita menunjukan kasih sayang dan memberi respon kepada isyarat-isyarat bayi,
sesuatu kimia semulajadi akan terhasil di otak bayi yang dipanggil
neuropeptide. Kimia badan ini penting dalam memainkan peranan terhadap
pembinaan emosi bayi.
Ia bukan
sahaja menggembirakan dan menyeronokan bayi kita, tetapi ia membina hubungan
antara kita dan si manja. Si manja kita akan mulai sedar bahawa kita dengan
dirinya mempunyai suatu hubungan yang istimewa.
Macamana
hendak buat ? – Pamerkan riak wajah yang meniru wajahnhya seperti menjelir
lidah, berkerut, keluarkan bunyi, senyum dan sebagainya. Semua ini akan
membantu kita untuk membina perhubungan dan komunikasi antara kita dan bayi.
Smile^^.
(2)
Mencuba segala-galanya.
Untuk
merasai pengalaman menjadi bapa yang sejati seharusnya kita lakukan semua
perkara yang berkaitan dengan bayi kita. Memandikannya, menukarkan lampin,
memakaikan baju, buatkan minuman susu, bermain dengannya dan sebagainya.
Kemahiran
keibubapaan perlukan latihan. Bak kata mat salleh, practice make prefect. Dan,
latihan yang terbaik ialah kita lakukannya sendiri, alaminya sendiri dan rasai
setiap perkara yang berkaitan. Kita akan lebih berkeyakinan dan menjadi lebih
baik dengan pengalaman sendiri.
Keyakinan
inilah yang kita perlukan!
(3) Memberanikan
diri dan buat sendiri.
Ambil masa
yang berharga lagi berkualiti untuk meluangkan masa bersama bayi kita seorang
diri. Ia amat penting untuk kita membina suatu ikatan yang tersendiri antara
kita dengan bayi kita. Berikan peluang dan ruang kepada isteri kita untuk
berehat dan melepaskan lelahan menjaga bayi kita.
Dalam masa
yang sama, jika keadaan semakin rumit atau susah – bayi mulai menangis,
meraung-raung dan tidak senang duduk – jangan terus melulu kepada isteri. Kita
sebagai bapa, tenangkan hati dan cuba selesaikan masalah itu dengan sendiri.
Berlatih
memujuk, buatkan susu, cuba lihat apa punca bayi kita meragam dan juga kita
tidurkan dia. Jika berjaya, anda akan merasai suatu kepuasan dan tertingkatnya
keyakinan anda untuk “mengasuh” bayi anda sendiri.
(4)
Belajar bercakap dengan si kecil anda
Apabila
bersama bayi anda, cubalah bercakap, berinteraksi dan berkomunikasi dengannya.
Murabbi saya berpesan agar antara kalimah awal yang mesti kita sematkan kepada
bayi-bayi kita adalah :
“Allah”
“Assalamualaikum”
“
Allahuakbar”
“ La
Ilaha illallah.”
Ini asas
komunikasi yang terawal. Biarlah perkataan pertama yang keluar daripada mulut
bayi kita adalah Allah SWT. Rabb yang menciptakannya. Secara tidak langsung,
penanaman tauhid berlaku.
Di samping
itu, mula-mulalah bercakap-cakap dengannya tentang apa yang ada
dipersekitarannya. Hubungannya dengan Allah SWT. Contoh :
“ Itu
burung. Siapa yang ciptakan burung? - Allah SWT yang ciptakan burung. Dan tidak ada yang menciptakan burung selain Allah SWT”
Wujudnya elemen pernyataan dan penafian!
Mungkin
akan kata, bayi masih kecil – mana dia faham. Sebenarnya, dalam psikologi bayi
ini amat-amat membantu dirinya untuk merasa selamat dan gembira. Ia umpama makanan
untuk otak bayi tersebut. Dan yang terpenting, ia membina kemahiran bahasa dan
komunikasi daripada usia yang muda.
Hakikatnya,
bayi tidak perlu memahami perkataan untuk mendapat kelebihan untuk bercakap.
Semuannya adalah sebahagian daripada proses untuk memulakan tumbesaran yang
lebih efektif dan terarah kepada suatu yang baik dan selamat.
(5)
Luangkan masa untuk bermain
Sebenarnya
tidak perlukan masa yang lama untuk bermain dengan si kecil kita. Sekadar 5
sehingga 10 minit sudah memadai. Permainan apakah yang sesuai?
Antaranya,
kita membuat mimik muka berkerut, menjelir lidah dan senyum kepadanya. Sebutlah
kalimah-kalimah yang baik bagi merangsang minda dan otaknya.
Perkataan,
ritma dan cerita membina kemahiran bahasa dan memorinya. Hal ini kita boleh
semak dengan rujukan yang lebih berautoriti.
Permainan “cak
cak” boleh membina kemahiran bayi kita dalam komunikasi dan menyampaikan
emosinya. Perkataan yang boleh kita guna juga ialah Allah, Allah dan Allah.
Sebuah
perkongsian - sekadarnya
Itu serba
sedikit yang boleh saya kongsikan. Mungkin ada bapa-bapa, ayah-ayah dan
papa-papa ingin kongsikan pengalaman mereka dalam usaha menjadi bapa yang
sejati lagi mithali.
Kursus-kursus
Islamic parenting kini menjadi salah kursus yang kian mendapat tempat di
kalangan masyarakat. Dan, saya dan isteri sedang menyusun satu perancangan
untuk menfokuskan pendidikan putri kami ini untuk mendedahkannya dengan
Al-Quran dan penanaman tauhid.
Isteri saya
meletakan target anak kami boleh membaca Al-Quran di usia 4 tahun, memandangkan
beliau dapat membaca Al-Quran seawal usia 4 tahun. Justeru, banyak perkara yang
perlu kami lakukan untuk menjayakan misi ini. Doakan.
Tugas
pendidikan anak-anak bukan dipertanggungjawabkan di bahu isteri semata-mata
tetapi ia adalah amanah besar dan penting bagi bapa dan ibu!
Catatan Seorang Hamba
(1) Antara pengalaman yang melelahkan ialah menjaga dan bersengkang mata menjaga anak saya ketika dia demam, selsema dan tidak sihat. Sedih melihat, saya tidak boleh tidur dan bermujahadah tahap yang paling tinggi. Dan, apa yang dirasi ialah semakin sayang dan menghargai pengorbanan emak dan bapa membesarkan diri ini sehingga kini.
(2) Sinergi, kerjasama dan hubungan dua hala suami isteri amat penting dalam tugas membesarkan anak-anak. Selepas ini, saya hendak cedok banyak-banyak ilmu keibubapaan daripada Mak Abah dan juga Ibu Mertua saya. Boleh kongsi-kongsikan di sini jika berkesempatan.
BroHamzah
Baru kebah dari demam dan selsema.
Terus berjuang!
2 comments:
Nak kena tuntut ilmu dari org yg berpengalaman jadi ayah ni.
Syamilsynz
Perlu menuntut ilmu daripada mereka yang punyai ramai anak dan berpengalaman.
BroHamzah
Post a Comment