Berfikir - fahami, hayati dan buat keputusan
Cerna Minda – Berikan pandangan anda
Oleh : BroHamzah
Salam sejahtera buat semua rakan pembaca yang budiman. Semoga kalian sihat dalam payungan rahmat Allah SWT.
Mudahan anda semua, sihat bertenaga, berwajah ceria, sentiasa bersemangat waja dan bertekad luar biasa pagi ini.
Ya. Inilah kehidupan yang ingin kita miliki, hadapi, tempuhi dan nikmati. Kehidupan yang mengujakan, mengembirakan dan membahagiakan. Biarpun apa jua rintangan, dugaan dan ujian yang datang – kita akan terus menghadapi dengan hati yang waja lagi berhimmah tinggi!
InsyaAllah.
Cerna Minda : Perkongsian baru.
Saya sebenarnya telah lama tidak berkongsi teka teki atau apa-apa soalan-soalan yang memerlukan ketajaman dan keupayaan kita untuk berfikir secara mendalam untuk menyelesaikannya. – Sebagai terma mempelbagaikan corak perkongsian, penuliasan dan tema di dalam blog saya ini.
Alhamdulillah, semalam ( 4 April 2011) – dalam perjumpaan mingguan saya bersama teman-teman saya : Kami diberikan satu situasi yang memerlukan untuk kami menyelesaikannya secara aman, tenang dan hujjah logikal sebaik mungkin.
Jadi, ingin saya kongsikan soalannya dan sama-sama kita memberikan buah jawapan atau penyelesaiaannya. Terpulanglah kepada anda, berikan jawapan dengan menggunakan pengalaman, ilmu atau keupayaan akal anda dalam menganalisis. Kita lihat siapa yang dapat menjawabnya dan sertakan hujjah anda sekali. InsyaAllah.
Ributnya yang kuat! - ( Bayangkan !)
SITUASINYA
BAYANGKAN anda berada di dalam situasi ini.
Suatu hari, anda pulang dari pejabat menaiki kereta dalam keadaan hujan ribut yang sangat-sangat lebat. Kilat sabung menyabung, petir bersilih ganti dan membuatkan hati anda sangat-sangat cuak (bimbang, gementar dan kecut perut).
Kemudian, anda singgah di sebuah perhentian bas yang terpencil. Jauh daripada penempatan orang ramai dan jarang-jarang kelihatan orang lain di situ. Dan, di situ anda terlihat 3 orang sedang berteduh di bawah bumbung perhentian bas itu. Mereka ialah :
[1] Seorang nenek tua yang sedang sakit hampir nazak (sangat-sangat tenat)
[2] Seorang pemuda yang pernah menyelamatkan kita dari bencana suatu ketika dahulu.
[3] Isteri kita yang solehah yang sentiasa dirindui dan dicintai.
Dalam, keadaan yang sangat genting ini, anda hanya boleh menumpangkan seorang sahaja penumpang di dalam kereta anda. Minyak kereta anda hanya cukup untuk satu perjalanan sahaja dan ketika itu, anda perlu membuat satu keputusan yang tepat.
Siapakah individu yang akan anda tumpangkan dan selamatkan ?
Nenek?
Pemuda itu?
Atau – isteri anda yang solehah?
Berikan jawapan anda, hujjah anda dan nyatakan kenapa anda membuat keputusan sedemikian. Boleh tinggalkan komentar di bawah ini. Dan kita lihat, jawapan sesama kita semua. InsyaAllah.
Menanti jawapan kalian!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
101 comments:
Erm, soalan yang sukar.
Kalau saya diberi pilihan, saya akan menyelamatkan nenek yang sedang nazak. Sebab dah nama pun nazak, jadi better kita utamakan yang utama.
Kenapa tak pilih pemuda dan isteri?
Sebabnya segalanya akan dibayar di syurga kelak. Pemuda itu pasti mendapat ganjaran dan isteri bagaimana? Jangan risau, dia pasti jadi bidadari syurga.
Mati cuma sekali. Mati kat mana2 pun tak kisah. Janji mati mulia.
Ataupun, saya keluar dari kereta saya dan berikan kepada pemuda dan nenek nazak itu untuk beredar dari situ.
Saya dan isteri bersama stay di perhentian. (Hidup mati sama2 la katakan)
Anta bagaiamana BroHamzah?
bagi isteri kita bawa kereta ngan nenek tua tu. kita pula duduk ngan pemuda yang pernah tolong kita.
Disebabkan minyak hanya cukup satu perjalanan,maka bagi sy ialah menumpangkan nenek tua itu. Ini kerana nenek tua itu sudah berusia dan mungkin tahap ketahanan nenek tua itu sudah berkurang.Dan sy setuju dengan umaq_eiman yang mengatakan isteri kita membawa kereta bersama nenek tua itu.
Lagi pun sebagai seorang lelaki, kita mesti melindungi seorang wanita.Tambahan lagi kita percaya dan yakin kita mampu untuk survive bersama pemuda itu.
Em, pendapat saya..bagi kereta tu kepada pemuda berkenaan..minta dia bawa nenek tadi ke hospital..saya akan tunggu di perhentian bas itu menemankan isteri saya..Hujah? Em..nenek itu perlu diselamatkan, penting untuk kita menyelamatkan nyawa..isteri? Bila saya bersama isteri di situ, saya dapat menjaga dan melindunginya di perhentian bas tu..
saya setuju dengan pilihan encik fakhruddin supaya pemuda itu membawa nenek tua itu ke hospital terlebih dahulu, selepas itu bagilah duit untuk pemuda itu mengisi minyak, mungkin lelaki itu boleh membantu kita sekali lagi jika dia memang seorang yang ikhlas dalam membantu . Mungkin bahaya meninggalkan isteri dengan lelaki ajnabi lain .
1)- Mohammad Fakhrudin
Alhamdulillah, terima kasih kerana menjadi responder yang pertama. Alhamdulillah, terima kasih diucapkan.
BroHamzah
1)- umaq eiman
Syukran atas cadangan jawapan anta. Alhamdulillah.
1)- Anonymous
Terima kasih atas pandangan dan huraian anda. Terima kasih.
BroHamzah
1)- Afiq Tj
Alhamdulillah, terima kasih atas pandangan dan sebab musababnya.
Terima kasih banyak-banyak
BroHamzah
1)- Syafarina Sabri
Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak atas pandangan.
Alhamdulillah - kita sudah membaca banyak komentar, idea dan pandangan yang bernas daripada teman-teman kita.
Anda pula bagaimana? Berikan pandangan anda. Peluang dan ruang masih terbuka. Dipersilakan.
BroHamzah
Mestilah isteri yang solehah.
Sebab:
1. Nenek tua dah nazak. Kalau bawak pun barangkali dia meninggal atas kenderaan kita.kecuali nenek tua itu ibu kita...Ada dua lg nyawa yg pasti hidup yg perlu diselamatkan. Minta pertolongan pemuda tu tlg jg.he3.
2. Pemuda tu dia masih muda. Nanti bila ribut dah selesai, dia pasti tahu nak tuju ke mana. lagipun dia kan lelaki. tentu tau jaga diri.
Jadi, isteri seorang wanita, walinya yang bertanggugjawab menjaga keselamatannya.he3. ada bau penting diri, tp...isteri penerus generasi. terpaksa.
nak respon jugak lah....
mungkin mcm situasi nya tu tak berapa jelas..kan?
ribut tue bahaya sgt mcm tsunami ke atau ribut biasa2 je....
kalau biasa2, ana rasa nenek tue lebih utama sbb dia sdg nazak.. dan kita boleh berpatah balik slps isi minyak kan....
nak tinggal isteri yg solehah tu dgn lelaki ajnabi lain? mustahil, jd yg terbaik bagilah pemuda tu drive....atau jugak isteri tu drive..
tp, kalau ribut nak tsunami... ana rasa isteri tu lebih utama... sbbny dlm keadaan tu family berhak diutamakan, apatah lagi seorg isteri penerus generasi yg solehah juga.....
wallahua'lam.. ^^
soalan yg cukup menguji..
sekadar pandangan..
kereta itu akan diberikan kepada pemuda tersebut untuk membawa nenek yang sedang nazak..
si suami akan menemani isteri.
hujahnya..
pemuda tersebut pastinya akan meminta bantuan dengan segera untuk menyelamatkan si suami isteri..
kenapa bukan si suami yang bersama nenek?
semestinya si suami akan bersama isterinya..
tidak mungkin tinggalkan bersama lelaki lain yang bukan ajnabi...
lebih terjamin sekiranya suami disamping..
kenapa bukan si isteri bersama nenek?
bukan ingin mengatakan yang begelar perempuan lebih emosianal daripada lelaki tetapi bagi saya lelaki lebih rasional dalam menyelesaikan masalah dan tidak mudah mengelabah apabila ditimpa ujian..tetapi hakikatnya yang begelar mu'min itu sememangnya tidak mudah melatah apabila menerima ujian..
dan nenek insya Allah selamat sekiranya masih diberi kesempatan dirawat dan diberi kesempatan oleh Allah untuk terus hidup..
bekorban untuk yang lain..
kadangkala manis rasanya..
wa'allahhua'lam..
Salam sekadar pandangan,mungkin bukan jawapan...
Pernah dengar tak,
keutamaan yang ramai lebih penting daripada keutamaan seorang...
Terlebih dahulu tentang ribut tu,ana andaikan separa tsunamilah...
Ana akan selamatakan isteri yang solehah.
Hujjah,
nenek tua yang nazak itu,
biarlah ALLAH mengambil nyawanya daripada terus menderita,
Well,
ALLAH lebih tahu ttg umur sesorang,
pemuda ajnabi itu,
sudah tentu mampu menghadapi suasana itu.
Itulah jawapannya kalau berpegang kepada prinsip tadi,
Mungkin agak kejam dan menentang kemanusiaan,
Atau sayangkan isteri lebih,
tp ana hanya berpegang pada prinsip...
Harap dapat diulas oleh Bro Hamzah
atas segala kekurangan,
mungkin prinsip tak sesuai pada masa itu....
Mohon penjelasan.
Assalamualaikum.
Bagi kereta dekat Pemuda utk bawak nenek tu pi hospital.Suami mestila stay dgn isteri.
1)- Nazihah
Alhamdulillah, terima kasih atas cadangan. Respon yang baik.
Terima kasih
BroHamzah
1)- salman azmin
Alhamdulillah, syukran atas respon yang baik dan hujjah yang panjang daripada anta.
Terima kasih
BroHamzah
1)- Bintu Syed
Alhamdulillah, baik dan bagus hujjahnya. Syukran. Terima kasih
BroHamzah
1)- putrapurabuana
Alhamdulillah, terima kasih atas jawapan dan hujjah yang panjang lebar daripada anta.
Syukran, syukran & syukran
BroHamzah
1)- Islami baik
Walaikumusalam, alhamdulillah. Terima kasih - semoga ada manfaatnya.
Terima kasih daun keladi
Nanti share lagi
BroHamzah
cadangan dn pendapat ana la..
mungkin yg ditumpangkn adlh nenek tua manakala yg memandu pula lebih diutamakan kpd pemuda yg pernah membantu kita. dan kita akn berada di perhentian itu menemani isteri kita.
hujahnya yg ana boleh keluarkn, salah satunya sbb kita tidak mengutamakan isteri kita yg solehah adlh krn kita yakin bahawa isteri solehah yg telah ALLAH kurniakn buat kita itu amatlah melengkapi pakej zaujah yg solehah..ia termasuklah sntiasa memahami si suami dlm apa jua keadaan..memberi kekuatan dan bersabar di ats ujian yg ALLAH kurniakan..masakan si isteri tidak boleh bersabar dan mengutamakan yg lebih berhak di dlm situasi ini jika dia di anggap zaujah yg solehah?
jadi nenek tua itu lebih berhak utk ke destinasinya krn mungkin masa di dlm perjalanannya ke hospital itu ALLAH msih memberi pluangnya utk trus beriman kpd ALLAH..dn mendoakn insan yg mbantunya di dlm keadaan yg tipis itu...pahalanya hebat andai memberi bntuan kpd insan yg inginkn pluang utk trus beriman kpd ALLAH
pemuda tersebut perlu membantu krn andai dia pernah membantu kita sblum ini dgn tulus ikhlas dn tidak mengharapkn balasan/...tidak mungkin pemuda itu jemu utk membantu kita lgi di saat kita memerlukn bantuannya..ia sekaligus menjaga syara" di kedua belah pihak..iaitu tidak meninggalkn si isteri bersama lelaki yg bkn ajnabi..
wallahualam..mg jawapan yg tepat dpt disusuli oleh akhi BroHamzh.mg ALLAH redha.
SUbhanallah, comel je respon semua... tersenyum sorang-sorang membacanya...
Tapi, paling suka respon yang meminta jangan tinggalkan isteri solehah kepada lelaki ajnabi...
kerana itu tanggungjawab sepenuhnya seorang 'wali'...
ALhamdulillah. Jawapan yang sangat berlandaskan syara'.
Kalau boleh 'like' dah like 100x jawapan tersebut... ^_^
Jawapan saya?
