Hitam Putih Dunia - Ia terukir jua dengan tinta dan karya. Mampukah?
Terhenti : Maaf tak terucap!
Oleh : BroHamzah
Pelik – ada saatnya kita sendiri bagaikan hilang kata untuk menyatakan apa yang dirasa.
Saat ini, tarian jejariku tidak dapat menari seperti hari-hari yang biasa, terasa akan keanehannya dan sungguh luar biasa tidak terungkap. Sungguh, karya Sang Nukilan Pena – adalah cetusan rasa, luahan jiwa dan perkongsian dalaman sukma yang hadir tanpa paksa. Ia bukannya, bicara yang keluar tertinta di cebisan-cebisan rasa tanpa apa-apa sentuhan atau tusukan mainan jiwa.
Tika bahasa jiwaku, tidak mengesani dan berbekas di sanubari sendiri- aku bagaikan terseksa. Jiwa sendiri terasa akan kegersangan yang kering kontang di lautan air mata. Terasa sebak di relung-relung kolam hati yang tidak tertumpah. Sungguh, rasa keperitan dengan kepedihan yang sukar dituturkan melalui bicara yang terbit di lereng muka bibir yang pucat tanpa warna.
Tinta penaku, hadirkanlah ruhmu agar diriku terus bersemangat dan asyik dengan lirikan tarian mempesonakan. Tarian jari jemari yang menari mengikut rentak irama jiwa. Berikanlah kesegaran itu, agar aku sendiri bangkit untuk bergerak semula. Bergerak untuk mengerakan jiwa-jiwa yang ada. Agar tertumbuh kekuatan yang mengikat rasa untuk menjadi hamba.
Sungguh, aku berkarya bukan untuk suka-suka atau untuk mendapat nama. Berkarya bukan hanya dengan semangat tetapi ia hadir dengan matlamat. Aku berkarya kerana ini kerja mulia untuk tinggikan agama. Berkarya untuk berkongsi rasa jiwa dan sukma. Berkarya agar membangkitkan ruh berkerja. Berkarya bukan kerana terpaksa atau terseksa.Tetapi, berkarya kerana ia adalah saham untuk ke “sana”.
Berkarya, bertinta dan bermadah pujangga dicelah-celah persinggahan dunia. Aku memilih bertatih di sudut maya. Di sinilah, kisah bermula. Sebuah pondok usang yang tiada apa-apa istimewa mahupun cerita. Pondok inilah segala luahan jiwa bertahta. Pondok usang yang menaungi jejak-jejak kaki tanpa tujuan di laman maya. Inilah pondok aku berteduh melepas lelah hidup di alam fana. Ia adalah teduhan yang mendamaikan dada.
Dihati kecil ku, aku tiupkan angin hembusan harapan yang berterbangan tinggi jauh ke sana. Terbang tinggi memuncak di awangan, agar ia hinggap di celahan dahan pohonan syurga. Sungguh – ia adalah rasa dalaman yang tidak terungkap di dinding bibir yang tidak bermaya.
Menulis, ia bukan sekadar olahan tinta tanpa akar hati di hujung pena
Menulis, ia mengukir cetusan jiwa di bayangan hitam putih sejarah dunia
Menulis, ia juga adalah rawatan jiwa agar tersirna segala kesedihan nestapa
Menulislah, kerana ia jua siri-siri pujukan jiwa :
Memujuk hati agar kembali mencari teduhan hakiki
Memujuk sanubari agar kembali ke pangkuan Ilahi
Ya Rabbi – Aku ingin berteduh di bawah payungan Rahmat, Maghfirah & Kasih-Mu
BroHamzah
Mencari rentak untuk kembali berkarya
di pondok teduhan ini
14 April 2011
9.38 Pagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
Semoga Allah Memberi rahmat kepada kita...
salam abg ali,
"Tika bahasa jiwaku, tidak mengesani dan berbekas di sanubari sendiri- aku bagaikan terseksa. Jiwa sendiri terasa akan kegersangan yang kering kontang di lautan air mata. Terasa sebak di relung-relung kolam hati yang tidak tertumpah. Sungguh, rasa keperitan dengan kepedihan yang sukar dituturkan melalui bicara yang terbit di lereng muka bibir yang pucat tanpa warna."
penuh sastera penuh puitis,
terfikir juga ana,
dri mn abg ali dpt semua ayat ini?
sungguh mengagumkn..
Allahuakhbar..
buat abg ali~
mudah2an Allah sentiasa kuatkn,
memberi rahmatnya yg tidak putus2,
menjd yg terbik dlm yg terbaik,
istiqamah di atas jln ini..
kerna abg ali adlh cth pemuda masa kini..
yg mendoakan,
~ mQ ~
1)- Muhammad Afif al- Manjuniyy
Syukran semoga Allah merahmati. Syukran. Terima kasih atas titipan, coretan dan komentarnya.
BroHamzah
buat sahabat,abang dan murabbi ku yg tcinta..
aku tidak mampu memberi apa..
hanya penonton di layar maya..
tidak pernah meninggal jejak..
walau ini bukan kali pertama..
singgah ke pondokmu yg bercahaya..
semoga allah memberi kekuatan buat mu..
agar pena mu mengalirkan tinta bernafas cinta..
buat para penjejak pondok maya mu yg brcahaya..
nur fahri
1)- MQ
Syukran, seminggu dunia ini - ana kurang mampu menukilkan, menulis atau menggerak jari jemari dengan pantas di keyboard ana.
Perkongsian di atas tercetus atas " paksa" dengan kegesaan untuk mencari rentak. Akhirnya, lahirlah seperti apa yang anta baca. Ana pun tidak tahu - bagaimana ia terjadi. ('',)
Kesimpulannya, ia adalah daripada Allah SWT. Hamba hanya tergerak berkongsi melalui ruangan pena yang terbatas ini.
Afwan, doakan - masih buntu mengerakan jiwa dan hati untuk terus menulis. Banyak artikel tertangguh!!
Sekian
BroHamzah
InsyaAllah abg ali..pasti kan ketemu kembali rentak itu..usaha abg ali menulis untuk mencari redha Illahi..mengetuk, menggerakkan dan menyedarkan jiwa insani agar kembali kepada Illahi..pasti sentiasa akan dibantu Illahi..abg ali lebih arif tentangnya..^_^
1)- Anonymous aka Nur Fahri
ALhamdulillah - semangat yang kian mekar dengan bunga-bunga kasih dan cinta. Semakin mantap anta. Ada apa-apa ke?
Syukran, pondok ini terasa kekuatannya dengan insan seperti anta dan sahabat-sahabat yang lain.
Doakan buat semua.
Sekian
BroHamzah
1)- Afiq Tj
Syukran, alhamdulillah. Terima kasih, terima kasih dan syukran sebanyaknya.
Rasa kerdil diri ini. Hanya Allah jualah kekuatan yang sebenarnya. InsyaAllah
BroHamzah
Buat ibnu Jamalludin yang dicintai kerana ALLAH,
Tiba-tiba sayang terjumpa post blog adindamu yang sungguh seperti jawapan kepada persoalanmu... Hajat hati berkongsi petikannya di sini...Mungkin baik untuk kita sama2 renungkan...
"lemahnya HATI ini…keperwiraannya kian mencair lesu…ya Allah..
Ya Allah, hanya Engkau yang mampu memberikan kekuatan IMAN kepada HATI ini..
Ya Allah, hanya Engkau yang bisa memperkasakan IMAN ini kembali..
Mungkinkah, lemah hubungan HATI ini denganMu….asbab HATI ini melemah tak berdaya.. Mungkinkah, lemahnya amalan2 soleh DIRI ini….asbab kepada IMAN yang mundur.. Mungkinkah, lemahnya pengharapan kepadaMu…asbab DIRI ini melesu…
Mungkinkah, lemahnya sangkaan baik kepadaMu…asbab kepada DIRI dan HATI ini pudar.. Mungkinkh kerana semua itu ya Allah??
Terasa MALU untuk memohon kekuatan…dikala USAHA dirasakan tidak OPTIMUM..
Terasa MALU untuk meminta bantuan..disaat IMAN tidak memuncak..
Terasa MALU DIRI dan HATI ini ya Allah…
Alhamdulillah…Ibu berpesan…
Bukankah kita semememangnya lemah…
Bukankah manusia itu tidak punya kekuatan..
Bukankah insan itu lesu tak berdaya…
Kerana itu…
Rasa Malu meminta dan memohon pertolongan itu tidak benar..
Bukankah..
Di saat lemah…
Dikala tak berdaya..
Diwaktu kesusahan..
Seharusnya digandakan kebergantungan kepada Allah..
Seharusnya diusahakan lagi memohon bantuan kepada Allah..
Seharusnya ditambahkan lagi munajat kepada Allah..
Ya Allah…izinkanlah DIRI dan HATI ini kembali kuat..
KUAT kebergantungannya kepada Mu..
KUAT pengharapannya kepada Mu..
KUAT hubungannya dengan Mu..
Hanya Engkau sumber KEKUATAN HATI dan DIRI ini..
Amin ya Rabbal ‘alamin…"
By http://siddiqijr.blogspot.com/
Wallahua'lam.
-Salam penuh cinta-
Sincere Servant
Kuala Lumpur
1)- Sincere Servant
Buat zaujati habeebati muhtaram, Syukran atas sisipan yang menguatkan jiwaku. Syukran
Alhamdulillah, - syukur kepada-Mu Ya Allah. Ia hadir melalui lingkungan insan-insan yang dekat dan hampir denganku. MasyaAllah
Kerdil -
Salam mahabbah penuh wamaddah
BroHamzah
Semoga dipermudahkan...
1)- musafir kehidupan
Syukran atas jejaknya, sokongannya, dorongan dan doanya. Syukran
BroHamzah
Fuhhh... mmg indah benar garap bahasa yang tersusun. Saya cuma dapat buat satu kesimpulan, yang saya yakin ia bukan suatu yang melulu kerna ia hasil pemerhatian saya yang berterusan. Saya rasa mmg orang yang punya bahasa indah, mereka semua pencandu al-Quran kerana sedikit sebanyak, keindahan al-Quran dari sudut bahasanya meresap ke dalam penulisan. Dan untuk apa yang abang katakan, ia juga suatu yang saya cuma miliki... iaitu menulis dengan matlamat, Allah
1)- iqbalsyarie
Benar menulis dengan matlamat = Allah. Syukran iqbal atas peringatan ini. Akan saya jadikan ia ingatan dalam medan ini. Berkarya kerana Allah SWT. Sangat-sangat jelas!
Syukran
BroHamzah
Pertama kali jejak ke blog BroHamzah^__^
Subahanallah..indah sungguh bahasa..semoga terus istiqomah di jalan Nya..
banyak ilmu disini..terima kasih,atas perkongsian yg bermanfaat utk semua..
1)- Blog Usang
Alhamdulillah, syukran semoga Allah SWT rahmati anda. Alhamdulillah, ilmu ini daripada Allah SWT. InsyaAllah
BroHamzah
subhanallah.. indahnya kerana ALLAH.
insyaALLAH, we will find the way..
1)- Firas az Zahra'
Kerana Allah. - Tarbiyah fokus dalam hati, jiwa dan perasaan.InsyaAllah
BroHamzah
Lama tak menjenguk di sini, jenguk2 alhamdulillah terbaca post yg betul2 menyusuk ke hati. Sungguh, tujuan karya yang kerana Allah lah yang kita cari, kerana di situ ada sahamnya.
terima kasih! syukran!
Barakallah! Semoga Allah merahmati. :)
1)- nadia mustafa
Niat harus diperbaharui sentiasa. Mengharmonikan niat yang lurus dan jernih. Syukran
BroHamzah
1)- Taufiq & Sarah
Syukran, semoga Allah rahmati antum berdua.
BroHamzah
Post a Comment