E M A S
Simbol kekayaan, kemegahan dan kemewahan. Kerananya, manusia hilang sifat kemanusiaan.
Kerakusan Diktator Moden Dunia
Oleh : BroHamzah
Tiada kuasa yang agung, hebat dan tertinggi melainkan Allah SWT. Seangkuh manapun seseorang manusia, dia hanya insan dan manusia yang kercil, hina dan tiada upaya.
Segala kesombongan, keegoaan dan kebongkakannya – ia akan kecundang, rebah dan dihina-hinakan oleh sesiapa sahaja dengan izin Allah SWT.
Ketika dunia dan seluruh manusia menyaksikan ranap dan robohnya satu per satu kepimpinan negara di Timur Tengah – Allah SWT mendedahkan kepada kita satu ibrah dan pengajaran yang sangat besar untuk kita teladani.
Menyalahgunakan kuasa dan amanah untuk mengumpul harta, kekayaan, kemewahan dan kesenangan adalah salah satu amalan biasa para pemimpin yang ada pada hari ini. Tergamak menggunakan duit rakyat, hasil ekonomi negara dan pendapatan yang ada untuk kepentingan diri adalah trend pemimpin-pemimpin yang zalim, rakus, tidak berhati perut dan sangat-sangat tamak!
Inilah watak manusia – zaman berzaman- yang wujud sejak zaman yang lampau. Penindasan, tekanan, kezaliman dalam pelbagai rupa dan keadaan – menyebabkan hati dan jiwa mereka buta.
Teringat kata seorang Murabbi saya :
“ Antara penyakit ummat terdahulu yang kini mula melanda ummat kini ialah : HIDUP BERMEWAH-MEWAH !.”
Tanpa belas ehsan, mereka menjadikan kekuasaan dan peluang “memerintah” sebagai medan terbaik untuk mengaut harta, rakus membolot segala hak milik rakyat dan menyimpannya untuk masa depan kaum kerabat dan kroni sendiri.
Sehingga saat ini, terbongkar pelbagai cerita, kisah dan pendedahan laporan dari pelbagai sumber mengenai harta pemilikan pemimpin-pemimpin diktator yang tersungkur di tanah air sendiri. Ben Ali segala penyalahgunaan kuasanya dibongkar satu persatu, begitu juga dengan Husni Mubarak – banyak sumber media mulai mendedahkan segala harta yang dikautnya sepanjang pemerintahan di Mesir dan terkini Muammar Gaddafi, presiden Libya yang sangat aneh ini turut dicela dan dikeji kerana “kebijakannya” berselindung di sebalik kesederhanaan yang selalu diwar-warkannya kepada media dan rakyat.
Mereka berlumba-lumba mengumpul harta
Ketawa riang di atas tahta
Seolah-olah dunia ini mereka yang punya
Tetapi, Allah Itu Rabb Yang Maha Esa
Segala-galanya akan terbongkar dengan sekelip mata
Ben Ali, kekayaannya dilaporkan mencecah sehingga jutaan ringgit.
Istana Kediaman Ben Ali di Tunisia
Pintu Masuk ke Istana kemegahan bekas presiden Tunisia yang tersungkur
Terbongkar wang yang disembunyi di sebalik rak buku. Baca SINI
dan SINI
Bekas presiden Mesir, Husni Mubarak
Kekayaan Husni Mubarak yang dilaporkan mencecah sehingga AS$ 70 bilion ( RM 213 bilion), hasil kejayaan memerintah Mesir selama 3 dekad. Baca SINI dan SINI
Istana kediaman Presiden Mesir, Husni Mubarak
Keindahan dalam Istana, cantik tak?
Luar Istana, tempat merehatkan minda rasanya
Keemasan yang menghiasi setiap sudut perkakasan dan hiasan dalam Istana
Tempat persembahan rasanya. Wallahu'alam
MasyaAllah, silau mata dengan kegemerlapan cahaya kesenangan dan kemewahan
Rumah anak Husni Mubarak di Erorah, sempat buat dengan wang yang berjuta-juta ringgit
Rumah Husni Mubarak berhampiran Terusan Suez
" Saya adalah manusia yang terkaya di dunia. Kenapa tak percaya ka?."
Kekayaan Muammar Gaddafi dikatakan berjumlah sehingga AS$ 60 Bilion ( RM 183 bilion) dan terdapat beberapa akaun rahsia di negara Asia Tenggara dengan jumlah billion dolar.
Satu kebanggaan yang mengagumkan. Penah lelahnya lebih 40 tahun membuahkan hasil yang sangat-sangat memberangsangkan. Jutaan ringgit dalam pelbagai bentuk asset sama ada dalam negara atau luar negara, tersembunyi atau secara terang-terangan akan diadili di mahkamah dunia. Jika terlepas sekali pun di dunia fana’ ini, beliau akan diadili di mahkamah yang adil lagi saksama iaitu di mahkamah rabbul jalil kelak.
Khemah, lambang zuhud dan keaslian
Media pernah mengisahkan kezuhudan Gaddafi, harus mencontohinya.