Yang mana syara', semua saya sokong... boley tak? :-p
kan Yang baik adalah apa yg syara' kata baik, yang buruk adalah yang syara' kata buruk... (wink)
Yang mencintai penulis blog ini kerana ALLAH,
Sincere Servent a.k.a. Hanisah Hazni
@>--
1)- anonymous
Alhamdulillah, pandangan saudara/i sangat-sangat dihargai. Alhamdulillah.
Terima kasih. Semakin banyak yang respon dan meninggalkan jejak & ia semakin menarik dengan pandangan-pandangan yang sangat bernas.
Saya alu-alukan pandangan rakan-rakan yang lain, jangan berdiam diri. Anda juga berhak bersuara dan menyatakan pandangan anda. Kita lihat cetusan idea dan rasa hati anda pula - wahai silent reader- ('',)
InsyaAllah. InsyaAllah - ada manfaatnya.
Terima kasih
BroHamzah
1) -SERVANT
Buat yang dicintai - (zaujati) - umum sangat itu jawapannya.Apa pun itulah PRINSIPnya.
Alhamdulillah. Kalau berikan yang khusus lagi baik, apa pun ia tetap diterima.
Terima kasih buat insan yg dirindui jauh di sana.
BroHamzah
masyaAllah...klu tgok komen semua org bkn stakat senyum sorang2 tp smpy nk t'gelak pown ada^^ apa2 pown jawapan antum&antunna mmg terBaek lah..
jawapan saya:
sama mcm servant tue..
so??apakah jawapan yg sbnar-bnarnye??
salam abg ali,
boleh x ni ana nk jawab?
x sabar ni. hehe.
soalannya..
Siapakah individu yang akan anda tumpangkan dan selamatkan ?
ana akan selamatkan ISTERI ana. Pasti!!
sebab~
1. masakan mampu cari ganti seorg isteri yg solehah bahkan dicintai dan dirindui.
2. utk melahirkn generasi pewaris yg hebat zaman skrg, semestinya isteri solehah amat2 diperlukn utk mendidik anak.
3. isteri ana kan perempuan bahkan masih muda. Adkh mahu ditinggalkn? huhu.. x sanggup..[lady first]. (",)
4. salah satu cara utk membuktikn cinta sejati ana pd isteri. maka ana slmtknnya.
5. sbb cinta ana pd isteri tersngt mendlm.(",)
6. apa yg ana tgk, antara tiga org tu.. yg byk peluangnya utk menyumbang pd islam pd masa dpn adlh isteri ana yg solehah tu. klu mkcik, mungkn dh x larat nk menyumbang utk islam tmbhan pula dia x solehah. haha. betul x?
7. pemuda yg baik hati(yg pernah tlg ana) semestinya akan mengutamakn perempuan. dia lelaki, semestinya lebih kuat utk bertahan di situ.
8. klu ana x slmtkn isteri, apa nk jawab dekat ayah ngan mak mentua setelah mrk meletakkn kepercayaan pd ana? (",)
9. sbb isteri solehah adlh penguat diri ini ketika lemah. juga sbg penawar yg mujarab. x gitu? (",)
~ ana rasa mungkn itu shj hujahnya. selaku insan yg lemah. yg tiada kudrat. sblm terlupa, nk minta maaf juga kt makcik yg nazak tu. juga kpd pemuda yg pernah menolong. sbb x slmtkan kalian dlm bencana ini. salam ceria. =)
sekian,
~ pelaut rabbani ~
er... kalau saya, saya akan bantu nenek itu. Sebab nenek tu insyaAllah punya banyak pengalaman hidup, punya banyak selok belok kehidupan dan punya banyak ilmu. Kematian seorang alim, itu lebih buruk kesannya, bukan?
Kalau isteri, er... boleh cari lain.
Kalau orang yang pernah bantu,... jika dia pernah bantu kita, maknanya mesti dia pun mahu membantu nenek tu...
er... boleh dapat markah tak? hehe :P
salam..
bagi ana..ada 2 jawapan:
jawapan 1:
ana akan selamatkan nenek tersebut sebab die dah nazak..
saya akan bagitahu isteri saya.."nnt dah hujan reda..awak pegi hospital yer..saya tunggu di sana"
pemuda itu saya percaya kan dia sebab dia pernah selamatkan nyawa saya..jadi saya akan mintak dia tengok-tengokkan isteri saya..
jawapan 2:
saya akan suruh pemuda tersebut drive kereta saya g antar makcik tersebut ke hospital..
n saya akan balik naek bas dengan isteri saya..
sekian..siap suda assignment ;)
Salam Akhi 'Ali..
sebelum ana jawab soalan ni, ana ada 1 soalan..
dalam situasi ni, kereta ape yg digunakan?
sbb boleh je bwk semua org tu sekali.. kereta kancil pun muat 4 orang. kan2.. ^_^
jawapan:
ana akan bwk semua org sekali.
destinasi pertama ke hospital utk menghantar nenek tersebut.
seterusnye singgah stesyen minyak berhampiran.
dan hantar lelaki tersebut ke mana dia hendak pergi..
akhir sekali, pulang bersama isteri solehah ke rumah..
sekian.. ^_^
Askm, nak bagi pendapat sikit..untuk soalan ni 'anda' mestilah merujuk kepada lelaki kan, even ana perempuan.
bagi ana,akan pilih isteri solehah tumpangkan nenek tua sebab :-
1) dua2 yang naik kereta muhrim, dua2 yang tinggal pun muhrim, perempuan dgn perempuan, lelaki dgn lelaki.
2) isteri solehah pasti akan ikut kata suami, jadi beliau mesti bawa nenek tua ke tempat yang boleh selamatkan nyawa nenek tua itu.
3)lelaki dan lelaki tinggal, lelaki kan lebih kuat dan logically thinking lebih, so mesti ada cara untuk menyelamatkan diri dari ribut.
wallahua'lam...
bismillah.
memang tersenyum sorang-sorang :-). senyum yang panjang.
terpanggil u memberi pandangan, bila baca komen brohamzah "cetusan idea dan rasa hati anda pula - wahai silent reader- ('',)"
2,3 kali jg baca artikel ni. lagi bnyk kali baca, lagi rasa gementar. sebab, saya nampak situasi ni macam situasi kat padang mahsyar(akhirat) di mana:
1- wanita tua adalah masa kita habiskan di dunia.
2- lelaki y pena kita bantu adalah sedekah dan amal jariah.
3-isteri solehah adalah pasangan hidup y solehah.
dan ketika ini, jawapannya hanya ada pada iman dan taqwa y terbina.
andai iman belum sampai pada tahapnya, yang kita pilih adalah wanita tua kerana masa y kita habiskan perlu dihisab.
sedang amal dan pasangan y soleh pasti datang dalam bentuk timbangan kebaikan.
astaghfirullahal 'azhiim..
p/s: jwpn sy untuk analogi y trcipta dari minda. berdasarkan artikel brohamzah.
jazakallah bro, mengingatkan kpd kematian..
~firas az-zahra'
(",)
1)- Anonymous
Alhamdulillah, terima kasih atas pandangan - Sama dengan Puan Servant. Ok
Jawapannya?- Kita sama-sama nantikannya.
BroHamzah
1)- MQ
Tu dia hujjah jawapan anta. Sebelum itu, siapakah isteri anta? Bagi nama sikit. ('',)
Apa pun terima kasih atas responnya. InsyaAllah.
BroHamzah
1)- iqbalsyarie
Isteri..boleh cari lain. Sensitif ini.('',)
Apapun, syukran & terima kasih atas responnya. Semoga Allah redha anta.
BroHamzah
1)- omarhambaallah
Jawapan anta tak valid. Sebab bagi 2 jawapan. Ana hendak satu sahaja.('',)
Apa pun terima kasih atas respon anta.
Syukran
BroHamzah
1)- Qayyim Miswan
Situasinya : Kereta itu hanya boleh tumpangkan seorang sahaja. Fahami, soalan betul-betul.
Bermakna, sekali perjalanan hanya 2 orang sahaja.Wallahu'alam
Terima kasih atas respon dan pandangan anta.
BroHamzah
1)- ieqah1005
Terima kasih atas pandangan saudari. Alhamdulillah, pandangan yang baik. Syukran sekali lagi.
BroHamzah
1- firas az-Zahra
Mendalam pengamatan dan analisis saudari. Sungguh, tak sangka saya. Bagus! - Saya sendiri tidak terfikir sehingga ke tahap itu. Alhamdulillah.
Syukran atas responnya.
BroHamzah
1)- SERVANT
Senyuman penuh makna.
BroHamzah
salam.
Nenek tua, doakan semoga dirahmati Allah dan baca yassin kt nenek tu.. klu buleh tunggu ajar ye mengucapsbb dh nazak kan,
bagitu juga pemuda ajnabi itu.. semoga Allah akan membantunya..dan bawalah bersama isteri solehah bersama mu krn ia merupakan amanah buatmu.
1)- Anonymous
Wassalam, terima kasih atas pandanganmu.
BroHamzah
maaf, sedikit celahan..
dalam situasi ini, cuba enta bg sbb mengapa kereta trsebut hnya boleh memuatkan lg sorg sahaja lg?
(sahaja mahu menimbulkan persoalan agar lbh byk perkara yg akan tercerna.. huhu)
kalau sy... hmm...
(ada yg dah jwb mcm ni gak kut..)
sy keluar dari kereta tu... suruh isteri sy hantar nenek tu ke hospital.. ana duduk situ teman rakan sy utk sembang2 dan tanya khabar. suruh isteri isi minyak sekali. sy call taxi ambik sy ngn hantar kwn sy balik umah dia...
moudjundi
ana akan pilih nenek tua..
kenapa?
sebab keadaan yang sudah terdesak demi menyelamatkan sebuah nyawa untuk memberi peluang kepada meneruskan sebuah kehidupan.
kita tidak tahu ajal dan maut itu, jadi kita sedaya upaya cuba menyelamatkannya, andai dia mati di tengah jalan, itu kuasa Allah, janji kita sudah berusaha dan tidak hanya tengok saja~~~
kenapa tak pilih pemuda?
ana yakin, sebagai seorang pemuda yang pernah menolong diri ana sendiri, pasti tertanam dalam dirinya pengorbanan dalam menyelamatkan orang lain dari diri sendiri.
jika ana menawarkan untuk membawa dia, pasti dia menolak,,,kerana dia menolong ana dulu bukan untuk diminta balik balasan, jadi dia juga pasti akan menyuruh ana membawa nenek tua kerana itu yang penting!
kenapa tidak pilih isteri solehah yang lagi ana cintai?
sebab...ana telah mendidik dia menjadi isteri yang solehah supaya mengutamakan diri orang lain dari dirinya sendiri.
dia seorang isteri yang berkorban segala-galanya sebab di dalam hatinya tertanam, dia dan ana hanya pinjaman semata-mata untuk menjadi suami isteri..
redha allah yang dia cari...
demi keredhaan ALLAH itu dia akan menyuruh saya membawa nenek tua...
kesimpulannya:
sepanjang perjalnan membawa nenek tuh, hati saya akan cukup tenang meninggalkan pemuda yang tertanam dalam dirinya fikrah seorang mujahid..
saya bolh menarik nafas lega kerana isteri saya ialah seorang sayap kiri perjuangan yang terhebat dan mencari keredhaan ALLAH di sebalik keputusannya...
saya tenang...
pemuda itu tenang menanti hikmah dari Allah..
isteri saya syukur dengan pengorbanannya....
salam,
jawapan saya, kalau blum berkahwin agi, saya selamatkan ayah/ibu (gantian utk suami or isteri) itu....klu dah kahwin selamatkan isteri/suami itu....
hujahnya.....
perempuan khidmat baktinya yg diutamakan pada ibu&ayah klu blum berkahwin
lelaki khidmat baktinya yg diutamakan pada ibu pastu isteri klu dah kahwin
perempuan klu dah kahwin keutamaan nya pada suami, so duk situ bersama suami :)
banyak pandangan, banyak jawapan... subjektif jawapannya...
mabruk kak servant & bro hamzah :D
klau salah mintak diperbetulkan....
syukran :)
senyum sokmo deh :)
jom dgr lagu ~bicara tentang cinta~ UNIC
1)- Qayyim Miswan
Jawapannya ialah kerana kereta itu hanya boleh tumpangkan 1 penumpang sahaja.
Itu sahaja. ('',)
1)- anonymous aka moudjundi
Alhamdulillah, syukran atas pandangan anta. Serta hujjah yang diberikan. Semoga Allah redha.
BroHamzah
1)- serikandi umar 93
Alhamdulillah terima kasih atas pandangan yang diberikan. Hujjah yang baik.Good point!
Terima kasih sekali lagi
BroHamzah
1)- nordalily
Alhamdulillah, terima kasih atas pandangan, komentar dan ucapannya. Doakan kami selalu.
Terima kasih
BroHamzah
Soalan dari brohamzah."bayangkan?"
Dulu saya pernah bayangkan kalau saya pandai berenang.Kalau saya nampak orang lemah saya akan tolong selamatkan.
Bila saya dah pandai berenang, Allah tuntut apa saya bayangkan.. Saya di suasana yang saya bayangkan.
Apa saya buat?
Saya membatu seribu bahasa. Hanya mampu lihat orang sibuk belari sini sana meminta pertolongan. Kenapa saya tidak tolong? Saya tidak tolong kerana ombak memang mengila nak telan orang time tue.
Saya tidak buat apa saya bayangkan.
Sejak dari itu. Aku dah tak bayang2 kan lagi apa akan belaku.
Setiap manusia Allah dah tetapkan kehidupan mereka. Allah takkan temukan kamu semua dengan bayangkan diatas kalau iman dan akidah kamu tidak cukup kuat.
Jadi jawapan aku, bukan kita yang menentukan siapa yang akan kita tolong. Allah yang mengerakkan kita kepada siapa untuk kita tolong.
Aku tidak menjawab soalan.
1)- Al Qassam
Saya sedang memikirkan apa yang sebenarnya yang ingin anda sampaikan.('',)
Apa pun terima kasih atas pandangan dan coretan ini.Terima kasih
BroHamzah
Aha...saya setuju dengan AL-QASSAM.
Tak berani nak 'bayangkan2'...
kerana,
insya-allah, sampai masanya, bertindaklah mengikut prinsip syara'.. (",)
[menanti jawapan kepada persoalan ini dari penulis blog tercinta]
Orang tua itu, saya ibaratkan masa penghujung sebelum nyawa dicabut.
Pemuda itu pula,yang pernah menolong kita. mungkin amal kebaikan di sekeliling kita.
Isteri solehah diibaratkan, er.tak tahulah.
Bagi ana, mungkin akan pilih nenek tu sebab masa yang di penghujung ni adalah amat berharga. Atas dosa-dosa lalu, kita dapat bertaubat dahulu. Siapa yang tidak mahu mendapat kesempatan bertaubat sebelum meninggal bukan?
Dan, kalau tak ikut ibarat pun.
Mungkin akan berikan ruang pada nenek dan pemuda itu untuk selamatkan diri mereka dahulu. Pasangan yang solehah pasti akan mengerti (atau cuba mengerti)akan setiap keputusan yg dilakukan. Tambah kputusan suami,pasti kena patuh.
Kalau pemuda tu pernah tolong kita, kenapa kita tidak? Bukankah kejam kalau menindas (membiar dalam bahaya) orang pernah menolong kita?
Suami kan dapat jaga isteri, dengan bantuan Allah :D
Asiff, bercampur-baur . Sekian, komen from humble person~
hihi... tersenyum sorang2 membaca respon ustaz pada buah fikir MQ. Saya pun turut tertanya-tanya, siapa ya nama zaujah MQ? hehehehe...
"ismie fathi"
assalamualaikum w.b.t...
dlm sg da buaya,
bca lh jwapn sya..(",)
ana plih istri y solehah y d rndui n d cintai..
sbb:-
1) istri mrupa kn tnggngjwb bgi seorg si suami..
2) istri jga mmpu membri zuriat dgn izn Allah iaitu chaya mta y mna ank trsbut suatu hri nt i.Allah dpt mnjdi seorg pmimpn @ rijal2 Islam pda msa akn dtg..mrupa kn generasi baru utk Islam..ank2 muda y d prlu kn utk mnegk kn Dien Islam..
skian dri ana,
assalamualaikum!!
respon agak terlambat, kalo ana berada dalam stuasi berkenaan. Perkara pertama akn ana lakukan ialah istighfar dan doa kpd Allah supaya pilihan yg ana buat adalah plihan yg terbaik. dan seterusnya ana akn berikn kpd zaujah ana untk drive kreta bersama nenek tua tersebut, hujahnya:-
1. mana mungkin ana tinggalkan isteri tercinta bersama lelaki ajnabi, x mungkin dan xkn mungkin!
2. walaupun nenek itu sedang nazak, ttp sbg manusia dia berhak diselamatkan, mungkin kondisi hujan yang sejuk menyebabkn keadaan bertambah parah dan apabila smpai d rumah sakit, keadaan akn menjadi stabil, dgn izin Allah.
3. mana mungkin akn ana tinggalkn nenek tua tersebut dengan isteri tercinta yang bakal melahirkan pewaris dakwah. Kerana kehilangannya satu kerugian yang besar buat ummat!..isteri tercinta yang menjadi pengesar luka2 perjuangan..pasti xkn ku biarkn!
4. dalan konteks dakwah fardiah, ana memilih untk bersama dengan lelaki terebut. Kerana mungkin selepas ini hubungan kami akn bertambah erat dgn berlakunya jambatan hati, kerana ana melakukan satu pengorbanan yang agak besar..pendek kata, kalo nk ajak lelaki 2 keluar minum anytime lh, sbb dia dh terhutang budi dengan kita..=)
wallahua'lam.
qoyyim kadir
salam,
ana pilih nenek tua yg uzur.
isteri yg solehah x akan biarkan org berkorban untknya ttpi dia akan berkorban untuk org lain dan tidak akan curang kpd suaminya.
pemuda yg baik x akan pentingkan dirinya biarpun dirinya terkorban masakan dia mahu menolong kita suatu masa dahulu.
nenek tua itu lebih utama kerana di saat itu dia paling uzur skali jdi saya tumpangkannya.
ini pandangan ana,
wallahualam..
Salam Ziarah..
Soalan yg agak mencabar..Susah jga nak jwab.. Perlu pilih antara tanggungjawab dan orang yang sdah berbudi dngan kita.. Tpi kalu dalam situasi mcam ni , Sya fikir , adalah perlu untuk m’utamakan nenek yang nazak tadi dan b’usaha bwa dia ke hospital berhampiran untuk m’dapatkan rawatan .. Tapi dalam masa yang sama , si suami tdak bolehla meninggalkan si isteri dengan pemuda tersebut sebab mungkin akan berlaku fitnah keatas keduanya.. Sebagai suami , dia perlu melindungi isterinya dan menjaga kehormatan isterinya.. Si suami perlu b’tindak m’ jelaskan secara baik dengan orang yang pernah tolong dia dahulu , InsyaAllah dia akan faham dengan situasi tersbut.. Semoga Allah mempermudahkan setiap urusannya dan merahmati hidupnya.. Selepas m’hantar nenek tdi ke hospital berhampiran dan isi minyak , si suami akan berpatah balik ke tempat dimana dia tinggalkan pemuda trsebut untuk tolong pula pmuda tersebut.. Wallahualam
Sya skadar m’utarakan pndapat.. Semoga Allah meredhai..
salam..abg ali minta maaf ana lmbt...
pada pandangan ana......sapa nak d selamatkan dulu.?
kalu saya selamatkan nenek itu dulu sbb dia nak nazak.......tp biar kan dia bawa nenek itu dulu p hospital...sya tingal dgn istri tercinta...suruh kawan yang pernah selamat kan kita 2 tolong kita selamatkan nenek 2 dulu...lagi pun lelaki 2 kita percaya..insyallah....pape pun org perempuan dan nenek perlu diutamakan.....org lelaki kena banyak berkorban.....munkin ini yang pendapat sya...kalu ada yang x kena harap di perbetulkan.....hihihi...wslm..
1)- SERVANT
Alhamdulillah. ALhamdulillah.Alhamdulillah.
Semoga Allah meredhaimu.
BroHamzah aka Abang
1)- Ariffah9
Alhamdulillah, syukran atas pandangan, coretan & hujjahnya. Analogi yang menarik seperti firas az-Zahra'. Alhamdulillah.
Terima kasih banyak-banyak.
BroHamzah
1)- iqbalsyarie
Ana & MQ - ini macam adik beradik, saling sakan menyakat. Dah biasa mcm ini.('',)
Syukran atas sedikit komentarnya
BroHamzah
1)- Anonymous aka ismei fathi
Alhamdulillah, terima kasih. Bagus atas hujjahnya. Kita lihat nanti akan hakikat disebalik persoalan ini nanti.
InsyaAllah
BroHamzah
1)- deenworker
Banyak konteks anta, pelbagai dan variasi jawapan. Hanya 1 jawapan sahaja yang dihajati. Tetapi, alhamdulillah syukran atas respon anta. Good!
Terima kasih
BroHamzah
1)- Anonymous aka Qayyim Kadir
Alhamdulillah, syukran atas responnya. ALhamdulillah. Good point daripada anta.
Terima kasih
BroHamzah
1)- syahadah alina
Alhamdulillah, terima kasih atas kesudian merespon persoalan di atas. Huraian yang baik. Inilah pertimbangan yang perlu dilakukan apabila kita berhadapan dengan situasi sebegini. InsyaAllah
Sekali lagi, terima kasih
BroHamzah
1)- muhammad fuad
Terima kasih atas pandangan anta. Hujjah pun baik. Alhamdulillah, inilah assignment latihan berfikir buat semua. Santai dan sedikit proses gerak daya berfikir dengan unsur bertanggungjwb.
BroHamzah
akhi, jwpn ana yg di atas 2..yg lain 2 hujahnya...=)
1)- deenworker
Afwan-afwan, tersilap baca tadi. Kalut-kalut sikit.Afwan. Alhamdulillah. Hujjah yang baik.
BroHamzah
Saya memilih untuk:
.. Menyelamatkan nenek tua yang sedang nazak..
Knpa? Sy mengandaikan situasi ribut t’sebut sgt dasyat dan sgt tipis peluang utk slmt.. Jd, perlukan p’timbangan iman dan akal dlm b’tindak. Spy tak kesal lps buat keputusan. Sbb itu, lps b’fikir dlm, sy b’tukar fikiran dr slmtkan isteri kpd slmtkan nenek.. :)
Hujah:
Andai diri sendiri dan pemuda dipilh, terasa lemah iman dan kurang pertimbangan membiarkan 2 insan lemah hadapi saat genting sebegitu sendirian.. Sedangkan nenek itu sgt perlukan bantuan, dan isteri sgt perlukan perlindungan..
Jd sy memilih utk digantikan dgn pemuda mulia yg prnh b’korban utk sy tu. Tmpt selayaknya utk isteri dikorbankan utk si nenek.. (Sy percaya isteri solehah tak kan sanggup melihat penderitaan org lain ats kesenangan dirinya)...
Saya dan isteri.. Memilih untuk berkorban.. Mungkin itulah tanda syukur dan bukti cinta kpd Yang tlh Memberi nikmat berkasih sayang antara kami.. Juga kemuncak mempraktikkan tarbiyah yang prnh diselami bersama..
(Sbg seorg prmpn, sy jg akn stju andai suami berkeputusan begitu.. Terbukti, dia seorg yg rela berkorban, setia bersama susah dan senang.. ^_^)
Sekadar sekerdil pandangan..
(Teringin nak tau, jwpn tunggal dr Pn Servant.. =) )
assalamualaikum,
seandainya situasi ini berlaku pada diri, saya memilih untuk menyelamatkan isteri. pilihan ini bukanlah kerana mementingkan diri, akan tetapi mementingkan masa depan dunia dan akhirat. pointnya adalah:
1. memilih isteri untuk kesinambungan generasi dan demi mencapai matlamat bayt muslim, masyarakat muslim & negara Islam. mengejar matlamat yg telah jelas.
2. 5 perkara penting yg sangat dijaga di dalam Islam antaranya adalah agama, nyawa, akal, harta dan nasab. situasi ini menggambarkan nenek tua dalam keadaan nazak, ya benar Islam sangat2 mementingkan nyawa tetapi ada yang lebih penting daripada itu, iaitu agama. nenek yg sudah tua, secara logiknya kehidupan turut singkat (walaupun hakikat kita blh mati bila2 masa tp situasi ini harus memikirkan sebegitu)dan dalam keadaan 'nazak' pasti menyelamatkannya akan menetapkan dia pergi jua, jika dia ditakdirkan hidup sekalipun pasti tidak akan lama. adapun isteri, masih muda, kuat, masih boleh beramal dengan sempurna, dia mampu memberi sumbangan yg banyak kepada masyarakat.
kenapa tak tinggalkan isteri dengan nenek tua (memang tak sepatutnya) atau membenarkan isteri memandu membawa nenek tua. kedua2nya adalah wanita, membiarkan mereka berdua dalam situasi ini samada memandu dlm keadaan cuaca tak menentu dan merbahaya atau meninggalkan mereka di perhentian tersebut adalah tidak munasabah.
meninggalkan isteri bersama lelaki lain dan menyelamatkan nenek adalah mustahil. bagaimana mungkin seorang suami boleh berfikiran begitu??
memberikan kereta untuk dipandu oleh org yg tidak dikenali demi menyelamatkan nenek macam tak masuk akal. dia hanya pernah menyelamatkan nyawa kita belum lagi menjadi sahabat, jadi dia tetap dianggap sbg org yg tidak dikenali.
jadi konklusinya, bawa balik isteri dan tinggalkan nenek bersama lelaki tersebut, lelaki itu masih muda dan kuat,dia boleh membantu nenek tersebut dlm situasi seperti yang telah digambarkan.
khairi
Bawa lelaki yang pernah menolong kita, tinggalkan isteri solehah yang tercinta bersama nenek yang uzur.
mungkin selepas peristiwa tersebut lelaki tersebut semakin rapat dengan kita dan kita boleh membina lelaki tersebut untuk menjadi yang terbaik.
Apabila lelaki tersebut menjadi yang terbaik maka dia akan memilih isteri solehah seperti isteri kita yang sanggup berkorban.
Kita boleh mencari isteri solehah yang lain kalau ingin melahirkan generasi akan datang.
maka terdapat dua isteri yang solehah yang akan melahirkan generasi akan datang.
Pandangan sahaja.
Salam 'alaik,
Jawapan ana:
Seperti jawapan rakan2 diatas,
suruh lelaki itu bw nenek itu ke hospital
dan kita tinggal dgn isteri di perhentian bas tersebut.
Sebab:
Kita dpt selamatkan 3orang sekaligus
1.Isteri selamat dgn kita krn isteri amanah Tuhan yg perlu dijaga.
2.Nenek itu kita dpt selamatkan dgn meminjamkan kereta kita untuk pemuda bw nenek ke hospital.
3.Pemuda itu dpt kita selamatkan dr m'hampiri zina andai kita tinggalkn pemuda bersama isteri kita.
Wallahu'alam ^_^
salam..kalau abg 'ali nk satu jawapan jer..pilih no 2 tau..
setelah di fikir2 balik..maybe jawapan no. dua tu jawapan terbaik ana..
salam...kalau ana,ana selamatkan tiga2... mcamana??
buat lah mcmana pun..call shabat2 ana suruh datang tolong ..ke atau call ambulans..sbb tiga2 merupakan hamba allah yang memerlukan pertolongan..kalau x dak org datang biar ana cuba jaga2 tiga2..ana x sggup tggalkan org diblakang ana.. cuma pandangan..
emm..mencabar minda...
pandangan ana,
langkah pertama call ambulance..
then,selamatkan isteri..
hujah:
1. saya menyelamatkan nenek nazak..
jika difikirkan secara logik,dalam keadaan ribut taufan dan diri sendiri menjadi sangat cuak (bimbang, gementar, kecut perut),untuk menyelamatkan seorang nenek yang sangat nazak mungkin adalah sesuatu yang agak mustahil kerana mungkin akan membahayakan pemanduan...
>>kombinasi keadaan diri dan tambahan perasaan apabila membawa orang nazak<<
risiko:menyebabkan kemalangan
2. saya menyelamatkan pemuda...
sekiranya saya menyelamatkan pemuda tersebut, adalah sesuatu yang kurang bijak kerana meninggalkan isteri dan nenek nazak yang saya kira mudhoratnya lebih besar..
>isteri dan nenek nazak adalah perempuan.. jadi adalah sesuatu yang bahaya meninggalkan perempuan yang solehah dan nenek nazak kerana sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini mungkin diluar kemampuan mereka untuk menyelamatkan diri..
risiko:mungkin berlakunya penculikan dan seangkatan dengannya..
3. memberikan kereta saya pada pemuda yang pernah menyelamatkan saya dari bencana untuk menyelamatkan nenek nazak...
saya kurang pasti tentang ini kerana jika saya benar2 berada dalam situasi tersebut,mungkin saya tidak akan menyerahkan kereta saya kerana saya masih mempunyai inisiatif lain yang boleh diambil...
tambahan,walaupun pemuda tersebut pernah menyelamatkan saya,seharusnya saya masih perlu berhati2 kerana masih belum mengetahui identiti dan perwatakan permuda tersebut yang sebenar..
risiko:pemuda tersebut mungkin seorang pembunuh bersiri...mungkin seorang pencuri kereta... mungkin juga seorang yang baik hati...
4. saya memilih untuk menyelamatkan isteri solehah yang tercintaa..
* hal ini kerana pemuda tersebut boleh tolong menjaga nenek nazak sementara menunggu ambulan datang..
* dalam keadaan ribut taufan seperti yang digambarkan adalah bahaya untuk melakukan pemanduan secara laju sekiranya tiada pengalaman.. jadi saya kira,ambulan lebih berpengalaman dalam keadaan seperti ini kerana mereka terlatih...
* jangka masa untuk ambulan tiba di tempat yg berkenaan untuk memberikan bantuan adalah lebih pantas daripada memandu kenderaan sendiri pergi hospital..
................................
hanya sebuah pandangan mengikut logik..
boleh abg ali keluarkan pandangan?mungkin lebih logik dan bernas...
assalamualaikum, sedikit pertanyaan, this cerna minda is about logical thinking dgn pandangan syarak or analogi?
1)- Anonymous
Terima kasih atas pandangan & hujjah. Alhamdulillah, begitu panjang. Nanti, saya tanya Pn Servant.
BroHamzah
1)- QurratuQalbiey
Walaikumusalam,
Alhamdulillah,terima kasih - atas pandangan & hujjah. Pandangan yang baik.
Terima kasih
BroHamzah
1)- khairi
Alhamdulillah, sempat juga anta meninggalkan komentar.Terima kasih
BroHamzah
1)- Adam
3 sekali? - Tu dia. Alhamdulillah, terima kasih atas pandangan itu.
Terima kasih
BroHamzah
1)- omarhambaallah
Alhamdulillah. 1 sahaja,- semoga itulah yang sebenarnya.('',)
Terima kasih
BroHamzah
1)- hanif
3-3 sekali, anta adalah seorang lelaki yang berjiwa mulia. Apa pun, terima kasih atas pandangan anta.
Terima kasih
BroHamzah
Salam alaik. Agak terlambat sikit beri pandangan, tapi masih bolehkan? (=
jika saya di tempat itu, mungkin saya akan pilih untuk berada di perhentian itu dan berikan kereta kepada isteri dan nenek tua.
kenapa?
sebab, nenek tua adalah seorang perempuan juga dan rasanya lebih baik andai isteri sendiri yang menemaninya.
dan saya tinggal di situ bersama pemuda, kira ok lah. Kami dua2 lelaki. Tak jadi masalah nak berada di situ.
p/s : tak sabar nak tahu apa jawapan di sebalik situasi ini (=
Assalamualaikum,
woha, ramainya komen, x larat nak baca semua..
Ramainya org bersikap hero.
(amaran, ini adalah sekadar pandangan &perkongsian, sesiapa yg terasa. maaflah hamba yg kurang ilmu ni)
Cikgu Azmi Bahari pernah buat satu game camni. Dia memberi satu situasi dimana Kapal terbang yg dinaiki terhempas di sebuah pulau. Lalu soalannya ialah, nyatakan menu makanan anda di pulau tersebut. Ramai dikalangan kami ceritalah, makan ayam bakar la, memburu rusa guna jam la, memancing ikan guna bingkai cermin mata la, dan macam2 lagi.
Cikgu Azmi memberi renspon, bahawa kita ini tidak berpijak pada realiti, kita ini terikut2 dgn movie khayalan. Ana terkesima.
Jadi ana kaitkan dgn kita ini. Kebanyakan kita ini bersikap heroic, sehingga tidak berpijak pada realiti. Mahu menyelamatkan semua, sedangkan ketika berada di keadaan itu kita tidak mampu berfikir dgn rasional.
ok jawapan saya ada 2 kategori, satu mengikut naluri, dan satu lagi mengikut rasional.
mengikut naluri ana, tentunya ana akan pilih isteri ana. Sebab dialah yg lebih dekat dengan kita. Isterilah yg mempunyai hubungan yg lebih rapat dengan kita. Secara nalurinya ana rasa begitu. Betul tak?
mengikut rasionalnya, ana akan selamatkan pemuda.
1. Kerana pemuda adalah harapan negara.
2. jika Isteri itu benar2 solehah, akan masuk syurga kalau meninggal.
3. Nenek. Yang muda akan mati, yg tua pasti mati. (ayat sape tah ana petik, huhu)
Pemuda itu masih perlu ditarbiyah, demi menegakkan daulah pada masa hadapan. Dakwah itu lebih penting. selamatkan pemuda kita!!! (bagi yg hidup matinya utk jalan itu)
(sekadar pandangan ana, kalau silap bagitau la)
1)- pemburu syuhada'
Alhamdulillah, syukran. Terima kasih atas respon dan pandangan.
Terima kasih
BroHamzah
1)- ieqah1005
Ia terpulang kepada anda untuk menjawab dari sudut mana. Sertakan hujjah dan pandangan. InsyaAllah - saya menerimanya kesemuaannya.
Terima kasih
BroHamzah
1)- Izzati Hashim
Alhamdulillah, - terima kasih atas pandanga.InsyaAllah, semoga bermanfaat untuk semua.
BroHamzah
1)- mr IQ
Alhamdulillah, perkongsian yang baik. Bagus, tersentuh ana membacanya. Dan syukran juga untuk anta punya pandangan.
BroHamzah
asif ya abg ali...
bile ye boleh tahu jwapan
yg benar2 rasional..
walaupun post ini sekadar cerna minda,
tiada yg salah dan tiada betul,
tapi ana nak dengar jugak pandangan enta... huhu
:)
1)- bintu syed
InsyaAllah, doakan Allah berikan kekuatan untuk menulisnya.
InsyaAllah
1)- mr IQ
Pandangan ana? Pandangan sahabat-sahabat lagi bernas dan hebat, pandangan ana tiada apa-apa.
BroHamzah
Salam semua teman-teman... Teka-teki yg dieberikan oleh BroHamjah ini memang sangat mudah. Mudah untuk pening.(Kidding)
Insyaallah saya akan cuba juga lah jawab. Eh bukan jawab, tapi pandangan saya saja. Sebelum itu mohon maaf sekiranya pandangan saya ini agak macam kurang gitu. Saya telah baca komen-komen / pandangan teman-teman diruangan ini, waahhh hebat-hebat semuanya. Jadi rasa kerdil pula mau komen. Ya, walaubagaimanapun saya coba ya pak.
Baik, saya berhenti di kawasan kejadian lalu hon (tit-tit) ada apa ini? :-) gurau saja. (serius)saya akan bawa isteri saya terlebih dahulu. Dalam masa yang sama meminta pemuda tersebut bersama nenek yang sedang nazak sementara waktu sehingga lah saya dan isteri saya berjaya membawa bantuan.
Bantuan? 1st call ambulans. 2nd Cari rumah2 terdekat untuk meminta pertolongan. Sehinggalah nenek tersebut ditemani pemuda ajnabi berjaya dihantar ke hospital.
Saya dan isteri? Gerak sekali pegi hospital dan selamat sampai pegi rumah.
Namun, semua itu kuasa Allah s.w.t. Itu sahaja yang mampu saya beri. Mohon maaf kalau kurang atau salah.
Terima kasih pada Bro Hamzah, sebab bagi soalan yang mencabar seperti ini dan buat saya agak pening juga. Tapi pening yang soleh.
1)- Anonymous
Alhamdulillah, terima kasih atas pandangannya. Tergelak saya membacanya. Tentunya saudara ini, bijak dalam menawan hati sesiapa sahaja dalam tutur bicara.
BroHamzah
Hafiz Zainal Abidin
( Dihantar melalui SMS kepada saya beberapa hari yg lepas)
Assalamualaikum wbt, nak jawab nta punya soalan internet down so ana jawab melalui hp sajaha la.
1. Mustahil kereta boleh tumpangkan seorang penumpang sahaja, kecuali kereta sorong.haha. So tumpangkan semua dan bawa ke hospital untuk hantar nenek itu.
Problem Solve.hehe
1)- Hafiz Zainal Abidin
Kereta ini hanya boleh tumpangkan 1 penumpang sahaja. Itu kenyataannya. ('',)
BroHamzah
personally saya xberapa suka disuruh untuk membuat pilihan atas suatu yang kebarangkaliannya 1/∞
1) kenapa mesti ada 3 orang ditengah2 hujan lebat sabung-menyabung jauh daripada penempatan...apa yang mereka lakukan jauh daripada penempatan?
mestilah menanti bas,..jadi bas ada dan tidak perlu risau
2) kenapa mesti hanya seorang yang boleh tumpang,..kerana kereta itu lumrahnya ditumpang sekurang2nya 4
3) pelik seorang isteri yang solehah berada di perhentian bas,..menanti sang suami kah?
mungkin suaminya terkejut "mengapakah isteriku disini jauh daripada penempatan?"
atau isterinya sudah meminta izin,..wallahualam
4) bukankah ada stesen minyak di sepanjang jalan, jadi apa yang perlu dirunsingkan
mungkin jawapannya sama dgn beberapa jwpn y sebelum ini
benarkan pemuda membawa nenek ke hospital
kita temani isteri yang dirindui
saat isteri di sisi, suasa susah menjadi membahagiakan,..senyuman isteri mengubat gundah, menguat jiwa meletakkan pengharapan pada Yang Esa
dan tunggu sekejap bersama isteri sampai bas sampai,..
itu kan perhentian bas,... :)
wallahualam,..
1)- Anonymous
Alhamdulillah terima kasih atas jawapannya. Saya sudah sertakan jawapannya di artikel terkini. Semoga kita dapat sesuatu. InsyaAllah.
BroHamzah
Post a Comment