" Hajatku ingin - Menatap wajah Baginda yang dihiasi nur keimanan dan kesolehan."
- Akhir-akhir ini, rindu kepada Baginda Rasulullah SAW adalah perasaan yang benar-benar mekar di dalam jiwa dan nurani saya.
- Tidak tahu mengapa perasaan ini hadir dalam sanubari saya yang paling dalam. Hajat yang bersangatan.
- Hajat ini bermimpi, bertemu, bertentang mata, menatap dan melihat wajah insan yang mulia ini.- Ya Rasulullah SAW, aku ingin menatap wajahmu yang bercahaya itu.
- Saya berdoa dan sentiasa berdoa agar peluang, ruang dan kesempatan itu sentiasa ada buat insan sekerdil, selemah dan sehina saya. Sebagai ummatnya, saya benar-benar ingin bertemu dengannya.
- Bertemu - ingin sekali mengucup tangan lembut baginda sebagai tanda kasih, hormat dan mencintai baginda.
- Menatap dengan penuh keimanan, keyakinan dan kepercayaan kepada Allah SWT. Dan ingin mendengar mutiara indah daripada bibir baginda akan kalam nasihat dan peringatan buat diri.
- Saya - benar-benar - ingin memeluk baginda, seerat-eratnya, semahu-mahunya dan ingin membisikan bahawa saya benar-benar kasih, cinta dan merindui baginda. Saat ini, air mata saya tertahan dan sebak membayangkannya.
- Ya Rasulullah, redhailah aku sebagai ummatmu. Bimbingilah aku ke jalan syurga dan jadikanlah aku sebagai temanmu di jannah kelak.
BroHamzah
29 April 2011
Nibong Tebal I Pulau Pinang
11.04 Malam
8 comments:
amin ya rabbal alamin..
juga berasa yg sama kebelakangan ini.
tersentak dgn kt2 abg saya ketika melihat Sheikh Sudais yg dikerumuni umat islam semasa beliau dtg ke Malaysia baru2 ini,
"sdgkan imam Masjidil Haram sudah begitu org menyerbunya, bayangkan jika Nabi Muhammad SAW yg dtg? bagaimana agaknya suasananya?"
ALLAHUAKBAR!
usai melihat video ini
http://www.youtube.com/watch?v=bxz5OTcBwaE
kadang2 hanya mampu menangis merindukan baginda..
namun masih lemah dalam melaksanakan sunnah baginda..
masih payah bergerak dalam kerja yg diwarisi baginda..
Allah, bantu kami ya Allah
1)- kasturi jiwa
MasyaAllah, ya setuju. Hati-hati orang beriman akan mencintai orang-orang soleh.
Apatah lagi, insan yang agung dan mulia - Muhammad SAW
Syukran
BroHamzah
1)- syumul
Alhamdulillah, syukran atas perkongsian perkongsian video di atas. Pengorbanan baginda itulah yang menyentuh jiwa dan menggerak jiwa untuk beriman dan mencintai baginda Rasulullah SAW.
Syukran
BroHamzah
aminn ya Razbbal 'alamin.
moga rasa rindu akan sentiasa..beruntung kerana Allah memilih ustaz untuk merasai rasa rindu itu. sesetengahnya sukar sekali untuk merasakannya.
Ya Allah. Saya juga. Menangis sebentar melayan post ini. :')
Insan yang membawa agama yang mulia ini untuk kita. Ya Allah. Cemburunya dengan sifat kekasihmu. :')
1)- Muazzin
Perasaan ini harus ditumbuhkan bagi pencinta deen yang hanif ini. Beriman kepada Rasulullah menjadi titik yang harus mekar di sanubari mukmin sejati.
Marilah, melihat jiwa dan hati bahawa sesungguhnya, mencintai - merindui dan mengasihi baginda Rasulullah SAW adalah keutamaan kita.InsyaAllah.
BroHamzah
1)- PENCHENTA
Marilah menyemarakan perasaan cinta yang mendalam kepada baginda Rasulullah SAW. Baginda adalah Rasulullah Dakwah, Rasul Tarbiyah dan Rasul Jihad!
BroHamzah
Post a Comment