Tapi, harus ingat - bukan calang-calang khemah.
Rumah anak Gaddafi, Saif al-Islam. Agak-agak berapakah kos untuk membuatnya?
Sultan Qaboss
Satu lagi, negara Oman juga sedang berlaku bergolakan walaupun tidak mendapat liputan yang meluas. Pemerintanya iaitu Sultan Qaboss juga berhadapan dengan gerakan rusuhan oleh rakyatnya sendiri kerana sudah muak dengan penindasan.
Istana mesti indah umpama syurga. Betul kan?
Syurga lebih indah, berjuta-juta kali ganda.
“Kekayaan dan kemewahan mengelapkan hati manusia.” Nasihat seorang teman. " Kerana mengejar harta, manusia sanggup membuat apa sahaja. Mengkhianati, putus silaturahim, komplot tersembunyi, pakatan jahat dan sehingga perbuatan terkeji. Malah, sanggup membunuh!."
" Keangkuhan ku, adalah prinsip yang akanku pertahankan."
Ingat pesanan Ali bin Abi Talib kepada anaknya : “Kekayaan yang paling berharga adalah akal. Kefakiran yang paling besar adalah kebodohan. Sesuatu yang paling keji adalah sikap ujub dan bangga diri. Kemuliaan yang paling tinggi adalah akhlak yang mulia”.
Sebuah Hadis, Rasulullah SAW bersabda :
“ Kaya bukanlah harta, akan tetapi kaya adalah kayanya jiwa.”
( HR Tirmidzi dan Muslim)
Saya mengimpikan agar negara ini, ditadbir oleh pemerintah, pemimpin dan ketua negara yang jiwa dan hatinya kaya dengan keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Pemimpin yang ada nilai takutkan azab Allah SWT.
Pemimpin yang adil, baik hati, mesra rakyatnya, cakna akan nasib bawahan dan tiada sifat-sifat kerakusan terhadap harta.
Jiwanya, hanya untuk memberikan khidmat untuk rakyat.
Masih wujudkah pemimpin sebegini di akhir zaman?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Moga kitalah bakal pemimpin tersebut...Pemimpin Bakti dan Pekerti!!!
Kediaman Seri Perdana?
Macammana pula rupanya?
Hehe...
susah hendak melihat pemimpin negara yg diinginkan seperti di atas pada hari ini.
seperti yg brohamzah pernah katakan, apabila dah berkuasa, mereka boleh melakukan apa sahaja..wallahu'alam..
semoga sahaja negara kita tidak berlaku "bencana dunia" seperti yg berlaku di negara2 bergolak seperti di atas..
1)- putrapurabuana
Pemimpin, ia mempunyai tanggungjawab dan amanah yang berat.
BroHamzah
1)- LittleCALIPH
Rasa-rasa ada persamaan ke?
BroHamzah
1)- Kasturijiwa
Memang sukar, tetapi saya berkeyakinan bahawa pada suatu masa nanti akan ada pemimpin yang baik, adil dan soleh untuk memimpin manusia menuju cahaya kebenaran.
BroHamzah
"dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan"
(Al-Fajr: 20)
nak lihat pemimpin yg zuhud zaman ini.. lihat lah tok guru nik abdul aziz.. beliau kaya dengan kayanya hati dan ilmu..
1)- hasyimi
Beliau, adalah tokoh pemimpin yang sukar dicari ganti.
BroHamzah
Hasyimi:
Betul! kaya hati dan ilmu, sambil pertahankan jubah dan serban.
Brohamzh,
Malaysia pun ada mahligai, tak payah pergi jauh-jauh (^^).
Artikel yang bagus, ingatan pada diri, jangan layan kehendak diri menjadi kaya, kerana jika dilayan, itu yang jadi titik permulaan kejahilan.
1)- nadia mustafa
"Didunia ditangan kami, bukan dihati kami."
Slogan mukmin sejati.
minta maaf, boleh huraikan maksud mukmin sejati tu, kurang faham~
1- nadia mustafa
Dunia dikuasai untuk manfaat dan kebaikan.
Dunia tidak menawan hati, malah hati tidak mencintai dunia.
Wallahu'alam
Terima kasih atas perkongsian. Banyak info yang saya baru tahu, dari blog ustaz. (jarang browse pun, sbb kat sini ada banyak lampiran) hehe.. best~ Jazakallah ustaz ;)
1)- iqbalsyarie
Sama-sama kita kongsikan mana yang perlu kita tahu dan ambil tahu.
Semoga bermanfaat.
BroHamzah
Pemimpin hidup bagaikan dalam syurga, dilimpahi kemewahan tapi rakyat, ada yg tiada rumah, tidak dapat makan.
First time tgk istana presiden, sebab di Mesir kami dilarang utk menghampiri istana presiden (=
1)- Izzati Hasnim
Itulah pemimpin yang tak layak diberikan mandat kepimpinan!
Mohon share jika ada apa-apa maklumat yang menarik untuk manfaat semua.
BroHamzah
Post a Comment