Gomo Kelate Gomo
Foot ball – Bola kaki?
Bolak Sepak sangat sinonim dengan lelaki - Anda
setuju?
Tentunya, ramai yang akan mengiyakannya.
Jarang-jarang kita temui, orang lelaki yang tidak meminati bola. Sangat-sangat
jarang. Benarkah atau sebaliknya?
Sukan yang menghantui – Fobia!
Saya juga adalah salah seorang insan yang
dahuluinya meminati bola sepak. Hampir-hampir ketagih dan gila dengan bola
sepak. Piala Malaysia, Piala FA, Piala Dunia dan hatta piala cap kampung pun
saya ambil peduli.
Tapi, itu dahulu. Namun sekarang tidak lagi.
Semenjak accident yang memfobiakan saya dengan bola sepak. Semasa tingkat satu
dan dua, ramai kawan-kawan yang patah kaki, tangan dan terkehil tulang-tulang
badan kerana bermain bola. – Permainan yang kejam, ganas dan tidak
berperikemanusian. – Itu tanggapan saya.
Dan, ada suatu peristiwa yang terus menguburkan
minat saya - terus - dengan bola sepak. (Namun terpaksa dirahsiakan agar ia berlalu pergi dengan aman.)
Tambahan pula hal ini, dimomokan pula dengan sentimen, bola
sepak itu perancangan yahudi untuk melalaikan umat Islam. Ia menambahkan lagi
jurang antara saya dan bola sepak.
Sehinggalah, hilang minat dan kecintaan itu
beransur-ansur. Dan, sekarang apabila sebut bola sepak, futsal dan apa jua
seangkatan dengannya : saya tidak memberikan respon yang mengujakan!. Jika ada
ajakan untuk berfutsal, berbola-bola dan sebagainya – ia benar-benar mematikan
mode saya.
Akhirnya, saya telah membangkukan diri saya.
Kaki sudah tidak berbisa dalam menendang bola. Skill-skill dan kemahiran-kemahiran bola sepak semakin luput
dan tumpul ditelan zaman. Lantaran itu, saya beralih kepada sukan yang lain
seperti badminton, bola tampar dan bola takraw.
Yang penting, riadhah dan bersukan itu mampu
dilaksanakan.
Anda pula bagaimana?
Kejayaan Semalam. Perincian di sini
The Red Warrior (TRW)
Walau apa pun, saya ingin ucapkan tahniah
kepada The Red Warrior (TRW) atas kejayaan mereka semalam. Tugas yang digalas
berjaya dilaksanakan dengan kerjasama pasukan yang terbaik dan permainan
semalam cukup bertenaga dan best!
TRW, - Kelantan - benar-benar membuktikan
kehebatan mereka sebagai gergasi Pantai Timur apabila kemenangan ini
mencatatkan sejarah yang tersendiri kejuaraan treble musim ini. 3-2 dengan
menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam membuatkan para penyokong
TRW pulang dengan senyuman kepuasan dan penuh makna!
Satu nama yang gah saat ini, bah terus menaikan
nama mereka apabila menjulang piala Malaysia bagi musim 2012. Hebat penangan
TRW ini. Suatu signal buat kita semua, bahawa penangan bola sepak tanah air
masih berbisa dan mampu mencipta fenomenanya yang tersendiri.
Tahukah kalian TRW kini menduduki ranking ke–142 kelab-kelab dunia? Ia mengalahkan dan mengatasi kelab elit dunia seperti
Newcastle United (164), Galatasaray (168) dan Los Angeles Galaxy (210) yang
turu disertai oleh David Beckham, ikon bola sepak dunia.
Itu suatu pencapaian yang membanggakan buat
Kelantan dan seluruh rakyat Malaysia. Statistik terbaru itu dikeluarkan oleh
International Federation of Footbal History and Stattistics (IFFHS). Rujuk di
sini.
Tahniah sekali lagi.
Saya
Saya senyum sahaja.
^^
Bola sepak adalah
bola sepak. Ia tetap bulat dan berbentuk sfera.
Sepak la kemana-mana,
ia akan bergolek pergi juga.
Soalnya, adalah kita.
Ke mana kita akan pergi selepas ini?
-------------
BroHamzah
Semua bola bulat dan
sfera. Jadi, saya bukanlah kaki bangku sebenarnya.^^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Gomo Ali Gomo :-)
Ahmad Kamil Abdul Aziz
Kamil, apa khabar lama tak jumpa? Jangan gomo kawe.
Post a Comment