Santai : Saya dan Maher Zain

Tuesday, October 19, 2010

Kemerduan suara anugerah Allah. Alternatif halwa telinga

Santai : Saya dan Maher Zain
Oleh : BroHamzah

Saya pertama kali mendengar lantunan nasyid Maher Zain sekitar pertengahan tahun 2009. Lagu pertama yang saya dengan ialah lagu Insya Allah. Pertama kali mendengarnya, saya terpikat. Jatuh hati dan lagu itu saya ulang dan ulang.

Dengan izin Allah jua, ketika itu saya benar-benar lemah, dan dalam keadaan yang sangat berharapkan suatu kekuatan yang melonjakan diri. Saya memohon doa kepada Allah SWT dan bermunajat kepadaNya agar sentiasa diberikan kekuatan jiwa. Alhamdulillah, kekuatan itu hadir dalam solat dan ruh Al-Quran yang ditadabburi.

Tambahan, ketika itu saya sedang berehat menghadap laptop sambil menyiapkan suatu tugasan. Sambil mencari bahan-bahan pengajaran, terbuka suatu blog islamik. Ketika itu, saya terdengar nasyid Insya Allah buat pertama kalinya. Suara penyanyinya sangat merdu. Susunan muziknya lain daripada yang lain. Dan saya dapat rasakan aura nya menyengat dan menyentuh hati saya ketika itu.

Hiburan ini, hadir sebagai salah satu elemen menaikan semangat diri dan hati.
Ia menjadi halwa telinga saya buat seketika.
Saya diamkan diri.
Mendalami maksudnya yang didendangkan dalam bahasa Inggeris.

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n’ never loose hope
Cos’ Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos’ Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3

Insha Allah we’ll find our way

Saya tersentak. Ia mengajak diri agar kembali dan berharap kepada Allah SWT. Ketika diri benar-benar rasa kesunyian, kesepian dan keseorangan, butiran nasihatnya mengingatkan bahawa Allah SWT sentiasa di sisi.

Susunan liriknya mudah, padat, berisi dan mantap.






Maher Zain, beliau berhijrah untuk lebih baik

Minggu lepas, sempat saya membaca sebuah artikel mengenai Hijrah Maher Zain. Cuba mengenali siapa kah insan yang menjadi sebutan ramai ini. Terharu sebenarnya, apabila membaca kisah silamnya.Kisah kejahilannya dan usahanya untuk bangkit mencari hidayah kea rah sinaran keimanan.

Dahulu, beliau pernah lalai, hanyut dan leka dibawa arus dosa dan noda. Terlalu asyik dengan dunia sehingga sanggup mengejar dunia yang fana ini tanpa mengenal batasan dan larangan agama. Kawan sekeliling juga yang tidak mempunyai matlamat hidup membuat beliau tersasar dalam mencari arah tuju hidup. – Ini pengakuan jujur daripada beliau apabila ditemuramah oleh wartawan. Namun, kasih sayang Allah SWT, memberi keinsafan dan kesedaran kepada beliau.

"Berdasarkan pengalaman yang dilalui, saya cuba menyampaikan mesej bahawa walaupun kita sudah tersesat jauh, namun Allah sentiasa ada di sisi dan tetap menunjukkan jalan kebenaran,” Ungkapan Maher Zain yang berasal dari Lubnan ini membuatkan saya memahami isi hatinya dan sejarah kisah lampaunya.

Setiap manusia mempunyai kisah hitam dan zaman suram yang mungkin telah memberikan satu kesedaran yang sangat bermakna buat dirinya. Dan, Maher Zain adalah individu yang berusaha keras untuk bangkit. Semoga pilihan yang dilakukannya ini memberikan kita satu dorongan dan suntikan untuk terus meningkatkan diri dari tahap ke satu tahap.

Saya menganggapkan lagu InsyaAllah, mempunyai mesej dakwah bagi mereka-mereka yang telah tenggelam punca dalam mengemudi kehidupan ke arah kebenaran. Beliau ingin mengajak kita semua satu mesej yang tajam. – “ Di sana, sinaran harapan itu masih ada.”InsyaAllah.

InsyaAllah
Satu kalimah yang indah.
Mewarnai perjalanan hamba mencari keyakinan di dalam sukma diri.

InsyaAllah
Satu suntikan harapan, buat insan yang benar-benar ikhlas dalam mengenali diri
Untuk kembali menjadi hamba rabbani.


Lagu-lagu yang lain.


Alhamdulillah. Lagu-lagunya yang lain mempunyai mesej yang tersendiri. Saya kira mesej lagunya banyak bertema dan memperlihatkan konsep cinta yang suci dan bersih kena pada tempatnya. Menjadikan frasa cinta sebagai sumber inspirasi lagu, beliau membawa perasaan cinta itu tunjangnya ialah kepada Allah SWT dan pada masa yang sama cinta itu dizahirkan buat Rasulullah SAW, ibu bapa, isteri dan anak-anak.

Kehadiran beliau, memberikan satu lagi alternatif kepada lagu-lagu dan nasyid kontemporari dari luar negara. Mengutip manfaat daripada kesenian suara dan lagu adalah sebahagian daripada saluran hiburan yang boleh mendidik jiwa dan hati. Semoga, dendangan nasyid ini dihayati dan difahami secara mendalam secara realiti dan mendasar ke akar hati. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP