Semerbak Haruman Cinta

Friday, April 22, 2011

Cinta itu bukan sekadar love dibibir, cetusan perasaan dan luahan hati.
Ia lebih daripada itu.


Tarbiyah Al- Hubb, Didikan Cinta - Semerbak Haruman Cinta
Oleh : BroHamzah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam penuh penghormatan, kemuliaan dan perasaan persaudaraan kerana Allah SWT. Semoga jiwa-jiwa dan hati-hati kita terikat dengan ikatan yang kukuh, kuat dan teguh. Semoga kita semua terikat dengan talian Allah SWT.

Sekadar mencoretkan bingkisan ringkas untuk diri, hati dan jiwa saya yang sedang memahami dan mendalami : C i n t a .

Jiwa dan hati kita banyak menyimpankan rahsia. Rahsia yang sukar untuk diungkapkan, dituturkan dan dibicarakan. Namun, perkongsian jiwa ini dilabuhkan buat perkongsian bersama kerana cinta inilah yang menyimbahkan sanubari sejak sekian dahulu.

Jauh di kolam hati, merenungi ayat-ayat cinta-Nya dengan khusyuk, tawaduk dan penuh teliti. Ternyata, setiap hembusan nafas yang melantunkan ayatnya : menembusi sehingga ke pangkal hati. Ia mengalir laju ke setiap saluran dan sudut nadi sehingga menggetarkan jiwa-jiwa hamba Ilahi. MasyaAllah.


" Kasih sayang itu akar hati,
Daya terkuat nadi."

Kasih sayang itu ia mengakar dihati dalam payungan rahmat dan maghrifah Allah SWT. Ia menghujam ke dasar hati, mencengkam kuat sehingga terpaut erat dengan izin Ilahi.

Cinta kerana Allah SWT adalah nadi keberhasilan keimanan dan ketaqwaan. Ia lahir daripada kepercayaan, keyakinan, kepasrahan, kepergantungan dan kethiqahan yang luar biasa kepada Allah SWT.

Jika kita mendahului cinta Allah SWT - itulah keberhasilan yang akan mengeratkan, mengukuhkan, memperteguhkan, mengikat dan menghubungkan jiwa-jiwa dan hati-hati kita di atas titian cinta yang luar biasa, membahagiakan, mendamaikan, mengasyikan dan menenangkan.

Cinta 100 % kepada Allah
Cinta 100 % untuk Rasullullah
Cinta 100 % terhadap Ibu Ayah
Cinta 100 % buat pasangan dengan penuh mahabbah
Cinta 100 % dalam ukhuwah fillah
Cinta 100 % memayungi ruh ummah

Saya rasa sangat terkesan dengan ungkapan ini.

Ibnu Taimiyah RA pernah berkata, “ Sungguh, di dunia ini ada syurga, siapa yang belum memasukinya, ia tidak akan memasuki syurga akhirat.”

Mereka bertanya kepadanya, “ Apakah itu?,”

Ia menjawab, “ Syurga mengenal Allah, mencintai-Nya, rindu kepada-Nya dan berlemah lembut kepada-Nya.”

“ Murabbi, bagaimanakah kita hendak meraih cinta Allah SWT?,” Masih ingat soalan ini yang saya ajukan. Hajat benar merasai kehangatan cinta Ilahi.

“ Lakukanlah dan perbanyakanlah amalan soleh, kebaikan dan kebenaran,” Ujarnya ringkas.

“ Apakah amalannya?,” Soal saya.

“ Ambil kertas dan tuliskan sebanyak mungkin amalan soleh yang anta tahu,” Katanya.

**********
Kertas A4 dicapai dan pen diambil lalu saya lakaran seperti yang dihajati.

• Solat tahajud dua (2) rakaat
• Membaca Al-Quran dengan tadabbur dan berfikir
• Melazimi zikir al-Mathurat setiap pagi dan petang
• Solat dhuha dua (2) rakaat
• Solat fardu secara berjemaah
• Solat fardu di masjid
• Memelihara diri daripada dosa dan maksiat
• Melakukan usaha kebaikan sebanyak mungkin
• Mengukirkan senyuman kepada orang disekeliling
• Menuntut ilmu dengan tekun
• Menghormati yang tua dan menyayangi yang muda
• Melakukan usaha dakwah melalui pelbagai medium
• Ziarah ulama’, orang tua dan ilmuan
• Berdoa, bermunajat dan berharap mendapat hasanah dunia dan hasanah akhirat

*********
Kertas A4 yang dipenuhi lakaran itu diserahkan kepada murabbi. Matanya membaca dengan tekun, simbol ukiran senyuman yang manis diwajahnya.

“ Bagus, Alhamdulillah,” Ucapnya.

“ Anta dah buat semua ini?,” Soalnya lagi.

Tersenyum sinis dibuatnya. Malu-malu rasanya. Berat mulut untuk dinyatakannya.

“ Afwan, murabbi. Tidak semua,” Jawab saya tertunduk.

“ Alhamdulillah. Nasihat ana buat anta, amalkan semua yang anta tulis dengan kesedaran, kefahaman, keyakinan dan istiqamah. InsyaAllah – cinta Allah menghampiri anta. Yakinlah.” Nasihat murabbi menyapa lembut dihati.

Kalam nasihat murabbi sangat-sangat simple dan mudah. Menitis lembut dan sejuk di hati saya. Dingin bagaikan embun pagi. Ada kalanya, nasihat yang biasa-biasa menjadi luar biasa jika kita menerimanya dengan mata hati. Didikan cinta ini harus diperhebatkan, diperluaskan dan diperkasakan.

Cerminlah raut wajah, keperibadian dan amalan anda. Bersungguhkah kita selama ini? Adakah kalian sudah berpuas hati dengan apa yang dimiliki sehingga kini? Adakah kita benar-benar berjiwa besar dalam meraih kecintaan terhadap-Nya?

Wahai diri, goncangkanlah dirimu. Biarkan cinta itu benar-benar berputik di saubarimu. Cinta yang berbunga-bunga di taman hati. Cinta itu ia kembang mekar, menguntum dan mengharumkan hati kita. Cinta juga adalah seni. Seni menghidupkan kehidupan. Belajarlah bagaimana untuk mengolah seni ini, kerana ia akan menghubungkan kita untuk ke alam akhirat. Alam yang akan membawa kita bertemu dengan Sang Kekasih yang menumbuhkan cinta di kolam jiwa kita.

Tidak terujakah untuk menyemai cinta sebegini?

“ Cinta itu adalah sebahagian gumpalan perasaan dan ia juga adalah kehidupan. Cinta juga menghidupkan kehidupan agar ia benar-benar hidup, subuh, segar dan tegar. Kejarlah cinta, kerana disitulah tempat jiwa kita berlari menuju mahabbah-Nya.”

Musafir Cinta

BroHamzah
22 April 2011 I 4.30 Petang
Rembau, Negeri Sembilan


16 comments:

Anonymous,  April 22, 2011 at 3:02 AM  

Terkadang bait bait cinta yang dilakarkan oleh seseorang penulis itu bukan dari sentuhan dan kesantunan hatinya atau atas dasar kefahaman tapi adalah atas dasar 'copy and paste' perasaan, tulisan serta kefahaman orang lain. Makanya cinta hanya menjadi kata tanpa benda sekalipun digaul dalam gumpalan ukhrawi! jujurlah menulis tentang cinta melalui sentuhan keimanan sendiri agar ianya tidak hanya singgah dijari tapi akan melekat dihati yang menatijahkan amal yang qowi!

BroHamzah April 22, 2011 at 5:15 AM  

1)- muharrikdaie

Syukran atas coretan saudara. Muharrikdaie yang menjadi murabbi maya saya. Bait bait tulisan saudara banyak mengesani hati dan menggerak jiwa-jiwa ramai yang ada.

Mohon maaf andai ada bentuk perasaan yang diambil itu dikira copy & paste perasaan. Mungkin kelemahan saya dalam menyatakan rasa tidak sehebat akhi.

BroHamzah

Ariffah9 April 22, 2011 at 5:36 AM  

Subhanallah.

Terkesan dengan artikel ni.

Syukran ustaz.

Unknown April 22, 2011 at 6:39 AM  

ya. Terima kasih ustaz :) Terkesan~

Anonymous,  April 22, 2011 at 7:05 AM  

terima kasih..cuma ada sedikit prtanyaan yang saya harap penulis boleh bagi sedikit pandangan. bagaimana mahu latih diri supaya takut melakukan maksiat tika seorang diri?

terima kasih. moga Allah limpahi penulis sekeluarga dengan rahmat dan redhaNya.

BroHamzah April 22, 2011 at 7:36 AM  

1)- Ariffah9

Afwan, sekadar berkongsi perasaan dan jiwa dipermusafiran yang panjang.

BroHamzah

BroHamzah April 22, 2011 at 7:39 AM  

1)- iqbalsyarie

Bertatih memburu mahabah-Nya. Semoga bermanfaat. BroHamzah

BroHamzah April 22, 2011 at 7:44 AM  

1)- Anonymous

Syukran atas pertanyaan, jawapan kepada soalan saudara ialah TAQWA, MUJAHADAH & IMAN.

Ia perlu melalui proses keimanan, proses pembinaan dan proses pembentukan diri. Ia adalah proses yang lama, panjang dan bertahap-tahap.

Modul proses ini harus kembali melihat dan meneliti proses yang telah dilaksanakan di dalam madrasah Rasulullah SAW, Inilah jalannya. Inilah kaedahnya dan inilah formulanya.

Wallahualam.
BroHamzah

ummujannah April 22, 2011 at 8:47 AM  

salam,
brohamzah ana mintak copy ayat kat atas nk letak di blog ya.

BroHamzah April 22, 2011 at 3:59 PM  

1)- Iman Aisyah

Wassalam, dipersilakan. Syukran.
BroHamzah

BroHamzah April 24, 2011 at 3:15 AM  

1)- nursafitriani

Sama-sama
BroHamzah

BroHamzah April 24, 2011 at 3:16 AM  

1)- mr IQ

Barakallah, semoga bermanfaat.
BroHamzah

Anonymous,  April 24, 2011 at 9:48 AM  

masyaAllah.. nasihat yang udah lama ana x dengar.. jazakallah akhi..

BroHamzah April 24, 2011 at 4:01 PM  

1)-Perantau

Alhamdulillah, nasihat buat jiwa-jiwa kita yang sememangnya dahaga sentuhan keimanan dan ketaqwaan. Semoga Allah permudahkan segala urusan kehidupan kita.

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP