Seni Berblog - satu pengalaman baru buat diri
Seni Berblog
Oleh : BroHamzah
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaan-Nya dan anugerah pemberian-Nya. MasyaAllah, terasa kekerdilan diri ini.
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Baru-baru ini, saya berkesempatan berkongsi satu perkongsian bersama pelajar-pelajar Kolej Harun Ar Rasyid (KHAR), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) berkaitan dengan satu perkara yang sedang saya kembangkan iaitu Bengkel Pengurusan Blog bersempena program Pesta Buku dan Informasi 2011. Alhamdulillah, sekitar 15 orang peserta menyertai bengkel ini, dan ia adalah satu pendedahan dan pengalaman yang baru bagi saya. Saya dijemput mewakili team Langit Ilahi.
Tajuk : “ Seni Berblog”
Dalam tempoh 3 jam saya telah cuba berkongsi dengan para peserta berkaitan beberapa perkara yang mesti mereka fahami, lalui dan pelajari agar mereka mampu menjadi blogger yang mampu memberikan manfaat kepada komuniti alam maya. Berikut adalah tajuk-tajuk kecil yang saya kongsikan :
SATU : Nombor Satu & Utama ; Niat
DUA : Blog yang cantik & menarik
TIGA : Tidak pandai menulis ?
EMPAT : Disiplin – Kata kunci success!
LIMA : Seni Penyebaran & Promosi
ENAM : Fokus dan Halatuju blog
Rupa-rupanya, masa berlalu dengan begitu pantas dan banyak perkara yang tidak sempat saya kongsikan lebih mendalam. Tunjuk ajar membuat blog sahaja sudah mengambil masa sekitar 45 minit. Tetapi apa pun, saya kira ini adalah satu pengalaman bagi saya untuk bertindak dengan bijak untuk mengurus masa ketika sesi perkongsian.
Bermula daripada hal yang paling penting iaitu, niat berblog sehingga kepada tips penulisan serta semangat untuk mengemaskinikan blog secara konsisten – saya kongsikan dengan keupayaan dan pengalaman yang ada. Alhamdulillah, saya selesaikan tugas dan amanah ini dengan hati yang senang.
Saya juga berkongsi dengan para peserta dengan sebuah tulisan artikel saya yang bertajuk : Tips Berblog – Agar Menjadi Amalan Soleh. Semoga bermanfaat.
Buat para peserta bengkel, saya ingin memohon maaf andai kata terdapat banyak kekurangan dan kelemahan semasa saya mengendalikan bengkel bersama anda. InsyaAllah, persoalan yang diutarakan dan dikemukakan kepada saya – banyak membantu saya untuk menilai dan membuat banyak lagi homework untuk saya tingkatkan kemahiran teknikal dalam pengurusan blog ini.
Jika, anda ingin memberikan cadangan, komentar dan penambahbaikan – saya sangat-sangat mengalu-alukannya. InsyaAllah, boleh tinggalkan jejak dibawah ini.
Terima kasih kepada Pengarah program Rosdi Maji, Cik Izzati UPSI dan Cik Syuhada (Penyelaras) kerana jemputan serta layanan anda semua semasa saya di UPSI. Semoga Allah SWT menerima amal kita ini. InsyaAllah.
Coretan : Mohon maaf, gambar tidak dapat saya sertakan kerana belum berkesempatan mengambilnya daripada sahabat saya, Bro Suhaib.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
byk ilmu yg sya dapat semasa bengkel tersebut.. tahniah!
1)- sara whitesnake
Alhamdulillah, terima kasih atas responnya.
BroHamzah
kpd bro hamzah..trima ksih ats perkongsian tersebut..sy akan apliksikannya dlm blog sy akan dtg..moga suatu hari nnti dpt bkrjsama lg dgn brohamzah..tq
1)- seniora
Alhamdulillah, insyaAllah. Semoga Allah redha.
BroHamzah
salam, trimas bg perkongsian dan bnyk ilmu dan pengetahuan yg saya dpt melalui bengkel tersebut..sekali lg arigato gozaimas @ syukran..
1)- syafa
Wassalam, alhamdulillah. Semoga ia menjadi ilmu yang berguna untuk akhirat anda.
BroHamzah
Post a Comment