Pilihan Terbaik - Mohon Hidayah daripada-Nya

Tuesday, March 22, 2011

Langkah demi langkah menuju ke puncak jaya

Pilihan Terbaik – Mohon Hidayah daripada-Nya
Oleh : BroHamzah

Hari ini, insyaAllah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2010 akan diumumkan. Buat adik-adik lepasan SPM 2010, sudah tentu saat ini – jiwa dan hati anda berdebar-debar.

Terasa resah dan gelisah semacam sahajakan. Mungkin ada yang tidak dapat lelapkan mata semalam. Pusing ke kanan tidak kena, pusing ke kiri tidak menjadi. Apa pun – perasaan gementar itu adalah perkara biasa. Jangan risau.

Tenangkan hati. Tarik nafas panjang-panjang. Dan – hembus ia perlahan-lahan sambil berzikir dan bertahmid kepada Allah SWT.

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Saya doakan untuk anda semua, keputusan yang terbaik, yang dirahmati dan diredhai oleh Allah SWT. Setelah berusaha bersungguh-sungguh, berhempas pulas, bersengkang mata dan pulun mengulangkaji pelajaran : semestinya satu pengharapan yang menggunung untuk menantikan keputusan yang cemerlang, terbaik dan menyenangkan.

Lantas, sediakan jiwa dan hati untuk menerima setiap keputusan itu dengan redha dan tenang. Ketika dimaklumkan keputusan, ucapkanlah syukur Alhamdulillah dan lakukan solat sujud syukur kepada Allah SWT. Apa jua – keputusan – ia adalah pemberian, anugerah dan kurniaan daripada Allah SWT.

Terbuka. Tersenyum. Lapang dada. Redha.

Ia adalah kata kunci yang akan membuatkan kita sentiasa tenang dan bahagia.

Anda berhak memilih : Jom Ke KTD


Ke mana selepas ini?

Mungkin saat ini, bermain-main difikiran adik-adik ke manakah akan aku sambung belajar selepas ini? Atau cukup setakat ini? – Baik aku berkerja?

Atau mungkin ada yang ingin berkahwin? : - Baik, tunggu dulu. Ambil sedikit masa untuk sama-sama kita berkongsi sesuatu. Sesuatu untuk masa depan kita.InsyaAllah.

Saranan saya, marilah sama-sama kita lakukan sesuatu yang bijak untuk masa depan. Anda harus melihat jauh ke hadapan untuk masa depan yang cemerlang dan disinari cahaya kejayaan. Kehidupan kita ini, harus diisi dengan ilmu yang bermanfaat. Sehebat mana pun kita, jika tanpa ilmu – kita tidak mempunyai apa-apa kehebatan atau kelebihan. InsyaAllah dengan ilmu – kita akan berjalan di muka bumi Allah SWT ini dengan panduan, suluhan dan matlamat yang terarah.

Nasihat dan saranan saya, pilih untuk meneruskan pengajian serta menuntut ilmu. Ia sangat-sangat penting. Dewasa ini, saya lihat – ramai yang mengambil keputusan untuk terus berkerja selepas SPM. Mungkin kerana beberapa faktor, tetapi kita perlu usahakan yang terbaik untuk masa depan kita. Pilihlah untuk terus belajar dan belajar.

Sama ada dalam bidang teknikal, vokasional, sastera, agama atau teknologi. Terpulanglah kepada minat, potensi dan kelulusan anda. Terpenting : Anda Menuntut Ilmu ke peringkat seterusnya!

Allah SWT juga berfirman dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11;

"...Dan sesungguhnya Allah SWT mengangkat darjat mereka-mereka yang berilmu dengan beberapa darjat...."

KTD - Ia istimewa

Tempat pengajian, ia harus dipilih!

Hari ini, terlalu banyak peluang dan tempat untuk kita melanjutkan pelajaran. Bermula daripada IPTA sehingga la IPTS, daripada kolej-kolej kemahiran sehingga universiti-universiti yang mengkhususkan bidang-bidang tertentu. Banyak sangat. Anda boleh membuat pilihan, dan boleh saya katakan – dengan apa jua keputusan anda sebenarnya mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang tertinggi.

Di sini, saya ingin berkongsi dan memberikan saranan untuk anda. Saranan dan cadangan – sebuah kolej untuk anda lanjutkan pelajaran. Sebuah kolej yang kelihatan biasa-biasa sahaja. Dilihat daripada pandangan fizikal kelihatan sederhana dan mungkin sesetengahnya tiada apa-apa yang istimewa.

