Menyelusuri fasa-fasa kehidupan dengan ketabahan, keazaman dan kesabaran. - Ilustrasi oleh MusliMultimedia
Khas : Sakinah Mawaaddah Wa Rahmah
Oleh : BroHamzah
Membuat pemilihan, melakukan keputusan dan melaksanakan apa yang telah dipilih dan diputuskan adalah sesuatu yang akan dilalui oleh semua orang. Sama ada dirinya sedar atau pun tidak.
Saya menyedari setiap daripada kita akan melalui pelbagai fasa, perubahan dan juga tahapan alam dalam kehidupannya. Kerana inilah kehidupan. Begitulah kehidupan bergerak dan berlalu pergi. Sama ada kita menjadi sebahagian daripada kehidupan atau kita tersingkir daripada hakikat kehidupan.
Perubahan Fasa Kehidupan
Saya masih teringat sewaktu saya kecil-kecil dulu ( kanak-kanak rebina) – sangat nakal, buas dan setiap saat pasti ada sahaja pelbagai projek di minda untuk menikmati alam kanak-kanak sepuas-puasnya. Main perang-perang dalam hutan, buat salji putih dengan bedak (powder) sehingga berdebu putih satu bilik, main panjat gunung olok-olok menggunakan kerusi, tangkap ikan di sawah, berlagak menjadi tarzan dalam hutan tepi rumah, membela serangga – labah-labah, rama-rama dan macam-macam lagi -, buat pondok di atas pokok jambu, main mercun bom naga dan banyak lagi.
Saya rasa seolah-olah perkara itu masih segar dan ia macam berlalu beberapa ketika sahaja. MasyaAllah, itulah masa. Ia sangat subjektif dan hakikatnya sangat sukar difahami tanpa bantuan Ilahi. Perubahan fasa daripada alam kanak-kanak, ia terus beralih ke alam remaja dengan begitu pantas. Seolah-olah, saya tidak puas menjadi kanak-kanak. Keseronokannya, kegembiraanya, tiada tanggungjawab dibebani, minda yang hanya fikir untuk main sahaja dan saya selalu fikir alangkah baiknya sekiranya hidup ini hanya jadi kanak-kanak sahaja.
Tetapi, inilah hakikat kehidupan. Ia berlalu dan terus berubah. Perubahan dalam kehidupan adalah sunnatullah dan sebagai manusia sama ada kita rela, redha atau rasa terpaksa – kita sebenarnya akan terus meningkat dewasa dan akan melalui perubahan dalam fasa kehidupan.
Alam remaja, saya lalui ia dengan sangat kompleks dan boleh saya simpulkan ia adalah alam mencari identiti peribadi. Saya banyak memerhati, membuat perbandingan, banyak mencuba dan di sinilah saya sedang mencari nilaian hakikat diri. Banyak pengalaman yang pahit, manis, gembira, sedih dan bercampur baur sepanjang kehidupan ini. Ada saat bangun dan ada saat jatuh tersungkur. Saya belajar menyantuni kemanusiaan dan belajar berdikari untuk terus gagah mengharungi kehidupan. MasyaAllah.
"Ya Ilahi, aku bersyukur kepada-Mu kerana memberikan peluang untuk aku terus hidup dalam mengharungi kehidupan di alam dunia ini."
Fasa "kanak-kanak rebina"
Semasa umur 5 tahun, nampak kecil dan pemalu sahaja - tetapi nakal yang amat
Fasa Seterusnya
Dan, kini daripada satu fasa bersendiri atau solo – saya akan melangkah ke fasa berpasangan, berdua atau fasa rumah tangga. Satu fasa yang belum pernah dilalui oleh saya sebelum ini.
Ketika ini, saya menyedari bahawa ia adalah satu fasa yang telah dilalui oleh berjuta-juta manusia sebelum ini. Dan aturan dan ketetapan Allah SWT – Rabb Yang Maha Esa – yang menjadikan susunan fasa yang sangat istimewa dan unik ini dalam kehidupan manusia.
Ramai yang telah melalui fasa ini, - ibu bapa saya, sahabat-sahabat saya, kenalan saya dan malah ada dikalangan rakan-rakan yang lebih muda daripada saya telah melaluinya terlebih dahulu. Inilah cantiknya susunan, ketetapan dan aturan Allah SWT.
Dan kini ia sedang mengintai saya. Dan - tidak lama lagi ia akan menjemput anda pula!
Kelihatan anda tersenyum sahaja. ('',)
Perasaan, cetusan, perkongsian dan pengalaman
Saya masih teringat ketika menghadiri majlis akad nikah seorang sahabat saya yang lebih muda daripada saya tahun lepas. Seorang sahabat telah bertanya kepadanya selepas selesai akad nikah :
“ Apa perasaan anta?,”
Jawabnya dengan tenang :
“ Ana rasa pelik la.”
Kami yang mendengarnya ketawa perlahan. Jawapan spontannya, membuat ia tersipu-sipu ketenangan.
Saya juga begitu, memiliki perasaan seperti insan lain. Setiap langkahan, perubahan dan apa yang dilalui dalam setiap fasa kehidupan saya hajatkan yang terbaik dan yang paling penting ia diberkati dan diredhai Allah SWT.
Hajat yang utama
Tiada yang lebih utama,daripada mengharapkan setiap fasa yang dilalui dalam kehidupan ini mampu mendekatkan dan mempertingkatkan kecintaan saya kepada Allah SWT.
Tiada yang lebih penting, daripada menghajatkan pembinaan rumahtangga ini menguatkan lagi diri ini untuk terus memberikan sumbangan buat deen Islam yang tercintai.
Pengharapan yang sentiasa diulang-ulang dalam doa, munajat dan juga sujud kepada-Nya : Agar setiap saat-saat yang dilalui ini membekalkan sesuatu aset, bekalan, saham untuk dibawa bekal pulang menghadap dan bertemu Allah SWT kelak. InsyaAllah.
Hajat untuk menjadikan rumah tangga sebagai medan memproses hati yang bersih, jernih dan putih. Sehingga mampu membuahkan qalbun saleem – perisai ampuh untuk menahan bakaran api neraka. Dan ia adalah prasyarat untuk menjejaki syurga.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Hari (kiamat iakah hari) yang tidak berguna segala harta dan anak pinak kecuali mereka yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.”
( Surah al-Syu’ara (26) : 88-89)
Baitul Muslim & Baitul Dakwah
Kini, saya memilih untuk melalui fasa ini. Dengan panduan, hidayah dan pedoman yang dipinta dalam doa, solat dan istiqarah : Inilah saatnya.
Segala persiapan, persediaan dan keseriusan dalam melaksanakannya dijuruskan untuk sesuatu yang Allah SWT redhai, gemari, cintai dan hajati. Harapan, impian, cita-cita dan hajat dihati agar rumah tangga ini mampu menjadi Baitul Muslim yang harmoni, aman dan mendamaikan & ia juga mampu memacu mengerakan Baitul Dakwah. InsyaAllah.
Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah : - Ia adalah lambang keutuhan baitul muslim. Dan ia harus menjadi cita-cita setiap diri muslim dan muslimah untuk merealisasikannya dengan usaha bersungguh-sungguh, tawakkal dan keazaman yang nyata.
Doa kalian & Doa sebuah harapan
Saya – dengan penuh kerendahan diri, kekerdilan sanubari dan berbesar hati – ingin memohon sekudus doa kalian yang mengenali diri ini, agar sentiasa mendoakan kesejahteraan kami. Doa sahabat-sahabat yang soleh, teman-teman yang budiman, rakan-rakan yang peramah, dan kaum kerabat yang sangat mesra ini – InsyaAllah akan menambahkan kerahmatan, keberkatan dan keceriaan dalam kehidupan kami nanti. InsyaAllah.
Semoga langkahan saya ke fasa ini adalah titik mula dalam mencipta Syurga Rumah Tangga. Mohon doa semua.
Ya Allah, jadikanlah diri kami mencintai keimanan dan hiaskanlah iman itu menjadi suatu keindahan dalam hati kami. Jadikanlah diri kami membenci kekufuran, fasiq dan kederhakaan serta jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.
Amin Ya Rabb.
Kredit : Ahmad Faiz Sabri & Pasangannya.
Ali & Maryam
12 Mac 2011
13 Mac 2011 I MATRI, Beseri, Perlis
19 Mac 2011 I Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
46 comments:
Amin.
Tahnaiah,bro..('',)
Semoga berbahagia di dunia dan di akhirat bersama dengan bakal isterinya...
1)- musafir kehidupan
Syukran, alhamdulillah. Doakan kami ya.
BroHamzah
barakallahulakuma...afwan tidak dpt hadir..-azans0d-
alhamdulillah.. :)
tahniah brohamzah, semoga berjaya membina baitul muslim yang bakal dimeriahkan dengan ulama2 akan datang. amin ya rabbal alamin..
MasyaAllah! Hebat anta. Anta boleh tau ana senyum bila ana membaca tulisan ini. :)
Tahniah Abg 'Ali dan Cikgu Maryam.
Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat kalian membina baitul muslim dan seterusnya melahirkan generasi pewaris.
Moga Allah memperudahkan urusan kalian.
Moga kasih dan cinta kamu berdua kekal sampai ke syurga.
Jangan lupa doakan ana juga. ^_^
1)- Anonymous aka Azansod
Tahniah juga untuk anta. ALhamdulillah.Doa untuk ana & anta jua.
BroHamzah
1)- kasturi jiwa
Alhamdulillah, syukran atas saranan & doanya.Ameen
BroHamzah
1) Mohd Fakhrudin
Itu la, ilmu nafs. - Sempat belajar dengan UDMZ tu. Rugi anta tak masuk MK.('',)
Syukran, doakan untuk kami - dan jua anta - teruskan menjadi!
BroHamzah
mabrukk! may Allah bless...
i'll pray 4 you & your couple to be suceed
in the world n hereafter...
n...saya tersengih bila baca nie. hehe
Alhamdulillah.. Semoga dengan terbinanya Baitul Muslim, Dakwah dan Tarbiyah akan terus berjalan.. Islam juga turut sama menumpang. Semoga Allah merdhai Akhi 'Ali 'Irfan&Ukhti Maryam.. InsyaAllah, ana akan menghadiri majlis walimah tu..
Barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'abainakumafikhair..
1)- Anonymous
Syukran, alhamdulillah
Kenapa tersengih?
BroHamzah
1)- puteri as
Alhamdulillah, syukran atas doanya.Alhamdulillah.
BroHamzah
Dan kini ia sedang mengintai saya. Dan - tidak lama lagi ia akan menjemput anda pula!
Kelihatan anda tersenyum sahaja. ('',)
hehe~
BARAKALLAH HULAKUM.
Pernikahan yang kita lalui tidak sama 100% dengan buku-buku pernikahan yang kita baca. Buku hanya panduan umum, sedang kita menikah dgn manusia yg tentunya kompleks dan unik.
ambillah masa utk mengenali pasangan, keluarganya dan kehidupan baru yg sedikit berbeza. cabaran nikah setiap insan berbeza, tapi kunci penyelesaian tetap diskusi, sabar dan lapang dada. terimalah kelebihan dan kekurangan pasangan
1)- Anonymous
Oo.. sengaja menyakat kalian!
BroHamzah
1)- ummu uswah
Terima kasih atas nasihat, dan peringatan yang sangat berguna.
Saya akan melihatnya dengan mendalam :
1) Diskusi
2) Sabar
3) Lapang Dada
Itu kelihatan sukar, doakan.
BroHamzah
byk lg nak cakap, tapi lg best rasa sendiri la semua pengalaman nya. yg merasa je yg tahu rasa-rasa yg ada.
1) ummu uswah
Syukran
BroHamzah
Assalamualaikum.. tahniah ya akhi sudah mahu walimah.. semoga dalam lindungan Allah selalu bersama Zaujah tercinta...
subhanallah..
tulisan ni membayangkan ana kebesaran Allah.
Allah mencipta hormon dari sel2 yg membentuk kimia perasaan.
tak terkata habatnya Allah.
org yg belum kawin perasaannya lain.
org yg sedang lalui lain.
org yg dah lalui pula lain.
semua akan membayangkan persepsi yg berbeza.
perasaan berbeza.
tindakan berbeza.
penuh perbezaan.
subhanallah. maha suci Allah dari kekurangan.
1)- Muslimah Optimis
Walaikumusalam, alhamdulillah. Syukran atas saranan dan doanya.
BroHamzah
1)- faris
Tulisan dan cetusan anta pasti berbeza persepsinya. Allamdulillah.
BroHamzah
salam...
tahniah ustaz ali...
smg bhgia hingga ke syurga....^_^
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
^_^
1)- Setanggi Syurga aka Nur Hidayah Ali
Wassalam, alhamdulillah. Syukran
BroHamzah
1)- Ahmad Faiz.MS
Syukran. Ucapan ini untuk anta juga. Mabruk!
BroHamzah
BArakallah Abg Ali dan kak Maryam...semoga berbahagia hingga akhir hayat...Semoga dgn walimah ini semakin bertambah hangat dunia dakwah dan tarbiyyah..InshaAllah..
humaira
Barakallah lakuma wa jama`a bainakuma fi khair...banyak bersabar menempuh alam rumahtangga,setiap kesusahan pasti diiringi kesenangan....rabbuna yusahhil
1)- Anonymous aka humaira
Syukran atas ucapan dan saranannya. Doakan kami sentiasa
BroHamzah
1)- Muhammad Muzakkir
Syukran atas saranan. Lepas ini ana rujuk anta. InsyaAllah
BroHamzah
Abg 'Ali, senyum ana tak habis2 lagi ni. Camne nak buat?
InysaAllah, nanti ana belajar ilmu nafs. Teringin pula nak masuk khassah balik. :)
semoga diberkati dan berbahagia selalu..
salam dan tahniah dari izzati dan semua peserta bengkel penulisan blog, UPSI..
1)- Mohamad Fakhruddin
Dipersilakan. MK sentiasa terbuka buat anta.
BroHamzah
1)- seniora
Terima kasih, sampaikan salam buat semua warga peserta bengkel penulisan blog, UPSI.
BroHamzah
BArakaAllah! Tahniah! Semoha berbahagia di atas jalanNya. InsyaAllah~ =)
1)- nadia_,mustafa
Allahuakram, syukran atas ucapannya.
BroHamzah
Semoga sentiasa dipayungi kesejahteraan dan kebahagiaan bersama rahmat dan kasih Ilahi yang mekar, tanpa putus-putus :)
1)- iqbalsyarie
Terima kasih akh, semoga Allah SWT merahmati anta jua. Berkat, rahmat dan kasih daripada-Nya adalah dambaan kita semua.
BroHamzah
selamat pengantin baru.. moga sentiasa dalam rahmat dan limpah kurnia yang Maha Esa..
1)- dya adriza
Terima kasih atas ucapannya.
BroHamzah
Salam.
mabruk alaik, barakallah lakuma wa jama`a bainakuma fi khair (=
moga2 bahagia hingga ke syurga.
1)- Izzati Hashim
Wassalam, alhamdulillah. Syukran atas ucapan. Doakan kami bahagia sehingga ke syurga abadi.
BroHamzah
bismillah.
terasa benar setelah lama tak meninggalakan jejak di teratak brohamzah.
alhamdulillah, kabar bahagia rupanya.
barakallahu laka wabaroka 'alaika wa jam'a bainakuma fil khair..
~firas az-zahra'
1)- firaszahrafajar
Alhamdulillah, terima kasih atas ucapannya.
InsyaAllah.
BroHamzah
Tersenyum ana membaca. Moga ALLAH sayang kalian berdua.
Post tentang JDK iA sebagai hadiah.
Mak dan ayah kirimkan salam.
Assalamualaikum..
1)- Asiyah Ulya
Syukran. Syukran. Syukran
Alhamdulillah, semoga Allah redha dengan pembinaan BM ini. Doakan agar kami dalam rahmat & kasih sayang-Nya.
BroHamzah
Post a Comment