Namun, sejujurnya di sini ada sesuatu untuk anda. Bagi yang inginkan sesuatu yang besar dan bermakna untuk dijadikan bekalan sepanjang kehidupannya. Kolej yang terletak di sebuah tempat yang suasana tenang dan mendamaikan. Terletak di sebuah negeri yang terkenal dengan jolokan “ Serambi Makkah.” Sebuah kolej yang telah memberikan banyak sentuhan istimewa bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga pekerja-pekerjanya.

Pilihan ditangan anda, tiada paksaan. Namun, lakukanlah istikarah dan perbincangan dengan sebaiknya. Memilih tempat untuk belajar adalah antara perkara-perkara yang sangat penting dalam hidup kita.

Layari http://www.ktd.edu.my untuk maklumat lanjut

Kolej Terbaik Dunia (KTD)

Saya perkenalkan kepada anda. Kolej Teknologi Darulnaim (KTD). ( http://www.ktd.edu.my) Sebuah kolej swasta yang sedang meningkat naik di antara kolej-kolej swasta yang ada di Malaysia. Hak milik bumi putera yang memfokuskan kepada pendidikan bersepadu antara kecemerlangan akademik dan sahsiah diri. Sebagai permulaan – saya kenalkan – slogan kata KTD untuk dihayati ;

Mengaji biar pandai
Prangai biar juruh
Hidup bole tupe

KTD – Kau Di Hati Kami. Saya akan kongsikan di post-post mendatang tentang KTD ini. InsyaAllah. Artikel sebagai intro sahaja untuk titik mula. InsyaAllah. Jika ingin apa-apa bertanya pendahuluan, boleh tinggalkan komentar di bawah. Saya akan jawab dan lengkapkan persoalan anda di post yang mendatang.

Semoga dipermudahkan oleh-Nya

InsyaAllah, yang ternanti-nantikan keputusan saat ini : banyak berdoa, munajat dan berzikir kepada Allah SWT agar hati tenang. Mohon dan pohon doa agar Allah SWT lapangkan hati untuk menerima apa jua keputusan nanti. InsyaAllah.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, bermaksud;

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk"

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu daripada Allah SWT.

Ia adalah ganjaran, bonus, anugerah, kurniaan dan pemberian daripada Maha Pencipta. Justeru, tingkatkan kesyukuran dengan memperbanyakan amal soleh, tingkatkan kualiti ibadah harian dan banyak memberikan sumbangan untuk Islam.

Jika gagal atau tidak mendapat apa yang dihajati – usah kecewa dan putus asa. Yakinlah, kemenangan dan kejayaan dilewatkan oleh Allah SWT. Ada hikmahnya. Allah SWT ingin menguji keikhlasan dan ketulusan hati. Saat ini, muhasabah kembali untuk menyusun perancangan dan strategi ke arah kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan. InsyaAllah.

Semoga kelebihan, kekuatan dan keistimewaan kita – Islam boleh tumpang dan manfaatkan. InsyaAllah. Selamat maju jaya buat adik-adik.

Kejayaan adalah hak milik setiap insan

BroHamzah
Nibong Tebang, Pulau Pinang
Malaysia

4 comments:

Anonymous,  March 23, 2011 at 7:15 AM  

assalamualaikum.

saya merupakan seorang pelajar yang biasa-biasa dalam pelajaran. dan ketika menjwb kertas peperiksaan, saya rasa hopeless dan seakan2 tiada hrpan untuk berjaya. namun, jauh di sudut hati saya, saya percaya pada ayatNYA. barangsiapa bertawakkal kpd ALLAH, maka ALLAH akan menunjukkan jalan darpd arah yg x disangka2. maka, saya memperbnyakkan solat hajat, solat mlm, dan semua itu dilakukn utk kejayaan sy di dunia dan akhirat selain mendekatkn diri kpdNya. dan, alhamdulillah, saya mendapati apa yang saya impi2kan. hati saya menangis. air mata saya laju mengalir. saya rasa bersyukur sgt2. benar. ini semuanya dtg drpdNya. saya tidak pasti apkah perasaan saya yg sebenarnya dan saya mmg seorang yg susah utk menganalisa diri sendiri. saya rasa gembira, bersyukur dan insaf. saya kdg2 juga takut dgn kejayaan ini dan saya tidak pasti kenapa. saya keliru. keliru dgn perasaan sndiri. yg pasti sy bersyukur. knapa saya yg bnyk dosa ini dipilihNya utk mndapat kjayaan ini sdgkan usaha saya bkn apa2. saya rasa bersalah krn meminta dgn bersungguh2 hal duniawi sdgkn untuk akhirat..?? huhu..

saya adlh seorg yg suka kpd rasional. rasional knp perasaan saya mcm itu. knpa itu? knpa ini? itu adlh satu sbb untuk sy menconteng disini. kdg2 trasa sprt 'x betul'. apbila x tahu jwpnnya, maka sya akan menceritakn kpd org lain dgn hrapan sy menjumpai sebab itu. adkh sgla sesuatu memerlukn sbb??

maafff sgt2 meluahkan perasaan di sini.. maaf kern mngambil ruang yg agak bnyk. maaf andai menyusahkan. maaf kpd pmbaca2 lain krn brtnya soalan pelik di sini.

ada x tips atau apa2 nasihat utk org sprti saya?

perlukan bantuan,  March 26, 2011 at 1:51 AM  

assalamualaikum...

sebenarnya bidang pengajian yang ana ingin teruskan tiada dalam perkhidmatan ktd...
senang kata,perubatan...

tapi kerana memilih ipt adalah sesuatu perkara yang penting dalam membina dan mengukuhkan peribadi dan sahsiah diri,ktd menjadi pilihan hati...

cuma parent tidak memahami..

jadi,ana perlu tahu jika ana mengambil jurusan2 itu,kemana selepas itu....untuk memudahkan ana menjelaskan kepada parent ana...mereka sangat mementingkan pemilihan bidang dan ipt...

sekiranya ana mengambil diploma multimedia under ktd atau diploma komunikasi under kuis atau diploma sains komputer(multemedia) under utm,kemanakah langkah akan diteruskan selepas ini?

kalau boleh,jelaskan dengan terperinci..

jazakallahhukhairankathira...

BroHamzah March 28, 2011 at 9:44 PM  

1)- Anonymous

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Maha Suci Allah SWT yang mengurniakan pelbagai nikmat-Nya kepada saudara. Semoga saudara berada dalam limpahan inayah dan hidayah-Nya.

Saudara/i - semoga anda dalam kasih sayang & cinta-Nya.

Saudara adalah insan pilihan Allah SWT. Yang diberikan kekuatan, hidayah dan kekuatan untuk mengerakan sedala kudrat yang ada untuk bergerak maju menghampiri dan mendekatinya. Luar biasa perasaan ini, kerana dalam suasana yang ada pada hari ini - ia dalah sesuatu yang dilihat sebagai sukar, payah, getir dan membebankan. Tetapi saudara/i Allah berikan kekuatan itu.

Maka, bersyukurlah saudara. Berapa ramai insan dan manusia yang jauh daripada Allah SWT? Yang lalai daripada mengingati-Nya dan malah ada ramai yang mengingkari lalu menjauhi-Nya dalam keadaan sedar mahupun jahil.

Saudara/i budiman.

Titik langkah mengenali diri adalah dengan mengenali ilahi. Marifatullah adalah permulaan bagi yang hajatkan cita-cita yang besar. Dengan ilmu & basirah, inilah laluan dan stesen yang harus kita lalu untuk mencintai, mengenali, merindui dan mengasihi Allah SWT.

Saudara - pelihara perasaan itu- ia sangat istimewa. Peliharalah Allah SWT dalam diri saudara, nescaya Allah akan memelihara saudara. Tadahan tangan menghadap-Nya dengan pengharapan, penuh kecintaan dan ketakutan mengharapkan keampunan, belas ihsan dan cinta-Nya.

Semoga kemanisan iman menjadi milik saudara. Ayuh kita tingkatkan mujahadah ini.

Sekian,

BroHamzah

BroHamzah March 28, 2011 at 9:51 PM  

1)- Perlukan bantuan

Walaikumusalam, semoga saudara/i dalam limpahan dan payungan keimanan kepada Allah SWT.

Alhamdulillah, semoga kasih sayang Allah SWT bersama-sama saudara/i.Dalam soal pemilihan laluan kehidupan, - sering kali saya diajukan dalam sesi perkongsian dan sebagainya.

Dalam, hal ini. Sungguh kita tidak pernah tahu masa depan kita. Justeru, saat ini - tanyalah Allah.

Ya. Tanyalah Allah SWT dalam solat Istikarah kita. Melalui solat istikarah memerlukan banyak persediaan dan persiapan. Mohon keampunan, taubat sebersihnya dan mohon kerahmatan-Nya. Inilah titik bantuan dan pertolongan Allah SWT buat kita semua.

Di mana sahaja anda melangkah, keputusannya adalah saudara yang lakukan. InsyaAllah - bulatkan keazaman dan teguhkan kemahuan serta luruskan matlamat. Buatlah sesuatu kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT.InsyaAllah, Allah SWT akan bantun dan mengiringi perjalanan hidup anda.

Berkaitan KTD - mungkin saudara boleh hadiri program Hijrah Menara Gading yang akan diadakan di UIA pada 22 - 24 April ini di UIA. InsyaAllah ada slot khas berkaitannya.

Usah bimbang akan masa depan, risaukan amal sekarang - itulah keutamaannya.

Sekian

BroHamzah

Post a Comment

Followers

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP